Anda di halaman 1dari 34

PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN

AOW357 KEUSAHAWANAN

SEMESTER KEDUA

SIDANG AKADEMIK: 2007/2008

‘EASY LIFESTYLE CONCIERGE

SERVICE’
NAMA PENSYARAH: DR NOOR HAZLINA AHMAD

NAMA KUMPULAN: ABDUL FATAH BIN ABD JALIL 89354

SANTHI SOVEY 85869

SANTHIRAKALA KURUSAMY 91394


VINOTHANI VAITHIWATHAN 85938

NAMA SYARIKAT : EASY LIFSTYLE CONCIERGE SDN BHD

ALAMAT : Suite E-08-08, Plaza Mont Kiara, Mont Kiara,

50480, KUALA LUMPUR.

NO. TELEFON : 603-2331 4193/2331 4194

NO FAX : 603-2341 5085/2341 5085

EMAIL : fatah@gmail.com

LAMAN WEB : www.elconcierge.com


ISI KANDUNGAN

TAJUK M/SURAT

RINGKASAN EKSEKUTIF………………………………………………….i-ii
1.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
1.1 TUJUAN PENUBUHAN………………….......................................1
1.2 PELUANG PERNIAGAAN……………………………………….1-2
1.3 SEJARAH SYARIKAT………………………………......................3
1.4 VISI…………………………………………………………………...3
1.5 MISI……………………………………………………......................3
2.0 PASUKAN PENGURUSAN
2.1 PENGURUS BESAR………………………………………………...4
2.2 PENGURUS KEWANGAN & PENTADBIRAN…….....................4
2.3 PENGURUS PEMASARAN………………………...........................4
2.4 PENGURUS OPERASI……………………………………………...5
2.5 LATAR BELAKANG PASUKAN PENGURUSAN……………….6
3.0 STRUKTUR SYARIKAT
3.1 JENIS PEMILIKAN………………………………………………....7
3.2 STRUKTUR ORGANISASI………………………………………8-8A
4.0 ANALISIS INDUSRI………………………………………………………....9
4.1 SASARAN PASARAN……………………………………………….10
5.0 PEMASARAN
5.1 FEASIBILITI PERKHIDMATAN………………………………...11-13
5.2 STRATEGI PENGHARGAAN………………………………………14
5.3 PROMOSI & PENGIKLANAN……………………………………14-15
6.0 PENGOPERASIAN
6.1 WAKTU OPERASI…………………………………………………...16
6.2 LOKASI……………………………………………………..................16
6.3 RANGKAIAN PENGOPERASIAN………………………………..16-17
6.4 PERKHIDMATAN………………………………………………….17-19
6.5 KEAHLIAN……………………………………………………………19
6.6 PEKERJA………………………………………………………………19
6.7 SOKONGAN KLIEN…………………………………………………..20
7.0 ANALISIS KEWANGAN…………………………………………................21-24
8.0 FAKTOR RISIKO KRITIKAL……………………………………………...25-26
9.0 APPENDIX…………………………………………………………………….iii-iv
RINGKASAN EKSEKUTIF

Trend dan gaya hidup penduduk Malaysia semakin maju dan berubah dari semasa ke
semasa. Individu menjadi semakin sibuk dan mengalami kesulitan dalam mengurus
kehidupan seharian mereka. Bagi mengatasi masalah ini, Easy Lifestyle (EL) Concierge
Sdn. Bhd mempunyai jalan penyelesaian yang cepat, tepat dan mudah. EL Concierge
akan beroperasi mulai bulan Oktober 2008 di Plaza Mont Kiara, Kuala Lumpur.
EL Concierge adalah sebuah syarikat perkhidmatan yang menawarkan pelbagai
jenis perkhidmatan bagi mengurus hal ehwal personal dan tugasan profesional klien.
Syarikat ini menawarkan perkhidmatan bagi menolong mengkoordinasi dan
mengorganisasi kehidupan seharian klien mereka sepanjang tempoh keahliannya. EL
Concierge menfokus dalam dua aspek perkhidmatan iaitu dalam perkhidmatan
profesional dan perkhidmatan personal. Bentuk dan konsep syarikat ini masih baru dalam
industri perkhidmatan di Malaysia dan ini menjadi suatu kelebihan kepada EL Concierge
untuk beroperasi di Malaysia.
EL Concierge akan menfokus kepada dua segmen klien iaitu kepada golongan elit
dan ahli perniagaan korporat. Hal ini disebabkan oleh golongan tersebut mempunyai
masalah dalam mengurus kehidupan seharian mereka dengan lebih cekap dan tepat
kerana tekanan kehidupan.
Dengan mengenalpasti kepentingan modal sumber manusia, EL Concierge telah
menubuhkan sebuah pasukan pengurusan yang kukuh. Pasukan pengurusan ini diketuai
oleh Encik Abdul Fatah bin Haji Abdul Jalal sebagai pengurus besar syarikat, Cik Santhi
Sovey sebagai pengurus kewangan dan pentadbiran, Cik Santhirakala Kurusamy sebagai
pengurus pemasaran dan Cik Vinothani Vaithiwathan sebagai pengurus operasi bagi EL
Concierge Sdn. Bhd.
Bagi menubuhkan syarikat ini, EL Concierge memerlukan anggaran modal
sebanyak RM 1,000,000,000. EL Concierge dijangkakan dapat mengumpul dana modal
sebanyak RM 600,000 daripada pasukan pengurusan syarikat (melabur sebanyak 22.5%
masing-masing), RM 100,000 melalui pelaburan dari syarikat Quintessentially (sebuah
perkhidmatan “concierge” dari negara United Kingdom) dan melalui pinjaman 5 tahun
daripada Bank CIMB sebanyak RM 300,000. EL Concierge membuat sebuah perjanjian
perkongsian terhad dengan Quintessentially selama 3 tahun dengan menetapkan kadar
perkongsian sebanyak 3.25% bagi mendapatkan bantuan modal. Dengan gabungan
pasukan pengurusan yang kukuh, model perniagaan yang efektif dan menarik, EL
Concierge dapat berkembang maju dan berupaya menembusi pasaran perkhidmatan serta
memenuhi permintaan penduduk Malaysia sejajar dengan perubahan trend terkini. EL
Concierge juga berupaya mendapat keuntungan yang lumayah dengan model perniagaan
ini.
1.0) LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
EASY LIFESTYLE (EL) CONCIERGE SDN BHD

1.1) Tujuan Penubuhan

Di Malaysia belum terdapat syarikat perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan


‘luxury concierge’ kepada individu ataupun syarikat korporat. Syarikat ini amat
memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang menitikberatkan soal “mudah”. Hal ini
bermaksud rakyat Malaysia kurang berminat terhadap “kesusahan” dalam menguruskan
sesuatu perkara, kerana mereka lebih senang jika semua perkara diuruskan adalah
“mudah”. Maka penubuhan syarikat seumpama ini amatlah sesuai dengan cita rasa dan
gaya hidup rakyat Malaysia pada masa ini.

1.2) Peluang Perniagaan

Secara amnya, peluang-peluang perniagaan yang dimiliki EL Concierge dalam


menubuhkan syarikat ini adalah berdasarkan faktor-faktor berikut:

1. Pengalaman

Pengurus dan para pekerja di syarikat ini mempunyai pengalaman dan


pengetahuan dalam pelbagai bidang perkhidmatan. Pengurus besar dan para
pengurus lain EL Concierge pernah mempunyai pengalaman bekerja dalam
pelbagai bidang serta menerima latihan/kursus dari syarikat Quintessentially,
United Kingdom yang menawarkan perkhidmatan yang sama dengan EL
Concierge. Kursus atau latihan yang diterima dijadikan sebagai panduan
permulaan perniagaan dan menolong pasukan pengurusan mempraktikkan konsep
serta idea baru dalam industri perkhidmatan.

2. Persekitaran

Berdasarkan kepada analisis persekitaran yang terperinc, pasukan kami mendapati


bahawa kehidupan manusia pada masa ini menjadi semakin sibuk dengan
pelbagai tugas dan tanggungjawab yang melambak. Kami ingin meringankan
beban individu berkenaan dengan menolong mengurus kehidupan seharian
mereka kepada tahap yang lebih normal. Melalui ini, pasukan kami muncul
dengan idea penubuhan Syarikat Easy Lifestyle Concierge. Kami bersedia
membantu klien kami dalam menjalani dan mengurus kehidupan seharian mereka
dengan senang.

3. Perkembangan Dan Perubahan Ekonomi

Perkembangan dan perubahan dalam ekonomi dan sosial di Malaysia banyak


menimbulkan peluang kepada penubuhan perniagaan yang baru. Keadaan
ekonomi yang stabil serta taraf hidup rakyat yang tinggi, membuka peluang
kepada EL Concierge untuk menceburi bidang ini. Taraf hidup dan keadaan
ekonomi yang semakin meningkat membantu EL Concierge untuk menghampiri
dan menawarkan perkhidmatan syarikat ini kepada kliennya (golongan elit dan
ahli perniagaan korporat) dengan mudah.

4. Kreativiti dan Daya Cipta (Kebolehan Diri)

Easy Lifestyle Concierge telah berinovasi dan membuka perniagaan yang baru di
Malaysia. Idea-idea yang kreatif telah diaplikasikan dalam menyediakan
perkhidmatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan. Pengalaman dan kemahiran
daripada para pekerja yang direkrut turut membantu syarikat membangun serta
menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan keinginan.

1.3) Sejarah Syarikat

Syarikat EL Concierge Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang baru ditubuhkan. Syarikat
ini ditadbir oleh sekumpulan pihak pengurusan yang terdiri daripada beberapa individu
yang mempunyai kemahiran serta pengalaman yang berbeza.

1.4) Visi

1. Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan tanpa mengira masa.


2. Menjadi syarikat concierge yang paling hebat di rantau Asia.
3. Segala kehendak pelanggan akan diurus dengan terbaik memenuhi konsep tiada
perkataan “tidak” dalam syarikat kami.

