Anda di halaman 1dari 23

Novel Kabus Di Perbukitan

SINOPSIS

Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,
yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan
sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan
Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan
Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar
tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah
dijaga oleh Salmah.

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi
Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan
menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum
pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan
untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran lqbal di
dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan
lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan lqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan
penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan.
Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari
Faridah dan lqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah
dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat
Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian
Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang
berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali.
Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana
terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pulai meninggal dunia akibat kemalangan.
Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di
New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia
terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.

Melina berkenalan dengan Jabbar al–Anbia atau dikenali spoagai 'Benny'. Secara tidak
sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak.
Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka
berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka
menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan
Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara
kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki
terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah
melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.

Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan
Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain
ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya. arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka
berlangsung dengan meriah.

Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama denga ayahnya,
Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain
pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul
dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

1. SINOPSIS KABUS DIPERBUKITAN

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya

Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya.
Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke
perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul
mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang
tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila
dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC
pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu
dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu
berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab
dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang
oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia
sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti
Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan
pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia
dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah
faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin
menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa
sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang
muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang
melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan
terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak

Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah
untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah
berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung.
Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam
Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat
tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis
telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih
kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan
bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap
di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan
Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah
dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan
pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff
mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh
makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan
cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan
helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.

Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada

Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang


sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang
merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah
Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah
tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin ,
Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti
Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk
membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita
itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta
untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr.
Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-
tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu
membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu
dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran
agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut
Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-
nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran

Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap
datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius.
Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia
menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang
menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila
memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak
dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu
jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan
Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr.
susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu,
Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.

Bab 5 : Bukit Kutu

Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing.
Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di
sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih
bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia
tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia
diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal
lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia
tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah
berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit
Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti
meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang
digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang
Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu
dan Faridah.

Bab 6 : Hanya pada Harapan

Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat
Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga
meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan
pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan
mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul
pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat
Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat
Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang
dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin
berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri
memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan
kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk
membantunya mencari Faridah.

Bab 7 : Kabus di Perbukitan

Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh
Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa
masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu.
Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung.
Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering
meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia
juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai
Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah
terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam
mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah.
Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam
sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung
tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah
menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu.
Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang.
Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari
kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada
kaitan dengan kawasan orang asli.

Bab 8 : Terus Mencari

Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang.


Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak.
Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan
tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung,
Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudin mendapati
Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok
batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah
waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya.
Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak
buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya
Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang
penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.

Bab 9 : Pekan Sungai Kubu

Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan
Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan
menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang
keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang
Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual
pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-
pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit.
Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan
kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa
oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi
dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula
menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap
untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar
sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan
sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang
kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya
tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu.
Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan
ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang
berpindah meninggalkan tempat tersebut.

Bab 10 : Kauhadir dalam Igauan

faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh
dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang
terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya
duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa
melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap
dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru
menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia
tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-
beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan
oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati
telah meninggal dunia.

Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan

Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya,


Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi
Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak
Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar
Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap
perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk
mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk
meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan
pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali
sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.

Bab 12 : Tekad

Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat


untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran
kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai
spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan
bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu.
Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia
teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital.
Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa
terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun
Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja
sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk
menghadapi masa hadapan yang mencabar.

Bab 13 : Rindu

Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam
seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah
pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia
sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa
pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu.
Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir
kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh
sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu
meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah
menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah
Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu
mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang
berjaya.

Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi

Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah
mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras
kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan
kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar
bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh
kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.

Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi

Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun
yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar
Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang
anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air
sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat
kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan
orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM
untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik
lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya
terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh
mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering
mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja
sambilan.

Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi

Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan
dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang
minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan
hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak
bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga
tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal
di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan
perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang
pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat
tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat
keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak
Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk
ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia.
Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina
pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk
berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.

Bab 17 : Penyembelihan Kambing

Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia
bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki
oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari
Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh
johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat
meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln,
hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan
pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya
merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya
melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan
pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora.
Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka
menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne
yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh
hati pada Anne.

Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata


Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di
Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik
oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan
memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama
menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat
asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur.
Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing
seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu
Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga
pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan
ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata
dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk
mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah.
Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia
masih kecil.

Bab 19 : hati dan Warna Kanvas

Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit
termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana
kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia
yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi.
Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda
banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang
diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki
oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan.
Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan
Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk
berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal
agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan
Allah.

Bab 20 : Pendatang

Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila


beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media
memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan
tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri
ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat
pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga
mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota
masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti.
Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk
menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan
perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah
Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan
kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga
terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.

Bab 21 : Tak Ingin Tahu

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati
banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul
pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya
dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam
modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun
tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul
berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan
tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja
asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak
tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.

Bab 22 : Mengukur Usia

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai
jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk
kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout.
Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-
kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula
tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama
semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk
mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah
berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah,
Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan
untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya
dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya
mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih
komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan
teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak
membantah dengan pilihan anaknya.

Bab 23:Melihat Dalam Diri

Perubahan Benny semakin dirasai isterinya, Melina. Bennya sering pergi ke luar daerah tetapi
tidak pernah membawa bersama. Kali terakhir dia dibawa bersama ke Kuala Lumpur ialah
pada tiga bulan lalu setelah dia merengek mahu membeli-belah pakaian baharu. Seperti biasa,
Khadijah, anak gadis Haji Awang akan datang menemaninya. Melina berasa serba salah
apabila dia kerap menemaninya namun Khadijah menerangkannya dengan memberitahu
bahawa Haji Awang sering meminta dia menemani Melina. jauh di sudut hatinya, Melina
sangat berterima kasih kerapa Haji Awang yang tulus membantunya. Melina dan Khadijah
duduk di beranda sambil bercerita tentang pembunuhan yang dibacanya dalam akhbar akhir-
akhir ini. Tiba-tiba Melina teringat akan ibunya yang menguruskan keluarganya dengan
sempurna. Ibunya juga pernah menceritakan pengalaman hidupnya sewaktu kecil mengutip
telur itik untuk digoreng sebagai makanan tengah hari. Tidak semena-menan Melina
berhasrat melihat kampung halaman ibunya di Sungai Besar.
 
Bab 24: Lambaian Hati
 
Ketika Zain ke rumah Anne, dia berbual-bual tentang pelbagai perihal dengan Faridah.
Faridah sangat gembira apabila mengetahui Zain berasal daripada Sungai Besar. Dia sangat
merindu kampong halamannya. Dia teringat sawah padi dan ubi yang selalu menjadi sarapan
mereka. Setelah berbual panjang, Anne mencadangkan agar mereka ke Malaysia cuti
semester dan menumpang rumah Zain. Selain pulang ke kampong Faridah, mereka juga boleh
pergi melawat Melina yang telah menerap di sana.  Faridah sangat menyenangi persahabatan
Zain dan Anne. Dia berharap agar persahabatan mereka berakhir dengan perkahwinan dan
Anne akan kembali kepada susur galurnya, menetap di tanah ibunda.
 
Bab 25: Menghapus Dosa
 
Mehmood, Benny dan Mohamed Attar mengunjungi rumah Ustaz Hassan Syukri untuk
bertukar pendapat. Ustaz Hassan Syukri yang sudah berumahtangga sudah tidak segan
mengajak orang bertandang ke rumahnya. Sambil menjami hidangan, mereka mula
berbincang mengenai pengamalan agama Islam di Negara kita ini. Ustaz Hassan Syukri
berpendapat bahawa agama Islam boleh diamalkan mengikut budaya dan amalan masing-
masing selagi tidak melanggar Syariat, sebagaimana yang berlaku di Negara ini. Beliau
mengumpamakan agama Islam seperti sekeping roti. Mereka juga berbincang tentang budaya
orang Melayu yang berbeza-beza. Beberapa tahun kemudian, mereka beransur pulang. Dalam
perjalanan, mereka berbual tentang Ustaz Hassan yang dikatakan mempunyai pandangan
yang agak berbeza. Mereka beranggapan bahawa untuk mahu, kita kena berjuang dan
berpolitik. Mereka percaya bahawa tiada Negara Islam yang berkekalan tanpa peperangan
dan politik. Mereka bertekad untuk menegakkan perjuangan bersama-sama agar musuh Islam
merasakan keperitannya.
 
 
Bab 26: Hari Wanita
 
Soleh Johnsons dan Faridah sudah berada di tanah air dengan tujuan mahu bercuti, melawat
Melina yang sedang sarat mengandung dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne.
Soleh dan Faridah menginap di bunglo percutian di Cameron Highlands. Soleh telah
berkenalan dengan ramai jemaah dalam seminggu ke masjid dan kebanyakan mereka sudah
lama menetap di Cameron Highlands, antaranya Amir Mustor, Muslim, Arif Carlson bekas
askar British, Ahmad Raffles, bekas Royal Australian Force yang mengusahakan kebun
Strawberry manakala isterinya, Zaidah Hashim memasarkan hasil kebun di kedai kecil
mereka. Musa Surray yang berbangsa Scot pernah menjadi penyiasat persendirian dan bekas
anggota Sepcial Branch yang memerangi komunis dan seorang lagi kenalan Soleh, Yusuf
Jensen berbangsa Belanda tetapi fasih berbahasa Indonesia kerana dia dilahirkan di Bogor.
Soleh dibawa minum teh bersama Yusof Jensen dan menjemput dia untuk bersama-sama
menerima kunjungan daripada keluarga Datul Azrul. Zain bersama ayah dan ibunya, Datuk
Azrul dan Datin Aishah bertemu dengan keluarga Anne. Datin Aishah khuatir Zain akan
menetap di luar Negara selepas berkahwin. Datuk Azrul dan sekeluarga bertemu dengan
keluarga Anne di banglo yang digelar  The Golf View Cottage yang dahulunya dinamakan
oleh pemilik asal The Fog Cottage. Majlis yang asalnya dirancang untuk
membincangkan  perkahwinan Zain dan Anne bertukar menjadi pertemuan bersejarah apabila
Datuk Azrul bertemu dengan Faridah yang juga kakak kepada buah hantinya, Rahayu yang
telah meninggal dunia kerana menghidap barah paru-paru.
 
 
Bab 27:
 
Benny memandu keretanya untuk ke Pulau Pinang setelah mendapat e-mel berbahasa Arab.
Dia meninggalkan rumah awal pagi dengan hati libang-libu. Dia meninggalkan rumah sehelai
sepinggang dengan hanya sebuah ciuman di dahi isterinya, Melina. Ketika Benny tiba di
kawasan perbukitan di Awana berhampiran Genting, telefon bimbitnya menyampaikan
pesanan supaya terus ke Pulau Pinang dan bukan menyusur masuk ke bandar Ipoh. Selepas
itu, Mehmood yang menghubunginya dari Kuala Lumpur menggesa Benny supaya menyerah
diri kepada International Police. Benny tidak menyangka bahawa Mehmood seorang anggota
polis yang menyamar untuk menjejaki Mohamed Attar. Benny tidak mengendahkan pujukan
Mehmood kerana dia tidak mahu ditangkap dan kemudian dihantar ke pusat tahanan. Dia
memutuskan penggilan lalu mencampakkan telefon bimbit itu keluar tingkat. Hanya tiga
minit yang diperlukan untuk mengesannya. Bennya memandu terus. Suara Melina kembali
dalam ingatannya. Betapa isterinya tidak menyenangi teman-temannya. Pendapat Benny
selalu bertentangan dengan Ustaz Hassan Syukri mahupun Haji Awang, jirannya. Haji
Awang menjelaskan tentang Islam kepada Benny tetatpi Bennu tetap tidak sependapat
dengannya. Sebuah kereta memotong laju memadamkan ingatanya. Dia memecut laju untuk
sampai ke destinasi. Dia tidak menyangka begitu jauh tindakan Mohamed Attar. Benny
kecewa kerana dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Sebaik tiva di Pantai Miami dia
berttemu dua orang lelaki. Mereka memperkenalkan diri mereka. Kemudian, dia menaiki bot
menuju perairan antarabangsa.
 
Bab 28:  Cerita Penghujung Usia
 
Faridah dan Datuk Azrul terkenang akan peristiwa silam 25 atau 27 tahun lalu. Faridah
bercerita tentang kisah hidupnya dan Ayu, iaitu adik kembarnya yang penuh dengan cerita
duka. Mereka terpisah kerana perceraian ibu bapa. Selepas itu, Faridah tertanya-tanya tentang
kehilangannya begitu lama dahulu. Datuk Azrul berkata bahawa dia telah jumpa banyak
orang dan mendapat pelbagai sumber. Antaranya, ada cerita tentang orang bunian, mitos dan
sejarah yang sudah lama dilupakan orang namun dia hanya percaya kepada satu sumber iaitu
akal. Dia percaya akal Faridah telah bergerak jauh, merentasi ruang dan sempadan masa.
Faridah juga berkesempatan bertemu Ayu sungguhpun hanya dalam mimpi. Selepas itu,
mereka berbual tentang rumah bangle yang dibeli oleh Soleh, Memandangkan kedua-dua
anaknya akan menetap di Malaysia. Faridah juga berkata bahawa dia sepatutnya menulis
tentang pengalamannya ketika koma. Selain itu, dia juga ingin pulang untuk menziarahi
kubur Ayu, Ghazali dan ibunya.
 
Bab 29: Pasrah
 
Melina termenung memikirkan Benny yang sudah empat hari menghilangkan diri tanpa
pesanan. Melina tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan pasti ada sebab
mengapa Benny pergi tanpa satu pesanan. Melina teringat akan peristiwa pertama kali dia
melihat Benny begitu bersungguh-sungguh untuk berubah semasa mereka dalam
penerbangan ke Kuala Lumpur. Azamnya itulah yang mengukuhkan persahabatannya dengan
Ustaz Hassan Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. Akhirnya, Melina
pergi ke balai polis untuk membuat laoran kehilangan. Akhirnya terbongkar juga kisteri
kehilangan Benny apabila Melina memberikan beberapa kad kepada Inspektor Radzi tetapi
Benny tidak terlibatd alam senarai tangkapan. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi dan panggilan
daripada nombor yang tidak dikenali. Hatinya berdetik.
 
Bab 30:  Pangkuan
 
Sudah dua minggu Benny menghilangkan diri. Akaunnya sudah dipenuhi wang yang cukup
untuk menyara hidupnya selama setahun. Rumah yang didiami Melina sekarang sudah
ditukar ke atas namanya. Setelah menerima kereta daripada wakil Jaafar Al-Anbla, Khalid,
Melina mengemaskan barang-barangnya dan bertolak ke Cameron Highlands setelah
menolak permintaan Khalid untuk mengikutnya ke Dubai. Melina menuju ke Kuantan dan
bergenti di sebuah kedai menjual cekera padat di Bandar Kuantan. Dia membeli sekeping CD
Koleksi terbaikLOBG. Dalam perjalanan ke Cameron Highlands dia teringat kembali
perbualannya dengan Inspektor Radzi tentang penglibatan Benny dengan pengganas. Dia
juga terkenang bagaimana Benny secara tiba-tiba membrek bagi mengelak agar tidak
terlanggar seekor kucing hutan. Melina tidak percaya Benny terlibat dengan keganasan.
Melina berhenti di sebuah masjid di Pekan Batang Kali untuk bersolat Zuhor. Setelah tiga
jam perjalanan Melina tiba di Pekan Ringlet. Melina terus menelefon mamanya, Faridah.
Faridah sangat terharu, Faridah dan Soleh menjemput Melina di Maybank Tanah Rata.
 
Bab 31:  Atas Nama Cinta
 
Anak Faridah, Anne Johnson berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul. Perkahwinan Anne
dan Zain dihadiri ramai tetamu terutamanya dari luar Negara. Perkahwinan tersebut begitu
bersejarah kerana perkahwinan tersebut melibatkan pasangan dari dua Negara berlainan.
Faridah sangat gembira kerana akhirnya dia dapat pulang ke kampong halamannya. Ramai
orang lama kampong halamannya telah meninggal dunia, walau bagaimanapun, Faridah
Berjaya bertemu dengan Pak Talib. Pak Talib sudah tua dan hanya mampu baring serta tidak
larat berdiri. Kedatangan Faridah disambut Sujak, anak Pak Talib. Mereka bersembang
seketika tentang kehidupan Faridah dahulu yang telah pergi meninggalkan kampong dan
tidak pernah kembali lagi selepas itu. Faridah, Anne dan Zain berjalan dan meninjau di
sekitar rumah lama Faridah, sambil mengimbau kembali kenangan lama dan peristiwa silam.
Faridah menyuruh Zain mencari anak Pak Ghaffur, orang yang memegang kunci rumah lama
Faridah kerana  dia ingin menunaikan solat taubat dan sujud syukur di dalam rumah tersebut.
Di situ Faridah bersembang bersama Anne sambil memberinya nasihat bahawa wanita akan
menjadi matang apabila dia bergelar isteri dan seterusnya menjadi ibu. Faridah juga
menjawab soalan yang dilontarkan oleh Anne tentang sebab Faridah meninggalkan kampong
halamannya suatu masa dahulu.
 
 
2. KABUS DI PERBUKITAN NILAI DAN PENGAJARAN 
NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai ialah unsur-unsur baik yang terdapat dalam novel

Pengajaran ialah unsur-unsur yang negatif untuk dijadikan iktibar kepada kita

Kedua-dua nilai dan pengajaran dikaji untuk menjadi panduan dan teladan dalam
kehidupan seharian kita.

A. NILAI

1.KETEGUHAN JATI DIRI BANGSA DAN AGAMA

· Faridah masih kental jati diri Melayunya walaupun telah tinggal di New Zealand
selama 25 tahun. Dia masih makan makanan Melayu iaitu kari malah anaknya
Anne meminta dia memasak kari.

· Faridah masih mengekalkan panggilan nama Melayunya Idah- nama yang


dipanggil oleh suaminya Soleh Johnsons.

· Faridah masih mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet.

· Datul Azrul sering berpesan kepada anaknya Zain, agar tidak melupakan
kampung halaman dan pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian di
New Zealand.

· Melina dan Benny masih berpegang kuat pada ajaran agama iaitu mereka
berkahwin setelah saling menyayangi alupun baru 2 minggu berkenalan.

· Faridah dan Soleh Johnsons menghantar Anne dan Melina bersekolah agama di
sekolah rendah yang terletak 30km dari Rosewood pada sebelah petang.

· Datuk Azrul solat berjemaah subuh dan mendengar ceramah agama di surau
kampungnya.

· Soleh Johnsons mengusahakan pusat penyelembihan untuk membekalkan daging


halal kepada umat Islam di New Zealand. 
2.KASIH SAYANG

· Salmah amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-


kenangkan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser.

· Hamidah menyayangi anak tirinya Rahayu yang dibela sejak berusia 7 tahun,
menjaga Rahayu yang sakit di hospital .

· Benny amat menyayangi Melina. Melina dibawa tinggal di Dubai kerana Benny
tidak lagi boleh keluar dari Dubai setelah tersenarai sebagai militant oleh Amerika
Syarikat.

· Faridah amat menyayangi keluarganya (Soleh Johnsons, Anne dan Melina)


sehingga tidak pernah meninggalkan mereka setelah 25 tahun berhijrah ke New
Zealand

· Faridah amat menyayangi ibunya Salmah sehingga terlalu sedih selepas Salmah
meninggal dunia.

3.KETABAHAN/KECEKALAN

· Faridah tabah menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke
Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.

4.KEBERANIAN

· Kamarudin berani meredah hutan tebal Bukit Kutu bersama-sama buyung


semata-mata mahu mencari anaknya Faridah dan Iqbal yang hilang selepas terlibat
dalam kemalangan dalam perjalanan ke Raub.

· Melina berani memandu seorang diri dari Marang Kuala Terengganu ke Bukit
Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah.

5.KEBIJAKSANAAN

· Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang pertanian
selepas tamat pengajian dari UPM.

6.BERTANGGUNGJAWAB
· Kamarudin seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun hampir 14 tahun
tidak bersua dengan Faridah, dia tetap berusaha mencari Faridah yang hilang
dalam hutan.

· Ghazali seorang majikan Faridah yang bertanggungjawab. Ghazali seorang


pegawai JKM berada bersama-sama pasukan pemyelamat di Rumah Rehat Gap
semasa poerasi mencari Faridah dan Iqbal.

7.KEPRIHATINAN

· Azrul amat prihatin dengan isu alam sekitar. Azrul menyertai kempen Save Our
River- S.O.S di KLCC anjuran Persatuan Pencinta Alam

· Soleh Johnsons tidak mahu mengusahakan kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing
kerana tidak mahu merosakkan ekosistem alam semula jadi sebaliknya membina
kawasan peranginan berkonsep semula jadi iaitu kebun teh, padang ragut untuk
kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.

· Soleh Johnson amat pritahin akan keinginan Faridahuntuk ;pulang ke kampung


halamannya di Malaysia. Dia, akhirnya berhijrah ke Cameron Highlands bersama-
sama Faridah.

8.KESETIAAN

· Melina seorang isteri yang setia. Dia berhijarh ke Malaysia mengikut Benny
yang bertugas di Marang Trengganu

· Melina seorang isteri yang setia, berhijrah ke Dubai kerana perlu berada di sisi
Benny yang telah pulang ke Dubai kerana disyaki sebagai militan.

9. KETAATAN kepada agama

· Faridah taat akan ajaran agama. Bangun bersembahyang Subuh .

· Melina mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny selepas 

· berkenalan selama 2 minggu kerana masih berpegang kuat pada ajaran Islam 

· setelah dipelawa oleh Benny untuk ke Malaysia selama tiga bulan


10. BERBUDI BAHASA

· Zain seorang pemuda yang berbudi bahasa. Dia menziarahi Faridah untuk
berkenalan dengan keluarga Faridah dan menyampaikan salam daripada kedua-
dua orang tuanya di Malaysia.

11. KEPASRAHAN/KEREDAAN pada takdir tuhan

· Soleh memberitahu Anne, segala yang berlaku dalam keluarga mereka


merupakan ketentuan Allh SWT apabila Anne bertanya sebab Faridah
meninggalkan kampung halamannya 25 tahun dahulu. Penghijrahan Faridah
menjadi penyebab kelahiran Anne ke dunia

B.PENGAJARAN

1.Kita mesti mempunyai jati diri yang kental terhadap bangsa sendiri.

· Faridah masih mengekalkan idenditi bangsa Melayunya walaupun sudah 25


tahun tinggal di New Zealand iaitu masih menggunakan nama Idah.

