Anda di halaman 1dari 9

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat Sekolah

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


SK TITOM KUALA LIPIS PAHANG
2008

1.0 TUJUAN
Tujuan sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan bagi memenuhi Surat Pekeliling Iktisas
(Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah) – ruj KP (BS) 8591/Jld. XV (14) bertarikh 10 Ogos
2000 dan Tambahan Kepada Surat Pekeliling Iktisas bertarikh 18 Ogos 2000 – Bil. KP (BS) Jld XV
(14A).

2.0 PENDAHULUAN
Sambutan perayaan Bulan Kemerdekaan ke – 51 tahun 2008 akan disambut dan dilaksanakan
mulai 15 Ogos 2008 (Jumaat) hingga 14 September 2008 (Ahad). Program ini akan dilaksanakan di
peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Bagi menjayakannya, Bahagian Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengarahkan sambutan diadakan setiap sekolah di seluruh negara. Program ini
juga berperanan memupuk semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah supaya ia disemai
dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat remaja dan dewasa. Penyertaan
pelajar dalam aktiviti ini juga dapat meningkatkan semangat cinta dan sayangkan negara, meningkatkan
semangat jati diri serta dapat menanam rasa tanggungjawab kepada negara. Disamping itu juga pihak
sekolah dapat mengeratkan silaturahim dengan ibu bapa, penduduk setempat, agensi luar seperti badan
berkanun, agensi kerajaan dan badan-badan swasta.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memenuhi Surat Pekeliling Iktisas (Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah) – ruj KP
(BS) 8591/Jld.XV (14) bertarikh 10 Ogos 2000 dan Tambahan Kepada Surat Pekeliling Iktisas
bertarikh 18 Ogos 2000 – Bil. KP (BS) Jld XV (14A).
3.2 Memupuk semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah.
3.3 Menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman murid.
3.4 Meningkatkan semangat cinta dan sayangkan negara, meningkatkan semangat jati diri serta dapat
menanam rasa tanggungjawab kepada negara.
3.5 Mendapat pendedahan secara langsung mengenai sambutan Hari Kemerdekaan.
3.6 Meningkatkan hubungan silaturahim dengan persatuan ibubapa, agensi luar seperti badan
berkanun, agensi kerajaan dan badan-badan swasta.

1
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat Sekolah

4.0 TEMPOH/TARIKH
Tarikh : 28 hb Ogos 2008
Tempat : SK Titom

5.0 PENYERTAAN
5.1 Semua murid SK Titom
5.2 Guru-guru SK Titom serta kakitangan sekolah

6.0 TEMPAT SAMBUTAN


6.1 Tapak Perhimpunan
6.2 Padang sekolah (perarakan)
6.3 Kantin Sekolah

7.0 ATURCARA/PERJALANAN SAMBUTAN


Seperti di Lampiran 1.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Seperti di Lampiran 2.

9.0 SUMBANGAN KEWANGAN


9.1 Bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini, sumber kewangannya diperolehi
daripada sumber kewangan sekolah.
9.2 Tajaan dan sumbangan daripada individu persendirian.

2
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat Sekolah

10.0 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN


10.1 Jawatankuasa Pengelola Sambutan Bulan Kemerdekaan

Penaung : En. Roslan Bin Abdul Rahim


Guru Besar SK Titom
Penasihat : En.Masri Bin Seh
GPK Hem
Pengerusi : En. Mohd Rasidi Bin Ab Rahim
GPK Ko-Kurikulum

Setiausaha : En. Norame Hafis Bin Shaffie


Guru Prasekolah

Bendahari : En. Mohd Irwan Shah Bin Abdul karim


GPK Kurikulum

Ahli Jawatan kuasa


: En. Mohd Ma’arof Bin Mat Yaakub
: En. Mohd Salimi Bin Derahman
: En. Mohammad Noor Bin Mohd Ideris
: En. Romi Fazli Bin Mustapa
: En. Mohd Heilmie Bin Hasim
: En. Mohd Habibuddin Bin Mansor

3
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat Sekolah

11.0 PERTIMBANGAN
Kerjasama Tuan Guru Besar dalam memberikan pertimbangan yang sewajarnya serta meluluskan
permohonan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

12.0 KESIMPULAN
Pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti bagi menerap dan mengekalkan semangat
patriotisme di kalangan murid-murid sekolah bukan hanya semasa “ Sambutan Perayaan Bulan
Kemerdekaan” tetapi secara terus dan berkekalan sama ada melalui aktiviti kurikulum dalam bilik darjah
atau aktiviti kokurikulum. Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan kemuncak kepada sesuatu
pertandingan, perancangan atau kegiatan yang menjurus kepada pengekalan semangat patriotisme di
kalangan murid-murid sekolah.