1.5) Misi

Syarikat EL Concierge Sdn Bhd berhasrat untuk menjadi sebuah syarikat yang dapat
menawarkan perkhidmatan ‘concierge’ antara yang terbaik di dunia. EL Concierge juga
amat mengambil berat dengan kehendak pelanggan, sama ada perkara kecil mahu pun
perkara besar. EL Concierge juga akan sentiasa memajukan prestasi dan akan membawa
pembaharuan ke dalam syarikat dari semasa ke semasa dan tidak akan berhenti sehingga
mencapai matlamatnya.
2.0) PASUKAN PENGURUSAN

2.1) Pengurus Besar

Encik Abdul Fatah bin Haji Abdul Jalal adalah pengasas syarikat EL Concierge Sdn Bhd.
Beliau membawa masuk pengalaman beliau sebagai seorang usahawan muda ke dalam
syarikat ini. Beliau mempunyai pengalaman bekerja sebagai perantis dalam agensi
perjalanan (travel agency) selama 1 tahun, pengalaman bekerja sebagai pembantu
peguam di sebuah firma guaman selama 2 tahun dan berkerja dalam industrti
perkhidmatan selama 3 tahun. Tanggungjawab beliau adalah melatih dan mengambil
pekerja, perancang strategik pengurusan, penentu dasar dan polisi syarikat, menguruskan
prosedur penubuhan syarikat, hal-hal perundangan dan merancang pembangunan
pengurusan syarikat.

2.2) Pengurus Kewangan dan Pentadbiran

Cik Santhi Sovey mempunyai pengalaman bekerja sebagai juruaudit di sebuah firma
perakaunan selama 6 tahun. Beliau bertanggunjawab dalam menguruskan dan
mengendalikan perakaunan dan kewangan syarikat, perhubungan para pelabur,
pentadbiran syarikat dan mengendalikan portfolio penyewaan peralatan.

2.3) Pengurus Pemasaran

Cik Santhirakala Kurusamy adalah pengurus pemasaran dalam Syarikat EL Concierge.


Beliau bertanggungjawab dalam mempromosikan dan memperkenalkan syarikat kepada
klien yang berpotensi, telekomunikasi dan mengedarkan perkhidmatan mengikut masa.
Pengalaman beliau bekerja sebagai agen perhubungan awam selama 4 tahun banyak
membantu EL Concierge dalam membangunkan perniagaannya.

2.4) Pengurus Operasi

Pengurus operasi bagi syarikat EL Concierge adalah Cik Vinothani Vaithiwathan.


Tanggungjawab beliau dalam syarikat ini adalah dalam mengendalikan pengoperasian
dan aktiviti syarikat, pemberian dan penetapan perkhidmatan syarikat. Beliau pernah
bertugas sebagai pengurus operasi dalam sebuah syarikat perkhidmatan selama 5 tahun
dan pengalaman ini banyak membantu syarikat EL Concierge dalam berkembang maju
serta menjadi garis panduan.
NAMA : Abdul Fatah bin Haji Abdul Jalal
UMUR : 30 tahun
STATUS PERKAHWINAN : Bujang
KELULUSAN AKADEMIK : Bachelor of Degree in Law (UM)
PENGALAMAN KERJA : Perantis agensi perjalanan, Pengurus Sumber Manusia,
Pembantu peguam
JAWATAN : Pengurus Besar

NAMA : Santhi A/P Sovey


UMUR : 27 tahun
STATUS PERKAHWINAN : Bujang
KELULUSAN AKADEMIK : Bachelor of Degree in Accounting (USM)
PENGALAMAN KERJA : Juruaudit
JAWATAN : Pengurus Kewangan dan Pentadbiran

NAMA : Santhirakala A/P Kurusamy


UMUR : 25 tahun
STATUS PERKAHWINAN : Bujang
KELULUSAN AKADEMIK : Bachelor of Degree in Marketing (USM)
PENGALAMAN KERJA : Agen Perhubungan Awam
JAWATAN : Pengurus Pemasaran

NAMA : Vinothani A/P Vaithiwathan


UMUR : 27 tahun
STATUS PERKAHWINAN : Bujang
KELULUSAN AKADEMIK : Bachelor of Degree in Management (USM)
PENGALAMAN KERJA : Pengurus Operasi
JAWATAN : Pengurus Operasi
3.0) STRUKTUR SYARIKAT
3.1) Jenis Pemilikan
Perkongsian

Bentuk perniagaan yang dijalankan oleh syarikat EL Concierge adalah perniagaan


perkongsian. Dua bentuk perkongsian terlibat dalam perniagaan ini iaitu perkongsian
umum dan perkongsian terhad. Pasukan pengurusan EL Concierge menandatangani
perjanjian perkongsian umum di antara keempat-empat rakan kongsinya. Dalam
perjanjian ini, rakan kongsi bersetuju untuk melabur modal dan memperoleh perkongsian
dalam syarikat sebanyak 22.5% masing-masing. Tujuannya adalah untuk mengumpul
dana modal sebanyak RM 600,000 bagi permulaan operasi EL Concierge. EL Concierge
juga menandatangani suatu perjanjian perkongsian terhad dengan syarikat
Quintessentially, iaitu sebuah syarikat perkhidmatan dari negara United Kingdom bagi
memperoleh modal tambahan sebanyak RM 100,000 (3.25%) dengan syarat perkongsian
hanya selama 3 tahun.
3.2 Struktur Organisasi

