Anda di halaman 1dari 4

Hassan al Banna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hassan al Banna, Pengasas Ihkwan Muslim - Muslim Brotherhood


Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - pada petang 12
Februari, 1949, Arab:‫ )حسن البنا‬merupakan reformis sosial dan
politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-
Ikhwan al-Muslimun.
Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-
Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat
laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani
yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta
keluarga ulama yang dihormati.
Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Muhammed al-
Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang
pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan
menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan
Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual
gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut
mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir
al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak
dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh
Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki
sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus
lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke
Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati
bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi
dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak
mampu menyaingi industri besar-besaran.. (Mitchell 1969, 1; Lia
1998, 22-24)
Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi
pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi
yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini
beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh
sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi
ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui
pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang
kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan
Muslimin.
Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna
menyertai tunjuk
perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British.
(Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)
Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum,
sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara
menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung
dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka
(kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia
amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana,
terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik,
kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan
sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam
dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia
1998, 28-30)
Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan
sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan
bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh
pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-
Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah
Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-
rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di
kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan
dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib,
Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia
bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru"
bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar
mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan
keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada
tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di
sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial
terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)
Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan
Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu
beliau berusia 23 tahun.
Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia
melaksanakan matlamatnya memberi kelas malam bagi keluarga
anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah dikedai
kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya.
Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan
perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan
hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan
polisi mengelakkan kontrovesi agama. (Mitchell 1969, 7; Lia 1998,
32-35)
Dia sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan
ekonomi di Isma'iliyya: kem ketenteraan British, kemudahan
awam dimiliki oleh kepentingan luar, dan tempat tinggal mewah
milik pekerja Syarikat Terusan Suez, bersebelahan dengan
rumah haram pekerja Mesir. (Mitchell 1969, 7)
Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau
meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan
dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu.
Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama
menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur
organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu,
memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui
ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk
keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya
melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan
Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan
Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu
turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan
Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang
bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas
tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan
kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan
beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya
usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu
Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan
Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan
pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan
berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang
pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.
Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan
kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak
dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir
hanya keluarganya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai