Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada
pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara
Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim
Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah
s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari
kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.
[sunting] Pengislamannya
Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam
di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali
bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad
Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat
beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga
sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya
kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh
tuannya.
Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam
dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai
agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,
Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan
mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang
pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.