Anda di halaman 1dari 5

Persoalan

i. Persoalan ketaatan kepada agama, Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al – Quran kepada arwah ibu
bapanya .

ii. Persoalan ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau. Azfa Hanani dibesarkan
oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik
keluarga baharunya. i

ii. Persoalan keberanian menghadapi risiko. Azfa Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun tetap berani
mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya.

iv. Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani, walaupun berasal daripada
keluarga miskin dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.

v. Persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat. Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu
ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Rakan-rakan Azfa
Hanani juga memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.

vi. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah terlalu menyayangi Tengku Murni / Azfa
Hanani.

Plot

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

i. Permulaan Pada peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut
setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan
akan dirangkap, Dia kemudiannya dipanggil ke bilik pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni oleh
Tengku Mazran dan Kak Syafinaz. Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni iaitu
adiknya yang terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya. Memikirkan masa depan persekolahannya serta peluang
untuk membantu sepupunya, Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran Tengku
Mazran. ii. Perkembangan Pada peringkat perkembangan, Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara
bertutur, makan, dan bergaul dengan Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani berjaya memainkan
peranan sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah
barunya, Azfa Hanani telah berkenalan dengan Tengku Ellina, sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan yang lain
seperti Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terlibat dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya.

iii. Konflik Cerita sampai pada peringkat perumitan apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah daripada
Ekran ketika majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran untuk
mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni. Ekran mengaku bahawa hubungannya dengan
Tengku Murni memang istimewa tetapi tidak disenangi oleh seseorang iaitu Tengku Muzaffar.

iv. Klimaks

Klimaks cerita ini ialah apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaitu Tengku Muzaffarlah
yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Pertengkaran antara Azfa Hanani dengan Tengku
Muzaffar didengar oleh Datin Maziah. Rahsia penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Datin Maziah begitu
marah kerana telah ditipu selama ini. Azfa Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya keluar dari banglo tersebut.

v. Peleraian
Pada pengakhiran cerita, Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan teksi yang dinaiki
oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16 tahun yang lalu menyebabkan mereka terbunuh. Azfa
Hanani kembali ke banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk.
Pasukan Forum Remaja. Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri
dan Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi Forum Remaja Terbaik. Azfa Hanani juga telah mengetahui identiti
sebenar Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka berdua.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama Azfa Hanani

 Gadis cantik dan berwajah lembut serta penyayang.

 Remaja berusia 17 belas tahun yang kematian kedua-dua orang tuanya.

 Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan.

 Lemah dalam subjek bahasa Inggeris.

 Baik hati dan sanggup berkorban.

 Tabah mengharungi dugaan hidup.

 Mengenang budi.

 Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.

 Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah tekanan perasaan.

Watak Sampingan

Datin Maziah

 Isteri kepada Tengku Datuk Makmur.

 Ibu kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad, Tengku Mizran, Tengku Mazran,Tengku
Muzaffar, dan Tengku Murni.

 Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni.

 Tertekan sebagai akihat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.

 Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah dengan seorang gadis muda.

Tengku Murni

 Anak perempuan tunggal dalam keluarga Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah.

 Wajahnya seiras wajah Azfa Hanani.

 Anak yang taat kepada orang tuanya.

 Dia begitu manja dengan ibunya.


 Sikap mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.

 Pernah menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang oleh abangnya, Tengku Muzaffar.

Tengku Muzaffar

 Anak keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah

 Pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang – undang

 Seorang yang sombong pada awalnya kerana statusnya

 Penyayang kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani Datuk Tengku Makmur

 Seorang hartawan dan berketurunan bangsawan  Mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Maziah dan seorang
wanita muda

 Seorang yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar terhadap Azfa Hanani  Seorang yang berpegang
pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah mengetahui identiti sebenarnya

Latar

Latar Tempat

 Di makmal kimia. Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan
dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu.

 Di bilik pengetua, iaitu ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz,
dan Kak Rozan.

 Di Hotel Universe. Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan,
bercakap, dan Iain-lain lagi.

