Anda di halaman 1dari 4

Keperluan manusia kepada akidah

KEPERLUAN MANUSIA KEPADA AKIDAH


Akidah merupakan Asas utama dalam pembinaan masyarakat Islam merangkumi seluruh bidang
kehidupan mereka. Persoalan ini telah dilaksanakan secara ekstrem oleh Rasulullah s.a.w. Beliau
telah berusaha dengan segala tenaga yang ada pada beliau untuk menanamkan akidah yang
mantap selama 13 tahun di Makkah. Usaha-usaha yang baginda jalankan di Makkah telah
berjaya melahirkan watak-watak seprti Bilal bin Rabah, keluarga Yasir dan lain-lain yang
sanggup berkorban apa sahaja daripada harta benda nyawa dan tenaga untuk membela kesucian
Islam daripada dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Islam.

PERANAN AKIDAH

MELAHIRKAN UMMAH YANG TUNDUK PATUH KEPADA AJARAN ALLAH DAN


RASUL

Ummah yang memiliki akidah yang mantap akan melaksanakan segala perintah yang diturunkan
oleh Allah s.w.t dan RasulNya dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kerelaan dan
tanpa dipaksa oleh sesiapa. Manakala bag! golongan yang tidak memiliki kekuatan akidah
mereka tidak berupaya untuk melaksanakan segala perintah Allah yang telah
dipertanggungjawabkan kepada mereka. Hal ini telah jelaskan oleh Allah s.w.t dalam firman-
Nya yang bermaksud:

`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan
yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari
jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah
golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, ` Adapun orang-
orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi
neraka Jahannam. (Surah al Jin:14-15)

Sehubungan dengan itu ummah yang berakidah tidak akan sanggup melakukan sebarang
kemungkaran samada secara terangan atau secara tersembunyi kerana mereka sangat meyakini
bahawa Allah s.w.t sentiasa melihat perbuatan mereka walaupun sebesar biji s.a.wi. Natijahnya,
kesejahteraan dan keamanan dalam sesebuah negara akan terjamin dengan sebaik mungkin
seterusnya rakyat akan hidup dengan aman dan makmur.

MELAHIRKAN UMMAH YANG MEMPUNYAl HALATUJU DAN MATLAMAT


HIDUP YANG JELAS

Ummah yang memiliki akidah yang jitu dapat memahami dengan jelas akan halatuju kehidupan
mereka samada untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Mereka mempunyai kesedaran
bahawa tujuan mereka diciptakan adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah
s.w.t dalam segenap lapangan kehidupan mereka. Justeru itu, semua tindakan, perbuatan dan apa
jua kerjaya serta profession yang mereka ceburi adalah selari dengan matlamat penciptaan
mereka sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk
Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(Surah Al-Anam:162)

Natijahnya, kehidupan ummah yang berakidah ini akan terbina di atas asas yang kukuh dan
kehidupan mereka akan diwarnai oleh segala kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian di dunia
dan di akhirat, di samping melaksanakan tuntutan ibadah sebagai seorang mukmin mereka juga
berusaha mencari kemajuan dan kejayaan hidup di dunia dengan cara yang diridhai Allah s.w.t.
Orang yang berakidah ini sama sekali tidak akan sanggup melakukan sebarang penyelewengan,
penipuan, penyalahgunaan kuasa, mengamalkan rasuah, politik wang dan sebagainya kerana
mereka menyedari balasan seksa dari Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah
berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah
engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang berbuat kerosakan ". (Surah al Qasas:77)

MELAHIRKAN UMMAH YANG MEMILIKI KEPERIBADIAN UNGGUL

Ummah yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakidah. Tanpa akidah tidak
mungkin ummah akan memiliki akhlak yang mulia. Permasalahan yang wujud mutakhir ini
merupakan jawapan yang paling jelas bahawa dunia hari ini sedang menghadapi penyakit moral
dan akhlak yang amat kronik. Justeru tu, akidah memainkan peranan penting dalam
pembentukan syakhsiyyah rupadiri ummah pada masa kini. Kesemua Sarjana Muslim
memperakui bahawa akidah merupakan pemangkin kepada pembinaan peribadi mulia.

Situasi ummah mutakhir ini diakui dengan jelas tokoh pemikir Islam yang terkenal diabad ini,
Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. Menurut beliau, kegagalan terakhir yang dideritai oleh umat ini
adalah kegagalan dalam pendidikan keimanan dan pendidikan akhlak sehingga muncul ditengah-
tengah ummah tindakan-tindakan menyimpang dari nilai-nilai yang menjadikan umat Islam
sebagai umat yang terbaik. Falsafah-falsafah Barat seperti pragmatisme, hedonisme,
individualisme dan sebagainya tersebar luas di kalangan umat Islam. Perkara yang amat
menyedihkan ialah umat Islam tidak mengambil nilai-nilai yang baik dari masyarakat Barat hasil
dari teori yang mereka cipta, tetapi sebaliknya memilih nilai-nilai yaang paaling buruk daripada
mereka, khususnya dalam perkara-perkara yang bersifat hedonistik dan perhambaan kepada
nafsu syahwat.

Menurut al-Qaradhawi, persoalan akhlak bukanlah perkara remeh bagi sesuatu bangsa, malah ia
adaalah suatu keperluan yang harus dipenuhi untuk kebangkitan, kemakmuran dan keteguhan
sesuatu bangsa. Jika akhlak sudah tiada maka yang berkuasa ialah hawa nafsu dan kepentingan
peribadi, maka kepimpinan ummah akan menjadi muflis dalam segala ragam dan bentuk. Ini
bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta


menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam
neraka). Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu
akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, - (Surah Maryam:59-
60)

MELAHIRKAN UMMAH YANG BERFIKIRAN KRITIS, PROGRESIF DAN DINAMIS

Ummah yang berakidah memiliki daya kekuatan untuk memahami sesuatu isu dalam masyarakat
dengan membuat penilaian secara kritis di antara kebenaran dan kepalsuan. Justeru itu pemikiran
mereka tidak mudah pesongkan oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari garis panduan
Islam yang sebenar. Ummah yang berakidah juga akan bertindak secara progresif dan dinamis
dengan me!akukan penyelidikan secara terperinci terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam
masyarakat. ini bermaksud ummah yang berakidah tidak menerima sesuatu maklumat secara
bertaklid kepada mana-mana pihak kerana Allah s.w.t menuntut agar mukmin menyelidiki
sumber maklumat dan tidak mudah menerima apa yang ada dalam masyarakat. AI-Quran amat
menekankan kepentingan menyelidiki sesuatu perkara sebelum membuat keputusan
mengenainya terutama pada perkara-perkara yang melibatkan masyarakat dan kepentingan
ummah. Ini terkandung dalam firman Allah s.w.t yang meminta mukmin agar tidak mudah
menerima berita yang dibawa oleh orang fasik, tanpa menyelidiknya terlebih dahulu kerana
tindakan tersebut kemungkinan akan menyebabkan mereka menjatuhkan sesuatu hukuman
terhadap seseorang berasaskan kejahilan dan mereka akan menyesal di atas tindakan tersebut di
akhirat kelak.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)
- sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat:6)

MEMBANGUN EKONOMI UMMAH SECARA KOMPREHENSIF


Dengan mematuhi ajaran-ajaran Islam dan mempunyai aqidah yang mantap lagi jelas ekonomi
Islam dapat dibangunkan. Sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam firmannya
bermaksud:

Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai
kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.
Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian
kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi
sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya". (Surah Surah Hud: 61)

Maksud menjadikan kamu pemakmurnya ialah kita semua diperintahkan supaya membangunkan
dan memakmurkan bumi dengan pertanian, perindustrian dan apa jua bentuk kemakmuran. Kita
diminta membangunkan ekonomi, meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemakmuran
dan memajukan pertanian. Malahan kita diminta membuat peningkatan dalam semua lapangan
kehidupan dengan syarat kita terus memelihara teriebih dahulu nilai-nilai kita, ajaran-ajaran
agama kita dan segala bentuk muamalat kita hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang
diharuskan oleh syariat Islam.
Sekiranya Barat telah membebaskan diri mereka daripada nilai-nilai kemuliaan dan daripada
tanggungjawab syara serta mengenepikan keikhlasan ibadat kepada Allah maka kita tidak
seharusnya mengikut jejak langkah mereka dalam hal ini. Akan tetapi dalam waktu yang sama,
kita perlu menyaingi mereka dan melakukan apa yang mereka lakukan dalam perkara-perkara
yang berkaitan dengan kemajuan sains dan penciptaan moden. Cuma perbezaan antara kita dan
mereka ialah kemajuan kita berlandaskan kemuliaan dan terikat dengan keperibadian yang mulia,
manakala kemajuan mereka dipenuhi dengan penyelewengan daripada mentaati Allah,
penyelewengan dari menganut sesuatu yang mulia dan menjauhi sesuatu yang hina.

MENEGAKKAN SISTEM PEMERINTAHAN YANG STABIL


Ummah yang berakidah ialah ummah yang memahami status diri mereka yang sebenar sebagai
khalifah Allah di muka bumi di mana pemimpin menjalankan tanggungjawab dan amanah
dengan sebaiknya. Mereka percaya semua perilaku mereka akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t
sepertimana firman Allah bermaksud:

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka
telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan
ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan. (Surah al
Baqarah:134/141)
Ayat ini secara tidak langsung akan menghindarkan diri seseorang pemimpin yang berakidah
dari terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah, pecah amanah dan
sebagainya.

KESIMPULAN
Akidah adalah tunggak kekuatan ummah dalam menghadapi pelbagai menimpa seluruh umat
manusia di akhir zaman. Tanpa pembinaan akidah yang mantap maka segala usaha yang
dijalankan untuk mengislah ummah era mutakhir akan menghadapi kegagalan demi kegagalan
yang akhirnya akan meruntuhkan tamadun ummah sendiri seterusnya memberi ruang kepada
musuh-musuh Islam mempengaruhi ummah dalam segala aspek kehidupan.

RUJUKAN

Abu Urwah (1988), Asas-asas Kefahaman Islam. Kuala Lumpur: Pustaka salam.
Al-Qaradhawi, Yusuf, Dr., (2000), Ummatuna Baina Qarnain. Misr: Dar al-Syuruq.
Musa, Muhammad Yusuf, Dr., (1963), Falsafah al-Akhlaq ff al-lslam. Kaherah; Maktabah al-
Khanji.
5. Muhammad al-Mubarak, (terj. Ismail bin Mohd Hasan), Sistem Islam Akidah dan Ibadah.
Terengganu : Yayasan Islam terengganu.
6. Mahmud Syaltut (1985), Islam sebagai Akidah dan Syariah. (terj. H. Bustami A. Gani, Jakarta.
7. Abu Maati Abu al-Futuh (1985), Penyelesaian Islam Dari Sudut Sistem Politik. (terj. Mohd.
AkhirYaacob, Kuala Lumpur: Pustaka fajar.
8. Sulayman Fathiyyah Hassan (1964), Madhahib fi al-tarbiyyah. Misr: Maktabah al-Nahdhah.