Anda di halaman 1dari 21

ADA

NAMA : MOHAMAD ARIEFF SHAMIDA BIN


SAMSUL KAMIL
BAN
KELAS : 415
GKA
I,
ADA
LAH
HERI
NG
Maksud : Ada perempuan jahat adalah lelaki jahat
yang mengunjunginya

Contoh ayat : Setiap malam terdapat ramai lelaki yang


pergi ke kawasan pelacuran , kerana di
situ terdapat ramai pelacur-pelacur yang
masih muda.  Hal ini umpama, `ada
bangkai, adalah hering’.

BAG
AI
ANA
K
DAR
A
MAB
UK
AND
AM
Maksud : Lemah dan lesu tanpa penyakit

Contoh ayat : Oleh kerana budak itu berbadan


kecil  dan kurus pula, ia kelihatan lemah
dan lesu tetapi  sebenarnya bukanlah di
berpenyakit seperti yang  disyakkan. Dia
amat cergas apabila membuat sesuatu
kerja, bagai anak dara mabuk andam.

CALA
K-
CALA
K
GANTI
DARIP
Maksud : Dipakai untuk sementara waktu sahaja,
sementara belum ada yang lebih baik
ADA
Contoh ayat : “ Gunakan motosikal buruk itu dahulu ke
HIDUP pejabat sementara kereta yang ditempah
sampai, calak ganti asah, menanti
BERCE tukang belum tiba,” kata emak kepada
Abang Chik.
RMIN
BANG
KAI,
LEBIH
BAIK
MATI
BERKA
LANG
TANA
H
Maksud : Lebih baik mati daripada menanggung
malu

Contoh ayat : Semangat yang ditunjukkan oleh


perajurit sungguh kental. Bagi mereka
daripada hidup bercermin bangkai,
lebih baik mati berkalang tanah demi
tanah air yang tercinta.

EKOR
ANJIN
G
BERAP
A PUN
DILUR
UT
TIADA
JUGA
BETUL
Maksud : Orang yang memang jahat itu tidak dapat
diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat
jahat juga

Contoh ayat : Mail Gong sudah beberapa kali keluar


GABA masuk penjara kerana kesalahan
memukul orang tetapi dia tidak pernah
K DI serik seperti ekor anjing berapa pun
dilurut tiada juga betul.
HULU
TANDA
AKAN
HUJAN
,
CEWA
NG DI
LANGI
T
TANDA
AKAN
PANAS
Maksud : Sesuatu yang akan berlaku biasanya ada
tanda-tanda atau alamatnya.

Contoh ayat : Semua orang telah dapat menjangkakan


bahawa rumah tangga Norakmar akan
hancur kerana tanda-tanda persengkataan
sudah nampak sejak dua tahun lepas,
gabak di hulu tanda akan hujan,
cewang di langit tanda akan panas.

HABIS
ALUR
MAKA
Maksud : Mula-mula berunding dengan baik, tetapi
BERAL
U-ALU
kalau tidak dapat juga mencapai
persetujuan barulah kekuatan tenaga
diadu.

Contoh ayat : Setelah rundingan dengan puak


pemberontak itu gagal, barulah pihak
tentera kerajaan membedil kubu mereka
dengan bertubi-tubi, habis alur maka
beralu-alu.

IBA
AKAN
KACA
NG
SEBUA
H, TAK
JADI
MEME
NGAT
Maksud : Kerana sayang akan perkara yang
sedikit, tidak tercapai apa yang
dimaksudkan

Contoh ayat : “ Jangan kerana kecewa akan layanan


tuan rumah yang kurang memuaskan,
cadangan untuk meminta barang yang
dipinjamnya tidak diteruskan, iba akan
kacang sebuah, tak jadi memengat,”
kata Kak Mah kepada Siti.

JADI ALAS CAKAP

Maksud : Hadiah kepada orang yang berjasa


Contoh ayat : Pekerja-pekerja itu menyumbang wang
untuk membeli beberapa jenis hadiah
kepada ketua mereka yang akan bersara
untuk jadi alas cakap.

KAPAK MENELAN
BELIUNG

Maksud : Perkara yang baik dibuang dan


digantikan pula dengan yang buruk.

Contoh ayat : Azim meninggalkan rakan sekampung


yang baik kelakuannya, sebaliknya
memilih rakan-rakan baru dari bandar
sehingga dia terjebak dengan dadah.
Jadilah dia seperti kapak menelan
beliung.

LADING TAJAM
SEBELAH
Maksud : Orang yang mahu menerima sahaja tetapi
tidak mahu member.

Contoh ayat : Langkah negara-negara maju


mengutamakan polisi lading tajam
sebelah menyebabkan imbangan
dagangan dengan negara membangun
menguntungkan mereka sahaja.

MABU
K DI
ENGG
ANG
LALU
Maksud : Tertarik hati kepada orang yang tidak
dikenali.

Contoh ayat : Menurut buku Sejarah Melayu, banyak


perempuan di Majapahit mabuk di
enggang lalu apabila melihat rupa paras
dan tingkah laku Laksamana Hang Tuah.

NAK DITELAN
TERMENGKALAN, NAK
DILUDAH TAK KELUAR
Maksud : Dalam keadaan yang serba salah

Contoh ayat : Apabila isterinya bergaduh dengan


adik-adiknya, Othman tidak tahu akan
sesiapa yang perlu dibelanya.
Keadaannya seperti nak ditelan
termengkalan, nak diludah tak
keluar.

OMBAKNYA
KEDENGARAN,
PASIRNYA TIDAK
KELIHATAN

Maksud : Terdengar akan berita kekayaan


seseorang, tetapi belum ada buktinya lagi

Contoh ayat : Sudah lama aku mendengar desas-desus


yang mengatakan bahawa Wan Syafiq itu
kaya-raya, tetapi sampai sekarang aku
belum melihat bukti kekayaannya itu,
ombaknya kedengaran, pasirnya
belum kelihatan.
PADANG PERAHU DI
LAUTAN, PADANG HATI
DI FIKIRAN

Maksud : Fikirkan masak-masak sebelum berbuat


sesuatu

Contoh ayat : Sebelum tuanku menjatuhkan hukuman


bunuh kepada raja muda, fikirlah akan
baik buruknya agar anak cucu akan
datang tidak akan menuduh kita zalim
kerana padang perahu di lautan,
padang hati di fikiran.
RANTAI BESI DIMAKAN
BUBUK

Maksud : Cerita yang tak masuk di akal

Contoh ayat : Orang-orang di kedai kopi hanya ketawa


apabila mendengar cerita Firas bahawa
dia ada membela ular yang berkaki dan
biawak yang berkepala dua kerana
mereka tahu bahawa cerita itu seumpama
rantai besi dimakan bubuk.
SABAR PENGHILANG
PENAT, TEKUN
PEMBAWA DEKAT

Maksud : Orang yang sabar akan berhasil usahanya

Contoh ayat : Walaupun kita hidup miskin dan terpaksa


bekerja keras, namun jangan cepat
berputus asa kerana sabar penghilang
penat, tekun pembawa dekat.
TAK ADA GADING YANG
TAK RETAK

Maksud : Setiap orang tidak terlepas daripada


melakukan sesuatu kesilapan.

Contoh ayat : Suhaila seorang yang berpendidikan


tinggi, cantik, pandai mengambil hati
orang tua, dan sangat taat akan agama,
sayangnya dia tidak tahu memasak.
Itulah yang dikatakan orang tak ada
gading yang tak retak.
UMPAMA BURUNG DI
DALAM SANGKAR,
MATA LEPAS BADAN
TERKURUNG

Maksud : Anak gadis pingitan

Contoh ayat : Halimah umpama burung di dalam


sangkar, mata lepas badan terkurung
kerana ibu bapanya tidak membenarkan
dia bercampur dengan rakan-rakan
remaja yang sebaya.
YANG TINGGI TAMPAK
JAUH, YANG DEKAT
JULUNG BERSUA

Maksud : Dalam sesuatu usaha, pemimpinlah yang


bertanggungjawab dan dialah pula yang
akan dipuji atau dicela

Contoh ayat : Seseorang pemimpin hendaklah


mempunyai tahap kesabaran yang tinggi
kerana merekalah yang sering
dipertanggungjawabkan jika sesuatu
masalah terjadi dalam negara, yang
tinggi tampak jauh, yang dekat julung
bersua.

Anda mungkin juga menyukai