Anda di halaman 1dari 10

NOVEL KEMBARA AMIRA

(Amer Hmzah L.Kadir)


Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) 
 
Sinopsis
 
Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti
persekolahan. Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk
menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang
menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan
tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli
yang telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga
telah berkenalan dengan Malique.
 
Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia
lubuk emas di hutan tersebut. Tindakan Itai telah mengundang kemarahan
penduduk orang Asli di kawasan tersebut kerana jika orang bandar
mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai.
 
Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain
cuba mencari pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka
naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya kenderaan tersebut tergelincir
ke dalam gaung.
 
Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof.
Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan
petempatan awal manusia. Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan
Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah. Hasilnya mereka
menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan
tulisan purba di dinding gua. Di dalam gua tersebut juga, Amira telah
menjumpai mobile disk milik Malique. Amira mengagak bahawa mungkin
Malique berada berhampiran kawasan tersebut.
 
Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan
terbongkarlah segala rahsia. Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh
Tau yang menyamar sebagai lembaga berbulu. Jennifer akhirnya berterus-
terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada Malique (Sabi).
Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan
bahawa Itai adalah adik Malique.

Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa.


Jacinta pula melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris. Itai
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap
di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya.
 
Tema 
 
 Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan
hidupnya. Hal ini digambarkan melaui watak Amira. Amira sebagai watak
utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu
Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia.
Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai
sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.
 
Persoalan 
 
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini
digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan
kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.
 
2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-
anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta
kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh
bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan
Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.
 
3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram
dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.
 
4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan
melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit
Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.
 
5. Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang
terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri
bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan
dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan
keluarga.
 
6. Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak
Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan
Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.
 
7. Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik
Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
 
 
Pembinaan Plot
 
(i) Permulaan
 
Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke
Bukit Mat Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun
awal manusia.
 
(ii) Perkembangan
 
Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah
diselamatkan oleh Itai.
Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa
gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.
Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak
kewujudan tamadun awal manusia.
Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.

(iii) Klimaks
 
Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah
yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding)
yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan
diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam
kawasan tersebut.
 
(iv) Peleraian
 
Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau
manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.
Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan
sejarah yang harus dilindungi.
 
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
 
1. Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah
Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan,
dengan paling hujung adalah khemah dapur.
 
2. Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.
 
3. Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di
Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan
oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.
 
4. Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai
merupakan anak kepada Tau.
 
5. Suspens
Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa
makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang.
Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan
dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha
mencari dari mana dia datang.
Apa benda itu?” Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang
dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap
mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap
perkara itu berlaku.
Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang
asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu
menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi
telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.
Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka
entah kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke
dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya
dan O’Hara? Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai
ada kaitan dengan O’Hara yang berkulit putih.
 
Watak Utama
 
1. Amira
 
Pelajar sekolah swasta.
Anak Profesor Zaidah.
Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT.
Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk
mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.
Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan
dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.
Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri
bersama pelajar-pelajar ibunya.
Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha
menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang
tinggi.
 
WATAK SAMPINGAN
 
1. Jacinta
 
Berkulit cerah.
Berbangsa Cina.
Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
Anak seorang jutawan.
Telah kematian ibunya empat tahun lalu.
Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati
dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk
berterus terang.
Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu
keluarganya diungkit.
Watak dan Perwatakan
Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama
dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.
 
2. Itai
 
Berkulit gelap.
Berbadan tegap.
Anak orang asli yang bersekolah di bandar.
Anak kepada Tau.
Bakal ketua kampung.
Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada
Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia
berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu
memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta
dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.
Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan
makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai
dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki,
meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang
dibawa oleh angin.
 
3. Profesor Zaidah
 
Wanita pertengahan usia
Ibu kepada Amira
Pensyarah universiti
Meminati bidang arkeologi
Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai
dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan
diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus,
Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang
akan dilakukan.
Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof
Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya
pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk
meneruskan projek cari gali tersebut.
 
4. Tau
 
Seorang yang tinggi lampai.
Berbadan tegap.
Bapa kepada Malique dan Itai.
Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).
Adik kepada Ludin.
Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi
kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa
mengetahui tujuan mereka.
Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan
abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat
menjadi ketua kampung.
Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup
berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof
Zaidah tanpa pengetahuan mereka.
 
5. Malique (Sabi)
 
Berkulit gelap.
Berambut kasar.
Anak Tau dengan Ipah.
Abang kepada Itai.
Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, O’hara menyuruh
Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang
dimilikinya.
Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup
mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk
menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan
hutan tersebut.
Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di
Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof.
Zaidah.
 
Gaya Bahasa 
 
 
1. Simile
Contoh:
Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.
 
2. Personifikasi
Contoh:
Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke
arah dada
haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari
tidurnya.
 
3. Hiperbola
Contoh:
“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku
bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai
kulit itu”
 
4. Sinkope
Contoh:
“Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk
menarik perhatian Jacinta
Gaya Bahasa
 
5. Inversi
Contoh:
Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu
nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.
 
6. Kata Ganda
Contoh:
Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata
biru Samantha.
 
7. Peribahasa
Contoh:
Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang
takdir.
 
Nilai 
 
1. Nilai bekerjasama
Contoh:
Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk
memastikan projek yang dijalankan berjaya.
 
2. Nilai kasih sayang
Contoh:
Kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah
membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak
menyedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh
arus.

3. Nilai keberanian
Contoh:
Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni
oleh semua masyarakat orang asli.
 
4. Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh:
Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan
semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh
memusnahkan hutan tersebut.
 
5. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh:
Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan
Jacinta yang berbangsa Cina.
 
 
6. Nilai kesopanan
Contoh:
Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah
menambat hati Prof. Zaidah.
 
7. Nilai ketaatan
Contoh:
Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa
orang luar ke kawasan lubuk emas.
 
8. Nilai amanah
Contoh:
Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak
kepada Tau bertahun-tahun lamanya.
 
9. Nilai keikhlasan
Contoh:
Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di
Bukit Mat Raya.
 
10. Nilai tolong-menolong
Contoh:
Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat
kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.
 
Pengajaran
 
1. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang
secukupnya kepada anak-anak.
Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof.
Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta
tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh
arus.
 
2. Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang
dianugerahkan oleh Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus
sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan
projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
 
3. Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu
matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan
bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.
 
4. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya
menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang
kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang
berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
Pengajaran
 
5. Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya
semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan
Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak
Lias.