Anda di halaman 1dari 9

Jagaan Semasa Mengandung

Apakah itu jagaan semasa mengandung?

Jagaan semasa mengandung merupakan khidmat yang diberi kepada ibu mengandung
apabila sahaja ia disahkan hamil. Khidmat tersebut meliputi lawatan berjadual secara
berkala ke klinik ibu mengandung, penilaian berterusan ke atas tumbesaran janin dan
mengenalpasti faktor-faktor risiko yang mungkin wujud di kalangan ibu tersebut.
Pengurusan seterusnya adalah sangat penting di samping memberi pendidikan dan
nasihat kepada ibu serta keluarganya.

Jagaan ini akan berterusan sehinggalah ibu bersalin.

Apakah tujuan jagaan semasa mengandung?

Tujuannya adalah untuk memastikan ibu dan bayi yang dikandung itu sentiasa berada
dalam keadaan sihat. Ini dilakukan dengan memantau kehamilan dan merawat segala
masalah yang timbul. Jagaan semasa mengandung yang anda akan terima mungkin
dianggap membebankan tetapi ia adalah untuk kebaikan anda bagi mengenalpasti
masalah di peringkat lebih awal. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi anda untuk
membuat lawatan secara berkala seperti yang dinasihatkan. Pemeriksaan yang dibuat
secara tekal akan menghasilkan satu kehamilan yang sihat dan menjamin kelahiran
yang selamat.

Siapakah yang memberi khidmat ini?

Bagi kebanyakan ibu, adalah lebih senang jika jagaan ini diberikan oleh doktor keluarga
dan pihak hospital. Bagi ibu-ibu yang mempunyai faktor risiko yang minima, seorang
doktor, jururawat atau bidan sudah cukup untuk memberi sebahagian besar dari khidmat
jagaan ini. Di Malaysia, jagaan semasa mengandung asas diberi oleh:

 Jururawat Masyarakat yang ditempatkan di klinik masyarakat.

 Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak yang dianggotai oleh jururawat


kesihatan/jururawat terlatih dan jururawat masyarakat/bidan.
 Doktor, jururawat dan bidan di klinik-klinik pakar Obstetrik dan Ginekologi di
hospital-hospital.
 Klinik-klinik doktor swasta.
 Klinik pakar swasta.
 Hospital bersalin swasta.

Apakah jagaan sebelum mengandung?

1
Jagaan sebelum mengandung merupakan jagaan yang diberi kepada wanita-wanita
yang bakal menjadi ibu yang merancang untuk hamil di masa akan datang. Taraf
kesihatan am bakal-bakal ibu ini boleh diperiksa dan usaha-usaha akan dilakukan untuk
menstabilkan pengurusan sesuatu masalah yang wujud seperti diabetes, tekanan darah
tinggi, masalah buah pinggang, paru-paru atau masalah-masalah neurologi yang kronik.
Implikasi atau kesan masalah-masalah ini semasa hamil ke atas ibu dan bayi akan
dibincangkan kemudian. Keimunan atau ketahanan terhadap demam cacar air atau
rubella, kesan bahaya dari pengambilan bahan-bahan tertentu seperti rokok, alkohol
perlu diubahsuai. Terapi ubat-ubat tertentu mungkin perlu diubah atau dihentikan buat
sementara waktu ketika hamil. Pada umumnya, jagaan sebelum mengandung perlu
meliputi:

 Suntikan.

 kaunseling genetik.
 pengurusan beberapa masalah perubatan.
 nasihat mengenai makanan atau diet.
 nasihat mengenai dadah, alkohol dan merokok.
 pengambilan pil perancang keluarga atau kontraseptik.
 nasihat mengenai kehamilan di masa hadapan.
 pendidikan kesihatan untuk kehamilan.

Lawatan semasa mengandung yang pertama

Jika ujian kehamilan anda positif, doktor atau jururawat anda akan memeriksa dan
menasihatkan sewajarnya. Pada lawatan permulaan, sejarah atau latar belakang anda
akan diambil sepenuhnya. Pemeriksaan fizikal akan dilakukan. Beberapa pemeriksaan
asas yang rutin akan dibuat. Dari sejarah yang diambil beberapa perkara berikut akan
dijalankan:

 Pengiraan jangkaan tarikh kelahiran (EDD) akan dibuat. Bagi wanita yang
mempunyai perjalanan haid yang tekal, pengiraan ini adalah berdasarkan
kepada kedatangan haid yang terakhir. Anda perlu menyimpan diari kedatangan
haid anda dan bawanya ke klinik ketika membuat lawatan yang pertama nanti. Ini
sangat penting terutamanya jika kedatangan haid yang tidak menentu.

 Sejarah kehamilan sekarang seperti muntah, kesakitan atau pendarahan.


 Sejarah sakit puan (obstetrik) yang lalu yang penting, seperti:
o Tarikh dan tempat bersalin yang lepas.
o Jangka masa kehamilan, berat anak yang lahir (adakah bayi tersebut
dilahirkan pramatang atau beratnya kurang dari 4 kg?)
o Kesan-kesan ke atas janin (adakah bayi yang dilahirkan itu hidup atau
dilahirkan mati?
o Permulaan dan jangka masa pelahiran.
o Jenis kelahiran (adakah ia kelahiran normal, songsang, forseps, vakum
atau Ceasarean?).
o Komplikasi-komplikasi yang berkaitan seperti penyakit tekanan darah
tinggi, pendarahan postpartum (pendarahan selepas bersalin).
o Komplikasi pelahiran dan selepas bersalin.

2
o Jenis penyusuan yang diberi.
 Sejarah keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi atau tibi
 Kewujudan masalah-masalah perubatan sebelum ini.
 Sejarah pembedahan yang lalu terutamanya yang melibatkan pangkal rahim
atau pernah mengalami D&C (pendilatan dan pengkuretan) sebelum ini.
 Sejarah sosial - seperti merokok, pengambilan dadah (yang diberikan oleh doktor
atau yang disalahgunakan) dan alkohol.

Apakah yang dilakukan ketika pemeriksaan fizikal?

Pemeriksaan fizikal selalunya dilakukan oleh doktor atau jururawat semasa lawatan
pertama dibuat. Ketinggian, berat badan dan tekanan darah ibu akan diambil. Sebarang
bentuk keabnormalan akan direkodkan dan jantung, paru-paru serta payudara akan
diperiksa. Pemeriksaan-pemeriksaan lain yang akan dijalankan adalah termasuk
pemeriksaan gigi dan gusi kerana penyakit gigi dan gusi ini adalah biasa dan
kemungkinan jagaan lanjut diperlukan.

Abdomen dan pelvis juga akan diperiksa untuk menentukan saiz rahim. Pemeriksaan
menggunakan spekulum perlu dijalankan untuk mengambil calitan pangkal rahim
bersama swab faraj bagi memeriksa kewujudan sebarang jangkitan. Beberapa perkara
akan dilakukan di klinik, seperti:

 Pemeriksaan tekanan darah - peningkatan tekanan darah merupakan satu dari


tanda-tanda tekanan darah tinggi ketika hamil. Ini adalah satu masalah yang
serius.

 Ujian air kencing untuk mengesan bahan protein (merupakan tanda


praeklampsia) gula, nanah, darah dan lain-lain. Diabetes adalah perkara yang
sangat biasa berlaku ketika hamil. Kewujudan gula dalam air kencing merupakan
tanda pertama masalah ini.
 Berat badan - berat badan yang berlebihan mungkin disebabkan pengumpulan
lemak atau cecair. Kurang penambahan berat badan mungkin menandakan bayi
dalam kandungan tidak mendapat zat makanan atau nutrien yang cukup.
 Memeriksa perut - pemeriksaan abdomen dibuat untuk menentukan kedudukan
bayi dalam kandungan; sama ada normal ataupun songsang. Periksa kedudukan
kepala, sama ada ianya masih bebas atau telah "engage". Memeriksa saiz rahim
untuk memastikan sama ada ia membesar mengikut tarikhnya ataupun tidak. Ini
dapat dipastikan melalui palpitasi atau menggunakan pita ukuran untuk
mengukur lilitan perut.
 Ujian-ujian darah.
 Pemeriksaan ultrasound.

Apakah pemeriksaan yang lazimnya dilakukan pada kali pertama melawat klinik?

Antaranya termasuklah:

 Anggaran paras hemoglobin - untuk menentukan anemia.

3
 Kumpulan jenis darah ABO dan Rhesus - adalah penting untuk mengenalpasti
ibu yang mempunyai negatif Rhesusnya lebih awal bagi membolehkan mereka
menerima anti-D globulin (rhogam) berikutan dari sesuatu keguguran,
penamatan atau menjalani sesuatu prosedur yang invasif seperti amniocentesis.
Penyerasian silang darah pesakit juga dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga
sekiranya pesakit menghadapi pendarahan yang teruk dan memerlukan
pemindahan darah.
 Ujian serologi untuk penyakit sifilis dan VDRL (veneral disease research
laboratories) - ibu yang seropositif untuk penyakit sifilis perlu dirujuk ke klinik
pakar venerologi supaya rawatan awal boleh diberikan.
 Ujian serologi untuk Hepatitis B - ujian ini bukanlah rutin tetapi hanya dilakukan
untuk ibu mengandung yang disyorkan sahaja. Bagi pembawa Hepatitis B yang
positif, anggota kesihatan yang melakukan pemeriksaan dan kelahiran ibu
tersebut perlu lebih berhati-hati.
 Di sesetengah klinik ujian saringan untuk HIV juga diljalankan.

Apakah tujuan melakukan saringan ultrasound semasa mengandung?

Di Malaysia, pemeriksaan ultrasound bukanlah sesuatu yang rutin dilakukan untuk


semua ibu mengandung. Di tempat-tempat yang memiliki kemudahan ini ianya sangat
baik jika dilakukan di trimester pertama dan pada minggu yang ke 18. Kemudian
diulang, mungkin di minggu ke 34 untuk melihat tumbesaran janin dan kedudukan uri.

 Ia dilakukan apabila tarikh kedatangan haid yang terakhir tidak diketahui dan
juga di kalangan pesakit yang kedatangan haidnya tidak menentu.

Tujuan ultrasound ialah:

 Dilakukan di awal kehamilan untuk mendapat maklumat berhubung dengan


jumlah janin, kebolehhidupannya dan untuk menentukan umur janin dengan
tepat.

 Ia membantu mendiagnoskan komplikasi kehamilan lebih awal, seperti


pengguguran tertinggal, kehamilan ektopik dan kehamilan molar.
 Ia membantu mendiagnoskan keadaan janin seperti anensefali, spina bifida dan
keabnormalan kromosom seperti sindrom Down. Juga mengesan masalah yang
mungkin wujud di penghujung kehamilan seperti plasenta previa juga boleh
didiagnoskan.
 Pengimbasan awal boleh membantu menentukan jangkaan tarikh kelahiran.

Bagaimanakah ultrasound ini dilakukan?

Prosedur ini tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Anda hanya perlu berbaring di
atas kerusi panjang dan gel ultrasound akan disapukan ke perut anda supaya imej bayi
anda akan dapat dilihat dengan jelas. Gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi akan
dihasilkan oleh kuar ultrasound dan ia digunakan untuk menghasilkan gambar bayi.
Anda akan dapat melihatnya di skrin. Gambar yang terbaik dapat dihasilkan apabila
pundi kencing anda penuh. Oleh itu anda akan diminta untuk minum lebih banyak cecair
sebelum prosedur ini dijalankan. Ini dilakukan di peringkat awal kehamilan. Di akhir
kehamilan anda, rahim akan menonjol keluar dari rerongga pelvis dan anda tidak lagi

4
perlu mengisi pundi kencing sebegitu banyak. Prosedur ini akan mengambil masa
antara 5 minit hingga setengah jam, bergantung kepada bentuk pengimbas.

Bagaimanakah ibu mengandung yang berisiko dapat dikenalpasti?

Jagaan ibu mengandung yang berkala dan tekal seharusnya dapat mengenalpasti
mana-mana ibu hamil yang berisiko.

Faktor risiko selalunya dikaitkan dengan:

 umur dan pariti (jumlah anak yang berjaya dilahirkan hidup).

 faktor yang menunjukkan umur janin yang tidak pasti.


 Faktor-faktor yang terdapat pada sejarah kehamilan masa lalu yang ada
kaitannya dengan kematian janin dan penyakit-penyakit tertentu.
 Masalah-masalah kesihatan ibu mengandung seperti tekanan darah tinggi,
diabetes, penyakit buah pinggang, masalah jantung yang boleh memberi kesan
buruk kepada kehamilan. Pada masa yang sama meletakkan ibu berkenaan
dalam ketegori mereka yang berisiko tinggi.

Bagi ibu-ibu yang berisiko tinggi ini jagaan semasa mengandung perlu dikongsi bersama
dengan doktor swasta ataupun hanya diletakkan di bawah jagaan pakar-pakar dalam
satu pasukan di hospital.

Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan semasa mengandung?

Di setiap lawatan:

 Pesakit akan ditanya mengenai keadaan kesihatan amnya terutamanya


mengenai selera makan, loya, muntah, mabuk hamil, masalah usus yang
berkaitan, kesakitan dalam abdomen atau pendarahan melalui faraj.

 Pesakit akan ditimbang. Puratanya berat badan seorang ibu mengandung harus
meningkat pada kadar 0.5 kg setiap minggu antara minggu ke 15 hingga minggu
ke 38.
 Tekanan darah akan diambil setiap kali lawatan. Hanya bacaan sebelum minggu
ke 12 sahaja yang memberi garis dasar tekanan darah yang betul.
 Kaki dan buku lali akan diperiksa untuk melihat sama wujudnya sembab
(bengkak) ataupun tidak yang selalunya disebabkan oleh pembendungan air dan
garam. Ini juga menunjukkan adanya masalah lain yang lebih serius seperti
penyakit jantung atau buah pinggang, praeklampsia atau anemia yang teruk.

Ujian-ujian yang dilakukan secara rutin di setiap lawatan ialah:

 Sampel air kencing - ujian batang celup selalunya digunakan untuk mengesan
bahan protein dan gula dalam air kencing. Jika terdapatnya bahan protein yang
berterusan dalam air kencing atau jika pesakit menunjukkan gejala jangkitan
saluran kencing, sampel air kencing yang di tengah-tengah akan diambil untuk
pemeriksaan kultur.

5
 Paras hemoglobin juga akan diperiksa setiap bulan. Ibu mengandung digalakkan
mengambil pil zat besi dan asid folik tambahan. Bagi ibu yang memiliki paras
hemoglobin kurang dari 10 gml perlu disiasat lebih lanjut dengan menjalani
pemeriksaan gambaran darah lengkap, air kencing untuk kultur dan najis untuk
ujian ova dan sista.
 Ibu mengandung yang negatif rhesus (D) tanpa antibodi pada lawatan pertama
mereka perlu diuji sekali lagi pada minggu ke 28 dan minggu ke 34 - 38. Jika
antibodi rhesus dikesan pada lawatan yang pertama atau berlaku ketika hamil,
ujian-ujian antibodi seterusnya perlu dilakukan lebih kerap dan diberi rawatan
yang sepatutnya. Mereka juga perlu dirujuk kepada doktor pakar.

Apakah harapan ibu mengandung ke atas khidmat jagaan semasa mengandung


selepas 28 minggu kehamilan?

Apabila kehamilan itu meningkat, beberapa perkara menjadi semakin penting.


Antaranya ialah:

 Penambahan berat badan merupakan petanda keseluruhan kesejahteraan ibu


dan bayi dalam kandungannya.

