Anda di halaman 1dari 2

KEBERKESANAN WEB LOGS ( BLOG ) APLIKASI PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN
DALAM PENINGKATAN KUALITI PENDIDIKAN
Oleh
Nurainna Binti Mazlan @ Samad
(830111-01-6316)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menentukan tahap keberkesanan dengan


mengaplikasikan Web Logs (Blogs) dalam pembelajaran dan pengajaran oleh
guru – guru terutama peringkat sekolah menengah. Sampel kajian adalah guru –
guru Sains dalam perkhidmatan dan pelajar – pelajar kelas Sains peringkat
sekolah menengah. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dengan
menggunakan borang soal selidik dan akan dijalankan pre dan pos – ujian
dengan membina Web Logs (Blog) bagi setiap guru – guru Sains. Sebelum
dijalankan kajian ini, akan diberi perkhidmatan seminar dan juga kelas dari segi
aspek pengetahuan, kemahiran dan latihan kepada guru – guru tentang
pembinaan Blogs guru Sains masing – masing. Selain itu, satu borang soal
selidik tentang kemahiran guru dalam penguasaan teknologi maklumat akan
diberikan kepada guru – guru untuk menentukan tahap keperluan guru dalam
teknologi maklumat. Borang soal selidik juga akan diberikan kepada pelajar –
pelajar kelas Sains bagi guru – guru yang terlibat untuk menentukan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui Blog. Tatacara kajian
adalah secara umumnya kajian yang berdasarkan model klasik taksiran
keperluan pendidikan (Kaufman, 1972; Southard, 1974 dalam Witkin, 1977).
Model ini berasaskan kepada teori jurang, iaitu jurang di antara keadaan
sekarang dan keadaan yang dikehendaki. Ini dapat dilihat daripada persamaan
berikut:
[Keadaan dikehendaki] – [Keadaan sekarang] = [Jurang (keperluan)]
Keperluan dapat ditakrifkan sebagai perbandingan keadaan (contoh;
pengetahuan dan penguasaan) masa sekarang dengan keadaan (contoh;
pengetahuan dan penguasaan) yang diperlukan yang mesti ada. Maka jurang
yang wujud di antara keadaan dikehendaki dan keadaan sekarang ini akan
didefinisikan sebagai keperluan sebenar mereka. Model taksiran keperluan
penguasaan teknologi maklumat di kalangan guru sains dalam perkhidmatan ini
dinamakan model taksiran keperluan penguasaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran. Daripada dapatan kajian, akan dianalisis dan
ditaksirkan akan keberkesanan Blogs dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan kualiti pendidikan. Perbincangan dapatan akan disimpulkan.
Kemudian, implikasi dan dapatan kajian juga akan dirumuskan. Adalah
diharapkan dapatan kajian ini akan membantu pihak pentadbir sekolah
merancang latihan dalam perkhidmatan secara berterusan di dalam
meningkatkan aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat
yang dinyatakan sebagai berkeperluan tinggi oleh guru-guru sains yang terlibat
di dalam kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai