Syukur ke atas Ash-Syakur, Tuhan yang Maha Bersyukur kerana Allah S.W.T
mengutuskan baginda untuk memahamkan umat manusia pelbagai hal dan perkara di
samping menyelamatkan kita daripada hidup di dalam kegelapan.
Tidak lupa juga penghargaan kepada ibu,ayah dan abang serta saudara mara
saya yang lain kerana telah banyak menolong saya ketika susah dan membimbing saya
ke jalan yang benar. Kasih sayang mereka tiada nilainya di dunia ini dan tanpa tunjuk
ajar mereka,siapalah saya di masa akan datang.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Penyelia MUHAMAD & CO iaitu Tuan
Haji Muhamad Bin Burok selaku seorang peguam Syariah dan Sivil di firma ini. Tidak
lupa juga jasa kakitangan-kakitangan yang lain; Nurul Hanis Binti Mohd Zaini, Husna Bt
Abdul Halim, Nurul Haqiqah Bt Dol Hamid, Encik Ismanizam Bin Ismail, Puan Sa’adiah
Binti Abdul Kadir di atas tunjuk ajar dan selok belok sepanjang saya praktikal di sini.
Ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Puan Maryam Binti Md. Zin serta
jasa beliau sepanjang mengajar kami sebagai pelajar Diploma Syariah semester 4 dan
5 di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics. Kami doakan ustazah sentiasa berada
dalam sihat walafiat di samping keluarga yang tercinta dan semoga sentiasa diberkati
Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Alamin.
Dan tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua rakan-rakan saya termasuklah pelajar Diploma Syariah Batch 3 serta teman
serumah yang telah banyak memperbetulkan kesilapan saya dan membantu saya
dalam pelajaran. Tanpa pertolongan mereka,saya tidak akan dapat menyiapkan
tugasan saya ini dengan sempurna.
Dan akhir sekali saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran Alhamdulillah yang
tidak terhingga kepada Maha Esa yang telah menciptakan sebaik-baik kejadian di bumi
ini dan telah menciptakan saya sebagai seorang manusia yang beragama Islam di
mana keindahan Islam itu tiada tolok bandingannya dengan mana-mana agama di
dunia ini.
PENGAKUAN
Saya Nor Asyiqin Binti Mohamad Sediqi dengan ini mengesahkan dan
membuat pengakuan segala maklumat dan pengakuan dan isi kandungan
laporan ini adalah hasil kerja saya dengan bantuan penyelia. Segala
bahan-bahan yang didapati semuanya daripada sumber di dalam internet,
buku-buku rujukan serta perbincangan bersama rakan-rakan.
(_____________)
(_________________)
Para pelatih juga akan belajar untuk mentauliahkan diri sepanjang mereka
menjalankan latihan industri sama ada di tempat kerajaan atau pun swasta.
Di sini, para pelatih akan diberi tunjuk ajar dalam kepakaran bidang
masing-masing yang dipilih dan mereka akan diberi tanggungjawab dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh penyelia.
Tambahan pula, para pelatih akan dapat menghayati nilai etika profesyen
masing-masing,mempertingkatkan peluang pekerjaan serta memberikan
pengalaman pembelajaran dalam dunia industri.
1.1) Definisi Dan Tempoh Menjalani Latihan Industri
Tuan Haji Muhamad Bin Haji Burok selaku penyelia dan peguam Syariah
dan Sivil di dalam firma ini bersama 3 peguam yang lain. Beliau yang
berpengalaman dalam bidang Syariah dan Sivil lebih dari 20 tahun serta
pernah menjawat jawatan selaku Presiden bagi Persatuan Peguam
Syariah Malaysia (PGSM)
Di antara kes yang pernah dikendalikan oleh beliau ialah kes Datuk Anwar
Ibrahim, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Kamran Barbar dan Datuk
Hashimuddin.
1.4) Tugasan Yang Diberikan Kepada Pelatih
Tambahan lagi, kami juga diberi tunjuk ajar oleh penyelia serta kakitangan
pejabat yang lain mengenai prosedur kes harta mutaah, hadanah, harta
sepencarian,nikah di luar Malaysia serta poligami.
15 April 2011
MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG TEMPAT LATIHAN INDUSTRI
Muhamad & Co: Advocates & Solicitors bertempat di Medan MARA, Jalan
Raja Laut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur