Anda di halaman 1dari 25

SIRAH

PERANG AL-FIJJAR
DAN
SUMPAH SETIA AL-FUDHUL
 Nabi : Umur 20 tahun
 Baginda ikut serta dlm peperangan al-Fijar
 Gabungan dgn suku Quraisy melawan suku
Qais.
 Peperangan paling dahsyat.
 Mencemari kehormatan kota Mekah yg
dianggap suci bagi org2 Arab,
 Al-Fijar : persekongkolan dalam kejahatan.
 Baginda terlibat dalam peperangan. Ini apabila
berlaku peperangan antara Arab Quraisy melawan
puak atau suku Hawazan. Iaitu yang dikenali sebagai
Perang Fujjar. Bagi sesetengah riwayat menyebutnya
sebagai Perang Fijar bererti 'jahat'.

Dalam peperangan itu, Nabi SAW berada dalam


posisi perang yang tidak kurang penting. Baginda
membekalkan anak-anak panah untuk bapa-bapa
saudaranya yang turut serta dalam peperangan itu.
Dengan kata lain, baginda bertanggungjawab
mempersiapkan mereka anak-anak panah untuk
menyerang musuh.

Diceritakan juga, baginda sangat pintar dengan


bertindak mengutip dan mengumpulkan semua
senjata termasuk tombak dan anak-anak panah
yang dilepaskan oleh pihak musuh untuk
diguna semula oleh pihak Quraisy.
 Begitu pun dalam riwayat sejarah yang lain seperti yang
ditulis oleh Jaafar Subhani, baginda dalam peperangan itu
mempunyai peranan yang lebih mencabar apabila dalam
usia yang semuda itu Nabi Muhammad dikatakan bertindak
menangkis atau memintas serangan anak-anak panah yang
disasarkan untuk mencederakan bapa-bapa saudaranya itu.

Ibnu Hisyam meriwayatkan kata-kata Nabi yang menyebut:


"Aku menangkis anak-anak panah yang diarahkan kepada
pakcik-pakcik ku itu".

Bagaimana baginda dapat bertindak dengan


sebegitu berani tidaklah diketahui tetapi yang
pasti perbuatan itu sangat membahayakan kepada
nyawa baginda sendiri.

Namun sebelum itu, kita mesti mengetahui


apakah kisah sebenar di sebalik sejarah Perang
Fujjar yang dari aspek lughahnya bermakna 'tidak
adil' ini.
 Kisah selanjutnya kali ini, tidak kurang
menariknya apabila dikatakan dalam usia 15
tahun Nabi Muhammad SAW telah
menunjukkan keberanian yang luar biasa
apabila buat pertama kali

Perang Fujjar sebenarnya merupakan siri-siri


perangan yang berlaku dalam bulan-bulan yang
diharamkan untuk semua penduduk Arab
berperang sesama mereka.

Ini kerana penduduk Arab di zaman Jahiliah ini


seperti yang diketahui umum sering menghabiskan
sebahagian besar masa mereka dengan berperang,
bertempur atau pergaduhan terutama melibatkan
kabilah atau suku-suku kaum.

Punca perang adalah daripada soal yang titik


bengik sehinggalah kepada soal yang sebesar-
besar punca.
 Fenomena perang ini tidak menjanjikan keamanan
dan kedamaian sehingga kehidupan menjadi
tergugat. Ia menganggu urusan seharian terutama
dalam sektor perniagaan dan perdagangan yang
telah menjadi nadi ekonomi penduduk Arab itu.

Tetapi pada hakikatnya mereka tidak dapat


mengelak daripada peperangan demi peperangan.
Pada bila-bila masa sahaja ia boleh meletus tanpa
ada sesiapa dapat menahannya lagi.
 Hakikat ini terpaksa mereka akui tetapi kata sepakat
dan persetujuan dicapai supaya peperangan tidak
boleh berlaku pada bulan-bulan yang diharamkan
berperang. Iaitu dalam tempoh setahun, mereka
diharamkan berperang dalam bulan Rejab,
Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Dalam tempoh
empat bulan ini tiada sebarang peperangan
dibenarkan.

Dengan lain perkataan di luar bulan-bulan tersebut


jika mereka hendak berperang juga maka itu tidak
dapat dielakkan lagi.

Justeru, dalam tempoh empat bulan yang aman itu seluruh


penduduk dapat merancakkan semua kegiatan perekonomian
mereka, keluar bekerja, berniaga dan sebagainya asalkan
sahaja pendapatan diperolehi dan hidup dapat diteruskan.

Ketetapan bulan-bulan yang diisytiharkan haram berperang


ini menyaksikan pasar-pasar seperti Ukaz, Dzul Majjaz dan
Mujannah begitu sibuk dan sesak dengan segala macam
aktiviti perniagaan. Sama ada mereka kawan atau lawan,
masing-masing akan berurusan dengan baik dan mengelak
dari berlaku sebarang pergaduhan dan pertengkaran.
 Ketika itu jugalah golongan 'artis' atau penggiat-
penggiat seni yang masyhur akan tampil dan
memukau perhatian para pendengar dan penonton
dengan nyanyian-nyanyian lagu dan syair, hasil
ciptaan yang bermutu tinggi.

