Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN KERTAS KERJA KES PEMBUANGAN BAYI

PENGENALAN

Sebagai rakyat Malaysia, kita semestinya berbangga dengan kejayaan yang


telah ditempa oleh rakyat Malaysia di peringkat dunia. Malaysia dengan bangganya
menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun begitu, di
sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial
yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah
pembuangan bayi. Saban hari,terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di
tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Persoalannya, apakah faktor pencetus utama masalah ini boleh berlaku?

Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup


membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut
diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja.
Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana
pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa
dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita
sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan
yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati.
Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu,
masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan
hingga sanggup mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini.
Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga
masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang
mampu dllaksanakan oleh pesalah.

1
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak
mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran
dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba
membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

STATISTIK
Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian yang
dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini
mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat scenario
pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani
habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006. JMK
menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai.
Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu
Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah
65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun
2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahun
tersebut berjumlah 83 kes. Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka ratusan kes,
tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan fenomena ini berlarutan.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara,
sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula dari
tahun 2000 sehingga Julai 2008. Statistik ini telah didedahkan sendiri oleh Menteri
Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan
Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2008.

Melihat akan statistik yang dikongsikan di atas, ternyata kes pembuangan bayi
dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang
berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dalam
kalangan generasi muda. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak faktor yang
mempengaruhi akan terjadi gejala sosial ini. Faktor keluarga, rakan-rakan, persekitaran,
media massa dan media cetak merupakan faktor yang menyumbang ke arah
berlakunya gejala ini. Tidak kurang ada segelintir masyarakat yang menyalahkan
keluarga sebagai punca utama kepada permasalahan tersebut.

2
Unit Sosiobudaya, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak
merasakanbahawa adalah menjadi satu keperluan untuk menyediakan modul dan
menganjurkanprogram yang dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda
tentang pentingnya menjaga maruah dan keselamatan diri sendiri agar tidak terjebak
dalam masalah sosial terutamanya yang melibatkan kes kelahiran anak tidak sah taraf
dan pembuangan bayi.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KES PEMBUANGAN BAYI

Punca-punca berlakunya kes pembuangan bayi seperti kurangnya didikan agama,


pengaruh rakan sebaya, sikap masyarakat, kurang pengawasan ibu bapa, pengaruh
media massa. Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan
membimbangkan. Keadaan ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang
sempurna. Lebih menyedihkan kerana angka yang tinggi dikaitkan pula dengan
masyarakat Melayu. Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku
masalah ini.
Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di
kalangan masyarakat secara menyeluruh.. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran
agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak
menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda
terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama.
Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah
dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan
cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala
tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan
biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat.
Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada
batasnya.
Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah
pembuangan bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran,
persiapan perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah
tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang

3
terlalu ghairah, tidak dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan
menghasilkan anak luar nikah.Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa,
mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih
saying adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang
banyak berlaku dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat dimana, semakin meningkat
masalah ini dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari
kampung. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun,
harus memperuntukkan waktu bersama anak- anak.
Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah
pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya
Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah
antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil
berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.
Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar
kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu
keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari orang
lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.
Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini
ialah faktor masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang
melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang
terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana itu
timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan.
Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri. Ini
kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak berani
untuk mendekati orang di masjid untuk meminta pertolongan.

Menurut Harian Metro, 10 Mac 2010. KUALA LUMPUR: Gara-gara taksub


dengan ramalan kaji bintang, seorang wanita mahu menggugurkan kandungannya
kerana percaya bayi itu bakal membawa nasib malang kepada keluarganya.

Akibatnya, rumah tangga wanita itu, seorang gadis Vietnam, Duong Rhi Ngoc Nhieu,
25, dengan lelaki tempatan Goh Ping Ming, 50, semakin berantakan kerana tindakan

4
nya itu dihalang oleh suaminya. Menurut Goh, dia tidak menyangka perkahwinan yang
baru memasuki tiga bulan menjadi huru-hara kerana kepercayaan karut isterinya.
Apabila gagal dengan perkahwinan pertama yang hanya bertahan lima tahun, saya
mengambil keputusan mencari pasangan hidup baru menerusi agensi mencari jodoh
kerana terlalu inginkan cahaya mata. Selepas setahun hidup kesunyian, akhirnya saya
dipertemukan dengan seorang gadis oleh agensi terbabit dan kami mendaftar
perkahwinan Januari lalu, katanya yang bekerja sebagai pemborong ikan.
Goh berkata, meskipun wujud perbezaan umur yang begitu ketara, hubungan mereka
berjalan dengan baik apatah lagi apabila isterinya disahkan mengandung.

