Anda di halaman 1dari 10

ALIRAN SERAGAM DI DALAM SALURAN TERBUKA

C3009/ UNIT 14 / 1

UNIT 14 ALIRAN DALAM SALURAN TERBUKA

OBJEKTIF

Objektif am:

Mempelajari dan memahami saluran terbuka

Objektif khusus:

Di akhir unit ini pelajar akan dapat:-

1. Mentakrifkan saluran terbuka.


2. Mengkelaskan jenis-jenis aliran dalam saluran terbuka.
3. mentakrif cerun hidraul, cerun dasar, perimeter basah dan jejari hidraulik
ALIRAN SERAGAM DI DALAM SALURAN TERBUKA
C3009/ UNIT 14 / 2

INPUT

14.0 Pengenalan

Saluran terbuka ditakrifkan sebagai saluran di mana cecair mengalir dengan


permukaan bebas (biasanya pada tekanan atmosfera). Contoh-contoh saluran
terbuka ialah sungai, parit, pembentung (sewer) dan juga paip separa penuh.

Oleh kerana tekanan di permukaan adalah tetap (tekanan atmosfera), aliran


yang berlaku adalah bukan disebabkan oleh perbezaan tekanan, tetapi
disebabkan oleh perbezaan tenaga upaya yang dihasilkan daripada kecerunan
dasar saluran berkenaan.

14.1 Aliran Seragam

Aliran seragam dalam saluran terbuka ialah apabila halaju min pada satu keratan
rentas dengan yang lain tidak berubah. Ia bermakna luas keratan rentas dan
kedalaman pada mana-mana bahagian adalah sama. (sukatan pelajaran hanya
menyentuh saluran untuk aliran seragam sahaja).

v d Kedalam
v d tetap

Permukaan selari
dengan dasar saluran
Rajah14.0 Aliran seragam
ALIRAN SERAGAM DI DALAM SALURAN TERBUKA
C3009/ UNIT 14 / 3

14.2 Aliran Tak Seragam

Aliran tak seragam ialah apabila halaju min berubah di sepanjang saluran. Ia
boleh berlaku pada saluran yang mempunyai luas keratan rentas yang berbeza,
kecerunan yang berubah dan juga dengan wujudnya struktur-struktur hidraulik
seperti empang, sempak, pintu sluis dan sebagainya.

v
d1
v
d2

d1
v d2

Rajah 14.1 Kedalam berubah


ALIRAN SERAGAM DI DALAM SALURAN TERBUKA
C3009/ UNIT 14 / 4
Aktiviti 14.0

1. Apakah yang anda faham tentang saluran terbuka

2. Senaraikan contoh-contoh saluran terbuka yang anda ketahui

3. Terangkan secara ringkas tentang aliran-aliran berikut dalam saluran terbuka

a. Aliran seragam
b. Aliran tak seragam

MAKLUMBALAS AKTIVITI 14.0


1. Saluran terbuka ditakrifkan sebagai saluran di mana cecair mengalir dengan
permukaan bebas (biasanya pada tekanan atmosfera).
2. Contoh-contoh saluran terbuka ialah sungai, parit, pembentung (sewer) dan juga
paip separa penuh.

3. Rujuk bahagian 14.1 dan 14.5 untuk lebih jelas lagi


ALIRAN SERAGAM DI DALAM SALURAN TERBUKA
C3009/ UNIT 14 / 5

INPUT

14.3 Kecerunan Dasar, i

Kecerunan dasar adalah kecerunan pada bahagian bawah atau dasar saluran
berkenaan. Pergerakan aliran bendalir juga adalah dipengaruhi oleh kecerunan
dasar berkenaan.

14.4 Perimeter Basah, P

Perimeter basah ialah perimeter atau ukurkeliling keratan permukaan


cecair dan bekas yang bersentuhan dengan cecair tersebut.

