Anda di halaman 1dari 12

MAMA

Mahaya Mohd. Yassin

Tema

Tema merupakan fikiran atau persoalan yang hendak disampaikan oleh


pengarang. Tema sebenarnya didefinisikan sebagai persoalan pokok kepada
sesuatu peristiwa berdasarkan kehidupan manusia yang dibincangkan oleh
seorang pengarang dan cuba dinyatakan menerusi watak-watak dalam karya
tersebut. Walau bagaimanapun tema tidak dinyatakan secara langsung.
Tema dalam sesebuah cereka boleh diperkenalkan melalui dua cara iaitu
eksposisi secara langsung dan eksposisi secara tidak langsung.

Tema yang terdapat dalam cerpen mama ialah ketabahan dan kesabaran
seorang ibu melalui detik-detik akhir hayatnya. Walaubagaimanapun, Mama
tetap tenang, riang dan tabah melalui kehidupan ini walaupun tahu bahawa
dirinya berada di ambang maut.

Persoalan

Antara persoalan yang terdapat dalam cerpen mama ini ialah:

1. Sikap prihatin terhadap sesama insan. Persoalan ini dapat dilihat apabila
Dr. Safuan dan isterinya, Cik Puan Mona menyarankan agar Mama
berehat selama dua minggu. Dr. Safuan dan isteri juga telah bermurah
hati hendak membantu Mama berubat di luar negara.

1
2. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Manusia hanya dapat
merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Sikap tabah melalui saat-saat
genting dalam kehidupan adalah amalan terpuji. Hal ini jelas daripada
sikap Mama yang tenang dan tabah menerima dugaan.

3. Peranan dan tanggungjawab isteri dalam rumahtangga. Pengarang


menyatakan persoalan ini ketika keadaan Mama yang kurang sihat tetapi
Mama tetap melaksanakan tugas dalam rumah tangga dengan sempurna.
Pada waktu pagi, Mama bekerja manakala di waktu petang membuat kuih
untuk meringankan beban suami tercinta.

4. Ketaatan kepada tuhan. Persoalan ini dapat dilihat dalam watak Mama
iaitu beliau tetap taat kepada perintah Allah serta Mama sering berdoa
kepada Allah dan akhirnya meninggal dunia ketika menunaikan solat.

5. Kegigihan mencari rezeki. Persoalan ini dapat dilihat dalam watak Abah
iaitu suami Mama. Abah gigih mencari rezeki untuk keluarganya. Setiap
pagi dia menjual sayur-sayuran di sekitar ibu kota, sementara malamnya
Abah berniaga di pasar malam.

PLOT

Binaan Plot

Plot merupakan satu binaan peristiwa yang signifikan dan terdapat urutan
yang penting. Ia adalah penceritaan peristiwa yang berdasarkan sebab dan

2
akibat. Ia merupakan rentetan peristiwa atau episod yang bersebab, dijalinkan
dengan siratan konflik atau pertikaian dan disudahi dengan peleraian.

Plot berbeza dengan jalan cerita yang hanya rangkaian kejadian tanpa
sebarang untaian sebab dan akibat. Plot secara teknikalnya wajar dirangka
dengan teliti kerana ia merupakan panduan penulisan seterusnya. Plot terbahagi
kepada tiga iaitu permulaan, pertengahan, pengakhiran. Permulaan merupakan
pengenalan kepada watak-watak, latar, konflik, kejutan dan tegangan.

Permulaan cerita dalam cerpen ini ialah ketika Mama sibuk memasak
gulai lemak pisang muda untuk hidangan tengah hari anak-anaknya yang akan
pulang dari sekolah. Selesai memasAk, Mama duduk di amben rumah sambil
menyapu minyak hijau di dadanya. Sambil baring Mama teringatkan kisah lama
ketika dia mula-mula diterima bekerja di rumah Dr. Safuan.

Seterunya, plot akan disambung dengan pertengahan iaitu watak-watak


mula berhadapan dengan konflik sehingga kemuncak cerita. Plot pertengahan
dalam cerpen ini ialah ketika Mama masih teringatkan kisah dia tiba-tiba sakit
dada semasa sedang bekerja di rumah Dr. Safuan. Dr. Safuan dan isteri telah
merawatnya dan memberi cuti kepada Mama. Mama begitu terharu dengan
kebaikan yang ditunjukkan oleh keluarga Dr. Safuan malah sejak bekerja di situ
Mama begitu dihargai. Mama dan Cik Puan Mona begitu akrab dan mesra
seperti adik-beradik.

Puncak cerita atau klimaks cerita ini ialah apabila Mama tertinggal beg
duitnya di dalam bilik rawatan khas di rumah Dr. Safuan lalu berpatah balik ke
bilik tersebut. Ketika menghampiri pintu bilik, Mama terdengar perbualan antara
Dr. Safuan dan Cik Puan Mona. Penyakit Mama begitu serius sehingga tiada
rawatan untuk penyakitnya di dalam negara. Lebih menyedihkan, Mama hanya
boleh hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja lagi. Mama terasa degup
jantungnya kencang. Kaki Mama kaku apabila mendengar perbualan tersebut.

3
Plot yang terakhir ialah pengakhiran iaitu peleraian cerita dan masalah
diselesaikan. Walaupun Mama mengetahui sakitnya kian parah, Mama begitu
tenang melalui saat-saat getir dalam hidupnya. Dalam sembahyangnya Mama
sentiasa berdoa agar keluarganya sentiasa dirahmati Allah dan dia menjadi
seorang isteri yang solehah. Pengakhiran dalam cerpan ini ialah ketika Mama
mengakhiri hayatnya semasa sembahyang Zohor dalam keadaan sujud ketika
anak-anknya Akhbar dan Mokhtar pulang dari sekolah.

Teknik-Teknik Plot

Antara teknik plot yang terdapat dalam cerpen ini ialah imbas kembali.
Antara contoh teknik plot imbas kembali ialah ingatan melalui mimpi, khayalan,
cerita kembali apabila melihat sesuatu atau dialog yang sama. Plot ini dapat
dilihat apabila Mama teringatkan kisah lama ketika dia mula-mula bekerja di
rumah Dr. Safuan.

Jenis teknik plot yang seterusnya ialah plot imbas muka. Plot ini adalah
menunjukkan sesuatu yang bersifat akan datang iaitu sama ada harapan atau
impian masa akan datang. Ini dapat dilihat apabila Dr. Safuan dan isterinya Cik
Puan Mona yang merancang menghantar Mama ke luar negara untuk
menjalankan perubatan serta berharap Mama akan sembuh dari penyakitnya.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak dan perwatakan merupakan salah satu unsur dalaman yang cukup penting
dalam sesebuah karya seperti novel atau cerpen kerana fungsinya yang mengeratkan atau
mengembangkan plot serta mewarnai sesuatu pertentangan, pertikaian mahupun konflik
yang menarik.

4
Watak adalah pelaku-pelaku yang memegang peranan dalam novel, sama
ada watak-watak itu binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Peranan
watak ini akan menimbulkan pelbagai peristiwa dan terjalinnya cerita dalam
sesebuah novel. Perwatakan pula ialah ciri penting kepada seseorang watak
atau sifat-sifat yang dimiliki oleh seseorang watak sama ada sifat fizikal, sahsiah
dan sikapnya serta apa jua yang berkaitan dengan dirinya. Terdapat dua jenis
watak iaitu Watak utama dan watak sampingan. Watak antagonis dan watak
protagonis merupakan salah satu ciri watak. Watak antagonis ialah watak yang
menentang watak utama manakala watak protagonis ialah watak yang
memainkan peranan utama dalam sesebuah cerita.

Watak utama dalam cerpen ini ialah Mama. Mama bekerja dengan Dr.
Safuan dan Cik Puan Mona. Mama mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu
Akhbar, Mokhtar dan Bakhtiar. Suaminya telah meninggal dunia.Mama
merupakan seorang ibu dan isteri yang baik, penyayang dan bertangungjawab.
Seorang isteri akan menyempurnakan tugasnya untuk memenuhi keperluan
anak-anak dan suami. Sebelum keluar bekerja, Mama akan menyediakan semua
keperluan rumah tangga. Pada waktu petang pula Mama membuat karipap untuk
dijual agar dapat membantu meringankan beban kewangan suaminya. Untuk
menampung keperluan kewangan, Mama begitu kuat bekerja tanpa
menghiraukan kesihatan diri. Akibat terlalu banyak bekerja, Mama mengalami
sakit dada sehingga meragut nyawanya. Sebagai seorang umat Islam yang
solehah, kita perlu menerima segala suratan takdir dengan penuh keimanan
membolehkan seseorang itu tenang dan tabah menanti detik-detik akhir
kehidupan. Mama sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dikurniakan ketenangan
dan ketabahan dalam melalui detik-detik akhir kehidupannya.

Di samping itu, terdapat beberapa watak sampingan dalam cerpen ini.


Antaranya ialah Dr. Safuan. Dr. Safuan ialah doktor persendirian. Beliau memiliki
Klinik Seri di Damai Jaya. Dr. Safuan merupakan seorang doktor yang baik hati
dan prihatin. Sikap baik hati akan membuatkan orang lain amat menghormati

5
kita. Dalam cerpen ini, Mama begitu menghormati keluarga Dr. Safuan kerana
dia terhutang budi kepada Dr. Safuan dan isteri yang mengambil Mama bekerja
di rumahnya. Dr. Safuan juga merawat Mama secara percuma ketika Mama sakit
secara tiba-tiba di rumahnya. Oleh itu, Dr. Safuan dan isteri sepakat untuk
menghantar dan membantu membiayai rawatan Mama di luar negara.

Watak sampingan yang kedua yang terdapat dalam cerpen ini ialah Cik
Puan Mona. Beliau merupakan isteri Dr. Safuan dan bertugas sebagai jururawat
di klinik suaminya. Cik Puan Mona merupakan seorang ibu, isteri dan juga
majikan yang penyayang. Rasa kasih dan sayang dapat merapatkan
perhubungan sesama insan. Walaupun tiada hubungan kekeluargaan, Cik Puan
Mona amat sayang akan Mama malah dianggap seperti kakaknya sendiri.

Cik Puan Mona juga seorang yang baik hati dan prihatin terhadap
pekerjanya. Cik Puan Mona dan suaminya melayan Mama dan Mak Cik Mariam
dengan baik meskipun mereka hanya pembantu rumah. Mereka bersetuju untuk
membantu membiayai rawatan Mama di luar negara.

LATAR

Latar ialah latar belakang bagi sesebuah cereka. Secara mudah, latar
ialah di mana dan bila aksi atau kejadian itu berlaku. Dalam sesebuah cereka,
aksi tokoh atau watak yang menimbulkan peristiwa itu berlaku dalam sesuatu
ruang dan pada sesuatu masa tertentu. Terdapat pelbagai latar yang digunakan
oleh pengarang dalam sesebuah cereka. Antaranya ialah :

1. Latar tempat

Latar tempat ialah tempat di mana peristiwa atau sesuatu kejadian


atau peristiwa itu berlaku seperti desa terpencil, sebuah kampung,
bandar, dan sebagainya.

6
Terdapat tiga latar tempat dalam cerpen ini. Latar tempat yang
pertama ialah rumah banglo dua tingkat milik Dr. Safuan dan Cik Puan
Mona di Lereng Bukit Singgahsana. Latar tempat ini adalah ketika Mama
bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Dr. Safuan dan semasa Mama
sakit dada dan dirawat oleh Dr. Safuan dan Cik Puan Mona di rumahnya.

Latar tempat yang kedua ialah di rumah Mama di kawasan


setinggan Lembah Jaya. Mama menjalankan rutin harian sebagai seorang
isteri dan ibu di rumahnya. Manakala latar tempat yang terakhir ialah
pasar malam, Lembah Jaya Murni di mana Abah menjual pelbagai
minuman dengan dibantu oleh anaknya secara bergilir-gilir.

2. Latar masa

Latar masa merujuk kepada masa atau waktu sesuatu peristiwa itu
berlaku sama ada zaman, era, sejarah dan musim. Secara khusus pula
mungkin berlaku pada waktu pagi, petang, malam, jam dua belas malam,
subuh, tahun silam, bulan lalu, baru seminggu, dan esok atau lusa.

Latar masa yang terdapat dalam cerpen ini ialah tengah hari iaitu
ketika mama menyelesaikan tugas-tugas hariannya, memasak,
mengangkat dan melipat pakaian. Latar masa yang seterusnya ialah pagi.
Mama membuat kerja-kerja seperti membasuh pakaian, menyiram pokok,
berkemas dan memasak di rumah Dr. Safuan. Latar masa yang ketiga
ialah pada waktu petang lebih kurang jam 2.30. Mama sibuk membuat
kuih karipap untuk dihantar ke kedai Mat Sengeh. Latar masa yang
terakhir ialah pada waktu Zohor. Mama sembahyang dan meninggal dunia
dalam keadaan sujud.

7
3. Latar masyrakat

Latar masyarakat ialah latar yang memberi gambaran tentang


keadaan masyarakat di tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu
berlaku. Ia merangkumi gambaran tentang keadaan cara hidup mereka,
cara mereka berfikir, cara mereka bermasyarakat dan sebagainya yang
memperlihatkan keseluruhan peribadi manusia-manusia di situ.

Latar masyarakat dalam cerpen ini ialah masyarakat bandar dan


masyarakat setinggan. Masyarakat bandar ialah golongan menengah
yang hidup mewah dan mempunyai pekerjaan yang baik. Dr. Safuan dan
isteri merupakan doktor yang berjaya dan mampu hidup mewah
merupakan contoh masyarakat bandar. Masyarakat setinggan pula
digambarkan melalui watak Mama dan keluarganya yang tinggal di
kawasan setinggan. Mereka terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan
untuk menyara kehidupan.

GAYA BAHASA

Gaya bahasa merupakan teknik untuk menyampaikan fikiran dan


perasaan dengan menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif . Setiap
pengarang harus dapat menguasai gaya bahasa yang kreatif, segar dan
tersendiri. Gaya bahasa bekaitan dengan pemilihan diksi, susunan ayat,
bahasa kiasan, dan sebagainya.

Terdapat lima gaya bahasa dalam cerpen ini iaitu :

1. Bahasa Arab.

Contoh : Zuhur, solehah dan Allah.

8
2. Simile

Sinkof ialah ungkapan yang membandingkan sesuatu dengan


menggunakan kata perbandingan seperti bak, umpama dan bagai.

Contoh : a) Padan sekali-sekala kakak rasa bagai dicucuk-cucuk


sakitnya.

b) Degup jantungnya terasa kuat bagai bunyi gendang di


pentas hiburan.

3. Personafikasi

Personafikasi ialah rangkai kata yang memberikan unsur manusia


kepada unsur lain.

Contoh : Dadanya kian mencucuk-cucuk.

4. Metafora

Metafora ialah ungkapan yang membandingkan sesuatu tanpa


menggunakan kata bandingan atau bandingan terus. Dalam metafora
perkataan yang bersifat konkrit atau nyata dijadikan objek dan perkataan
abstrak dijadikan perbandingan .

Contoh : matanya yang jernih dan tenang itu.

5. Sinkof

Sinkof ialah singkatan yang digunakan pada perkataan asal.

9
Contoh : a) Tak apa, kak. Nanti saya suruh Mona ambil cuti seminggu.

b) Kalau kakak berehat, makan ubat, dan tak datang kerja di

rumah saya, mudah-mudahan kakak cepat pulih.

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai

Terdapat empat nilai murni dalam cerpen ini iaitu :

1. Kasih Sayang.

Kasih sayang boleh mengeratkan hubungan sesama insan. Contoh


nilai murni ini dalam cerpen Mama ialah Cik Puan Mona begitu sayang akan
Mama dan menganggap Mama seperti kakaknya sendiri.

2. Bertanggungjawab

Menjalankan amanah sebagai pekerja, ibu dan isteri adalah


tanggungjawab yang perlu dijalankan. Tanggungjawab inilah yang menjadi
rutin harian Mama. Mama menjalankan tanggunjawabnya dengan amanah
terhadap suami, majikan dan anak-anaknya.

3. Bersyukur

Mama begitu gembira apabila menjalankan tanggungjawabnya dengan


sempurna. Mama bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang bahagia.
Segala suka dan duka dalam kehidupan, Mama terima dengan penuh
kesyukuran.

10
4. Kerajinan

Setiap hari Mama melakukan tugas membasuh, memasak, melayan


anak-anak dan bekerja di rumah Dr. Safuan. Mama berusaha untuk
menyempurnakan tugas harian dengan cepat dan teratur.

Pengajaran

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup.


Antaranya ialah :

1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama insan. Jika kita


mempunyai kelebihan, eloklah kita membantu orang yang
memerlukan bantuan. Prinsip ini diamalkan oleh keluarga Dr.
Safuan. Dr. Safuan dan keluarganya banyak membantu
keluarga Mama apabila sudi mengambil Mama sebagai
pembantu rumah.

2. Kerjasama dalam keluarga perlu diamalkan untuk kebahagian


hidup. Melalui kerjasama antara ahli keluarga, kerja yang berat
akan menjadi ringan seperti anak-anak Mama yang bergilir-gilir
membantu abah berniaga di pasar malam.

3. Kita perlu tabah menghadapi dugaan Tuhan. Setiap manusia


akan menghadapi dugaan dalam kehidupan. Hanya dengan
ketabahan kita akan melaluinya dengan tenang. Seperti dalam
cerpen ini, Mama tetap tenang dan gembira walaupun Mama
mengetahui dirinya diambang maut.

11
BIBLIOGRAFI

Mahaya Mohd. Yassin 1987. Antalogi Seuntai Kata Untuk Dirasa. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abd. Aziz 1998, Pengajian Melayu 4 :
Kesusasteraan dan Pengajaran. Selangor. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

12