 Saringan untuk mengesan praeklampsia (tekanan darah tinggi semasa


mengandung) kerana keadaan ini boleh membawa komplikasi yang serius
kepada ibu dan kandungannya. Kewujudan protein, walaupun sedikit, dalam air
kencing (proteinuria) adalah satu petanda yang penting.
 Pengukuran ketinggian fundus boleh digunakan sebagai panduan untuk
menentukan saiz janin dan tumbesarannya.
 Palpitasi rahim boleh diguna untuk menentukan:
o Kedudukan janin (kekaitan paksi membujur janin dengan ibunya).
Perubahan pada kedudukan adalah perkara biasa selepas minggu ke 32
bagi wanita yang mengandung kali pertama dan selepas minggu 36 bagi
ibu yang telah biasa mengandung.
o Presentasi janin seperti songsang.
o Engagemen (apabila kedudukan janin telah menurun ke bahagian pelvis)
janin ketika lawatan susulan.
o Rahim lebih besar dari tarikhnya dan juga sama ada terdapat lebih dari
satu janin. Ini boleh dipastikan melalui pengimbasan ultrasound.
 Penilaian pergerakan janin boleh digunakan sebagai panduan kasar untuk
menentukan keadaan kesihatan janin. Carta gerakan janin atau carta tendangan
selalunya digunakan oleh ibu-ibu untuk memantau gerakan janin mereka sendiri.
Ibu-ibu boleh mula menggunanya selepas minggu ke 34.
 Pemeriksaan ultrasound yang bersiri perlu dilakukan untuk ibu yang berisiko
tinggi seperti mereka yang menghadapi masalah perubatan untuk memantau
tumbesaran janin mereka.
 Sebarang pendarahan selepas 28 minggu kehamilan perlu diberi perhatian yang
serius dan perlu disiasat untuk memastikan puncanya. Penyebab pendarahan
yang berlaku dalam semester ketiga adalah termasuk plasenta previa dan
abrupsi plasenta (pautkan ke topik berkenaan). Kedua-dua masalah ini
memerlukan rujukan segera kepada pakar untuk rawatan selanjutnya.

6
Apakah yang diharapkan dari jagaan ibu mengandung ini?

Kebanyakan ibu akan melalui satu pengalaman kehamilan yang tidak menarik. Jika
timbulnya masalah yang membahayakan ibu dan kandungannya, kelahiran awal adalah
disyorkan. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan adanya kemudahan pediatrik
sebagai khidmat sokongan. Jika boleh, adakan kemudahan unit jagaan intensif untuk
neonatal atau kemudahan nurseri jagaan khas bagi menampung keperluan ibu-ibu
mengandung yang berisiko tinggi untuk bersalin.

Apakah masalah-masalah yang selalunya dihadapi di awal kehamilan?

Masalah-masalah biasa yang berlaku ketika kehamilan ialah:

 Mabuk hamil

o Ia selalunya berlaku dalam minggu yang ke 4 dan berakhir sehingga


minggu ke 12 atau 13. Kadangkala ia berlarutan melepasi minggu ke 13.
o Ia mungkin disebabkan oleh meningkatnya sensitiviti terhadap hormon
yang bertambah semasa hamil. Inilah yang menyebabkan mabuk hamil.
o Tidak seperti loya yang dikaitkan dengan sesuatu penyakit, loya
mengandung meningkat apabila perut kosong. Untuk mengelakkan
keadaan ini, makanlah lebih kerap tetapi sedikit-sedikit. Cuba mengambil
biskut atau roti di waktu pagi sebelum keluar dari tempat tidur. Elakkan
dari makanan yang berlemak dan berempah. Pastikan pengaliran udara
dalam rumah atau di tempat kerja dalam keadaan baik.

 Sembelit
o Keadaan ini berlaku kerana makanan yang dimakan bergerak terlalu
perlahan melalui sistem penghadaman disebabkan oleh kesan
progestron, iaitu sejenis hormon yang meningkat ketika hamil. Progestron
akan mengendurkan otot usus. Oleh yang demikian ia memperlahankan
pergerakan bahan makanan.
o Minumlah lebih banyak air dan tambahkan lebih banyak serat dalam
makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin atau bijian.
o Anda perlu elak dari mengambil julap semasa hamil.
 Pedih hulu hati
o Ini disebabkan oleh pengaliran balik asid dari perut. Ia menyebabkan
terasa pedih di bahagian dada dan di bahagian belakang tekak.
o Ubat antasid boleh membantu melegakan pedih hulu hati ini. Ingat
bahawa anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil
ubat ini.
 Sakit Belakang
o Berat badan bayi dalam kandungan menyebabkan perubahan kepada
pusat graviti. Keadaan belakang akan diburukkan lagi jika anda
mempunyai postur yang tidak baik.
o Untuk mengurangkan sakit belakang:
o Pakai kasut tumit yang rendah.
o Ampukan belakang anda apabila duduk.
o Tidur di atas tilam yang keras.

7
o Berjumpa doktor anda jika sakit belakang menjadi semakin teruk.
 Buasir
o Buasir yang sederhana yang dialami akan menjadi menjadi lebih teruk
semasa hamil dan boleh berlakunya trombos, terasa sakit dan mungkin
berdarah semasa hamil.
o Anemia boleh berlaku oleh sebab pendarahan yang teruk dari buasir
tersebut.
o Berjumpa doktor anda untuk mendapatkan ubat melembutkan najis dan
ubat untuk buasir.
 Tidak dapat tidur (insomnia)
o Kesukaran untuk tidur di waktu malam disebabkan oleh naik turunnya
emosi mengandung.
o Elakkan dari makan terlalu banyak sebelum tidur. Cuba tidur dalam
kedudukan yang lebih selesa.
o Jika perlu, elak dari mengambil ubat penenang atau ubat tidur semasa
mengandung. Ubat penenang dan pil tidur ini boleh membahayakan anak
dalam kandungan. Dapatkan nasihat doktor jika anda benar-benar
memerlukannya ketika anda sedang mengandung.
 Gatal-gatal
o Di akhir kehamilan adalah biasa jika anda terasa gatal-gatal. Ia hanya
melibatkan tempat-tempat yang terdapatnya tanda regang di abdomen.
Gunakan krim atau minyak zaitun untuk menghilangkan tanda regang
tersebut.
o Losyen Calamine juga boleh digunakan untuk melegakan keadaan. Bagi
gatal-gatal yang teruk anda perlukan ubat antihistamin untuk
menghilangkannya dan membantu anda tidur di waktu malam.
 Sembab/bengkak di kaki dan buku lali
o Sembab adalah perkara biasa dan normal ketika mengandung. Rawatan
lazimnya tidak diperlukan.
o Angkat kaki anda sedikit ketika baring untuk mengalirkan cecair keluar.
Jika sembab menjadi semakin teruk berjumpalah doktor.
 Vena varikos
o Vena varikos selalunya terjadi di kaki. Di kalangan sesetengah wanita ia
berlaku di bibir faraj.
o Elakkan dari berdiri terlalu lama
o Gunakan stoking untuk melegakan keadaan.
o Kekejangan kaki
o Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan kalsium
o Biasanya dirawat dengan tablet kalsium.
 Serangan pengsan
o Selalunya berlaku dalam minggu ke 28 yang pertama dan seringkali
disebabkan postur. Pembesaran rahim menekan saluran aorta dan vena
cava yang merupakan saluran darah besar terletak di belakang rahim.
Pengurangan pengaliran darah balik ke jantung akan berlaku jika anda
bangun secara tiba-tiba.
o Tukar postur anda secara perlahan-lahan untuk mengelak dari masalah
ini.
 Kerap membuang air kecil
o Ini kerapkali berlaku di awal kehamilan disebabkan pembesaran rahim
yang memberi tekanan ke atas pundi kencing.

8
o Keadaan ini tidak memerlukan rawatan.
o Terasa sakit, kerap membuang air kecil dan bangun pada waktu malam
lebih dari sekali mungkin merupakan tanda jangkitan saluran kencing
yang sangat biasa semasa mengandung.
o Peningkatan lelehan dari faraj.
o Ini disebabkan oleh peningkatan rembesan yang dihasilkan oleh pangkal
rahim.
 Terasa kebas dan berdenyut-denyut di jari-jari?
o Ini boleh diatasi melalui fisioterapi dan senaman.