13.0 PENUTUP
13.1 Kertas kerja berkaitan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan yang akan diadakan pada 28 hb
Ogos 2008 ini dikemukan kepada Guru Besar adalah untuk pertimbangan dan kelulusan.
13.2 Diharap agar semua yang terlibat dalam Sambutan Bulan Kemerdekaan ini memberikan kerjasama
yang sepenuhnya bagi menjayakan program ini,
13.3 Diharap juga semua murid yang terlibat dapat memperolehi pengalaman yang berguna sepanjang
program ini.

4
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat Sekolah
FORMAT 3
PUNCA-PUNCA KEWANGAN
1. JUMLAH WANG YANG DIPUNGUT:
i) Akaun Sekolah = RM 500.00
ii) Kutipan daripada murid = -
ii) Lain-lain punca = -
Jumlah = RM 500.00
2. KENYATAAN KUTIPAN DARIPADA MURID
NAMA MURID JUMLAH KUTIPAN CATATAN

Tiada kutipan

3. KUTIPAN DARIPADA LAIN-LAIN PUNCA

PIHAK GURU/PUNCA-PUNCA KEWANGAN JUMLAH KUTIPAN CATATAN

Tiada kutipan

4. NAMA DAN ALAMAT ORANG YANG DIBERI KUASA MEMUNGUT DAN


MEMBELANJAKAN WANG
NO.KAD DARJAH /
NAMA GURU / MURID PENGENALAN UMUR TING / JAW ALAMAT
D/a SK Titom

En. Mohd Rasidi Bin Ab 810114-03-5717 27 Thn GPK 27200 k.Lipis


Kokurikulum
Rahim
D/a SK Titom

En. Mohd Irwan Shah Bin 800122-03-5283 28 Thn GPK 27200 K.Lipis

Abdul Karim Kurikulum


Tandangan Pengetua / Guru Besar

………………………………….
(EN. ROSLAN BIN ABDUL RAHIM )

5
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat Sekolah

LAMPIRAN 1
TARIKH MASA CATATAN

TEMPAT

28 Ogos 2008 8.00 pagi Padang SK Titom Perbarisan mengikut kelas


8.15 pagi Padang SK Titom ke Perbarisan bergerak sambil mengibarkan
Medan Perhimpunan Jalur Gemilang. ( En Masri )
SK Titom
8.45 pagi Medan Perhimpunan Perhimpunan Khas
- Nyanyian lagu Negaraku
- Nyanyian lagu Jalur Gemilang
- Nyanyian lagu negeri
- Nyanyian lagu Tanggal 31
- Ucapan Pengerusi Sambutan.
- Bacaan Perutusan Hari Kebangsaan
- Ucapan Guru Besar / GPK1
- Laungan Merdeka sebanyak 7 kali
- Lain-lain ucapan
- Ceramah Hari Merdeka oleh
pengerusi PIBG SK Titom.
9.45 pagi Padang SK Titom ke Perarakan Hari Merdeka mengelilingi
Kampung Titom Kampung Titom
10.45 pagi Kantin Jamuan Ringan

11.15 tgh hari Kantin SK Titom Penyampaian Hadiah


11.45 tgh hari Kantin Sk Titom Tayangan Perdana
- Filem Leftenan Adnan
- Filem Bukit Kepong
- Filem Sarjan Hassan
1.15 tgh hari Bersurai

6
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat Sekolah

LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBENLANJAAN

Anggaran Perbelanjaan adalah seperti berikut:

1) Makanan jamuan : Murid


150 orang X RM 1.00 RM150.00
Guru dan Kakitangan sekolah
20 orang X RM 2.00 RM 40.00

2) Hadiah/Cenderamata : Untuk Pertandingan Mewarna


RM 2.00 X 35 Murid RM 70.00

3) Fotokopi / Bendera : Bendera


RM 0.50 X 130 unit RM 65.00
Fotokopi kertas mewarna
RM 0.05 X 150 unit RM 7.50

4) VCD : RM 10.00 X 2 RM 20.00

5) Songkok Merdeka : RM 0.75 X 150 unit RM 112.50

6) Lain-Lain Hal : RM 35.00


(kos pengangkutan)

___________________
JUMLAH RM 500.00

7
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat Sekolah

Disediakan oleh : Tarikh : 05 Ogos 2008

______________________________
(En. Norame Hafis Bin Shaffie)
S/U Sambutan Bulan Kemerdekaan ,
SK TITOM ,
27200 Kuala Lipis,
Pahang.

Disemak oleh : Tarikh : 06 Ogos 2008

_______________________
(En. Mohd Rasidi Bin Ab Rahim)
Pengerusi Sambutan Bulan Kemerdekaan,
SK TITOM,
27200 Kuala Lipis,
Pahang.

Di luluskan oleh : Tarikh :

_____________________
(En. Roslan Bin Abdul Rahim)
Guru Besar,
SK TITOM
27200 Kuala Lipis
Pahang.

8
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat Sekolah

Anda mungkin juga menyukai