B
Rajah 14.2

Dalam gambarajah diatas, untuk mendapatkan perimeter basah bagi saluran


tersebut adalah seperti berikut:

Perimeter basah, P = B + 2D

Dimana, B = lebar saluran


D = kedalam cecair

Rajah 14.3 menunjukkan senarai formula bagi geometri saluran yang biasa
digunakan dalam unit ini.
ALIRAN SERAGAM DI DALAM SALURAN TERBUKA C3009/ UNIT 14 / 6

Keratan saluran Luas, A Perimeter basah, Lebar saluran, T Min hidraulik, m


P

By B+2y B Y

( B + zy ) y
(B+zy)y B+2y 1 + z 2 B+2zy B + 2 zy
1
2zy 2y
zy2 2y 1 + z 2

 
1 1
θdo 1 1  θ − sin θ 
(θ − sin θ )d 0
2
(sin θ )d o  d 0
8 2 2 8  sin 1 θ 
 
atau  2 
2 y (d o − y )

Rajah 14.3 Geometri saluran dan formula


ALIRAN SERAGAM DI DALAM SALURAN TERBUKA
C3009/ UNIT 14 / 7

14.5 Jejari Hidraulik atau Kedalaman min hidraulik ( m )

Kedalaman Min Hidraul ialah nisbah luas Keratan dengan Perimeter Basah
sesuatu saluran. Iaitu :

A
m = dimana, A = Luas keratan rentas cecair
P
P = Perimeter basah
14.6.1 Halaju purata

Geseran yang berlaku diantara cecair dan permukaan saluran akan


melambatkan pergerakan cecair yang berdekatan dengan permukaan
tersebut. Oleh yang demikian halaju adalah berbeza mengikut jarak
cecair dari permukaan saluran. Dengan ini halaju min digunakan untuk
tujuan pengiraan.
ALIRAN SERAGAM DI DALAM SALURAN TERBUKA
C3009/ UNIT 14 / 8

Aktiviti 14.1

1. Takrifkan istilah-istilah berikut


a. Kecerunan dasar
b. Perimeter basah
c. Jejari hidraulik

2. Berpadukan rajah dibawah nilaikan luas A, perimeter basah P dan jejari hidraulik R
bagi saluran tersebut.

D=2
125mm
450 450

B=4
(a)
(b) Kecerunan=1:2

1
1.2m
m
2

3m

(a)

3. Dapatkan luas aliran A, ukurlilit basah P, jejari hidraulik R dan lebar permukaan
air T apabila ukur dalam aliran ialah 0.2m bagi saluran-saluran berikut:

a. Trapezium, B=0.5m, cerun tebing z=1


b. Segitiga, sudut V = 900 .
ALIRAN SERAGAM DI DALAM SALURAN TERBUKA
C3009/ UNIT 14 / 9

MAKLUM BALAS AKTIVITI 14.1

1. Sila rujuk bahagian 14.4, 14.5 dan 14.6 dalam unit ini
2. (a) A = 6m2 , P = 7m2 , R = 0.86
(b) A=0.031m2 , P=0.56m, R = 0.056
(c) A=6.48m2, P = 8.37m , R = 0.78

3. a. A = 0.14, P = 1.07m, R = 0.13m dan T=0.9m


b. A=0.04m2 , P=0.566m, R=0.0707m dan T=0.4m
ALIRAN SERAGAM DI DALAM SALURAN TERBUKA
C3009/ UNIT 14 / 10

• •
PENILAIAN
KENDIRI

1. Satu saluran mempunyai sisi tegak dan lantai dasar berbentuk separuh bulatan
dengan garipusat 1.2m. Jika kedalaman air dari dasar terbawah ialah 0.9m
tentukan luas saluran, perimeter basah dan kedalaman min hidraulik.

2. Tentukan luas saluran, perimter basah dan jejari min hidraulik bagi setiap saluran
yang ditunjukkan dalam rajah dibawah
1.5m

` (a)
2.5m
m

12 m

(b)
2m
4m

1m

(c)
300 300 3000mm