Anda di halaman 1dari 14

Morfologi 1

BAB 13: MORFOLOGI

Morfologi- bidang ilmu yg mengkaji struktur kata,pembentukankata, golongan kata.


- Dalam morfologi, unit terkecil yg mempunyai maksud atau tugas nahu ialah
morfem.

Bentuk Kata-4 bentuk kata dalam bahasa Melayu:


(i) Kata tunggal
(ii) Kata terbitan
(iii) Kata majmuk
(iv) Kata ganda

(A) Kata tunggal (rujuk Tatabahasa Dewan 61-67)


-Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
pembentukan kata.

- 2 jenis kata tunggal


(a) Kata tunggal 1suku kata
Ru, sen, skru, skrip

(a) Kata tunggal 2 suku kata


Pasu , sandar

(b) Kata tunggal 3 suku kata


Cuaca, sekian, haluan, utara

(c) Kata tunggal 4 suku kata


Keluarga , bijaksana, kelemumur

(e) Kata Tunggal 5 suku kata


Universiti , cenderawasih

Kata tunggal 6 suku kata


Maharajalela

(B) Kata terbitan (rujuk Tatabahasa Dewan 69)


- dihasilkan melalui proses pengimbuhan
- 4 jenis imbuhan:
(a) Imbuhan awalan
(i) Awalan Kata Nama peN-, per-, pe-, ke-, juru-, maha-, tata-, pra-,
sub-, eka-, dwi-
(ii) Awalan Kata Kerja meN-, memper-, ber-, ter-, di-,diper-
(iii) Awalan Kata Adjektif Ter-, se

(b) Imbuhan akhiran


Morfologi 2

(i) Akhiran Kata Nama -an, -wan, -man, -wati, -isme,


-in, -at,-ah
(ii) Akhiran Kata Kerja -Kan, -i

(c) Imbuhan apitan


(i)Apitan Kata Nama peN-an, ke-an
(ii)Apitan Kata Kerja meN-kan, ber-kan, ber-an, di-kan, meN-i, di –i,
diper-i, diper-kan,memper-kan,memper-ke, ke-
an
(iii) Apitan Kata Adjektif Ke-an

* Ke-an boleh membentuk KK,KN, KA ( kelebihan) ( kehujanan),( kecinaan)

(d) Imbuhan sisipan


(i)Sisipan Kata Nama -el- kelengkung, telunjuk,
kelabut
-er- keruping,seruling, serabut
(ii)Sisipan Kata Adjektif -el-kelebak,selerak,gelembung
-er- serabut, gerigi
-em-gemilang, semerbak,gemerlap
-in- sinambung

(C) Kata Majmuk (rujuk Tatabahasa Dewan 73)


- ialah proses merangkaikan dua kata dasar @ lebih utk menghasilkan satu bentuk kata
yang membawa makna tertentu.
- dieja terpisah tetapi bertindak sebagai 1 unit.
- tidak boleh menerima sebarang penyisipan.
- ada 3 jenis:
(i) Kata Majmuk drp rangkaian Kata bebas

Gambar rajah Alat tulis Kuning langsat Biru laut

Bandar raya Air hujan Luar biasa Tengah hari

Jalan raya Jam tangan Kapal terbang Nasi minyak

Meja tulis Terima kasih Merah muda Bom tangan

Terdapat juga bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran :

Perdana Menteri Ketua Menteri Duta Besar


Raja Muda Profesor Madya Setiausaha Politik
Penolong Pendaftar Naib canselor Timbalan Ketua Pustakawan
Ketua Setiausaha Negara

(ii)Kata Majmuk yang berbentuk istilah khusus


Model linear Hak milik Garis pusat Mata pelajaran

Telefon dail terus Pita suara Lesung sendi Darah panas


Morfologi 3

Kanta tangan Kertas kerja Segi tiga Batu kapur

Cari gali Atur cara Reka bentuk Kemas kini

Lut sinar Urus setia

(iii)Kata Majmuk yang membawa maksud kiasan

Kaki ayam Anak emas Buah hati Bulan madu

Duit kopi Manis mulut Makan angin Tumbuk rusuk

Pilih kasih Berat tangan

Bentuk yang telah mantap

antarabangsa Setiausaha beritahu Sukarela


bumiputera suruhanjaya jawatankuasa Tandatangan
kakitangan tanggungjawab kerjasama Warganegara
olahraga pesuruhjaya matahari

Terdapat sejumlah perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara
lazimnya dieja bercantum.
KN peribadi dinihari peribahasa perikamanusiaan Hulubalang

KA sukacita Dukacita

KSN kepada Daripada

KHubung Apabila Manakala padahal darihal kadangkala Barangkali


apakala walhal
Kata tanya bagaimana

* Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja


( Tatabahasa Dewan m/s 76)
* Pengimbuhan Kata majmuk : terpisah dan bergabung

(D) Kata Ganda (rujuk Tatabahasa Dewan 77)


-proses menggandakan kata dasar.
-tiga jenis pengandaan.
(i) Penggandaan penuh ( termasuk yg berimbuhan)
Cantik-cantik
Pelatih-pelatih

(ii) Penggandaan separa


- penggandaan sebahagian kata dasar sahaja.
- boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

Laki  Lalaki lelaki


Morfologi 4

Siku  Sisiku sesiku


* Vokal dlm bentuk gandaan dilemahkan menjadi vokal e pepet.

- Jika kata dasar berimbuhan( hanya gandakan kata dasar utama )


Berlari-lari
Tolong-menolong

(ii) Penggandaan berentak


-proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dlm kata
dasar. ( sama ada pengulangan vokal,konsonan, bebas )
Sayur-mayur Hiruk-pikuk Gunung-ganang Kayu-kayan
Anak- pinak Saudara-mara Lintang-pukang Titik-bengik

Makna bentuk penggandaan ( Tatabahasa Dewan m/s 136, 210, 221)


(a) Kata nama
Banyak Ikan-ikan
Nama haiwan Kura-kura
Kesamaan Langit-langit
Kepelbagaian jenis Lauk-pauk
Tidak tentu Apa-apa

(b)Kata kerja
Perbuatan berulang-ulang Tersengih-sengih
Berpanjangan Berangan-angan
Bersungguh-sungguh Bercerai-berai
Saling berbalasan Bersalam-salaman

(c) Kata adjektif


Sifat yang menyeluruh Rendah-rendah
Jika ada ke-an, maknanya serupa Kekuning-kuningan
dengan kata dasar.
Penekanan Besar-besaran

Golongan Kata
-Perkataan dlm sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu
berdasarkan kriteria fonologi atau bunyi, morfem, sintaksis, semantik.

-Tatabahasa Dewan menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria Sintaksis & kriteria


Semantik.

-Penggolongan kata berdasarkan Sintaksis.


-perkataan membentuk frasa, klausa, ayat
-ayat dan klausa – terdiri drp 2 konstituen ( subjek & Predikat )
-Frasa subjek dibentuk oleh Frasa Nama
-Frasa predikat dibentuk oleh FN,FK, FA , dan FS
-FN,FK, FA- dikenali sbg Frasa Endosentrik ( Kerana dapat menjadi satu unsur
Morfologi 5

inti yg dapat menjadi wakil bagi frasanya.


-FS -- dikenali sbg Frasa Eksosentrik ( Kerana tidak dapat menjadi satu unsur
inti yg dapat menjadi wakil bagi frasanya.
-KN, KK, KA – disebut golongan kata utama kerana menjadi inti utama bagi
frasa masing-masing.
- Perkataan lain yang tidak boleh menjadi inti frasa- tergolong dalam kata tugas.

-Penggolongan kata berdasarkan Semantik


-Tiap-tiap golongan kata – dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan kriteria
semantik atau makna.
(A) Kata Nama
- perkataan yang menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama.
-perkataan yang menamakan orang,tempat benda atau konsep.

Manusia
hidup
Bukan manusia

KN Khas Tak hidup

manusia

hidup Bukan manusia


Kata KN Am
nama
Tak hidup institusi
konkrit
Bukan institusi
Kata Ganti Nama

abstrak
KGN Tunjuk KGD Diri

berbilang Tak berbilang

Tanya orang

I II III

Pembentukan Kata Nama


(1) KN tunggal( yu, roh )
(2) KN Terbitan (Pendaki, seruling )
(3) KN majmuk ( Balai raya )
(4) KN ganda ( Meja-meja, lauk-pauk )
Morfologi 6

Pengimbuhan Kata Nama


Awalan – [ peN, pe, per, ke, juru ]
Akhiran – [ an]
Apitan – [ peN-an, pe-an, peR-an, ke-an]
Sisipan- [ el, er, em]

Perbezaan Penggunaan peN-an, & Per-an ( Tatabahasa Dewan m/s 130)


- untuk menentukan penggunaan kedua-dua imbuhan apitan di atas, caranya adalah
dengan melihat bentuk kata kerjanya.
Kata kerja Kata Nama
Melaksanakan pelaksanaan
Berpindah perpindahan
Memindahkan pemindahan
Menyampaikan penyampaian

(B) Kata kerja ( Tatabahasa Dewan m/s 139)


-perkataan yang menjadi inti frasa kerja.
Frasa Kerja
belum tidur
menangkap tikus
beransur pulih
menyatakan bahawa esok cuti.
Bermain bola di padang.

