Anda di halaman 1dari 3

Sistem pendidikan masyarakat Melayu

Sebelum sistem pendidikan pondok telah diperkenalkan di Tanah Melayu, perlaksanaan


pendidikan Islam melalui pengajian dan pengajaran al-Quran di rumah guru-guru al-Quran telah
bermula sebelum abad ke-20 lagi. Guru-guru al-Quran telah menjadikan rumah mereka sebagai
tempat mengajar al-Quran. Mereka tidak menerima sebarang alaun daripada pemerintah.
Ganjaran yang mereka terima hanyalah sumbangan ikhlas ibu bapa pelajar. Mereka tidak
mengharapkan sebarang balasan kecuali keredaan dari Allah s.w.t.

Pengajian al-Quran secara tradisi di rumah-rumah tuan guru itu telah berkembang dan
akhirnya wujud institusi-institusi pondok di beberapa negeri di Tanah Melayu. Di antara tok guru
pondok yang terkenal ialah Tuan Haji Awang Muhammad Yusof Kenali yang dikenali juga
sebagai Tok Kenali iaitu pada tahun 1868-1933M. Pengajian Islam secara pondok ini banyak
membantu memantapkan perkembangan Islam di tanah air kita.

Pengajian pondok yang berteraskan pengajian Islam yang berpusat dirumah, masjid dan surau
yang terdapat di Nusantara ini berpandukan kepada bukti sejarah yang dapat dikesan adalah
bermula dari pasai. Kemudian pengajian tersebut berkembang ke Tanah Melayu apabila Raja
Melaka dan pembesar negeri serta rakyat jelata memeluk Islam pada tahun 1414 Masihi. Pada
zaman kerajaan Melayu Melaka 1414-1511 terutama di zaman kecemerlangannya, pusat-pusat
pengajian dan pendidikan Islam yang bertempat di rumah, masjid dan surau di perkemas dan
pertingkatkan sehingga mencapai tahap yang lebih tinggi dan berbentuk formal.

1) Pondok

Perkataan ‘pondok’ menurut sebuah kamus awal yang ditulis oleh Marsden diambil daripada
perkataan Arab iaitu ‘Funduq’ bermaksud bangunan untuk pengembara. Dalam penggunaan
modennya ia memberi maksud hotel atau asrama. Dari segi istilah pula ia membawa maksud
yang agak berbeza. Istilah pondok dirujuk sebagai sebuah institusi pendidikan kampung yang
mengendalikan pengajaran agama dimana guru yang lebih dihormati dengan panggilan tuan guru
adalah diakui kepakarannya oleh penduduk kampung yang menjemputnya untuk mengajar
mereka yang ingin melanjutkan pengajian agama Islam, melewati pengetahuan asas tentang
undang undang Islam dan pembacaan al-Quran.
. Pelajar-pelajarnya bukan sahaja terdiri daripada anak tempatan bahkan ada yang datang dari
luar negeri terutama dari Pulau Jawa. Dikatakan terdapat dua orang pelajar dari jawa iaitu Sunan
Bonang dan Sunan Giri yang belajar di institusi Polo Upih (Pulau Upih). Institusi tersebut
bertaraf pondok. Kedua-dua pelajar tersebut dikatakan telah memainkan peranan bagi
mengembangkan agama dan pendidikan Islam di Jawa kemudiannya. Dengan wujudnya
beberapa institusi bertaraf pondok dan berjaya pula mengeluarkan ilmuan Islam sama ada dari
dalam mahu pun luar, Melaka ketika itu dianggap sebagai pusat penyebaran Islam dikawasan
Timur.
Sistem pendidikan di Malaysia

Pendidikan sekular moden telah diperkenalkan oleh pentadbir British menerusi pengenalan
pendidikan aliran Inggeris, manakala pendidikan aliran yang pelbagai iaitu Melayu,Cina dan
Tamil telah dibenarkan untuk berkembang. Keadaan ini merupakan sesuatu yang tidak sesuai
untuk jangka masa panjang, khususnya dilihat dari sudut integrasi nasional. Oleh itu, sistem
pendidikan kebangsaan mestilah dilahirkan apabila negara mencapai kemerdekaan. Sejak
menjelang kemerdekaan menerusi Penyata Razak 1956 yang disusuli oleh Penyata Rahman Talib
1960, kerajaan bertekad untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dari
peringkat sekolah rendah ke peringkat universiti dalam satu sistem pendidikan kebangsaan yang
bakal diperkenalkan., selewat-lewatnya 10 tahun selepas Negara mencapai kemerdekaan.