Tidak kalah juga para pemidato-pemidato yang


turut mengambil bahagian untuk menonjolkan bakat
berpidato mereka sehingga begitu ramai yang
terpegun dan asyik mendengarkannya.
 Ketika ini juga para rahib dan pendita Yahudi
Nasrani dan ketua-ketua ajaran pagan atau
animisme akan memperkenalkan ajaran agama
dan kepercayaan masing-masing kepada orang
ramai.

Mereka 'berdakwah' secara lantang di hadapan


khalayak seluruh penduduk Arab terutama yang
mengunjungi Kota Mekah tanpa sebarang khuatir
terhadap mana-mana pihak.
 Begitulah uniknya suasana sosio budaya Arab
Jahiliah apabila semuanya menghormati bulan-
bulan yang diharamkan berperang itu.

Tetapi seperti yang disebutkan sebelum ini,


perang tetap juga meletus tanpa mengira masa
dan keadaan.
 Peperangan yang berlaku di bulan-bulan haram
inilah dikenali sebagai Perang Fujjar atau Fijar
kerana melanggar 'adat' atau tempoh gencatan
tersebut.

Namun dikatakan juga Perang Fujjar ini adalah


perang yang berlaku di Tanah Haram, iaitu
kawasan sekitar atau berhampiran Kaabah dan
Kota Mekah yang diharamkan dari berlaku
sebarang pembunuhan hatta membabitkan seekor
semut!

1) Perang Fujjar Pertama.

 Perang ini meletus melibatkan pertempuran antara


Kabilah atau Suku Kananah dan Hawazan yang berpunca
dari satu peristiwa yang agak pelik namun agak
melucukan.

Ini apabila salah seorang dari Kabilah tersebut bernama


Badar bin Masyar memilih Pasar Ukaz untuk beliau
membacakan sajak atau syair puji-pujian setiap hari di
hadapan para pengunjung dan para penonton deklamasi
sajak itu.
 Pada suatu hari, dengan sebilah pedang tajam yang terhunus,
Badar menarik perhatian pendengar dengan berkata:

"Aku orang yang paling terhormat!

Sesiapa yang cuba menolak pengakuan ku ini,

Akan ku tebas dengan pedang ini,

Bagi kau rasa tajamnya senjata ku ini!"


 Ketika itulah, seorang lelaki dari suku kaum yang
lain tiba-tiba bangkit dan menebas kaki Badar
dengan sebilah senjata tajam sehingga terputus
kedua-dua belah kaki penyair malang itu.

Akibatnya, meletuslah perang antara kabilah-


kabilah itu yang mujur dapat dihentikan sebelum
ada sesiapa yang terbunuh!
 2) Perang Fujjar Kedua.
 Mengisahkan seorang wanita yang dikatakan
seorang yang sangat cantik berasal dari Bani
Amir. Kecantikannya menarik perhatian seorang
pemuda, lalu si pemuda ini meminta wanita itu
mempamerkan kecantikan dan kejelitaan
wajahnya.
 Tentu sahaja permintaan itu menimbulkan kemarahan
wanita berkenaan, namun si pemuda tidak putus asa.
Dia terus mengait dan menarik hujung kerudung wanita
itu menyebabkan kerudung itu terbuka dan
mendedahkan kecantikan wanita itu.

Perbuatan melampau pemuda ini tentu sahaja umpama


api yang mencetuskan kebakaran maka berlakulah
peperangan antara puak-puak yang hanya berjaya
dihentikan selepas ada beberapa mangsa terbunuh.
 Perang Fujjar iaitu antara Puak Quraisy dengan
Puak Hawazan yang disertai oleh Nabi itu sendiri
adalah yang paling lama, iaitu sehingga empat
tahun lamanya.

Ini menyebabkan ada yang menyebut perang ini


berakhir ketika baginda memasuki usia 20 tahun.
Punca peperangan adalah pertikaian dalam
urusan perniagaan di pasar Ukaz yang tidak lebih
akibat salah faham sahaja.
 Perang ini hanya berakhir dengan membayar diat
atau wang darah kepada suku Hawazan yang
lebih banyak kehilangan nyawa berbanding
mangsa yang terbunuh di pihak Quraisy.

Penyertaan dalam peperangan ini tentunya


memberikan satu asas yang kuat kepada baginda
mampu menempuh cabaran-cabaran peperangan
yang terpaksa baginda hadapi ketika secara rasmi
menjadi Rasul.
 Begitu pun, kita tidak boleh sama sekali menyifatkan perkara
ini menjadi bukti atau asas bahawa baginda dikatakan suka
kepada berperang. Atau Islam itu ditegakkan melalui sebilah
pedang seperti yang dakwaan sesetengah pihak!

Baginda tidak dapat mengelak terlibat tetapi apabila berperang


bagindalah panglima perang yang paling gagah berani.

Namun, di sudut yang lain, baginda adalah yang paling baik


dan mengasihi musuh-musuh terutama yang menjadi tawanan!
SUMPAH SETIA AL-FUDHUL
 Diadakan di rumah Abdullah bin Jad’an at-
Tamimi, salah seorg pemukan Quraisy
WASSALAM

Anda mungkin juga menyukai