Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH OLAHRAGA

Perkataan ‘Olahraga’ berasal daripada perkataan Greek “athlos” yang bermaksud


bertanding. Olahraga merupakan satu koleksi acara sukan yang melibatkan pelbagai aktiviti
seperti acara larian, balingan dan lompatan. Pada era globalisasi ini, sukan olahraga lebih
dikenali sebagai acara balapan dan padang. Olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik
dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini adalah kerana terdapat banyak acara baik
untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun
berpasukan. Misalnya, dalam sukan bola sepak, satu pingat emas dijadikan rebutan dalam
kebanyakan sukan terbesar di dunia seperti Sukan Olirnpik, Sukan Asia atau Sukan SEA,
walaupun terdapat sekurang-kurangnya sebelas orang pemain dalam sesebuah pasukan.

Banyak penemuan artifak seperti lukisan ataupun gambar di gua yang menunjukkan
olahraga telah bermula sejak zaman dahulu. Contohnya, masyarakat Indian Amerika asli
telah menggabungkan permainan olahraga sebelum kedatangan orang-orang Eropah seperti
lacrosse, beberapa jenis permainan bola, lari, dan banyak lagi aktiviti yang lain. Bukan itu
sahaja, terdapat juga artifak-artifak dan bangunan-bangunan yang menunjukkan bahawa
orang Cina telah mengadakan acara olahraga di awal tahun 4000 SM sama ada untuk tujuan
peperangan mahupun hiburan. Selain itu, senaman juga merupakan salah satu acara olahraga
yang popular di Negara China pada zaman dahulu.

Bagi orang mesir pula, terdapat monumen-monumen untuk Faraoh yang menunjukkan
beberapa cabang olahraga yang telah ditandingkan secara berkala pada beberapa ribu tahun
yang lampau seperti berenang, memancing, merejam lembing, loncat tinggi, gula dan banyak
lagi. Selain itu, kerajaan Yunani kuno juga menunjukkan penglibatan dalam olahraga seperti
gulat, lari, tinju, lempar lembing, lempar cakram, dan balap kereta kuda yang merupakan
acara yang umum pada ketika itu. Ini menunjukkan budaya ketenteraan pada zaman kerajaan
Yunani mempengaruhi perkembangan olahraga mereka. Selain itu, mereka juga mengadakan
pertandingan Olimpiade setiap empat tahun sekali di Yunani. Pertandingan ini diadakan
untuk tujuan menunjukkan status dan taraf seseorang, menyambut perayaan, kebudayaan, dan
banyak lagi.

Dari sejak dahulu lagi, kekuatan dan keupayaan manusia dinilai melalui perlakuan
berlari, melompat dan melontar. Sekiranya seseorang mempunyai ketiga-tiga kemahiran
1
asas ini, maka seseorang itu akan dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada
mata masyarakat serta pemerintah. Maka, kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan
diimpikan oleh setiap individu pada masa tersebut khususnya kaum lelaki. Kemahiran-
kemahiran berlari, melompat dan melontar ini dikembangkan serta diperbaik dari semasa ke
semasa sehingga ia menjadi sukan. Sukan merupakan satu aktiviti aktiviti fizikal yang
dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya.

Selepas itu, sukan menjadi satu aktiviti yang ditandingkan. Tujuan pertandingan ini
diadakan pada masa itu adalah semata-mata untuk mencari siapa yang paling berbakat dalam
bidang olahraga ataupun sukan. Melalui pertandingan ini, mereka dapat mengetahui siapa
yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain ataupun
dalam kata yang lain, siapa yang paling pantas dalam larian, paling tinggi dalam lompat
tinggi, paling jauh dalam lontaran dan sebagainya. Bagi mencapai tujuan sukan ini
ditandingkan, setiap individu berusaha untuk menandingi yang lain dan akhirnya wujud
sifat-sifat ataupun perasaan ingin Berjaya dalam bidang sukan ataupun pertandingan, ingin
menumpaskan lawan serta mewujudkan sifat berlumba sesama individu.

Selepas itu, bagi mereka yang telah menang dalam sukan ataupun pertandingan
sebelum ini, mereka akan berusaha untuk mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk
meningkatkan kebolehan dan keupayaan supaya dapat mengekalkan kejayaan mereka serta
meningkatkan lagi prestasi mereka. Bagi mereka yang gagal pula, sudah semestinya akan
berusaha dengan lebih gigih lagi agar dapat menumpaskan lawan mereka dan muncul
sebagai pemenang pada acara sukan yang akan datang. Di sini mula wujudnya satu
pertandingan yang menarik dan mendapat perhatian orang ramai.

Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa sehingga zaman ini dan
semakin ramai individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan masing-
masing. Untuk mencapai kemenangan dalam acara sukan, sudah semestinya mereka yang
menyertai pertandingan ini akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan menunjukkan
kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan sebagai satu pentas
untuk menguji kebolehan para peserta dan dengan secara tidak langsung, telah menjadikan
pertandingan acara sukan lebih menarik dan berjaya menarik minat dan perhatian orang
ramai di seantero dunia.
2
Kendatipun terdapat banyak pertandingan yang menganjurkan acara yang berbeza-
beza serta berlainan, namun matlamat dan tujuannya adalah sama. Hari ini kita dapat melihat
di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan
dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan di kalangan wanita. Dengan
berdasarkan motif dan tujuan inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau
‘athletics’. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi, pertandingan olahraga ini telah bermula dan
dijalankan, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

Pada asalnya, hanya satu acara yang ditandingkan dalam Olimpik yang pertama pada
776 SM adalah lumba lari panjang-stadium atau "stad" yang diadakan di trek. Selain itu, juga
terdapat beberapa temasya lain diadakan di Eropah semasa era klasik iaitu:

 Sukan Panhellenic:
 Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) diadakan di Delphi setiap empat
tahun
 Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) diadakan di Argolid setiap dua tahun
 Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap dua tahun
 Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda,
bergusti dan pertempuran gladiator.
 The Tailteann Games (claimed foundation 1829 BC) – dijalankan berdekatan Bandar
Telttown di Ireland
 Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati
sukan olahraga. Namun begitu, hal ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan
tidak dijalankan dengan baik.

Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formal bagi pertandingan olahraga telah
ditubuhkan. Organisasi ini juga menjalankan kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah.
Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian dan mengatakan bahawa mereka
merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa
sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan
di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga
kini, masih tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan
organisasi formal olahraga.

3
Pada tahun 1896, olahraga mula dimasukkan dalam pertandingan Olimpik pertama pada \
dan masih diteruskan sehingga kini. Pada ketika itu, hanya kaum lelaki sahaja yang
dibenarkan untuk menyertai aktiviti sukan dan pertandingan. Walaubagaimanapun, wanita
hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang mulai tahun 1928. Sejak itu,
beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhkan dengan giat di Amerika
Syarikat. Antaranya,  International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic
Union dan USA Track & Field.

Dalam olahraga, setiap acara menawarkan pingat emas kepada pemenangnya. Dengan
hanya memenangi satu acara sahaja sudah melayakkan pemenang untuk mendapatkan pingat.
Kebiasaannya, setiap acara olahraga yang diadakan menawarkan hampir 40 pingat. Secara
logik, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberi kepada sukan olahraga kalau
pungutan pingat dijadikan ukuran tidak rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuah
pasukan atau negara.Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan
lontaran. Setiap atlit layak menyertai ketiga-tiga acara utama yang ditawarkan tetapi jarang
sekali atlit yang mengambil ketiga-tiga acara yang ditawarkan. Kebanyakan atlit lebih suka
penyertaan dan penglibatan dalam acara yang mereka mahir, terutamanya di peringkat
antarabangsa. Ini adalah kerana atlit dapat menumpukan lebih banyak masa untuk latihan
bagi meningkatkan prestasi.

Olahraga terbahagi kepada olahraga tertutup dan olahraga luar. Olahraga tertutup biasanya
dijalankan pada musim sejuk dan musim bunga. Terdapat dua musim untuk acara trek dan
padang. Bagi olahraga luar pula, ia biasanya dijalankna pada musim bunga dan berakhir pada
musim panas. Dalam kejohanan trek tertutup, atlit akan bertanding dalam acara balapan dan
padang. Namun begitu, hanya acara lompat tinggi, lompat galah, lompat jauh, lompat kijang,
dan lontar peluru (lemparanberat) yang dijalankan dalam lilitan trek. Bagi acara merejam
lembing, tukul dan cakera pula, acara ini hanya diadakan untuk kejohanan luar kerana
memerlukan ruang yang besar.

Semua acara padang diadakan dalam kejohanan olahraga luar dan biasanya dijalankan di
kawasan dekat. Bagaimanapun, acara seperti merejam lembing,membaling tukul besi dan
melempar cakera diadakan di padang luar daripada stadium trek kerana acara ini memerlukan
ruang yang besar. Tambahan pula, alat-alat tersebut boleh merosakkan kawasan padang trek

4
sekiranya mendarat pada kawasan padang trek. Bagaimanapun, sebahagian acara ini juga boleh
dijalankan di kawasan landasan yang lain yang tidak dilalui oleh mana-mana atlet untuk
mengelakkan kecederaan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga
kategori, iaitu larian, lornpatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuk
lelaki sahaja, dan ada pula acara yang boleh disertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acara
mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta.
Bagi acara larian dan lumba jalan kaki, terdapat acara pecut, acara jarak sederhana dan jarak
jauh. Pecut adalah acara lari jarak pendek yang termasuk 400 meter, acara jarak
sederhana adalah acara yang lebih jauh berbanding pecut dan sehingga 3000 meter dan acara
jarak jauh adalah acara melebihi 3000 meter. Acara lari berpagar pula memerlukan pelari
untuk melepasi halangan-halangan yang dijarakkan secara sama rata semasa perlumbaan
manakla acara lari berganti-ganti adalah acara di mana empat atlet menyertai sebagai sebuah
pasukan, memberi baton besi diantaranya.

Selain itu, terdapat juga acara melempar cakera, baling tukul besi, rejam lembing,
lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lompat galah dan pertandingan
pelbagai acara. Pertandingan pelbagai acara terdiri daripada kedua-dua acara trek (berlari) dan
acara padang. Antara pertandingan pelbagai acara adalah seperti Pentathlon, Hepthathlon,
dan Decathlon.

Anda mungkin juga menyukai