Anda di halaman 1dari 8

TEKNIK LOMPATAN

Terdapat empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh iaitu kelajuan
larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan.

i. Kelajuan larian
 Daya lompatan yang kuat dan jauh bergantung kepada kelajuan
lompatan . Kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan
membantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan di
lakukan. konsentrasi dan ketepatan adalah penting semasa
menghasilkan larian mendatar dan menegak.
 Pelompat melakukan larian yang mempunyai 18 hingga 22 langkah
atau jarak di antara 25 hingga 40 meter.
 check mark dilakukan sebelum membuat lompatan bagi
memudahkan pelompat untuk membuat larian mula dengan papan
pelepas.
 Terdapat dua kaedah untuk melakukan check mark :
1. kaedah pertama pelompat perlu mencari konsentrasi melalui larian
yang berulang-ulang dan menandakan titik yang paling sesuai.
2. kaedah kedua ialah mencari konsentrasi melalui larian dari papan
pelepas tetapi ia kurang sesuai jika tiupan angin yang terlalu kuat.
Rajah 1: Teknik membuat check mark
ii. Pelepasan lompatan
 Ia penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak
maksimum dan dalam melakukan lompatan yang berkesan.
 Kelajuan larian dan daya konsistensi yang sesuai dapat membantu
menghasilkan pelepasan yang baik dalam lompatan. Dianggarkan
pelompat hanya berada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan
lompatan ini tetapi ia penting dalam menentukan daya lompatan
yang baik atau lompatan yang batal.
 Melalui pemerhatian corak dan teknik yang dilakukan oleh jaguh-
jaguh peringkat antarabangsa, teknik pelepasan lompatan berikut
adalah disarankan iaitu:
1. Pelompat perlu ada konsentrasi yang tinggi pada tahap pelepasan
lompatan.
2. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan
dari atas ke bawah dan pada kaki sudut hentian perlu diubah.
3. Bahu dan dada di angkat keatas untuk membantu dalam membuat
pelepasan.
Rajah 1.3: Membuat pelepasan lompatan
iii. Lompatan di udara
 Semasa pelepasan lompatan dilakukan,
 Pelompat akan mengambil tempat untuk mendapatkan momentum
menegak.
 Daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat daripada sudut
hentian yang berlaku di awal pelepasan. Pergerakan menegak ini
juga dikurangkan oleh daya graviti iaitu pusat graviti semasa di udara
adalah pada badan pelompat. Terdapat tiga jenis pergerakan yang
boleh dilakukan oleh pelompat semasa berada di udara, iaitu:

Pergerakan Berlayar

Rajah 4: Pergerakan berlayar


Pergerakan Mengayuh

1
Rajah 5: Pergerakan mengayuh 1 kali di udara
2

Pergerakan Ayunan Punggung

Rajah 6: Pergerakan ayunan punggung

Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini pergerakan mengayuh adalah


paling licin dan banyak digunakan dalam lompat jauh pada peringkat
antarabangsa.
iv. Pendaratan
 Dalam menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspek
pendaratan memainkan peranan penting.
 Pergerakan yang sesuai mampu menghasilkan jarak yang
maksimum dan dapat mengelakkan gangguan pada momentum
menegak.
 Teknik pendaratan yang dikenali senagai jack-knifing yang paling
sesuai digunakan.
 Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan
pendaratan yang dilakukan.
 Ia dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke
bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada
badan pelompat akan dipindahkan ke bahagian kaki dan tangan.

Rajah 7: Mendarat
KESIMPULAN

Kesimpulannya terdapat empat teknik-teknik dalam lompat jauh seperti teknik lompatan
pada fasa larian, fasa lonjakkan, fasa layangan dan fasa mendarat.

i. Fasa larian
Larian pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak (papan pelepasan).

ii. Fasa lonjakan


Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa
melonjak. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan
untuk membantu lonjakan.
iii. Fasa layangan
Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua
belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan
bersedia untuk mendarat.

iv. Fasa mendarat


Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang
iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua belah kaki
dibengkokkan semasa tumit mula mencecah pasir.

Anda mungkin juga menyukai