Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN HARIAN 1

Rasuah merupakan musuh utama negara dan harus dibendung dengan segera. Terdapat
segelintir pegawai yang sanggup terbabit dalam rasuah semasa menjalankan tugas mereka
masing-masing. Oleh itu, beberapa nilai haruslah perlu ada pada segelintir pegawai tersebut.

Nilai pertama yang perlu diamalkan oleh para pegawai ialah nilai amanah. Pegawai haruslah
bersikap bertanggungjawab semasa menjalankan tugasnya supaya dipercayai orang lain.
Sebagai contoh, pegawai telah melaksanakan tugas yang diberikan tanpa melengahkan tugas
tersebut dan juga melakukan tugas tersebut dengan penuh teliti. Selain itu, nilai amanah yang
diamalkan oleh pegawai boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain dengan
melaksanakan tugas dengan cekap, bersih dan berkesan. Sebagai contoh, pegawai tersebut yang
telah melaksanakan tugas yang diberi akan dipandang tinggi oleh orang ramai sekeliling dan
akan diberi kepercayaan terhadap pegawai tersebut serta dapat membanteras rasuah.

Nilai kedua yang perlu ditanam dalam hati pegawai adalah nilai rasional. Para pegawai
haruslah boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata supaya dapat membezakan
baik buruk sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Sebagai contoh, seseorang pegawai akan
berfikir dengan teliti sebelum bertindak agar tidak mencemarkan masa depannya. Selain itu,
pegawai yang mengamalkan nilai rasional dapat mengambil tindakan berdasarkan
pertimbangan yang wajar supaya pegawai tersebut dapat berfikir tentang kesan sesuatu
tindakan yang akan diambil. Sebagai contoh, pegawai akan memikirkan kesan-kesan
tindakannya terhadap kepentingan diri dan orang lain pada sekelilingnya.

Nilai yang ketiga yang perlu dilahirkan dalam semua minda pegawai adalah nilai
bertanggungjawab. Pegawai-pegawai haruslah sanggup memikul tugas sebagai pegawai yang
sebenar dengan mengikuti arahan serta peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pegawai
akan melaksanakan tugasnya dengan mengikuti arahan yang telah diberi oleh pegawai atasannya
dan tidak mengingkarinya. Di samping itu, para pegawai haruslah mempunyai kesanggupan
untuk melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna supaya dapat menjamin masa
depan yang cerah dan berpeluang. Sebagai contoh, seseorang pegawai perlulah bijak
melanksanakan tugas-tugas atau jawatan yang diberi dengan penuh semangat supaya dia dapat
menentangi musuh negaranya iaitu rasuah.
TUGASAN HARIAN 2
Remaja lari dari rumah dapat diatasi sekiranya serta ibu bapa memainkan peranan masing-
masing demi kesejahteraan hidup bersama. Dengan merujuk kepada beberapa nilai murni di
bawah, kedua-dua pihak ini dapat memainkan peranan bagi bagi menangani masalah ini.

Peranan yang perlu diamalkan oleh remaja serta ibu bapa demi kesejahteraan hidup bersama
adalah mengamalkan nilai rasional , iaitu remaja dan ibu bapa juga boleh berfikir tentang
kesan buruknya keluarga yang tidak aman damai serta kebaikannya tinggal sebagai satu
keluarga. Sebagai contoh, keluarga tersebut akan sentiasa hidup dalam keadaan harmoni kerana
setelah berfikir masak-masak, mereka sedar bahawa jika berlakunya perpecahan ketenteraman
keluarga, pasti susah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, ibu bapa serta remaja
harus mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar supaya mereka dapat
berfikir tentang kesan buruk dan baik tindakan mereka. Sebagai contoh, ibu bapa dan juga
remaja akan sentiasa memikirkan kepentingan semua individu sebelum mengambil tindakan
kerana mereka sedar bahawa jika tersalah mengambil tindakan, susah untuk memperbaikinya
masalah tersebut.

Di samping itu, kedua-dua pihak ini haruslah menanamkan nilai tanggungjawab terhadap
keluarga, iaitu kewajipan untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Sebagai contoh, pihak-
pihak ini bersatu padu dan hidup aman damai untuk mengeratkan hubungan antara satu sama
lain. Tambahan pula, nilai tanggungjawab terhadap keluarga dapat melahirkan keluarga
bahagia, meningkatkan imej dan juga menjaga maruah keluarga. Seperti contoh,
tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap individu keluarga lama kemudian akan
mewujudkan sebuah keluarga yang amat mementingkan tali hubungan antara satu sama lain serta
mewujudkan sebuah keluarga yang bermaruah.

Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga juga merupakan nilai yang harus
dilahirkan sejak muda lagi. Ibu bapa serta remaja juga harus memuliakan setiap anggota
keluarga supaya dapat mencipta asas pembentukan keluarga yang harmoni untuk anggota
keluarga mereka bersatu dan mengelakkan konflik antara satu sama lain. Sebagai contoh,
anggota keluarga remaja dan ibu bapa sentiasa menyokong antara satu sama lain walaupun
dalam keadaan yang amat cemas dan kritikal. Selain itu, remaja dan juga ibu bapa haruslah
berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan terhadap anggota keluarganya. Seperti
contoh, remaja dan ibu bapa duduk bersama-sama bersama anggota keluarganya sekiranya ada
isu-isu yang serius dan perlu dibincangkan supaya dapat membawa idea yang sesuai untuk
menyelesaikan isu tersebut.

TUGASAN HARIAN 3
Dunia ini semakin terancam akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab,
sehingga menyebabkan pencemaran terhadap alam. Oleh sebab itu, orang ramai dapat
melindungi alam kita supaya tidak tercemar dengan merujuk kepada nilai-nilai murni di bawah.

Masyarakat perlu ada nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar, iaitu sikap
memelihara alam sekeliling supaya dapat mengelakkan ancaman kepupusan flora dan fauna.
Sebagai contoh, masyarakat tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti pembakaran terbuka dan
penebangan hutan dan sebaliknya, berganding bahu memelihara flora dan fauna di sekelilingnya.
Selain itu, nilai ini membolehkan masyarakat untuk mendidik diri masing-masing bagaimana
caranya untuk memulihara alam sekeliling. Sebagai contoh, masyarakat telah mengalakkan
kerajaan untuk menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang dan juga mewujudkan ladang
hutan supaya dapat mengekalkan kewujudan species flora tersebut.

Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar juga adalah satu nilai yang perlu ditanam dalam
kalangan masyarakat, iaitu sikap yang prihatin terhadap persoalan alam sekeliling agar dapat
menghargai dan menyedari kepentingan alam sekitar yang bersih. Sebagai contoh, masyarakat
sentiasa memastikan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan serta
kesejahteraan mereka. Di samping itu, nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar membolehkan
masyarakat untuk berusaha menyelesaikan sebarang konflik flora dan fauna yang sedang
dihadapinya supaya dapat mengekalkan keunikan alam sekitar. Seperti contohnya, masyarakat
sering bekerjasama mencari penyelesaian untuk menangani masalah seperti pembakaran terbuka
di kawasan mereka agar keselamatan dan juga keselesaan hidup dapat dijamin pada masa yang
akan datang.

Masyarakat juga haruslah mempunyai nilai keharmonian antara manusia dengan alam
sekitar, iaitu sikap saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam
sekeliling agar dapat menjamin alam sekitar yang sentiasa terjaga dan terpelihara. Sebagai
contoh, masyarakat sering mengguna semula atau mengitar semula supaya dapat mengurangkan
permintaan bahan mentah untuk diproses dan akhirnya, menjimatkan masa serta tenaga. Selain
itu, nilai ini dapat mewujudkan kualiti kehidupan terpelihara agar insan-insan pada masa
depan boleh menikmati keindahan serta keunikan yang telah dijaga dengan teliti. Contohnya,
masyarakat memelihara kualiti kehidupan dengan menanam pokok serta tidak membuang
sampah merata-rata dan juga tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan udara.
TUGASAN HARIAN 4
Kemajuan yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada perjuangan dan pergorbanan anak
watan menentang penaklukan penjajah suatu masa dahulu. Oleh itu, beberapa nilai harus disemat
oleh rakyat bagi memastikan kemajuan yang dinikmati ini terus dikecapi.

Rakyat perlu ada nilai sanggup berkorban untuk negara, iaitu sikap kerelaan melakukan
atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa agar dapat mengekalkan sesuatu yang kita miliki.
Sebagai contoh, walaupun kemerdekaan sudah dicapai , pasukan keselamatan negara sanggup
menggadai nyawa bagi mempertahankan negara daripada ditawan musuh yang pada ketika itu
ialah pengganas komunis. Selain itu, nilai sanggup berkorban untuk negara juga membawa
tanda kebaktian untuk negara agar rakyat dapat menjamin kemerdekaan negara yang amat
dihargai dan dicantai. Sebagai contoh, rakyat Malaysia amat bersyukur untuk mendiami sebuah
negara yang merdeka yang telah membawa simbol kemakmuran serta kemaruahan sejak 1957.

Nilai cinta akan negara adalah salah satu nilai yang juga boleh menjamin kemajuan negara.
Rakyat haruslah mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada negara kerana rakyat
bersyukur untuk mendiami sebuah negara yang tidak berada dalam peperangan seperti negara
Afghanistan pada masa kini. Sebagai contoh, rakyat telah bersyukur kerana mereka
mengamalkan perpaduan kaum serta sikap tidak menilai bangsa untuk mewujudkan negara yang
berbangsa, satu misi yang hampir tidak dapat diekori oleh negara-negara lain. Di samping itu,
rakyat juga dapat meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya,
rakyat telah mengutamakan aspek pembangunan negara lebih daripada perkembangan diri
sendiri.

Rakyat juga haruslah mempunyai nilai taat setia kepada raja dan negara, iaitu kepatuhan
yang berkekalan kepada raja dan negara kerana rajalah yang telah bertungkus lumus untuk
memelihara kemajuan negara yang masih dijaminkan. Sebagai contoh, rakyat memberikan
dorongan serta sokongan penuh terhadap raja dan juga negaranya. Nilai taat setia kepada raja dan
negara juga mendidik rakyat agar sentiasa mengamalkan kesetiaan yang berkekalan kepada
raja dan negara. Seperti contoh, rakyat sentiasa mengingati jasa-jasa yang telah dikorbankan
oleh raja serta negara yang mereka cintai.