Anda di halaman 1dari 3

LATAR

LATAR TEMPAT

1. Latar dalam novel ini adalah kawasan di sekitar Kuala Terengganu, Kuantan<dan
beberapa kawasan laindi Pahang.
2. Danau Seberang. Tempat tinggi Fuad bersama dengan keluarga angkatnya, Mak Salam
dan Pak Ismail.
3. Pesisiran Pantai Batu Buruk.Fuad ke sini untuk mengambil angin. Di sini, Fuad teringat
akan kisah silamnya.
4. Sekolah Menengah Seri Setia.Fuad,Farhana,Cikgu Abas, dan Cikgu Zamani bertugas
sebagai guru di sekolah tersebut.
5. Kawasan perumahan Taman Mas,Kuantan.Fuad meneghantar Farhana ke sini , rumah
ibu Farhana.
6. Sungai Ruan.Fuad dibesarkan oleh bapa dan ibu saudaranya, Peter Lim dan Swee Lan.
7. Lemban Klau.Mariana dan Pak Seman tinggal di sini sebelum Mariana mengikut kakak
angkatnya berpindah.
8. Kampung Sedili, Kuala Lipis.Fuad mecari pusara ibunya yang disangkanya telah
meninggal dunia.
9. Restoran Terapung di Taman Syabandar.Fuad mengajak Farhana makan di restoran
tersebut untuk meraikan hari lahir Farhana.

10. Hospital Tengku Ampuan Afzan.Tempat ibu Farhana dirawat kerana penyakit lelab.

LATAR MASA

1. Latar masa bagi novel ini adalah pada masa zaman sekarang,iaitu berlangsung dalam
jangka waktu lebih kurang setahun.Hal ini dapat dibuktikanapabila cerita ini bermula
pada bulan Disember, iaitu ketika Fuad mengambil angin di Pantai Buruk dan berakhir
ketika Fuad membawa maknya,Pak Ismail,dan Mak Salmah ke Makkah pada cuti
persekolahan akhir tahun.
2. PEristiwa dalam novel ini adalah berlaku pada waktu siang dan malam.
Buktunya:
A) pagi. Fuad keluar pada waktu pagi untuk melaporkan diri sebagai guru sandaran.
B) Tengah hari.Selepas tamat sesi pagi,Fuad membahagi-bahagikan jagung yang
ditanamnya kepada guru-guru yang lain.
C) Petang.Fuad mengerjarkan solat asarnya di rumah Farhana di Kuantan sebelum
meneruskan perjalanannya ke Sungai Ruan.
D) Malam.Fuad ke rumah Cikgu Zamani untuk menghadiri kenduri .Rupa-rupanya,
Cikgu Zaman mengajar Fuad ke rumahnya untuk memujuk Fuad menyertai parti
politik.
LATA MASYARAKAT

1. Masyarakat guru yang berdedikasi terhadap kejayaannya sebagai guru.Contohnya,


meskipun cuma menjawat jawatan guru sandaran, Fuad menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan dedikasi.
2. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa.Contohnya, bapa Fuad,Robet Lim
berbangsa Cina manakala ibunya,Mariana berbangsa Melayu.
3. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar pekerjaan.Contohnya, Farhana
guru,Robert Lim ahli perniagaan, Pak Ismail pesawah,Peter Lim pengawal
keselamatan dan penoreh getah,dan Fakhrudin pegawai polis.
4. Masyarakat yang tahu membalas jasa.Contohnya,Fuad membalas budi keluarga
bapa angkatnya,Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini dengan
menbayar yuran peperiksaan STPM Ah Soh.
5. Masyarakat yang sedar akan kesalahan deri dan berusaha untuk menebusnya
kembali.Contohnya,Fuad berusaha mengambil hati Mak Salmah kerana sedar akan
kesilapannya melarikan sofia untuk dipulangkan kepada keluarga kandungnya.
6. Masyarakat yang bersimpati atau prihatian terhadap kesulitan orang
lain.Contohnya,Pobert Lim menghulurkan bantuan kewangan kepada adiknya,Peter
Lim yang hidup susah.
7. Masyarakat yang berpegang kuat pada ajaran agama.Contohnya,Fuad rajin
mengerjakan solat walau di mana pun di berada.
8. Masyarakat yang suka memburuk-burukkan orang lain.Contohnya,Cikgu Zamani
yang tidak suka akan sikap Farhana yang lepas laku menasihati Fuad supaya tidak
memilih Farhana sebagai isterinya.
9. Masyarakat yang pandai menghormati tetamu.Contohnya, adik-adik Farhana
menyediakan hidangkan, kain pelekat,dan tuala untuk Fuad yang dating ke rumah
mereka.
10. Masyarakat yang reda menerima ketentuan Ilahi.Contohnya,Fuad menerima hakikat
bahawa dia tidak dapat berkahwin dengan Farhana kerana mereka adalah adik-
beradik.malah,Fuad bersyukur kerana Farhana dapat menggantikan tempat sofia.

Anda mungkin juga menyukai