Hieraraki organisasi ini dibentuk bagi memudahkan aliran arahan,maklumat dan


tanggungjawab setiap individu dengan mudah dan sempurna.
Pada peringkat petama dalam carta organisasi syarikat EL Concierge didahului
oleh pengurus besar, Encik Abdul Fatah. Beliau bertanggungjawab ke atas segala prestasi
organisasi yang penting seperti penentuan dasar syarikat, polisi, objektif dan strategi
untuk dilaksanakan oleh seluruh ahli dalam syarikat ini. Beliau juga bertanggungjawab
dalam mengetuai dan memantau setiap pergerakan dan pengoperasian syarikat EL
Concierge agar objektif utama syarikat ini dapat dikecapi.
Pada peringkat kedua, Cik Santhi, pengurus kewangan dan pentadbiran, Cik
Santhirakala, pengurus pemasaran dan Cik Vinothani, pengurus operasi memainkan
peranan yang penting dalam melaksanakan dasar, polisi dan pelan yang telah ditetapkan
oleh pengurus besar syarikat ini. Mereka bertanggungjawab dalam melaksanakan polisi-
polisi syarikat dan rancangan-rancangan yang telah diatur oleh pengurus besar syarikat
EL Concierge serta menyelia dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti setiap para pekerja yang
ditugaskan di bawah mereka.
Pada peringkat ketiga dalam carta ini terdiri daripada beberapa para pekerja yang
dilatih oleh syarikat EL Concierge berdasarkan kepada kebolehan, kemahiran dan
pengetahuan mereka. Individu yang dilatih adalah berdasarkan kelayakan dan bersesuaian
dengan kehendak syarikat EL Concierge. Setiap individu ini akan ditugaskan di bawah
jagaan seorang pengurus agar mereka dapat diawasi, dikawal, diajar, serta dapat
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna.
4.0) ANALISIS INDUSTRI

Easy Lifestyle Concierge adalah merupakan sebuah syarikat perkhidmatan pertama dan
baru yang ditubuhkan di Malaysia. Oleh itu, tiada syarikat tempatan yang lain yang
berkonsep serupa dengan EL Concierge di Malaysia pada masa ini dan risiko persaingan
adalah tipis bagi masa terdekat ini. Walaupun merupakan sebuah syarikat baru di
Malaysia perkhidmatan ‘lifestyle concierge’ ini merupakan satu perkhidmatan yang
berkembang maju dan popular di negara-negara jiran kita. Kami memulakan perniagaan
kami dengan mencari pelbagai rakan rangkaian dan pengedar yang berpotensi agar
bersesuaian dengan motif perniagaan EL Concierge.
EL Concierge menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada kliennya seperti
penyelaras membeli-belah, perancang pengurusan majlis, pengurusan pakej percutian,
menghantar bungkusan dan sebagainya. Walaupun permulaan syarikat ini memerlukan
modal dan perbelanjaan yang tinggi, ia juga boleh mendatangkan keuntungan yang tinggi
jika terdapat pasaran yang baik. Kami terikat dengan undang-undang perniagaan seperti
akta agensi, akta kontrak dan insurans. Kami sentiasa mengambil kira kepuasan
pelanggan. Kami juga perlu mambayar cukai pendapatan dan cukai syarikat kepada pihak
kerajaan. Industri perkhidmatan ‘lifestyle concierge’ ini mempunyai potensi untuk
berkembang maju pada masa hadapan kerana kestabilan ekonomi, politik dan trend
rakyat yang semakin berubah.
Taraf hidup masyarakat yang dijangka akan terus meningkat turut mendorong
perkembangan perniagaan ini. Kerajaan Malaysia mementingkan sektor perkhidmatan
negara kita seperti pelancongan. Perkhidmatan ‘lifestyle concierge’ ini juga boleh
menarik perhatian pelancong asing untuk menikmati dan menggunakan perkhidmatan ini
terutamanya kepada pelancong yang mempunyai perkhidmatan serupa ini di negara asal
mereka. Secara tidak langsung mereka juga berupaya menjadi ahli atau pengguna setia
perkhidmatan ‘lifestyle concierge’ ini selama tempoh percutian mereka.

4.1) Sasaran Pasaran

Sasaran pasaran EL Concierge terdiri daripada dua kumpulan iaitu kepada golongan elit
dan ahli perniagaan korporat. EL Concierge menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan
personal seperti percutian, pakej perkahwinan, pengurusan tiket penerbangan,
penempatan, dobi, teksi atau kereta sewa dan banyak lagi. Bagi perkhidmatan profesional
pula kami menyediakan pelan mesyuarat, jamuan korporat, ‘power point presentation’,
logistik dan lain-lain. Kami lebih memfokuskan perkhidmatan kami klien yang mampu
membayar yuran keahlian sebanyak RM 100,000 hingga RM 150,000 dalam setahun
kerana sasaran perkhidmatan kami adalah kepada kumpulan golongan elit dan ahli
perniagaan korporat.
Strategi perniagaan EL Concierge iaitu memberikan perkhidamatan yang terbaik
dan berkualiti tinggi kepada klien kami berupaya menarik lebih ramai pelanggan untuk
mendapatkan perkhidmatan di EL Concierge. Kami akan memastikan pelanggan berpuas
hati dengan perkhidmatan kami dan akan terus setia menggunakan perkhidmatan kami
sepanjang hayat.
5.0) PEMASARAN
5.1) Feasibiliti Perkhidmatan