2. Kita mesti meletakkan pegangan agama sebagai asas kehidupan untuk 

berjaya dalam hidup

· Soleh Johnsons berjaya menjadi pengusaha ternakan dan penyembelihan cara


Islam di New Zealand . 

· Dia amat dikenali dalam kalangan 30.000 orang Muslim di New Zealand.

3. Kita mesti memulihara alam semula jadi agar kerosakan ekologi dapat 

dikurangkan

· Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan ladang sayur demi
kelestarian Tanah Tinggi Lojing, sebaliknya mengusahakan pusat peranginan
berkonsep agropelancongan.

· Bukit Kutu kekal menjadi Hutan Rizab Hidupan Liar yang telah diwartakan
sejak zaman pemerintahan British.
4. Kita mesti berwawasan jauh untuk mencapai kejayaan

· Azrul seorang graduan yang berpandangan jauh tentang masa depan bidang
pertanian di negara ini. 

· Azrul menyatakan hasratnya untuk menternak kambing selepas tamat pengajian


kepada ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah,
korban, majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat Hindu.

· 25 tahun kemudian Azrul bergelar Datuk Azrul setelah berjaya memajukan


industri pertanian melalui ladang sendiri dan Pertubuhan Peladang.

5. Kita mesti berfikiran terbuka untuk mencapai kejayaan 

· Datuk Azrul menghantar anaknya Zain belajar dalam bidang pertanian di New
Zealand untuk mengalami sendiri perbezaan cara hidup masyarakat New Zealand
yang jauh lebih maju di bidang pertanian dan membezakannya dengan sikap
masyarakat tempatan yang tidak berubah walaupun negara sudah maju.

· Datuk Azrul terpaksa berusha gigih meyakinkan penduduk Merbau Berdarah


agar menyatukan kebun-kebun mereka untuk membentuk mini estet kelapa sawit
dan buah-buahan

6. Kita mesti yakin sektor pertanian mampu memajukan negara

· Datuk Azrul memberitahu Zain bahawa semaju mana pun negara jika tanpa hasil
tani, rakyatnya tidak dapat meneruskan kehidupan.

· New Zealand, negara tempat Faridah bermaustatin merupakan negara pertanian


dan penternakan biri-biri yang maju. Suaminya Soleh Johnsons mengusahakan
industri penternakan dan penyelembihan yang berjaya di Christchurch.

7. Kita mesti beradab dan menghormati golongan tua/veteran

· Faridah menziarahi Pak Talib berusia 80/90 tahun pengusaha belacan semasa
pulang ke Sungai Besar.

· Benny menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons untuk menyampaikan hasrat


melamar Melina sebagai isteri
· Zain menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Anne setelah
berhasrat untuk mengahwini Anne.

8. Kita jangan mengabaikan adat budaya bangsa dalam kehidupan

· Zain menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne gadis kacukan 

Inggeris –Melayu kepada ayahnya bagi mendapatkan persetujuan bapa dan


ibunya.

· Datuk Azrul dan Datin Aisyah menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons di
Cameron Highlands untuk berbincang dan mengurus perkahwinan Zaindan Anne.

9. Kita mesti ingat asal usul keturunan kita

· Faridah sentiasa bercerita tentang sawah bendang, pokok kelapa di kampung


halamannya Sungai Besar kepada Melina dan Anne.

· Melina ingin ke Sungai Besar untuk melihat kampung halaman ibunya dan
menjejak warisannya yang dirasakan semakin hilang.

10. Kita mesti mengamalkan cara hidup yang sederhana dan harmoni demi 

keamanan negara/ berlemah lembut apabila menasihati maasyarakat

· Ustaz Hassan Syukri menyampaikan ajaran agama Islam dengan lemah lembut 

· Ustaz Hassan Syukri memberitahu Mohamed Attar orang Melayu Islam di


Malaysia mengamalkan cara hidup yang sederhana dan sentiasa berlemah lembut.

