BAHASA MALAYSIA IV
PENSYARAH:
PUAN SUHANA YUSOF
MEMBERS:
NORSHILA IBNI HASHIM 103738
NORDURATUL AIN MOHAMAD 103733
TARIKH HANTAR:
16 MAC 2011
Pengenalan
Pendidikan negara kita pada hari ini telah banyak mengalami reformasi atau
revolusi demi menjadikan ia selaras dengan era teknologi maklumat serta zaman globalisasi
ini. Pelbagai dasar-dasar telah di perkenalkan untuk melahirkan modal insan selaras dengan
falsafah pendidikan negara Malaysia. Tidak kurang juga dasar-dasar yang telah diperbaharui
demi menjadikan nya dasar yang selaras dengan kehendak masyarakat pada hari ini.
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Falsafah ini menjadi tunggak atau asas dalam sistem pendidikan negara kita,
iaitu dengan mencapai modal insan yang berkualiti untuk pembangunan negara pada masa
hadapan. Hal ini juga telah dinyatakan dalam Rang undang-undang pendidikan 1995.
Sejarah dasar pendidikan negara malaysia
Dasar ini telah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan dan bahasa
malaysia telah dijadikan sebagai bahasa pengantar yang rasmi. Di samping
itu,dalam penyata ini juga mewujudkan sistem yang sama rata bagi semua.
Antara kekuatan yang ada: dari segi bentuk: KSSR lebih luas berbanding Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Jika KBSR, hanya 3 utama aspek diberi penekanan, iaitu
Komunikasi, Perkembangan Diri Indivdu dan Manusia dengan alam sekelilingnya, tetapi
kurikulum KSSR member penekanan kepada 6 elemen, iaitu: Komunikasi; Kerohanian, sikap
& nilai; Kemanusiaan, Ketrampilan diri; Perkembangan Fizikal & Estetika; Sains &
Teknologi; dari segi kandungan dan sistem penilaian: Isi kandungan pembelajaran memiliki
standard tertentu yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Pencapaian itu boleh diukur
menggunakan sistem penilaian yang juga disediakan bersama.. KSSR lebih melihat kepada
kualiti pencapaian murid berdasarkan standard kandungan yang ditetapkan, berbeza dengan
KBSR yang menekankan perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Dari segi
tumpuan dan kandungan kurikulum:
Selain itu, KSSR juga turut member tumpuan kepada penguasaan 4M berbanding 3M
pada KBSR. Tahap satu (tahun 1 – 3) perlu menguasai kemahiran asas 4M (membaca,
menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat
(ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Tahap dua
(tahun 4 – 6) member tumpuan kepada pengukuhan dan aplikasi 4M juga kemahiran asas ICT,
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Selain itu, seperkara lagi yang
mungkin boleh diberi perhatian ialah tentang perubahan pada peruntukan masa dalam KSSR.
Pengurangan masa subjek tertentu, misalnya Dunia Muzik (Pendidikan Muzik) mungkin
bolehmenjejaskan pengetahuan atau kemahiran murid dalam bidang berkenaan. Walaupun
unsur penerapan elemen muzik juga terdapat dalam mataApelajaran lain, tetapi pembelajaran
melalui penggabung jalinan dan pembelajaran secara spesifik tetap mempunyai perbezaan.
Cadangan pemansuhan UPSR dan PMR sebenarnya lebih merupakan satu daripada
beberapa transformasi sistem pendidikan negara yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Jika kedua bentuk peperiksaan awam itu benar-benar dimansuhkan, tidak
pula bermakna sistem pendidikan negara akan ketinggalan dan berundur kepada tahap yang
lebih gelap.
Transformasi yang ingin dilaksanakan itu adalah atas kesedaran bahawa penekanan
pendidikan tidak lagi perlu mengorientasikan kepada peperiksaan. Apabila keputusan
peperiksaan terlalu menjadi sandaran, maka lahirlah pula persekitaran yang saling tertekan:
ibu bapa mengharapkan anak-anak akan mendapat keputusan cemerlang, guru-guru terhimpit
dengan tekanan menghabiskan kurikulum dalam masa relatif singkat, sekolah dan pengurusan
sekolah semakin tertekan untuk memperoleh lebih ramai pelajar mendapat keputusan
tertinggi, PIBG terus mengenakan pelbagai bayaran tambahan bagi membolehkan lebih
banyak kelas tambahan dilaksanakan oleh pihak sekolah, penyedia khidmat sokongan
(penerbit buku kerja dan buku tambahan) sentiasa kreatif memasuki sekolah mempromosinya,
syarikat yang terbabit dengan pembelajaran online semakin banyak melobi sokongan dan
guru-guru menjadi semakin terhimpit masanya kerana turut memperoleh pendapatan
tambahan (penggubal soalan, pemeriksan kertas jawapan, menguruskan peperiksaan,
mengajar kelas tiusyen dan mengendalikan kelas-kelas tiusyen).
Dengan pemansuhan kedua bentuk peperiksaan berpusat ini akan menjadikan para
pelajar dapat menerima masukan nilai-nilai penting dan amat diperlukan dalam hidup mereka.