Syarikat Easy Lifestyle Concierge Sdn Bhd memfokus kepada produk yang tidak
langsung yakni “perkhidmatan”. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah “Lifestlye Luxury
Concierge”. Terdapat 2 tahap bagi perkhidmatan yang ditawarkan, iaitu:

 Perkhidmatan “Business Concierge” yang menawarkan perkhidmatan concierge


kepada ahli perniagaan korporat yang berkenaan dengan perniagaan harian
mereka.
 Perkhidmatan “Personal Concierge” yang menawarkan perkhidmatan
‘concierge’ secara “peribadi”. Pelanggang perkhidmatan ini akan diberi senarai
penyelaras dan perkhidmatan untuk memilih sendiri penyelaras peribadi dan
perkhidmatan yang diingini.

Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang pertama di Malaysia yang


menawarkan perkhidmatan “luxury lifestyle concierge”. Perkhidmatan ini hanya
ditawarkan kepada golongan elit dan ahli syarikat sahaja. Pihak syarikat menetapkan
kuota keahlian. Hal ini disebabkan agar pihak syarikat dapat memberi komitmen dan
perkhidmatan yang terbaik secara maksimum kepada para ahlinya.
Memandangkan Malaysia merupakan antara negara membangun yang paling
berkembang maju di Asia dan peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia semakin maju
dari masa ke masa, maka potensi penerimaan masyarakat Malaysia terhadap perniagaan
ini adalah tinggi. Konsep “produk mahal adalah produk terbaik” semakin diterima dalam
masyarakat walaupun tidaklah semua produk yang mahal lebih baik daripada produk
yang lebih murah. Jika merujuk kepada situasi yang lebih realiti, didapati bahawa
kebanyakan produk yakni perkhidmatan atau barangan yang lebih mahal mempunyai
kelebihan berbanding dengan produk yang lebih murah.
Individu yang berjaya dalam karier masing-masing sudah tentu hendak “ganjaran
khas” seperti melancong, membeli-belah, makan di tempat mewah, menonton
persembahan muzik bertaraf eksklusif untuk diri sendiri setelah bersusah payah dalam
menguruskan kerjaya masing-masing. Mereka juga ingin mempunyai pihak yang boleh
menguruskan kehendak dan keperluan mereka dengan cekap agar mereka dapat
menikmati “ganjaran khas” dengan penuh puas. Maka sudah tentu perkhidmatan yang
ditawarkan oleh Syarikat Easy Lifestyle Concierge Sdn Bhd dapat memenuhi cita rasa
mereka.

Perkhidmatan berpakej

EL Concierge juga menawarkan beberapa perkhidmatan mengikut pakej kepada ahli


mereka..
EL Concierge menyediakan tiga pakej yakni iaitu Pakej A, Pakej B dan Pakej C.
Ketiga-tiga pakej ini akan merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan yang tertentu. Pakej
A adalah lebih kepada kumpulan korporat dan Pakej B adalah untuk kumpulan personal
sahaja. Manakala Pakej C adalah untuk kumpulan personal dengan penawaran
perkhidmatan yang tertentu. Kami juga memberikan “Gold Card” dan “Silver Card”
kepada klien kami berdasarkan pakej yang dipilih. “Gold Card” diberikan kepada klien
yang memohon Pakej A atau B manakala “Silver Card” kepada klien yang memilih
Pakej C.

Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan bagi pakej masing-masing :

Pakej A

 Kemasukan butiran maklumat (database, QuickBooks),

 Pengemaskinian dan Pengesahan Butiran Maklumat Hubungan Klien,


 Pemfailan,

 Mengorganisasi profesional pejabat

 Perancang aktiviti organisasi

 Mengurus dan mengendalikan perjalanan klien dan sebagainya.


Pakej B

 ‘Errand’

 Personal

 Penjagaan personal

 Penjagaan auto

 Perkhidmatan rumah

 Perkhidmatan bergerak

 Pergerakan perjalanan

 Rujukan perniagaan

 Perkhidmatan warga-warga tua.

Pakej C

 ‘Errand’

 Personal

 Penjagaan auto

 Perkhidmatan rumah

 Pergerakan perjalanan

 Rujukan perniagaan
5.2) Strategi Penghargaan

Harga untuk mendapatkan perkhidmatan syarikat ini agak tinggi kerana syarikat lebih
memfokus kepada mereka yang berstatus tinggi, ahli-ahli korporat dan golongan
kenamaan. Para pelanggan adalah ahli yang berdaftar dalam syarikat ini. Tempoh
keahlian adalah selama 1 tahun.

Setiap pakej yang dimohon oleh ahli mempunyai kadar bayaran seperti berikut :
1. Ketegori “Personal Concierge”: RM 60,000-100,000.
2. Kategori “Business Concierge”: RM 120,000-RM150,000.

Pakej A: RM 150,000
Pakej B: RM 100,000
Pakej C: RM 60,000-RM 80,000

Keahlian boleh dibuat melalui nama perseorangan atau nama pasangan seperti suami-
isteri, ibu-anak, dan adik-kakak.

