Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Setiap insan yang yang wujud dalam dunia adalah unik. Hal ini
demikian, setiap insan diberikan fitrah, potensi, serta mempunyai personaliti
yang tersendiri.
Personaliti itu dikatakan melahirkan bersama-sama dengan individu
tersebut dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran. Tetapi ada juga yang
berpendapat bahawa personaliti itu adalah gerakbalas tingkah laku terhadap
sesuatu situasi. Oleh itu, dalam kalangan ahli psikologi mempunyai pelbagai
pendapat tentang pengertian personaliti.

1
1.0 Pengertian Personaliti, Konsep Kendiri Positif, Konsep Kendiri Negatif

Seseorang individu dapat dibezakan melalui dua aspek iaitu


kemampuan dan personaliti. Aspek kemampuan meliputi pencapaian
seseorang berdasarkan kecerdasan, dan potensi. Manakala, aspek
personaliti meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, sikap, dan motivasi.
Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau
perwatakan seseorang. Sebenarnya pengertian personaliti dapat dibahagikan
kepada beberapa pendapat seperti berikut pembentukan psikologi, Bahasa
Latin, Watson (1919), Kagen.J & Segal.J (1988), Eysenck (1955), Allport
(1941), Mishel (1968).
Perkataan personaliti sebenarnya berasal daripada perkataan Latin,
”persona” yang bermaksud ”topeng”. Topeng muka ini digunakan oleh
pelakon–pelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka memakai
topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak
dipersembahkan. Oleh itu, ia berkaitkan sebagai watak yang ingin
menonjolkan sifat baik buruk diluaran dan menyembunyikan keburukannya
dengan topeng.
Dalam pembentukan psikologi merujuk kepada pembentukan
psikologi seseorang individu secara kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai
aspek seperti berikut dalam jiwa seseorang individu, perangai, kecerdasan,
sentimen, sikap, minat, kepercayaan,nilai-nilai. Tambahan pula, personaliti
seseorang dapat diukur melalui tingkah lakunya.
Watson (1919) berpendapat bahawa personaliti merupakan teori
tingkah laku seseorang dan behaviorisme. Manakala Mishel (1968)
menyatakan personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu
yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini bermaksud
segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat
mengambarkan personaliti mereka yang sebenar.

2
Bagi Allport (1961) pula mendefinasikan personaliti sebagai satu
organisasi dinamik sistem psikofizikal ada pada seseorang individu yang
menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.
Dinamik bermaksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti
tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa
semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait.
Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan,
kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi tetapi
yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan. Kesemua
ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku individu dan penyesuaian individu
dengan persekitarannya.
Menurut Eysenck (1955) pula berpendapat personaliti ialah organisasi
watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang
menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. Beliau
juga memberikan definasi personaliti sebagai keseluruhan pola tingkah laku
sesuatu organisma.
Kagen.J dan Segal.J (1988) mentakrifkan personaliti sebagai corak
kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk
cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam
sekitarnya.
Konklusinya, personaliti merupakan gabungan daripada pelbagai sifat
dan konsep kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri
positif akan menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan
persekitarannya. Gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku yang
ditunjukkan dan cara seseorang itu berinteraksi dengan persekitaran dapat
membantu mengenali personaliti seseorang.