11. Kita hendaklah berhati-hati memilih kawan

· Benny terperangkap dalam kumpulan militan Mohammed Attar yang


dikenalinya semasa bertugas di Marang. Kepetahan Mohammed Attar berhujah
memikat Benny yang masih kurang ilmu pengetahuan Islam tanpa menyedari
Mohammed Attar ialah seorang anggota kumpulan militan.

12. Kita hendaklah bijak membuat keputusan apabila berada dalam kesusahan
· Melina bertindak melaporkan kehilangan suaminya Benny kepada pihak polis
dengan segera setelah Benny tidak pulang ke rumah selama empat hari. Tindakan
bijaknya menyebabkan pihak polis mengeluarkan perintah perlindungan
keselamatan kepadanya.

13. Kita mesti ada sifat tolak ansur dalam hidup berkeluarga

· Soleh Johnsons bersetuju untuk tinggal di Cameron Highlands setelah Anne


berkahwin dengan Zain . 

· Soleh Johnsons mengikut hasrat Faridah untuk tinggal di Cameron Highlands


(menetap di Malaysia)

14. Kita jangan terlalu taksub dengan satu-satu pendapat dan pegangan 

sehingga menjejas keamanan dan keselamatan orang lain

· Mohammed Attar seorang juruterbang helikopter di syarikat tempat Benny


bertugas ialah seorang yang tahfiz Al Quran dari Madrasah al-Husaini,
Islamabad , mahir tentang rukun Islam, tauhid tetapi amat benci akan Amerika
yang dianggap petualang.

· Dia dipercayai oleh polis republik mahu mengebom kasino yang baru dibina di
Pulau Sentosa tetapi berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa republik tersebut.

· Mohammed Attar tidak dapat menerima pendapat Ustaz Hassan Syukri yang
menekankan unsur lemah lembut dalam berdakwah dan menegur orang lain.

15. Kita mesti prihatin akan kesusahan orang lain yang berada di sekeliling kita

· Azrul sentiasa menemani Rahayu yang sakit di HUKM

· Pasukan polis Raub menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal yang hilang
selepas kemalangan.

· Ghazali seorang majikan yang prihatin akan keselamatan Faridah dan Iqbal.
Ghazali bermalam di Rumah Rehat Gap untuk mendapatkan maklumat terkini
tentang Faridah dan Iqba
Budak-budak ramai di pekan

Hari raya membakar petas

Kalau adik pandai kiasan

Apakah buah gugur ke atas?

Jawapan: Buah Melaka

Tinggi duduk di atas sekali,

Bukan bulan bukan matahari;

Bila malam ia berseri,

Bila siang ia berganti.

Jawapan: Bintang

Tarik pukat dari pangkalan,

Gula Melaka dibuat inti;

Bila diikat ia berjalan,

Bila dibuka ia berhenti?

Jawapan: Kasut Bertali

Cik Limah bersama anak lelaki

Duduk makan keropok lekor

Yang mengejar tidak berkaki,

Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan: Ular Dan Katak

Pergi umrah setiap tahun,


Moga sentiasa murah rezeki

Dalam batang ada daun,

Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

Bila kecil boleh ditiup,

Sudah besar janganlah lagi,

Kalau tercucuk ia meletup,

Kalau terlepas terbangnya tinggi. 

Jawapan: Belon

Mulut manis hati nak baik,

Itulah amalan turun temurun;

Benda apa yang akan naik,

Apabila saja hujan turun.

Jawapan : Payung

Walau dibungkus bukan kiriman,

Sudah takdir tuhan yang satu,

Meski ditanam bukan tanaman,

Cubalah teka apakah itu?

Jawapan: Mayat

Hidup aman di dalam kota,

Ada pemimpin bernama raja;

Buruh-buruh rajin bekerja,


Askar bertugas setiap masa.

Jawapan: Anai-anai/Semut

Sumber: Pantun Teka-Teki Dan Jawapan 

Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai