Anda di halaman 1dari 3

CABARAN REMAJA ISLAM MASA KINI

perancangan komunis
 
       Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam
       Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)
       Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam
       Menyebarkan fahaman teori Darwinisme – manusia berasal dari beruk
       Menyebarkan fahaman teori Frued – tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
       Agama candu masyarakat
       China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan
       Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh

Perancangan salibiah  (gerakan hancurkan islam)


 
  Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
  Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki
  Gladstone, “Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-
lamanya.”
   Pemerintah Perancis di Algeria, “Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya.”
   Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), “Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke
dalam Kristian tetapi cukup
   sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka.”
   Lowrence Brown (paderi), “Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa
lemah.”
   Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang
pemakaian menutup aurat
   Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
   Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak
faham akan al-Quran
   Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
   Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
   Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam
   Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), “Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai
hampir 500 ribu orang.”
 
 
Perancangan yahudi
 
       Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan
       Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak
       Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)
       Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada
Israel. Dengan itu, Israel akan
       menerima 1 bilion – mungkin secara bulanan )
     Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja
Islam – melalui konsert, filem dan
      sebagainya
       Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan
       Suburkan pergaulan bebas – awalnya ‘Rakan Study’, akhirnya …
       Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan ‘BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN’ (Skin-Head dan
sebagainya)
       Serang budaya Islam dengan budaya Barat

 
AYUH!! SEDAR DIRI!!!...
 
          Dunia  mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam populasi
aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini
dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam
Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh
minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam
masa kini. Sedarkah enta? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun 1935, Zeumer, telah
menyatakan:
 
“Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar
menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka.”
 
Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila
umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap
aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah enta tafsirkan sikap
umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail
kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum
merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.
 
          Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan
hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin
direnangi dan diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi
menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri. Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat
Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi
tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan
masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya
mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka.
Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca. Slogan-slogan yang
menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk
dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah
ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan
dunia dan akhirat.
 
Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam
menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:
 
      Penguasaan ilmu (fardhu `ain dan fardhu kifayah)
      Bina kekuatan fikir dengan membaca
      Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)
    Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan
sebagainya)
      Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam
      Kembali cintakan ibadah
      Dampingi golongan alim
      Sentiasa mendirikan solat jama`ah
      Jernihkan aqidah dari perkara khurafat
 
Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam
melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan
sebagai remaja Islam. Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah
menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar
untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran
pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna
dalam pembangunan kegemilangan Islam.