3
2.0 Konsep Kendiri Positif dan Konsep Kendiri Negatif

Konsep kendiri meliputi keseluruhan perkembangan personaliti


seseorang individu. Konsep kendiri bermaksud bagaimana pendapat dan
tanggapan seseorang terhadap dirinya. Ia merupakan fahaman tentang diri
sendiri ataupun perasaan tentang diri sendiri sebagai individu yang ada ciri-
ciri tersendiri contohnya fizikal, jantina, tingkah laku, emosi, kebolehan, minat
dan matlamat.
Menurut Carl Rogers (1950) konsep kendiri merupakan suatu
gambaran persepsi seorang tentang ciri-cirinya dan kebolehannya, juga
persepsi dirinya berbanding dengan orang-orang lain di persekitarannya.
Nilai-nilai diri yang dapat dilihat adalah berkaitan dengan pengalaman yang
telah dilalui dan matlamat hidup jangka masa. Dalam konsep kendiri ia
mengandungi kedua-dua nilai, iaitu positif dan negatif.
Bagi individu yang memiliki konsep kendiri positif adalah mempunyai
kelakuan dan tingkah laku yang baik dan diterima oleh masyarakat
sekelilingnya. Tambahan pula, golongan individu konsep kendiri positif adalah
boleh menerima dan memahami pelbagai fakta tentang diri-sendirinya.
Individu yang berkonsep kendiri positif akan menetapkan matlamat dan
tujuannya yang sesuai dengan kebolehan kendirinya. Individu yang mendapat
kasih sayang, layanan baik, perhatian daripada ibu bapa, rakan, guru,
masyarakat, sentiasa bergembira, selamat serta yakin akan membentuk
konsep kendiri positif.
Clark, Clames & Bean (1982) telah mengemukakan beberapa ciri
individu konsep kendiri positif.
Yang pertama ialah bebas membuat pilihan dan keputusan. Individu
yang memiliki ciri konsep kendiri positif ini akan sentiasa merasa bebas untuk
membuat pilihan dan keputusan. Mereka jarang berdepan dengan dilema

4
atau masalah dalam membuat sebarang pilihan atau keputusan. Mereka tidak
teragak-agak dalam membuat keptusan dan tidak terikat dengan pengaruh
rakan atau desakan keluarga.
Ciri yang kedua, bertanggungjawab. Konsep kendiri positif ini akan
membuat individu bertanggungjawab di atas segala tingkahlakunya.
Sebagainya, dia akan bertanggungjawab terhadap tugas, masyarakat, agama
dan negara.
Ciri seterusnya, menghadapi cabaran dengan penuh semangat.
Individu yang memiliki ciri ini mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi.
Tambahan pula, dia akan terima segala kegagalan dengan hati terbuka dan
tidak berputus asa. Mereka sentiasa berfikiran positif dan menjadikan cabaran
sebagai semangat untuk terus berjaya dalam hidup.
Ciri yang keempat adalah selalu berasa gembira. Individu yang
memiliki ciri ini akan sentiasa kelihatan riang dan senyum. Walaupun mereka
menghadapi masalah tetapi mereka tidak meluahkan kepada orang lain
malahan cuba segala untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya tidak,
maka mereka akan merujuk kepada orang yang boleh dipercayai dan
memahami diri mereka untuk bantuan nasihat.
Ciri konsep kendiri positif kelima ialah boleh bertolak ansur dengan
kekecewaan. Mereka akan menerima kekecewaan dengan hati yang terbuka
serta cuba menangani kekecewaan tersebut. Bagi mereka, kegagalan akan
memberi semangat baru untuk menerus mencuba.
Selain itu, ciri yang keenam ialah boleh mempengaruhi orang lain. Ciri-
ciri konsep kendiri positif seperti bertanggungjawab, bangga dengan
kejayaan, selalu gembira, menghadapi cabaran dengan bersemangat akan
membantu individu berkonsep kendiri positif mempengaruhi orang lain.
Menghargai merupakan salah satu ciri konsep kendiri positif. Konsep
kendiri positif ini akan membantu individu membentuk sikap menghargai
kebolehan, pencapaian, kewibawaan diri dan dalam pada masa yang sama

5
mampu menghargai orang lain.
Individu yang berkonsep kendiri yang positif juga dilihat sebagai
pemurah dan suka membantu orang lain. Mereka merasa bertanggungjawab
untuk menghulurkan bantuan dan membantu menyelesaikan masalah kepada
sesiapa yang memerlukan.
Individu yang mempunyai konsep kendiri positif didapati senang
membuat kawan dan disenangi oleh orang persekitaran. Sikap mereka yang
tidak sombong, manghargai rakan-rakan, sentiasa membantu orag lain
memyebabkan orang lain suka mendampingi mereka.
Sebagai kesimpulannya, individu yang memiliki konsep kendiri positif
ini mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran. Masyarakat juga senang
menerima kehadiran mereka dengan sikap positif yang ditunjukkan. Sikap
inilah yang menjadi teladan dan contoh yang baik kepada rakan sebaya dan
juga masyarakat.
Individu yang sering dimarahi, dikritik, didera, ditakuti, berlebihan oleh
ibu bapa, rakan, guru, masyarakat akan sentiasa merasa tidak selamat, tidak
puas hati, ketakutan, pasif akan membentuk konsep kendiri negatif.
Konsep kendiri negatif ini akan menyebabkan individu tidak
mempunyai maklumat yang tepat tentang diri sendiri, kurang mempercayai
orang lain, dan ragu-ragu. Situasi ini harus dibantu oleh ibu bapa dan guru
untuk meneolong kanak-kanak menyesuaikan diri dan mempunyai
pandangan yang realistik dan positif terhadap diri mereka.
Ciri konsep kendiri negatif bertentangan dengan ciri konsep Konsep
kendiri positif. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang negatif aakan
menunjukkan ciri-ciri yang berikut. Contohnya, selalu meminta pertolongan,
selalu rasa tidak puas hati, selalu berangan-angan dan risau tentang pelbagai
masalah, memetingkan diri sendiri, keyakinan diri yang rendah, serta mudah
tersinggung dan merajuk.
Individu yang selalu meminta pertolongan dari orang lain sebab

6
mereka tidak dapt menyesuaikan diri dengan masyarakat. Interaksi dengan
rakan sebaya adalah kurang.
Mereka juga tidak akan merasa puas hati tentang barang yang sedia
ada. Tambahan pula, tamak dan tidak berterima kasih dan tidak
menyesuaikan diri dalam kumpulan.
Selain itu mereka sentiasa berangan-angan. Contohnya, individu yang
memiliki ciri ini akan lalai semasa menjalankan tugasan dan kurang peka
terhadap tanggungjawab.
Selain itu, memetingkan diri sendiri merupakan salah satu ciri konsep
kendiri negatif. Individu ini hanya memikirkan diri sendiri sahaja. Mereka
hanya memikirkan aktiviti yang menguntungkan diri dan tidak peduli kesan
tindakannya kepada orang lain.
Sebagai kesimpulannya, individu yang memiliki konsep kendiri negatif
tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Sebagai seorang
pendidik, sekiranya mendapati murid mempunyai ciri-ciri ini sepatutnya untuk
menolong kanak-kanak menyesuaikan diri dan mempunyai pandangan positif
terhadap diri sendiri.

7
3.0 Faktor-faktor Mempengaruhi Personaliti

Terdapat beberapa yang akan mempengaruhi personaliti seseorang


itu. Faktor-faktor yang utama tersebut adalah faktor baka/genetik dan faktor
persekitaran. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi
pembentukan personaliti seseorang individu tersebut.
Yang pertama ialah faktor kebakaan. Faktor kebakaan sentisa
dihubungkaitkan dengan kecerdasan, bentuk tubuh, keadaan fizikal, dan
emosi anaknya. Sebagai contohnya kerosakan otak yang diwarisi, kecacatan,
atau penyakit semasa lahir sangat mempengaruhi tingkah laku individu. Ini
termasuklah faktor-faktor yang berhubung kait dengan bentuk badan seperti
ketinggian, berat badan, warna kulit, dan fungsi-fungsi kederiaan.
Disamping itu emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi
personaliti seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak
stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah. Manakala
seseorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat
mengawal perasaan kekecewaan merupakan seorang individu yang lebih
popular serta suka dihampiri oleh kanak-kanak yang lain.
Yang kedua ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran yang
mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang
merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan
pengalamannya.
Keluarga sangat mempengaruhi personaliti kanak-kanak kerana
banyak masa yang mereka meluangkan adalah bersama keluarga. Suasana
keluarga yang mesra dan harmonis boleh menggalakkan perkembangan
personaliti yang sihat. Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin

8
suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk perkembangan
personaliti seseorang individu tersebut.
Selain itu, pemakanan juga mempengaruhi didalam perkembangan
personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang disediakan adalah
penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat kanak-
kanak lagi.
Di samping itu, sebahagian masa yang ada dihabiskan disekolah bagi
kanak-kanak. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi
perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada
corak pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak
pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti
pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Selain itu
guru berperanan didalam membentuk perkembangan personaliti pelajarnya.
Penerapan nilai-nilai murni, budaya sekolah yang sihat akan membantu
pembentukan personaliti kanak-kanak yang baik.
Pada zaman yang moden ini, media massa turut menyumbang
kepada perkembangan personaliti individu. Pendedahan kepada media
massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti
yang sihat. Maklumat tersebut akan mempengaruhi minda kanak-kanak.
Jikalau kanak-kank lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah
seperti taman sesama dan sebagainya, akan dapat membantu
perkembangan intelek seseorang kanak-kanak.

9
Peranan guru untuk membantu murid membentuk personaliti positif
semasa PBS.

Sebagai seorang guru sepatutnya sentiasa memahami tingkah laku


murid untuk memastikan pembentukan perkembangan personaliti. Gurulah
perlu menggunakan segala ilmu dan kemahiran dalam psikologi pendidikan
yang telah dipelajari untuk memahami tingkah laku. Contohnya, guru harus
menunjukkan prihatin dan memberi galakan yang realistik kepada murid
tersebut. Ini dapat membantu murid membentuk personaliti yang sesuai.
Guru berperanan memberikan bimbangan kepada murid-murid.
Bimbingan yang betul akan membantu murid-murid menjadi lebih
berkeyakinan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Ini akan
membantu murid ke arah pembentukan personaliti yan positif.
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang berpusatkan
muridnya. Guru harus memberi peluang di dalam bilik darjah kepada murid
menyertai aktiviti yang diadakan. Tambahan pula, jikalau guru telah
mengenalpasti kebolehan dan minat murid. Maka, guru boleh menggunakan
kebolehan murid untuk meningkatkan konsep kendiri yang positif dalam diri
kanak-kanak tersebut.

10
6.0 Rumusan dan Cadangan

Personaliti setiap individu adalah berbeza-beza. Ini kerana setiap


individu mempunyai personaliti mereka yang tersendiri.
Setiap murid-murid di sekolah adalah berbeza antara satu sama lain.
Sebagai seorang guru sepatutnya senantiasa mengambil berat, prihatin akan
murid-murid. Ini boleh membantu murid membentuk personaliti yang baik.
Untuk melahirkan murid-murid mempunyai personaliti yang baik beberapa
faktor perlu dipertimbangkan contohnya, budaya sekolah, pengaruh media
massa, kekeluargaan. Keseimbangan semua aspek ini adalah penting untuk
melahirkan murid-murid yang personaliti baik serta mempunyai konsep kendiri
positif.
Oleh itu, sebagai seorang guru sepatutnya peka terhadap kebolehan
dan minat murid dengan melalui komunikasi dan interaksi yang baik. Apabila
kanak-kanak sedar akan keupayaan mereka maka keyakinan mereka akan
meningkat. Ini membolehkan mereka menjalinkan persahabatan dengan
rakan sebaya.
Di samping itu, guru perlu memberi sokongan dan galakan kepada
kanak-kanak serta membimbing dan menasihati mereka supaya akan
membina kanak-kanak yang sihat dalam semua aspek perkembangan.
Kanak-kanak merupakan pemimpin pada masa yang akan datang
maka guru berperanan penting dalam membantu kanak-kanak dalam
membentuk konsep kendiri positif.

11

Anda mungkin juga menyukai