5.3) Promosi dan Pengiklanan

Memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah berprestij tinggi,
maka pengiklanan akan dilakukan melalui majalah berprestij seperti “Malaysia Tattler”
dan “Prestige” serta dalam majalah penerbangan
Syarikat EL Concierge menjalin hubungan baik dengan pelbagai syarikat
berprestij seperti MAS, China AirLine, Hotel Shangri-La dan lain-lain lagi. Maka rakan
syarikat akan berpeluang menikmati layanan khas misalnya diberi keutamaan terdahulu
berbanding pelanggan biasa, diberikan diskaun istimewa, dimaklum dengan maklumat-
maklumat terkini oleh syarikat melalui penghantaran makluman melalui pos, SMS mahu
pun e-mel. Mereka yang berdaftar dengan syarikat kami juga berpeluang untuk
menikmati keistimewaan tersebut.
Selain itu, pihak syarikat juga akan menghantar surat tawaran kepada para
kenamaan yang bergelar seperti Dato’, Dato’ Seri dan Tan Sri. Senarai para kenamaan
akan dibuat melalui permintaan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan dan Pejabat
Perdana Menteri bagi memudahkan proses pengenalan dan pemilihan klien yang
berpotensi.
Selain itu, pasukan pengurusan juga boleh mempromosikan syarikat ini kepada
kenalan kenamaan melalui hubungan di antara mereka. Ini merupakan salah satu
kelebihan kepada syarikat kerana berupaya memperkenalkan perkhidmatan EL Concierge
secara langsung dan persendirian kepada golongan tersebut.
EL Concierge juga akan mempromosikan syarikat ini melalui pengiklanan dalam
internet. Salah satu cara adalah melalui pembukaan laman web atas nama syarikat bagi
mempromosikan syarikat secara “online” kepada pelanggan yang berpotensi serta dapat
menarik lebih banyak pelanggan.
6.0 PENGOPERASIAN
6.1) Waktu Operasi

El Concierge mengamalkan konsep perniagaan perkhidmatan yang beroperasi selama 24


jam iaitu operasi perniagaan adalah selama 24 jam dalam sehari, 7 hari dalam seminggu
dan 365 hari dalam setahun.

6.2) Lokasi

Lokasi syarikat ini adalah di Kuala Lumpur dan bertempat di premis pejabat di Plaza
Mont Kiara pada aras Tingkat 8 [Suite E-08-08, Plaza Mont Kiara, Mont Kiara, 50480,
Kuala Lumpur]. Kedudukan strategik kawasan dan bangunan Plaza Mont Kiara iaitu
berada berdekatan dengan pusat Bandaraya Kuala Lumpur serta ketersediaan kemudahan
yang canggih memudahkan urusniaga syarikat dengan klien dan ini menjadi sebab EL
Concierge menubuhkan syarikat di kawasan berkenaan.

6.3) Rangkaian Pengoperasian

Pengoperasian EL Concierge lebih mengutamakan penggunaan teknologi moden,


telekomunikasi yang canggih, dan hubungan antara rangkaian tempatan serta
antarabangsa (MAS, China AirLine, Hotel Shangri-La, ‘Cab Service’, ‘National
Concierge Association’, ModernClick.com), berkenaan perkhidmatan personal dan
profesional dalam urusniaga syarikat dengan kliennya. Rakan rangkaian yang dipilih
adalah antara yang terbaik dan terkenal dalam membekalkan perkhidmatan ‘concierge’
kepada klien EL Concierge. Penggunaan sistem teknologi moden seperti Internet and
Computerized Reservation Systems (CRS) dalam pengoperasian EL Concierge telah
mengubah dan memberi imej yang lebih baik. Computerized Reservation System telah
membantu EL Concierge meningkatkan kepantasan dan keefisienan transaksi antara
syarikat dengan kliennya. Kebanyakan urusniaga perkhidmatan ini dibuat melalui
penghantaran email dan panggilan telefon sama ada di antara klien atau rakan rangkaian
perkhidmatannya. Beberapa orang operator yang terlatih khas dan yang memiliki
kemahiran berkomunikasi yang baik (mahir dan fasih dalam pelbagai bahasa) akan
ditugaskan untuk melayan dan menjawab sebarang panggilan klien. Tujuan adalah untuk
mengekalkan imej dan mutu syarikat serta menarik lebih ramai pelanggan pada masa
depan.

6.4) Perkhidmatan

EL Concierge menfokus kepada dua jenis perkhidmatan asas iaitu perkhidmatan


perniagaan dan perkhidmatan personal. Komitmen utama EL Concierge terhadap
kliennya adalah membekalkan perkhidmatan yang boleh dipercayai, berprofesional,
menjaga hak keperibadian klien dan sulit. EL Concierge juga menawarkan pelbagai jenis
perkhidmatan yang spesifik daripada perkhidmatan asasnya kerana ingin memenuhi
kehendak dan keperluan klien yang pelbagai serta dari berbeza peringkat. Antara
perkhidmatan yang ditawarkan:

A) Perkhidmatan Perniagaan
Perkhidmatan Pekerja

Perkhidmatan “concierge” dapat digunakan untuk meningkatkan produktiviti pekerja


dengan menolong menguruskan kehidupan personal para pekerja lebih mudah, yang
secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk menfokus dalam memajukan
profesionalism mereka.
Perkhidmatan ini juga menjadi suatu pilihan kepada para majikan kerana ia dapat
memberi faedah kepada mereka. Penggunaan perkhidmatan ini berupaya membantu para
majikan dapat menarik minat dan merekrut calon yang berkelayakan, menyumbang
kepada penahanan dan produktiviti para pekerja serta meningkatkan kelebihan persaingan
syarikat majikan dalam pasaran. Perkhidmatan ini juga boleh digunakan sebagai salah
satu program pengiktirafan dan insentif kepada para pekerja.