 Di banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur. Azfa Hanani akhirnya menetap di banglo ini.

 Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima bagi berbincang
tentang projek Hari Sumbangsih.

Latar Masa

 Selama beberapa bulan. Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya
meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah.

 Pada waktu malam. Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku
Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan
Tengku Murni.  Pada waktu petang. Contohnya. semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa
Hanani/Tengku Murni yang ke-17.  Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai
pelajar sekolah.

Latar Masyarakat
 Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta kelangsungan masa depannya.
Contohnya, Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang
lumpuh mendapatkan rawatan.

 Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku Datuk Makmur yang
memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin.

 Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian
tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima Kenanga.

 Masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu
Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke
Indonesia.

 Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menelamatkan seseorang daripada menghadapi tekanan jiwa.
Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni supaya Datin Maziah kembali pulih daripada
tekanan perasaan sebagai akibat kematian anak perempuan tunggalnya.

Teknik Plot / Teknik Penceritaan

1. Pemerian

Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin Maziah.Contohnya ,
Begitu, aku terasa seperti berjalan di awang-awangan semasa mula- mula tiba di situ. Banglo itu terlalu
besar,berganda – ganda kalau mahu dibandingkan dengan teratak buruk yang pernah kuhuni.

2. Dialog

Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran.Contohnya, “Saya nak Tanya satu pekara lagi. Abang Mus datang ke mari
ni… ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu ke ?” “ Saya tak perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya
tahu dan Nani juga tahu, cukuplah,” jawab Ekran .

Teknik Penulisan

3. Imbas Kembali Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu- sepupunya di kampung.Contohnya
“Masakan mama memang sedap,” Aku menokok bersahaja kerana wajah Zahidin melintas di ruang mata.Dia akan
kecur liur kalau sesekali mak long menggoreng ayam.dia akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat
meratah ayam goreng selepas itu.

4. Suspens Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia mengajak Azfa
Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar- debar semasa menuruni anak tangga. Pembaca
tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.

Gaya Bahasa

i. Peribahasa. Contohnya, cempedak menjadi nangka, hidung tinggi, beraja di mata, bersultan di hati, melukut di tepi
gantang, rusa masuk kampong, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, serkap jarang, panjang tangan dan
ke manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . i

i. Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh, problem, special boyfriend, We go straight to the point.
iii. Simile. Contohnya, Mereka bagaikan kembar, dia seperti juara semasa perlumbaan motosikal 500 cc dunia, tapak
kakiku seperti melekat di lantai simen dan aku umpama peragawati apabila diminta bergaya seperti Murni

iv. Sinkope. Contohnya, ku, ni, tu, tak, nak.

v. Metafora. Contohnya pintu ilmu, batas kemelut

vi. Penggunaan bahasa Arab . Contohnya Insya – Allah , Alhamdulillah

Gaya Bahasa

i. Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk
menyamar sebagai Tengku Murni demi menjaga kebahagiaan semua pihak termasuklah keluarga Pak Longnya dan
keluarga Datuk Tengku Makmur.

ii. Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, walaupun Azfa Hanani berasal daripada keluarga
miskin, namun dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan persekolahan.
Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar demi masa depannya dan keluarga pak longnya. iii. Nilai kasih sayang.
Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni/Azfa Hanani. Dia begitu menyayangi anak gadisnya
sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki has ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.

iv. Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit
poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala teori yang telah dipelajarinya di sekolah.

v. Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa Hanani bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat berjalan semula selepas
mendapatkan rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga angkatnya.

Pengajaran

1 Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran
Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin
Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.

2 Dalam usaha untuk mencapai kejayaan kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Contohnya,
Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran
sains.

iii. Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada. Contohnya, Tengku Muzaffar tidak dapat
menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang
miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit.

iv. Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Abang Mazran bersusah
payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.

v. Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri. Contohnya, Azfa Hanani sentiasa bersederhana
dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang elit dan berada.

vi. Kita hendaklah sedar akan asal usul kita. Contohnya, Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang
datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan
atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah

Anda mungkin juga menyukai