Namun, kebahagiaan itu tidak bertahan lama gara-gara sikap isterinya yang mudah
terpengaruh dengan kepercayaan karut. Pada mulanya saya menyangka ia gejala biasa
wanita mengandung apabila dia menjadi pemarah, namun saya merasakan dia sudah
melampau kerana tidak ingin melahirkan anak. Alasannya, ramalan horoskop Cina
tahun ini tidak sesuai kerana kelahiran bayi itu boleh membawa sial kepada ahli
keluarganya di Vietnam. Dia ingin menggugurkannya tapi saya bantah, jadi sejak itu,
kami sering bertengkar, katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini, semalam.
Menurut Goh, perasaan bimbangnya menjadi kenyataan apabila dia pulang ke
rumahnya Taman Sunway Batu Caves dikejutkan dengan kehilangan isterinya itu pada
Februari lalu. Saya sangka dia mungkin akan pulang selepas bertenang, namun tidak
dan dia keluar membawa bersama pakaian serta barangan peribadinya. Saya yakin dia
masih berada di negara ini kerana pasport tidak dibawanya, katanya. Goh membuat
laporan di Balai Polis Selayang, Gombak.

Kosmo, 8 Jun 2010, melaporkan, KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pelajar


Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini dijatuhi hukuman penjara setahun dan
denda RM7,000 selepas Mahkamah Majistret di sini mendapatinya bersalah membuang
bayinya pada 2008.

Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Zarina
Sulaiman, 22, selepas dia didapati secara rahsia telah membuang seorang bayi
perempuan yang dilahirkannya di asrama universiti itu di Chendering dekat sini.

5
Mengikut fakta kes, Zarina telah membuang mayat bayi itu yang dilahirkan olehnya
sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan.

Berita Harian, 2 Julai 2010

KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan
bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga
2009 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Saei
Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18
tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas,
manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka.

Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),


status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang.

Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah kerana perasaan takut dan malu oleh remaja
dan wanita yang hamil luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan
masyarakat mengenai kehamilan mereka.

Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta
tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial yang disediakan agensi kerajaan
serta badan bukan kerajaan (NGO), katanya.

Sementara itu, PDRM menyarankan satu kajian dan perbincangan lebih mendalam
dilakukan pelbagai pihak sebelum sebarang peruntukan undang-undang sedia ada
diperketat dan dikuat kuasakan bagi membendung penularan gejala seks bebas yang
mendorong berlaku pembuangan bayi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata usaha menangani gejala
sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti bagi mencari penyelesaian terbaik untuk
mengelak kes itu daripada berleluasa.Sebagai contoh, katanya, cadangan
menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12

6
malam, perlu dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan hak kebebasan
individu.

Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga tetapi jika keluar
bersendirian atau bersama kawan, tidak bermakna mereka membuat perkara tidak elok,
katanya. Sebenarnya, tidak kira malam atau siang, polis mempunyai hak secara sah
untuk memeriksa sesiapa saja yang mencurigakan termasuk golongan remaja, katanya.
Ismail berkata, polis sedia menguatkuasakan undang-undang ditetapkan dan terpulang
kepada pihak berkaitan untuk menggubal undang-undang yang difikirkan perlu.

TEMUBUAL DENGAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT


Berdasarkan temubual dengan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat
Daerah Kubanag Pasu iaitu En Mohd Zahir bin Daut, beliau menyatakan ciri-ciri remaja
yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi antaranya adalah terdapat kecelaruan
identiti remaja. Terdapat banyak faktor yang dapat dikesan menyebabkan wujudnya
kecelaruan. Salah satunya ialah keluarga tidak memainkan peranan yang wajar dalam
pembentukan watak anak-anak. secara umumnya golongan tersasar ini boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pertama ialah mereka yang tiada
langsung asas, pendidikan dan perasaan terhadap agama. Kedua pula ialah golongan
yang mempunyai pendidikan agama, mengetahui hukum-hakam agama, tetapi kerana
sesuatu yang mengecewakan, maka mereka akan memilih jalan yang menyeleweng.
Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang tahu agama, tetapi masih memilih jalan
yang tersasar. Kumpulan ketiga ini walaupun mempunyai agama tetapi kurang
meresap dalam diri. Oleh itu, mereka memilih untuk melakukan perkara yang
menyeronokkan tanpa mengira larangan agama.

Selain itu, remaja tersebut apabila mengetahui dirinya mengandung, sifat benci
pada anak, pada lelaki yang tidak bertanggungjawab begitu meluap-luap sehingga tidak
ada perasaan keibuan pada anak. Rasa kebencian dan kesan dari segi psikologi
mengenai penolakan ini amat kuat pada bayi yang dikandung hingga sedikit pun
mereka tidak mempunyai perasaan kasih walaupun bayi itu dilahirkan dengan selamat.

7
Kesimpulannya dalam sejarah ada dua macam pembuangan bayi iaitu yang pertama
pada zaman Firaun di mana bayi lelaki dibunuh dan kedua pada zaman jahiliah, anak-
anak yang dibuang adalah perempuan. Tetapi pada zaman sekarang, manusia
mutakhir sanggup membuang anak tidak kira lelaki dan perempuan.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah
satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan.Malah
haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi
keselamatan anak-anak .Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan
ajaran agama.
Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk
membendung gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-anak yang terbiar dan
tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.
Justeru, semua pihak dinegara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam
menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi
keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku.
Kedua, program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara
bersepadu. Ketiga, pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran
bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.
Seterusnya, program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak
perlulah dihentikan dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada
terlibat dengan pergaulan bebas.Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral
perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak. Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka
yang sudah terlanjur, hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-
perbuatan terkutuk tersebut.Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk
hidup. Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya.
Jelasnya, usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak
remaja agar mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama
diterapkan untuk dijadikan sebagai perisai diri.

8
Selain itu, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi
menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika
merekahamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah
semua pihak agar turut memberi penekanan kepada bimbingan terhadap kaum lelaki
dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap
wanita.

KESAN TERHADAP PEMBINAAN SEMULA PERSONALITI


Pembinaan semula personaliti dapat memberi kesan positif terhadap diri individu.
Personaliti yang baik adalah cermin kepada peribadi seseorang individu.
Kesan terhadap pembinaan semula personaliti adalah seseorang akan merasa lebih
berkeyakinan dengan personaliti yang baru. Personaliti merupakan suatu yang amat
penting untuk menggambarkan akhlak atau sahsiah diri seseorang. Personaliti yang
baik akan membuatkan orang sekeliling lebih selesa apabila berada di sampingnya.

Justeru, pembinaan semula personaliti dapat memberi kekuatan pada


seseorang. Rasa rendah diri dapat dikurangkan dan individu akan menjadi lebih selesa
dengan diri sendiri. Individu yang membuang bayi mempunyai personaliti yang negatif
seperti bersikap liar, mengamalkan pergaulan bebas, hidup tidak tenang.

SOKONGAN UNTUK MENJAYAKAN MODEL


Memandangkan penyakit gejala sosial ini dihidapi kebanyakannya oleh bangsa Melayu
yang beragama Islam , maka cadangan yang disampaikan ini, lebih menjurus kepada
penyelesaian yang lebih tertumpu kepada komuniti Islam. Sekiranya penyakit
masyarakat ini dapat diubati dikalangan komuniti Islam maka secara tidak langsung
akan menarik minat komuniti bukan Islam untuk menangani gejala sosial di komuniti
mereka dengan berpandukan kepada kaedah yang dibentangkan di sini. Di sini
digunakan terminologi penyakit masyarakat kerana gejala sosial ini bukan hanya
memberi kesan negatif terhadap fizikal, jiwa dan minda mereka yang terjebak ke
dalamnya, malah ianya memberi kesan negatif terhadap pembentukan masyarakat dan
peradaban manusia. Selain masalah pembuangan bayi, terdapat masalah lain iaitu
sumbang mahram, budaya gangsterisma dan vandelisma, penagihan dadah,

9
keganasan rumah tangga, tekanan jiwa dan banyak lagi penyakit lain yang kita sendiri
merasa terkedu lidah untuk menyebutnya.
Diatas kesedaran dan keinsafan tentang bahayanya gejala sosial kepada masa
hadapan bangsa dan negara, adalah disarankan Kerajaan Negeri membentuk satu
Jawatankuasa dan Pelan Tindakan Bersepadu yang menyeluruh yang melibatkan
pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang fahaman politik, jabatan serta
agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani dan seterusnya membendung gejala
sosial daripada terus berakar umbi di dalam masyarakat. Pelan Tindakan Bersepadu
ini perlu mengenal pasti punca sebenar berlakunya gejala sosial dan juga mengenal
pasti kaedah penyelesaian yang berkesan. Antara perkara-perkara penting yang perlu
diambil kira bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan Pelan Tindakan Bersepadu
tersebut adalah seperti berikut

MENGGERAKKAN KOMUNITI

Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak


akan berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama
menggembeling tenaga untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti
Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-
masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari ,
setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya.

Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara


untukmenangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun
oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan
menjadi lebih mudah. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan
seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti
masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka
akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.
Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dimana masjid
dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber
rujukan, pusat kaunseling dan sebagainya.

10
KEMPEN SOLAT
Sembahyang adalah merupakan tiang agama. Meninggalkan solat bermakna kita
merobohkan tiang agama. Apabila tiang agama itu roboh maka tiadalah sudah
pegangan hidup. Dalam Al Quran disebutkan "Solat itu mencegah daripada pekerjaan
keji dan mungkar". Penyakit masyarakat dan gejala sosial yang disebutkan tadi adalah
merupakan perkara keji dan mungkar. Ini menunjukkan betapa solat bukan hanya
membentuk peribadi Islam malah ianya membentuk masyarakat serta komuniti Islam.
Betapa beratnya suruhan mengerjakan solat ini hinggakan ianya wajib dilakukan dalam
apa jua keadaan sekali pun, selagi hati boleh berdetik, selagi mata boleh berkelip,
selagi akal kita masih waras samada dalam keadaan berdiri, duduk ataupun terbaring.
Rasulullah saw mengajar kita agar menyuruh anak-anak kita mendirikan solat sejak dari
usia 7 tahun lagi. Maka kempen solat hendaklah menjadi agenda utama dalam Pelan
Tindakan Bersepadu. Kempen solat dalam apa jua keadaan dan masa, kempen solat
di masjid dan surau, kempen solat di gedung-gedung perniagaan, kempen solat di
tempat kerja malah kempen solat di pusat-pusat peranginan dan rekreasi serta di
stadium-stadium. Tidak ketinggalan juga kempen solat semasa perjalanan terutama di
musim perayaan baik dalam keretapi ataupun mereka yang membawa kenderaan
sendiri.

KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN BADAN SUKARELA


Beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah pun dibentuk sejak sekian lama
dalam menangani penyakit masyarakat.. Antaranya ialah Agensi Dadah Kebangsaan,
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri, Polis Di Raja
Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya. Dalam menangani masalah ini,
jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan pihak PDRM.
Dalam menangani kes lepak, ponteng sekolah, penagihan arak dan sebagainya ,
kerjasama boleh dilakukan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi
maklumat mengenai pusat-pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen, melebihi had
masa, penjualan arak tanpa lesen, pengiklanan arak tanpa permit dan seterusnya.
Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh memberi penerangan kepada masyarakat
setempat mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pusat-pusat hiburan,

11
kedai menjual arak, kedai judi dan seterusnya, seperti kewajaran mengadakan kedai-
kedai menjual arak serta kedai-kedai judi di kawasan yang majoritinya Islam. Jika
selama ini masjid dan surau hanya dijadikan tempat penyampaian ceramah atau
kuliah agama, mengapa tidak ianya dijadikan tempat menyelesaikan segala
permasalahan yang disebutkan tadi selagi ianya menurut apa yang dikehendakki oleh
Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak.

KEMPEN MEMUDAHKAN PERKAHWINAN

Jenayah seksual semakin ketara sekarang ini, malah ianya melibatkan mereka yang
berada di bangku sekolah lagi. Islam menyuruh ibu bapa apabila sudah sampai
masanya anak-anak mereka berkeinginan untuk berkahwin maka hendaklah ianya
disegerakan. Ini adalah untuk menghindari mereka daripada terjebak ke lembah yang
hina.
Kemajuan sains dan teknologi dengan dunia tanpa sempadannya menyebabkan anak-
anak muda sekarang ini begitu mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang
memberahikan nafsu. Apabila pegangan agama semakin luntur dan nafsu dari hari ke
sehari semakin memuncak , maka syaitan akan menguasai jiwa mereka. Apabila
syaitan sudah menguasai jiwa mereka , dosa-dosa besar sudah menjadi perkara biasa,
mulanya hanya
naik motor bersama, kemudian tinggal bersama , apabila terlanjur berlakulah pula kes
bunuh apabila bayi yang dilahirkan dibuang begitu sahaja tanpa perasaan belas
kasihan. Yang demikian itu sifat mereka lebih teruk daripada haiwan.
Oleh yang demikian masyarakat haruslah diberi pemahaman, bahawa
perkahwinan adalah salah satu cara yang disyorkan oleh Islam untuk menangani
penyakit masyarakat sekiranya mereka tidak mampu menahan nafsu mereka dengan
berpuasa. Dan perkahwinan ini hendaklah dipermudahkan agar pasangan suami isteri
boleh hidup bahagia selepas majlis perkahwinan. Sesuai dengan apa yang
diperkatakan, iaitu Islam itu adalah mudah. Sebagai menarik usaha golongan muda-
mudi untuk berkahwin beberapa insentif boleh dikemukakan antaranya ialah

12
kemudahan untuk mendapat pekerjaan, kemudahan pinjaman perumahan dan
pinjaman kewangan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kes pembuangan
bayi berlaku. Masalah ini seharusnya diketengahkan dan diselesaikan dengan
menjalankan langkah-langah yang efektif sebelum keadaannya menjadi lebih teruk lalu
menggugat masa depan negara. Dalam hal ini, semua pihak haruslah bekerjasama dan
menggembleng tenaga untuk menyelesaikan masalah ini kerana bak kata peribahasa
Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

13