Perkhidmatan perniagaan/korporat

Perkhidmatan ini juga dapat memberi faedah kepada syarikat (klien) dengan memberi
peluang kepada para majikan dan para pekerja untuk hanya menfokus dalam operasi
perniagaan utama. Contoh perkhidmatan yang ditawarkan oleh EL Concierge bagi situasi
berkenaan adalah:
 
 Kemasukan butiran maklumat (database, QuickBooks),

 Pengemaskinian dan Pengesahan Butiran Maklumat Hubungan Klien,

 Pemfailan,

 Perkhidmatan Notari Bergerak,

 Mengorganisasi profesional pejabat,

 Perancang aktiviti organisasi,

 Mengurus dan mengendalikan perjalanan klien dan sebagainya.

B) Perkhidmatan Personal

EL Concierge juga memberikan perkhidmatan yang menguruskan kehidupan seharian


personal individu. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:
 ‘Errand’

 Personal

 Penjagaan personal

 Penjagaan auto

 Perkhidmatan rumah

 Perkhidmatan jamuan

 Perkhidmatan bergerak

 Pergerakan perjalanan

 Rujukan perniagaan

 Perkhidmatan warga-warga tua.

6.5) Keahlian

EL Concierge hanya akan menawarkan perkhidmatan “concierge” kepada klien yang


mendaftar dalam syarikat ini. Setiap individu dan syarikat korporat yang mendaftar akan
dianalisis dan dinilai kelayakan dahulu sebelum diterima sebagai ahli. Jumlah keahilan
adalah terhad kepada suatu jumlah tertentu yang ditetapkan oleh EL Concierge iaitu tidak
melebih 100 ahli. Anggaran jumlah kutipan bayaran keahilan bagi setahun adalah dalam
lingkungan RM 100,000 hingga RM 150,000 dan ini tidak termasuk dengan caj tambahan
bagi perkhidmatan di luar jangkaan..

6.6) Pekerja

Para pekerja yang direkrut dan dipilih oleh syarikat EL Concierge adalah berdasarkan
kelayakan, kemahiran, pengalaman dan kebolehan individu dalam bidang perkhidmatan
untuk memastikan status dan imej syarikat ini dapat dijaga dan ditingkatkan pada masa
depan. Seramai 15 orang pekerja mahir akan direkrut oleh pihak syarikat untuk
membantu melancarkan pengoperasian perniagaan EL Concierge. Setiap pekerja akan
diberikan tanggungjawab dan tugasan yang tertentu. Para pekerja ini akan diawasi dan
dikawal oleh pihak pengurusan atasan bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan
memastikan mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

6.7) Sokongan Klien

EL Concierge juga menawarkan pelbagai faedah tambahan bagi ahli-ahlinya bagi


memenuhi keperluan dan meningkatkan kepuasan mereka apabila terikat urusniaga
perkhidmatan dengan syarikat ini. Ahli-ahli EL Concierge dapat menikmati pelbagai
faedah tambahan melalui kad keahilan EL Concierge. Dua jenis kad keahilan yang
ditawarkan oleh El Concierge iaitu ‘Gold Card’ atau ‘Silver Card’. Pendaftaran kad
keahilan ini adalah mengikut pakej yang dipohon oleh klien. Antara faedah yang boleh
diperoleh oleh klien melalui kad keahilan EL Concierge adalah seperti menerima
kemasukan automatik dan keistimewaan esklusif di tempat-tempat mandian spa, gim,
restoran dan kelab malam, dan sebagainya. Ahli EL Concierge juga berupaya
memperoleh faedah, keistimewaan dan perkhidmatan serta layanan yang istimewa
daripada rakan rangkaian dan pengedar EL Concierge melalui keahlian mereka dengan
syarikat ini.
7.0) ANALISIS KEWANGAN
Perancangan Kewangan Bagi Setahun

1) Kos Permulaan

Lesen Perniagaan RM 4 000


Deposit RM 15 000
Kelengkapan Pejabat RM 10 000
Kenderaan RM155 000
Jumlah RM184 000
2) Kos Tetap Operasi

Gaji dan Upah RM 450 000


Sewa RM 180 000
Perbelanjaan Pejabat RM 2 400
Insurans dan Perkeso RM 3 500
KWSP RM 350 000
Penyelenggaraan Kenderaan RM 3 350
Jumlah RM 674 250
3) Susut Nilai Aset Tetap

Aset : Kelengkapan Pejabat


Kos : RM10 000
Kaedah Susut Nilai : Garis Lurus
Tempoh : 5 Tahun

Tahun Susut Nilai Tahunan(RM) Susut Nilai Terkumpul(RM) Nilai Buku(RM)


1 2 000 2 000 12 000
2 2 000 4 000 6 000
3 2 000 6 000 4 000
4 2 000 8 000 2 000
5 2 000 10 000 -

Aset : Kenderaan
Kos : RM155 000
Kaedah Susut Nilai : Garis Lurus
Tempoh : 5 Tahun

Tahun Susut Nilai Tahunan (RM) Susut Nilai Terkumpul(RM) Nilai Buku(RM)
1 31 000 31 000 124 000
2 31 000 62 000 93 000
3 31 000 93 000 62 000
4 31 000 124 000 31 000
5 31 000 155 000 -

4) Jadual Pembayaran Balik Pinjaman

Jumlah : RM 300 000


Kadar Faedah : 6.75%
Tempoh : 5 Tahun
Kaedah : Kaedah Asas tetap

Tahun Prinsipal Faedah Jumlah Bayaran Baki Prinsipal


1 60 000 20 250 80 250 240 000
2 60 000 20 250 80 250 180 000
3 60 000 20 250 80 250 120 000
4 60 000 20 250 80 250 60 000
5 60 000 20 250 80 250 -
Easy Lifestyle Concierge Service
Pro Forma Penyata Untung dan Rugi bagi Setahun

Butir RM RM
Hasil
Kutipan Hasil 10 000 000
Pendapatan lain-Komisen 2 000 000
Jumlah Hasil 12 000 000
Material untuk Pelanggan 1 000 000
Untung Kasar 11 000 000
Tolak: Perbelanjaan
Gaji Staff 454 000
Gaji dan Upah 450 000
Perbelanjaan Pejabat 24 000
Sewa Beli Bangunan 300 000
Kos Pengangkutan 50 000
Kebajikan 120 000
Perbelanjaan Luar Jangkaan 100 000
Kos Rangkaian 1 000 000
Penyelenggaraan kenderaan 5 300
Perbelanjaan Utiliti:
Bil Elektrik 18 000
Bil Air 1 200
Internet 6 000
Telekomunikasi 200 000 225 200
KWSP 96 480
Susut Nilai 33 000
Faedah Pinjaman-CIMB Bank 6.75% 20 250
-Pelaburan 3.25% 3 250
Jumlah Faedah Pinjaman 23 500
Jumlah Perbelanjaan 2 881 400
Untung Sebelum Cukai 8 118 520
Cukai (20%) 1 623 704
Untung Bersih 6 494 816

Easy Lifestyle Concierge Service


Anggaran Penyata Aliran Tunai Bagi Setahun

Butir RM RM
Penerimaan Tunai:
Modal 600 000
Pinjaman 300 000
Tunai 1 770 000
Jumlah 2 670 000
Perbelanjaan Tunai:
Kos Rangkaian 1 000 000
Gaji Staff 454 000
Gaji dan Upah 450 000
Perbelanjaan Pejabat 24 000
Perbelanjaan Utiliti 225 200
Sewa Beli Bangunan 300 000
Kos Pengangkutan 50 000
Lesen 4 000
Deposit 15 000
Kebajikan 120 000
Perbelanjaan Luar Jangkaan 100 000
KWSP 96 480
Kelengkapan Pejabat 10 000
Kenderaan 155 000
Penyelenggaraan Kenderaan 3 350
Bayaran Pinjaman 80 250
Jumlah 3 087 280
Lebihan/(Defisit) 417 280
Baki Awal -
Baki Akhir 417 280
8.0) FAKTOR RISIKO KRITIKAL

EL Concierge mempunyai beberapa kelemahan dan kekuatan dari segi faktor dalaman
dan faktor luaran. 

Faktor Luaran Peluang Ancaman

 Lokasi yang strategi, sistem  Pasaran baru sukar untuk


Pasaran pengangkutan yang baik dan mendapatkan pelanggan.
dekat dengan pelanggan. .

 Pendapatan penduduk di Kuala  Pendapatan tidak tetap dan ini

Ekonomi Lumpu semakin meningkat dan mungkin merugikan perniagaan.

ini menggalakkan perniagaan

Easy Lifestyle Concierge.

 Tidak mempunyai persaingan


 Mungkin wujud persaingan pada
Persaingan yang sama dari segi
masa hadapan.
perkhidmatan.
 

Faktor Dalaman Kekuatan Kelemahan

 Imej yang baru mengambil


 Merupakan syarikat yang baru di
masa untuk meyakinkan
Malaysia yang mempunyai potensi
pelanggan terhadap syarikat.
Pengurusan untuk berkembang.
 Gaji yang tinggi untuk
 Pekerja dan pengurus yang
pekerja.
berpengalaman.

 Memperoleh modal daripada


perkongsian antara ahli pasukan
pengurusan-menyumbang modal
yang besar  Hasil terpaksa digunakan
 Pelaburan daripada rakan kongsi untuk menanggung pinjaman..
Kewangan
terhad-Quintessentially  Kos tetap yang tinggi.
 Mendapat bantuan pinjaman bank
bagi mendana modal
 Kos berubah yang rendah.
APPENDIX

RAJAH 1: Lokasi Plaza Mont Kiara

RAJAH 2: Pejabat
Jenis Perkhidmatan

Anda mungkin juga menyukai