Maksudnya:
Dan tidak kami utuskan sebelum mu dari rasul-rasul
melainkan kamu wahyukan kepadanya bahawa
tiada tuhan melainkan Aku, maka hendaklah kamu
menyembah Aku.
Syahadah adalah bermakna pengakuan yang
sebenar-sebenar bahawa tiada tuhan yang
berhak disembah, yang berhak dipatuhi
selain dari Allah. Perintahnya terkandung di
dalam Al Quran dan mematuhi Al Quran
bererti mematuhi perintah Allah.
Syahadah juga bererti tunduk menyerah diri
dan kepatuhan diri dibawah satu peraturan
hidup sahaja yang dinamakan Islam.
Aku bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah.
Aku bersaksi dan berikrar dengan sebenarnya bahawa tiada
Tuhan yang mempunyai segala sifat kesempurnaan, yang
perlu disembah, yang perlu dipatuhi dan yang Maha
Berkuasa melainkan Allah sahaja.
Yakni Allah sahajalah yang berhak disembah bukannya
makhluk yang lain yang hanya kepadanya ditumpukan
kepatuhan, yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak
diperanakkan.
Terkandung dua perkara:
1. Menafikan – Tiada Tuhan
2. Menetapkan – Melainkan Allah
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan (pesuruh) Allah