Anda di halaman 1dari 1

DOA SYAWAL

DOA ZIARAH HARI RAYA EIDUL FITRI

Ya Allah Ya Tuhan Kami, dengan keberkatan bulan Syawal yang


mulia ini, turunkan lah rahmat dan keberkatan kepada kami
semua, ampuni lah kami semua, masukkan lah kami semua ke
dalam Syurga-Mu dan jauhkan lah kami dari seksaan api
neraka-Mu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakan lah kesihatan, keselamatan,


kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan
kepada kami semua, perbaiki lah hubungan di antara kami dan
mesrakan lah di antara hati-hati kami dan tunjukkan lah
kepada kami jalan-jalan yang membawa kebajikan di dunia ini
dan lepaskan lah kami dari kegelapan dosa dan jauhkan lah
kami dari segala kekejian sama ada zahir ataupun yang
tersembunyi daripadanya.

Ya Allah, Engkaulah yang maha terpuji, Engkaulah yang maha


pemurah dan yang maha kaya, kurniakan lah keberkatan
kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua
khususnya rezeki yang Engkau Kurniakan kepada tuan rumah
ini (sebutkan nama tuan rumah) seisi keluarga, dengan
rahmatMu Ya Karim Ya Arhamarrahiminin

Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah usaha ziarah hari raya ini


sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati, segala amal
perbuatan baik kami diterima dan jadikan lah kami semua
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur ke atas ni’mat
kurniaan-Mu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikan lah pertemuan kami ini


pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepasnya
nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara. Permudahkan lah
urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami
dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Arhamar
Rahimin.