Para pelajar akan lebih menghayati dan memahami lebih mendalam setiap nilai yang diajar
dalam setiap matapelajaran termasuk pendidikan moral, agama ataupun ketatanegaraan. Nilai-
nilai moral, ketatanegaraan dan sivik sering diketepikan kerana nilai-nilai tersebut tidak
dilihat sebagai keperluan yang besar dalam penilaian akademik. Pemansuhan dua peperiksaan
tersebut juga dapat memberikan ruang kepada guru untuk membuat penilaian ke atas
seseorang pelaja berdasarkan minat dan bakat. Guru dapat membimbing para pelajaran
bagaimana untuk menggilap setiap potensi yang ada kerana selepas menduduki peperiksaan di
akhir 11 atau 12 tahun persekolahan, para pelajar lebih memahami arah mana yang bakal
mereka ikuti.
Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri
Muhyiddin Yassin telah mengumumkan secara tidak rasmi yang UPSR berkemungkinan akan
dikekalkan, manakala pemansuhan PMR diteruskan dan digantikan dengan penilaian
berasaskan sekolah. Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada pendapat umum hasil daripada
keputusan beberapa siri rundingan meja bulat yang telah diadakan sebelum ini.
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) akan menggunakan format baru mulai 2016. Peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga
akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR bagi murid
Tahun 6 akan mempunyai bentuk dan format yang agak berbeza.
Sistem baru untuk kedua-dua jenis peperiksaan itu hanya akan bermula pada 2016 kerana
kementerian perlu mengambil masa untuk melaksanakan sistem penilaian yang baru itu
kerana pelajar yang ada dalam sistem sekarang tidak boleh dibebani dengan format baru.
Tambahan pula, penambahbaikan sistem peperiksaan UPSR dan PMR itu akan melibatkan
perubahan dari segi kurikulum, buku dan latihan untuk guru.
Rancangan yang lain di buat oleh kerajaan Malaysia terhadap terhadap sistem
pendidikan ialah Pembaharuan rancangan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris ) menjadi MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris). Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi salah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang
perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Tetapi Dasar
PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran
Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003 dan menimbulkan satu isu iaitu mengapa
sedangkan seperti yang kita tahu bahasa rasmi negara malaysia adalah bahasa Melayu.
penggunaan BM sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan
menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa
kurkulum BI serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi
Rancangan wajib lulus sejarah dan bahasa Inggeris juga di dalam perancangan
kerajaan Malaysia. Kerajaan telah menimbang kemungkinan untuk mewajibkan calon Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek sejarah dan Bahasa Inggeris sebagai syarat kelayakan
untuk mendapatkan sijil menjelang tahun 2012. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad
Zarkashi berkata, pertimbangan itu adalah berdasarkan cadangan yang diterima daripada
program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di
aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah
Kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin penting pada masa kini kerana ia
sesebuah negara. Bidang sukan juga merupakan antara landasan terbaik dalam usaha
membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang
kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah negara. Bagi memastikan matlamat
tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang penyertaan dan
penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan pewaris kepimpinan
Dalam usaha mencapai negara maju pada tahun 2020, negara telah melaksanakan
pelbagai usaha demi pencapaian ini. Antaranya dalam aspek pendidikan iaitu melahirkan
modal insan yang boleh bersaing pada dunia globalisasi.
Selaras dengan itu, dasar-dasar dalam pendidikan negara kita telah banyak mengalami
reformasi untuk meyelaraskan bidang pendidikan kita sama kualitinya dengan pendidikan
yang ada pada negara-negara maju yang lain. Di samping dapat melahirkan generasi yang
berfikiran luas,kreatif dan inovatif,berkepimpinan serta memegang teguh nilai-nilai murni
budaya kita.
Dasar –dasar ini tidak hanya tertumpu pada pelajar sahaja namun ia merangkumi
semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan ini terutama warga pendidik yang
memainkan peranan penting untuk menghasilkan generasi yang berkualiti. Walaupun negara
kita mempunyai pelbagai kaum,namun dasar-dasar yang di buat ini tidak mengabaikan bahasa
ibunda kaum-kaum lain seperti india, china, iban dan sebagainya. Sekolah-sekolah jenis
kebangsaan juga masih menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa
pengantaraan dalam sekolah tersebut. Ini menunjukkan kerajaan mengutamakan semua kaum
dalam aspek pendidikan ini.
Selain daripada itu, melalui pendidikan juga kita dapat mengeratkan hubungan kita
sebagai masyarakat majmuk,di samping kita dapat mengenali jati diri,budaya dan nilai-nilai
murni masyarakat kita dalam subjek mata pelajaran yang di ajar seperti pendidikan sivik dan
sejarah. Begitu juga dalam aspek kokurikulum seperti persatuan-persatuan,sukan dan
sebagainya ia boleh melahirkan generasi yang sihat bukan sahaja pada mental namun juga
mempunyai kecergasan minda dan fizikal yang optimum.