Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Kira-kira 1000 tahun lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi


pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan
mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal
daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah,
Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-
15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat
penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau
koloni di Selat Melaka.

Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britain
atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan
kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal kolonial
British ini bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi
semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapat
banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan
Tanha Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besi
dan timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campurtangan dalam
negeri-negeri Melayu. Disebabkan perang saudara,dan gangguan kongsi gelap Cina,
Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di Negeri-Negeri Melayu
dan Negeri-Negeri Selat.

Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan


kuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan
Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri
lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah,
Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand
Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan
Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala
Sarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan
Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan
semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang
berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-
Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan
tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat
status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk
Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan
Malaya, tanpa penyertaan Singapura.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16


September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara
(kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya
menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian
masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal
Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku
misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina.
Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum
terjadi pada bulan Mei 1969.

Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan
bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan
sebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun
1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing
tersebut meninggalkan banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah
mengubah sosio-politik negara.
b
n
o
K
r
e
i
n
e
J
k
a
d
ti
L
E
R
P s
t
l
u
-
s
B
M
N
G
A
s
i
n
j
u
t
r
e
b
p
e
s
i s
i
l
rtu
e
sb
li
KONSEP PERLEMBAGAAN
TUN SALLEH ABAS

 Surat catatan atau surat cara yang mengandungi semua


undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi
mewujudkan sebuah negara yang moden.

SHAMSUL AMRI

 Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada


bertulis atau tidak bertulis.
 Menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa
antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum
bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

RUSLAN ZAINUDDIN

 Satu dokumen yang mengandungi semua susunan


peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap
penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah
negara.
 Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang
kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-
hak rakyat

SALMAH HUSSAIN

 Suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan


kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara yang
merangkumi organisasi pentadbiran dan kemasyarakatan.
 Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara dari
pengubahsuaian, menjamin keselamatan masyarakat
dalam negara dan luar Negara
 Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerana
terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa
yang lain, atau sesebuah masyarakat dalam negara
dengan masyarakat antarabangsa.
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
PERJANJIAN PANGKOR

 Sejarah perlembagaan Malaysia bermula apabila Sultan menandatangani


Perjanjian Pangkor pada 10 September 1877 di Pulau Pangkor.
 Merupakan perjanjian bertulis antara negeri Perak dengna British.
 Perjanjian tersebut menjadi kesinambungan kepada pembentukan perlembagaan
Malayan Union.

MALAY UNION

 Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat


 Di tentang hebat oleh orang Melayu

JAWATANKUASA KERJA (1946)

 Ditubuhkan pada Julai 1946 oleh British


 Dianggotai oleh 4 orang Raja Melayu, 2 wakil umno dan 6 orang wakil British
 Rangka perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.
JAWATANKUASA PERUNDING (1946)

 Dianggotai oleh 5 orang Eropah, 2 orang Cina, 2 orang India.


 Mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaan oleh
Jawatankuasa Kerja

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

 British isytihar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM 1949 (CLC)

 Memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

PENGENALAN SISTEM AHLI (1951)

 Wakil Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
 Beri latihan dan peluang kepada pemimpin tempatan memerintah secara demokrasi.

PILIHANRAYA PERSEKUTUAN (1955)

 Diadakan pada 27 Julai 1955


 Parti Perikatan menang 51 kerusi, PAS menang 1 kerusi

PERJANJIAN LONDON (1956)

 Tunku Abdul Rahman dan 8 orang wakil berangkat ke London untuk berunding
mengenai kemerdekaan dengan pihak British.

PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU (1957)

 Perlembagaan ini diambil dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ia


dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu sahaja.

SURUHANJAYA COBBOLD (1962)

 Terdiri daripada 2 orang wakil British dan 2orang wakil kerajaan.


 Tujuan suruhanjaya ini adalah meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak untuk
membina satu
 p
 erlemba
 g
PERLEMBAGAAN MALAYSIA (1963)

 Ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

Anda mungkin juga menyukai