Anda di halaman 1dari 23

PERBEZAAN

MOTOR ARUS TERUS &


MOTOR ARUS ULANG
ALIK
MOTOR ELEKTRIK

• Motor elektrik berfungsi menukarkan


tenaga elektrik kepada tenaga
mekanikal.
Motor elektrik bekerja berdasarkan
prinsip medan lastik dan
menggunakan Hukum Tangan Kiri
Fleming.
STRUKTUR
MOTOR
Motor A.T
•Komutator :
Menukar arah arus dalam angker supaya
putaran angker dalam satu arah sahaja.

•Berus karbon :
Untuk membuat sentuhan dengan
komutator semasa komutator dan angker
berputar bersama-
sama.

•Spring :
Untuk menolak berus supaya sentiasa
menyentuh komutator
Motor A.U
•Gelang gelincir:
Menukarkan kedudukan sentuhan antara berus
dan hujung angker serentak dengan perubahan
arah pengaliran a.u. Dengan itu angker berputar
dalam satu arah sahaja

•Berus karbon:
Untuk membuat sentuhan dengan komutator
semasa komutator dan angker berputar
bersama-
sama.

•Spring:
Untuk menolak berus supaya sentiasa menyentuh
komutator
PRINSIP OPERASI
MOTOR
Motor Arus Terus
• Apabila a.t. mengalir melalui angker yang berada
dalam keadaan mengufuk, medan magnet terhasil di
sekelilingnya.
• Medan magnet ini bersaling tindak dengan medan
magnet kekal menghasilkan medan
lastik dan sepasang daya bertentangan arah.
• Arah daya ditentukan oleh Hukum
Tangan Kiri Fleming. Akibatnya angker berputar.
• Apabila angker dalam keadaan
menegak,tiada arus mengalir melalui angker, walau
bagaimanapun kerana momentum atau inersia
angker membolehkannya berputar terus.
• Apabila angker dalam keadaan
mengufuk semula,sisi angker bertukar tempat.
• Walau bagaimana pun dengan bantuan komutator
arah arus dalam angker disongsangkan
menyebabkan angker masih berputardalam arah
yang sama.
MOTOR Arus Ulang Alik
• Apabila a.u. mengalir melalui angker yang berada
dalam keadaan mengufuk,medan magnet terhasil
di sekelilingnya.
• Medan magnet ini bersaling tindak dengan medan
magnet kekal menghasilkan medan lastik dan
sepasang daya bertentangan arah.
Arah daya ditentukan oleh Hukum Tangan Kiri
Fleming.
• Akibatnya angker berputar. Apabila angker dalam
keadaan menegak, tiada arus mengalir melalui
angker, walau bagaimanapun kerana momentum
atau inersia angker membolehkannya berputar
terus.
• Apabila angker dalam keadaan mengufuk semula,
arah pengaliran a.u.berubah,
tetapi sentuhan antara hujung angker dan berus
bertukar tempat. Oleh itu arah putaran angker
masih pada arah yang sama.
FAKTOR–FAKTOR
MEMPENGARUHI
KELAJUAN MOTOR
•Magnitud arus :
Jika magnitud arus bertambah, kelajuan juga akan bertambah

•Bilangan lilitan gegelung:


Jika bilangan lilitan gegelung bertambah, kelajuan juga bertambah

•Kekuatan magnet kekal:


Jika kekuatan magnet kekal bertambah, kelajuan juga akan
bertambah

•Jenis teras gegelung:


Teras besi lembut akan menghasilkan kelajuan yang tinggi
PERBEZAAN PRINSIP
OPERASI MOTOR
A.T & A.U
MOTOR A.T MOTOR A.U
Menggunakan bekalan AT Menggunakan bekalan AU
Menggunakan komutator Menggunakan dua gelang
gelang terbelah gelincir

Komutator menukarkan arah AU sendiri yang bertukar arah


pengaliran arus dalam angker di dalam angker

Kelajuan bergantung kepada Frekuensi putarannya sama


bilangan lilitan, kekuatan dengan frekuensi bekalan AU
magnet, luas angker dan
magnitud arus

Kurang cekap kerana geseran Lebih cekap kerana tiada


antara komutator dan berus geseran antara gelang gelincir
dan berus
KESIMPULAN
Motor A.T & Motor A.U mempunyai kelebihan
dan kekurangannya yang tersendiri dari segi
kegunaan dan keselamatan atau risiko yang
boleh mengundangkan bahaya.

Namun diantara keduanya mempunyai


persamaan dan perbezaannya dari segi
struktur dan prinsip operasi motor tersebut.
SETERUSNYA…..
PERBEZAAN DIANTARA
PENJANA ARUS TERUS &
PENJANA ARUS ULANG ALIK
PENJANA ELEKTRIK
• Penjana elektrik berfungsi
menukarkan tenaga mekanikal
kepada tenaga elektrik.
Penjana elektrik bekerja berdasarkan
prinsip aruhan elektromagnetdan
menggunakan Hukum Tangan Kanan
Fleming.
Penjana elektrik terbahagi kepada
dua jenis iaitu Penjana a.t dan
Penjana a.u.
STRUKTUR PENJANA AT
PRINSIP OPERASI PENJANA A.T

• Apabila angker berputar pada keadaan mengufuk(0o) , sisi-sisi


angker memotong garis-garis magnet.Perubahan fluks menjadi maksimum dan
d.g.e aruhan
terhasil.Arah arus terhasil dalam angker dientukan oleh Hukum Tangan Kanan
Fleming.

• Semasa angker dalam keadaan menegak(90o),sisi angker selari dengan urat


daya magnet.Perubahan fluks magnet tidak berlaku dan arus aruhan sifar.
Semasa angker dalam keadaan menegak semula(180o) Perubahan fluks magnet
maksimum semula dan arus aruhan adalah maksimum.Dengan bantuan
komutator arah arus yang mengalir dalam galvanometer masih sama.

• Semasa angker dalam keadaan menegak semula(270o),perubahan fluks magnet


tidak berlaku dan arus aruhan adalah sifar.
STRUKTUR PENJANA AU
PRINSIP OPERASI PENJANA AU

• Apabila angker berputar pada keadaan mengufuk(0o) , sisi-sisi angker


memotong garis-garis
magnet . Perubahan fluks menjadi maksimum dan d.g.e aruhan terhasil.Arah
arus terhasil dalam
angker dientukan oleh Hukum Tangan Kanan Fleming.
• Semasa angker dalam keadaan menegak(90o),sisi angker selari dengan urat
daya magnet.
• Perubahan fluks magnet tidak berlaku dan arus aruhan sifar. Semasa angker
dalam keadaan menegak semula(180o) Perubahan fluks magnet maksimum
semula dan arus aruhan adalah
maksimum.
• Disebabkan sentuhan antara berus dan hujung angker bertukar kedudukan
arah arus yang mengalir dalam galvanometer pada arah yang bertentangan.
Semasa angker dalam keadaan menegak semula(270o),perubahan fluks
magnet tidak berlaku dan arus aruhan adalah sifar.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai