Anda di halaman 1dari 2

Karangan Catatan

Kamu telah melakukan beberapa aktiviti semasa cuti hujung minggu.


Tulis catatan tentang aktiviti-aktiviti tersebut.

Ahad
7.00 Pagi
Selepas solat Subuh, saya mandi dan bersarapan bersama keluarga. Saya
membantu ibu di dapur dan mengemas meja makan. Saya juga menolong ibu
mencuci pinggan mangkuk.

9.00 pagi
Selepas mencuci pinggan-mangkuk saya mengemas rumah. Mula-mula saya
mengemas bilik tidur saya. Mana-mana pakaian yang kotor saya asingkan dan
diisikan ke dalam mesin basuh. Kemudian, saya membersihkan ruang tamu.

11.00 pagi
Selepas berehat sekejap, saya ke dapur menolong ibu memasak. Saya
membantu ibu menyiang ikan dan sayur. Saya rasa sangat gembira kerana
dapat membantu ibu di dapur. Ibu berasa bangga kerana mempunyai anak
yang rajin.

2.00 petang
Selepas solat dan makan tengah hari, saya berehat sebentar, kemudian saya
membaca buku cerita yang saya pinjam dari perpustakaan. Kemudian, saya
menonton televisyen kerana ada rancangan yang saya minati.

5.00 petang
Selepas solat asar, saya keluar bermain bersama kawan-kawan di taman
permainan yang berhampiran dengan rumah. Saya rasa gembira dapat bermain
bersama kawan-kawan. Selepas bermain saya pulang ke rumah.

7.00 malam
Selepas mandi - solat Maghrib - mengaji al-quran - makan malam-solat isyak –
ulangkaji - tidur.

Kamu telah bercuti di rumah datuk kamu selama tiga hari di kampung.
Pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang kamu berada di sana.
Tulis catatan kamu sepenuhnya semasa kamu bercuti di sana.

Jumaat -Petang
Saya tiba bersama keluarga di rumah datuk pada pukul 3.30 petang. Datuk
dan nenek berasa gembira menyambut ketibaan kami. Saya dan bapa
mengangkat beg dan buah tangan naik ke rumah.

Sabtu - Pagi
Kami bersarapan bersama kerana selepas itu datuk mengajak kami pergi ke
dusun untuk mengambil buah-buahan di sana. Sampai di dusun saya menolong
datuk mengutip buah durian, mengait rambutan, manggis dan pulasan. Banyak
buah-buahan yang kami perolehi.

Sabtu - petang
memancing – sepupu – banyak ikan

Sabtu - malam
ikut datuk pergi kenduri – gulai kambing

Ahad - pagi
Menolong datuk membersihkan reban kambing- beri kambing makan

Ahad - petang
Bersiap pulang ke rumah- gembira- mahu datang lagi.