-penggolongan KK:

Kata kerja Transitif

Kata kerja
Kata kerja Tak Transitif

-Pembentukan Kata kerja:


(a) Kata kerja tunggal ( ada, pulang, terbang )
(b) Kata kerja terbitan ( memasak,menetap, membrek)
* Kata majmuk jenis kata nama boleh menjadi kata kerja.
( urus niaga  berurus niaga )
(c) Kata kerja majmuk ( kenal pasti, terima kasih , beritahu )
(d) Kata kerja Ganda ( pukul-memukul, gotong-royong )
Morfologi 7

Beberapa aspek pengimbuhan Kata Kerja

- 4 jenis imbuhan: ( awalan, akhiran, apitan, sisipan)


Awalan meN-, beR-, teR-, di-, mempeR- , diper-
Akhiran -kan, -i
Apitan meN-...-kan, beR-..-kan, beR-..-an, di-..-kan, meN..i
di-..-i, mempeR-...-kan, mempeR-...-i , ke-..-an,
dipeR-...-kan, dipeR-...-i
Sisipan el – geletar, jelajah
er – serabut, gerodak
em- gemuruh, semerbak

Kata kerja Transitif dengan objek ( Tatabahasa Dewan ms. 185)


-Semua kata kerja hendaklah mempunyai objek. ( subjek + KK+ objek)
Contoh : Ali membaca buku.
Ali membaca buku pada setiap petang.( Unsur keterangan )

Kata Kerja Transitif dengan 1 objek


Contoh: (a) Ibu membeli sehelai baju.
(b) Ahmad membaca surat itu.
(c) Ibu membeli sehelai baju untuk adik.
(d) Ahmad membaca surat itu kepada rakannya.

 Kesemua ayat di atas mempunyai 1 objek.


 Ayat (c) dan (d) mempunyai frasa keterangan yg terdiri drp FS.

Kata Kerja Transitif dengan 2 objek


( subjek + KK+ objek 1 + objek 2 )
Contoh (a) Hasnah menghadiahi Asri sebuah buku.
(b) Aminah membuatkan Ali secawan kopi.

* untuk menentukan objek tepat atau objek sipi- melalui proses pasif.
* ( subjek + KK+objek 1 + objek 2 ) dapat menjadi(subjek + KK+ objek tepat baharu +
[utk/kpd] + FN

Perbezaan antara meN –kan dgn Apitan meN-i ( Tatabahasa Dewan m/s 197)
Morfologi 8

Bezakan :
Menghadiahi ....menghadiahkan
Menganugerahi....menganugerahkan
Mencucuri-mencucurkan
Menghidangi....menghidangkan
Memberi....memberikan
Membaiki....membaikkan
Melupai.... melupakan
-Perbezaan ini dilihat dari segi 3 fungsi :
(a) meN-kan untuk ( Kausatif )iaitu [menyebabkan jadi]
meN-I untuk ( Lokatif) iaitu [ tempat berlakunya perbuatan ]

menghadiahkan
menghadiahi
menghidangkan
menghidangi
mengurniai
mengurniakan

(b) meN-kan –lazimnya tidak bernyawa.


meN- I - bernyawa

memberi(i)
memberikan

(c) Pengecualian- meN..i, meN..kan (saling berganti tanpa membezakan makna)


Membaiki
membaikkan

Jenis kata kerja berimbuhan teR ( TatabahasaDewan m/s 164)


- 2 jenis :

(a) Kata Kerja Transitif Kata kerja transitif aktif

Kata kerja transitif pasif


(b) Kata kerja tak transitif

Perbezaan antara MempeR..dengan MempeR...kan ( TatabahasaDewan m/s 170)

(i) MempeR...
- digabungkan dengan segelintir kata dasar drp kata nama, kata adjektif, dan kata
tugas.

- memper + KN (membawa makna menjadikan)


Morfologi 9

alat - memperalat
daya - memperdaya
kacang -memperkacang
budak -memperbudak
hamba - memperhamba

 perkara di atas tidak termasuk memperisteri dan mempersuami

- memper + KA (menjadikan lebih atau bertambah)


Cantik - mempercantik
Besar - memperbesar

-memper + K tugas (mendapat sesuatu )


Oleh - memperoleh

(C) Kata Adjektif / kata sifat ( Tatabahasa Dewan mls 213)


- perkataan yg menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
Frasa adjektif
masih sangat pandai sungguh
besar
baik
masak
-jenis kata adjektif :
Sifatan Baik, jahat, cerdik, pandai, gopoh, lemah, kasar, berani, takut,
/keadaan sihat
warna Merah , putih, biru, hijau, perang, ungu, kelabu, hitam, kuning,
jingga
Ukuran Panjang, pendek, kecil, besar, tinggi, rendah, tebal, nipis, kerdil,
renek
Bentuk Bulat, lonjong, bujur, bundar, leper, bengkok, lurus, buncit,
kempis, lekuk
waktu Baharu, lama, segera, suntuk, silam, lampau, lewat, cepat,
lambat, awal
Jarak Jauh, dekat, hampir, nyaris
cara Cepat, deras, laju, lambat, perlahan, lincah, gopoh, jelas, sering,
selalu
Pancaindera Rasa : sedap, manis, lemak, masin
Pandang : cantik, segak, tampan, buruk
Dengar : bising, merdu, nyaring, lunak
Sentuh : halus, lembap, kasar
Bau : harum, wangi,hanyir

Gabungan indera : Bersih, selesa, tenteram

Pembentukan kata adjektif


Morfologi 10

(a) Kata Adjektif Tunggal ( kuning, terang, nyenyak)


(b) Kata adjektif Terbitan ( termerah, setinggi, kebaratan, kecinaan, gemuruh,
Gemilang, Gelembung, kelebak, gerodak, kerelip)
(c) Kata adjektif Ganda ( besar-besar, kuning-kuning, merah-merah,
kehijau- hijauan, besar-besaran, gelap-
gelita,kucar-kacir )
(d) Kata adjektif majmuk ( merah jambu, hijau daun, muda remaja)

Kata adjektif dalam bentuk perbandingan( Tatabahasa Dewan m/s 230)


-kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan ,iaitu:
(i) darjah biasa
-menunjukkan darjah biasa
Terang, baik, sederhana, kurus

(ii) Darjah Bandingan


-menyatakan darjah bandingan dengan dua cara.
(a) bandingan yang sama:
Sebesar, setinggi, sepandai
( `se` boleh juga bertukar ganti dengan perkataan `sama` )

(b) bandingan yang berbeza


Lebih besar, kurang pandai, lebih cantik

(iii) Darjah Penghabisan


(a) se- + KA + gandaan + KN
(b) ter- + KA
(c) Paling + KA
(d) Kata adjektif + sekali
(e) Ter - + ( amat/ sangat) +KA
(f) (amat/sungguh/sangat) + KA + sekali

(D) Kata Tugas & Kelompok dasar Kata Tugas ( Tatabahasa Dewan m/s 237)
-Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat.
-kehadiran kata tugas untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu.
- jenis-jenis kata tugas
(1) kata hubung (i) Kata penyambung ayat
(2) kata seru
(3) kata tanya
(4) kata perintah
(5) kata pangkal ayat (ii) Kata praklausa
(6) kata pembenar
(7) kata penguat
(8) kata Penegas
(9) kata nafi
(10) kata pemeri
Morfologi 11

(11) kata sendi nama (iii) Kata prafrasa


(12) kata bantu
(13) kata arah
(14) kata bilangan
(15) kata penekan (iv) Kata pascakata
(16) kata pembenda
(i) Kata Penyambung ayat ( Kata Hubung )
-bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga membentuk ayat
berlapis (ayat majmuk)
- dua jenis ayat majmuk : Ayat Majmuk Gabungan & Ayat Majmuk
pancangan

-Kata Hubungan gabungan- menghubungkan ayat yang sama tara sifatnya.


dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian

-Kata hubungan pancangan – menghubungkan klausa-klausa tak setara pada


klausa utama atau klausa induk.

- tiga jenis :
(*) Kata hubung Pancangan relatif
( menghubungkan klausa utama dengan satu klausa
kecil yang lain )
Yang

(*) Kata hubung Pancangan komplemen


( menghubungkan satu klausa yang menjadi
komplemen atau pelengkap pada satu klausa
utama )
Bahawa, untuk

(*) Kata hubung Pancangan keterangan


( berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama)
kerana agar meskipun
sekiranya semoga supaya kalau
andai kata kendatipun hingga
jika(lau) semasa sementara
setelahsewaktu ketika
tatkala untuk walaupun
sungguhpun apabila

(ii) Kata Praklausa


(a) Kata seru- berfungsi melahirkan perasaan.
Aduh amboi cis oh celaka eh wah
Syabas Aduhai wahai
Morfologi 12

(b) Kata tanya-untuk menanyakan sesuatu.


Berapa mengapa bila bagaimana
Apa siapa mana ( 3 kata tanya ini drp kata ganti nama )

(c) Kata perintah –bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah,
arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Jangan Usah sila jemput minta tolong harap

(d) Kata pembenar – perkataan yang mengesahkan sesuatu penyataan.


Ya benar betul

(e) Kata Pangkal ayat- hadir di hadapan ayat yang menjadi penanda
kesinambungan ayat dalam wacana
hatta kelakian maka sebermula syahadan
sekali peristiwa adapun arakianalkisah

(iii) Kata Prafrasa


(a) kata Bantu
-bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dengan
menimbulkan makna-makna tambahan dari segi waktu atau ragam.
- 2 jenis kata bantu :
(i) Kata Bantu aspek ( waktu)
Telah sudah pernah sedang masih akan
belum

(ii) Kata Bantu ragam ( perasaan )


Hendak mahu harus mesti boleh dapat

(b) Kata penguat


-berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
- 3 jenis kata penguat:
(i) Penguat hadapan ( terlalu, paling, agak )
(ii) Penguat belakang ( sekali, benar, nian )
(iii) Penguat bebas (amat, sangat,sungguh )

(c) Kata Penegas ( partikel)-memberikan penekanan pada bahagian-bahagian


tertentu dalam ayat.
- 2 jenis :
(i) –kah,-tah, -lah
– hanya menekankan frasa predikat
( apabila mengalami proses pendepanan)

(ii) juga, jua, pun, sahaja, lagi, memang


Morfologi 13

-menekankan frasa subjek dan predikat

(d) Kata Nafi-menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat ( bukan , tidak )


Bukan – utk FN dan FS
Tidak - utk FK dan FA
 Bukan boleh hadir sebelum FK dan FK jika kedua-dua frasa tersebut
mendukung maksud pertentangan maklumat.

(e) Kata Pemeri ( ialah, adalah ) ( Tatabahasa Dewan m/s 250)


-berfungsi sebagai perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dlm
predikat.
Ialah – di hadapan frasa nama
- membawa maksud persamaan atau ekuatif

Adalah – di hadapan FA & FS


- membawa maksud huraian atau kualitatif

*Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi .


Cth : Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai. ( salah)

* Kekecualian jika binaan kata nafi dan frasa adjektif.

* Kata pemeri tidak boleh di hadapan kata kerja .

(f) Kata Sendi Nama – di hadapan frasa nama.


Di bagi laksana antara ke
untuk dari tentang terhadap
dengan
Sejak seperti akan dalam kepadai
Oleh sampai pada umpama hingga
Demi daripada bagai

(g) Kata arah-menunjukkan hala atau jurusan


Atas antara bawah tepi belakang
Tengah dalam luar sisi penjuru
Sudut segi selatan samping timur
Barat hadapan utara ( dan sebagainya)

(h) Kata bilangan –penerang jumlah kepada frasa nama

Tentu Dua, dua puluh, sejuta


Tak tentu Segala semua para beberapa sekalian seluruh banyak
Morfologi 14

sedikit
Himpunan Beratus-ratus, ketiga-tiga, beribu-ribu, berguni-guni
Pisahan Masing-masing, setiap, tiap-tiap
Pecahan Setengah, sepertiga, dua pertiga
Tingkat * Kedua, ketiga

(iv) Kata Pascakata


(a) Kata penekan
Sesungguhnya, nampaknya, bahawasanya

(b) Kata Pembenda


- bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan kata nama sebagai
kata nama.
Cth : Lajunya ialah 100 km sejam.

Nota Morfologi ---------------Tamat------------

Anda mungkin juga menyukai