Anda di halaman 1dari 13
MNLSK/SJKC/SJKT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA NKRA - PENDIDIKAN MANUAL INSTRUMEN NUMERASI LISAN SARINGAN 4 (SK /

MNLSK/SJKC/SJKT

MNLSK/SJKC/SJKT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA NKRA - PENDIDIKAN MANUAL INSTRUMEN NUMERASI LISAN SARINGAN 4 (SK / SJKC

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA NKRA - PENDIDIKAN

MANUAL INSTRUMEN NUMERASI LISAN SARINGAN 4 (SK / SJKC / SJKT) TAHUN 2

FEBRUARI 2011

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

KAEDAH PELAKSANAAN

MNLSK/SJKC/SJKT

Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 27 Feb 31 Mac 2011

Murid Tahun 1 (2010) yang tidak melepasi Saringan 3 mesti menduduki saringan ini

Ditadbir oleh guru LINUS mengikut masa yang ditetapkan menggunakan bahasa pengantar di sekolah

Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang)

Ditadbir mengikut urutan item / konstruk

Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid

Guru LINUS disarankan berada dengan murid ketika saringan dilaksanakan

Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid

Guru LINUS perlu membantu murid memahami tugasan item

Murid disaring secara telus dan jujur

Guru LINUS mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang Prestasi Individu seperti yang dilampirkan pada halaman belakang Instrumen Saringan Numerasi

Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua- dua item yang mengukur konstruk tersebut

TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

MNLSK/SJKC/SJKT

Selepas Saringan 3 (Lisan dan Bertulis) Tahun 1 (2010), murid yang menguasai konstruk 1 hingga konstruk 12 dikategorikan telah menguasai asas numerasi. Murid ini akan meneruskan pembelajaran di kelas arus perdana. Murid yang tidak menguasai 12 konstruk itu boleh dikesan dan dikenal pasti pada konstruk mana mereka berada melalui proses saringan. Maklumat ini dapat membantu guru membuat diagnosis mengapa seseorang murid gagal menguasai mana-mana konstruk. Seterusnya, program pemulihan atau program khas murid bermasalah pembelajaran dapat dilaksanakan sebelum saringan seterusnya dibuat.

Murid-murid sama ada menguasai 12 konstruk Saringan 4 (Lisan) atau tidak, mesti mengambil Saringan 4 (Bertulis) yang diadakan pada 3 April 8 April 2011.

Proses diagnosis dan program pemulihan LINUS dilaksanakan oleh guru LINUS kerana hanya guru LINUS yang layak dan wajar melaksanakan tugasan tersebut. Guru LINUS perlu menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing untuk memastikan semua 12 konstruk dikuasai.

PENERANGAN INSTRUMEN SARINGAN 1 (LISAN)

Item 1

Konstruk 1 : Keupayaan mengenal pra nombor dan angka

Guru menyediakan sembilan keping kad angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8,

9

Guru minta murid menunjukkan kad angka 6, 8, 9

Murid

menguasai

tugasan

ini

jika

dapat

menunjukkan

mengambil

dan

o

six / enam (bahasa pengantar di sekolah)

o

eight / lapan (bahasa pengantar di sekolah)

o

nine / sembilan (bahasa pengantar di sekolah)

Catatan

1. Jika murid gagal mengambil dan menunjukkan kad angka 6, 8, 9

guru boleh menukar kepada kad angka berikut iaitu

1, 2, 3, 4, 5, 7

2. Murid

menguasai tugasan ini jika berjaya mengambil dan

menunjukkan mana-mana tiga kad angka

MNLSK/SJKC/SJKT

Item 2

Konstruk 1 : Keupayaan mengenal pra nombor dan angka

Guru menyediakan dua biji dadu

Guru menampal angka 1, 2, 3, 4, 5, 6 pada permukaan dadu

pertama dan angka 4, 5, 6, 7, 8, 9 pada permukaan dadu kedua

Guru minta murid melambung kedua-dua dadu

Murid menyebut angka pada permukaan atas kedua-dua dadu

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyebut angka-angka

pada permukaan atas dadu

Catatan

1. Jika murid mendapat dua angka yang sama pada permukaan atas

dadu, guru boleh meminta murid melambungnya semula

2. Jika murid gagal menyebut angka-angka pada permukaan atas dadu

guru boleh mengulang dengan meminta murid melambung semula

dan menyebut angka-angka pada permukaan atas dadu

Item 3

Konstruk 2 : Keupayaan membilang

Guru menyediakan 9 biji batu

Guru minta murid membilang kesemua biji batu itu

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya membilang 9 biji batu itu

Catatan

1. Jika murid gagal membilang 9 biji batu, guru boleh mengulang

dengan menukar bilangan batu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8

2. Guru boleh menggantikan batu dengan objek lain seperti pensel,

pemadam, lidi

Item 4

Konstruk 2 : Keupayaan membilang

MNLSK/SJKC/SJKT

Guru menyediakan 3 susunan buku tulis pada bilangan 4 buah, 6

buah dan 7 buah

Guru menyediakan kad angka 4, 5, 6, 7, 8

Guru minta murid membilang ketiga-tiga susunan buku itu satu

persatu

Guru minta murid meletakkan kad angka yang betul pada setiap

susunan buku itu

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya membilang dan

meletakkan kad angka yang betul pada setiap susunan buku

Catatan

1. Jika murid gagal membilang, guru boleh mengulang dan menukar

atau menambah bilangan buku dalam susunan lain

2. Guru boleh menggantikan susunan buku dengan objek lain seperti

kotak mancis, kotak pensel warna

Item 5

Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

Guru menyediakan 9 keping kad angka (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9)

dalam kotak A dan 30 biji guli dalam kotak B

Guru minta murid memilih mana-mana 3 kad angka dari kotak A

dan diletakkan di atas meja

Guru minta murid mengambil guli dari kotak B mengikut kad-kad

angka yang dipilih

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya meletakkan guli mengikut

kad angka yang dipilih

Catatan

1. Jika murid gagal meletakkan guli mengikut kad angka yang dipilih,

guru boleh minta murid mengambil kad angka lain dari kotak A dan

letak guli mengikut kad angka yang baru

2. Guru boleh menggantikan guli dengan longgokan objek maujud lain

(contoh : gula-gula, pensel, daun, pemadam)

MNLSK/SJKC/SJKT

Item 6

Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

Guru menyediakan dua buah bakul yang berlabel A dan B

Bakul A berisi 10 biji guli dan bakul B dibiarkan kosong

Guru mengambil sejumlah guli dari bakul A dan meletakkan dalam

bakul B yang kosong

Guru minta murid membilang dan menyebut bilangan guli dalam

bakul B

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyebut bilangan guli

yang disediakan dengan betul

Catatan

1. Guru boleh mengulang aktiviti dengan meletakkan sejumlah guli

yang berbeza bilangannya

2. Guru boleh menggantikan guli dengan objek maujud lain

(contoh : gula-gula, pensel, daun, bunga)

Item 7

Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi

Guru menyediakan tiga keping kad gambar buah yang berlainan

saiz dan meletakkan kad gambar tersebut secara rawak

Guru minta murid menyusun kad gambar buah mengikut urutan

besar ke kecil

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyusun kad gambar

mengikut urutan besar ke kecil

Catatan

1. Guru hendaklah memastikan saiz gambar buah itu jelas kelihatan

berbeza

2. Guru boleh minta murid menyusun kad gambar buah mengikut

urutan kecil ke besar

Item 8

Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi

MNLSK/SJKC/SJKT

Guru menyediakan tiga utas tali yang berlainan ukuran panjang

Guru minta murid menyusun tali mengikut urutan panjang ke

pendek

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyusun tali mengikut

urutan panjang ke pendek

Catatan

1. Guru boleh menggantikan tali kepada reben, lidi, kayu

2. Guru hendaklah memastikan perbezaan panjang objek itu jelas

3. Guru boleh minta murid menyusun panjang tali mengikut urutan

dari pendek ke panjang

Item 9

Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

Guru menyediakan wang kertas Malaysia RM1, RM5 dan duit

syiling Malaysia 10 sen, 20 sen, 50 sen dan 1 wang negara luar

Guru minta murid memilih kesemua mata wang Malaysia

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memilih kesemua mata

wang Malaysia

Catatan

1. Guru mesti menggunakan duit syiling dan wang kertas sebenar

2. Guru boleh menggunakan lebih daripada 1 wang negara luar

Item 10

Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

Guru menyediakan wang kertas RM1, RM5 dan duit syiling

Malaysia 10 sen, 20 sen dan 50 sen

Guru minta murid mengasingkan duit syiling dan wang kertas

Malaysia

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya mengasingkan duit syiling

dan wang kertas Malaysia

Catatan

1. Guru mesti menggunakan duit syiling dan wang kertas sebenar

MNLSK/SJKC/SJKT

Item 11

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

Guru menyediakan 4 keping kad gambar aktiviti dan 4 keping kad

simbol waktu

Guru meletakkan 4 keping kad gambar aktiviti di atas meja

Guru minta murid memadankan semua kad simbol waktu di bawah

kad gambar aktiviti

Guru minta murid menyatakan waktu pada kad gambar aktiviti

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memadankan semua kad

simbol waktu dan menyatakan waktu yang betul

Catatan

1. Guru mesti memastikan kad gambar aktiviti menunjukkan waktu

siang dan waktu malam yang betul

Siang : contoh bermain bola, menjemur kain (matahari

kelihatan pada gambar)

Malam : contoh sedang tidur, ulangkaji (bulan kelihatan

pada gambar)

Item 12

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

Guru minta murid menyatakan 3 nama hari mengikut turutan dalam

seminggu

Contoh : Guru menyebut hari Ahad, murid menyebut hari Isnin,

Selasa, Rabu

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan nama hari

mengikut urutan

Catatan

1. Guru boleh mempelbagaikan kaedah penyoalan menggunakan hari

yang lain seperti :

Isnin – Selasa, Rabu, Khamis

Rabu – Khamis, Jumaat, Sabtu

Jumaat – Sabtu, Ahad, Isnin

MNLSK/SJKC/SJKT

Item 13

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

Guru memasukkan 9 kuntum bunga plastik ke dalam bakul

Guru minta murid membilang bunga plastik itu, satu persatu

Guru minta murid mengeluarkan 7 kuntum bunga plastik dan

meletakkan ke atas meja

Guru minta murid membilang bunga plastik di dalam bakul

Guru minta murid menyatakan sama ada bilangan bunga plastik di

dalam bakul bertambah atau berkurang

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya

o

Membilang one, two, three, four, five, six, seven, eight, nine

/

satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan

(bahasa pengantar di sekolah)

o

Menyatakan two/ dua (dalam bahasa pengantar di sekolah)

o

Menyatakan bilangan bunga plastik decreases / berkurang

(bahasa pengantar di sekolah) atau menggunakan perkataan

lain yang membawa maksud yang sama (keluarkan/ asingkan

/

buangkan)

Catatan

1. Guru boleh mengulang aktiviti dengan bilangan bunga plastik

yang lain

2. Guru boleh menggantikan bunga plastik dengan objek lain

Item 14

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

Guru menunjukkan kad simbol (+) dan ()

Guru minta murid memilih simbol yang digunakan dalam operasi

soalan 13

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memilih simbol ()

MNLSK/SJKC/SJKT

Item 15

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata

wang Malaysia.

Guru menyediakan sejumlah wang bernilai 50 sen ( 20 sen,

20 sen,10 sen)

Guru menyebut nilai duit syiling

Guru minta murid mengambil sekeping duit syiling 20 sen dan

sekeping duit syiling 10 sen

Guru minta murid menyebut nilai baki duit syiling

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan nilai duit

syiling 20 sen

Catatan

1. Guru mesti menggunakan wang syiling sebenar

Item 16

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata

wang Malaysia

Guru menyediakan sekeping wang kertas RM1, dua keping wang

kertas RM5 dan sekeping wang kertas RM10

Guru menyusun dua keping wang kertas RM5 di atas meja

Guru memasukkan wang kertas RM10 dan RM1 ke dalam sebuah

bekas

Guru minta murid mengira hasil tambah dua keping wang kertas

RM5

Guru minta murid mengambil wang yang bersamaan dengan hasil

tambah dua keping wang kertas RM5 dari dalam bekas

Murid menguasai tugasan ini jika mengambil wang kertas RM10

Catatan

1. Guru mesti menggunakan wang kertas Malaysia sebenar

Item 17

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

Guru menunjukkan dua keping kad gambar

Guru minta murid memilih gambar objek yang lebih berat

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memilih gambar epal

Catatan

1. Guru boleh menggantikan kad gambar belon dan epal kepada kad

gambar objek yang berlainan berat

MNLSK/SJKC/SJKT

Item 18

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

Guru menunjukkan dua keping kad gambar

Guru minta murid memilih gambar balang yang lebih banyak isi

padu air

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memilih gambar balang

yang menunjukkan lebih banyak isi padu air

Catatan

1. Guru boleh menggantikan kad gambar balang dengan

berlainan isi padu air

objek yang

Item 19

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik

dan sebaliknya

Guru menyediakan kad angka dan kad simbol

Guru meletakkan kad-kad tersebut di atas meja

Guru membacakan situasi yang diberi

Guru minta murid memilih kad ayat matematik berpandukan situasi

yang diberi

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memilih kad ayat

matematik berdasarkan situasi yang betul

Item 20

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik

dan sebaliknya

Guru menyediakan kad angka dan kad simbol

Guru meletakkan kad-kad tersebut di atas meja

Guru memberi arahan seperti dalam instrumen

Guru minta murid mengira dan menyusun gula-gula berdasarkan

ayat yang dibaca oleh guru (langkah demi langkah)

Guru minta murid memilih kad angka dan kad simbol berpandukan

situasi yang diberi

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memilih kad angka dan

kad simbol berdasarkan situasi yang betul

MNLSK/SJKC/SJKT

Item 21

Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

dan sebaliknya

Guru membaca situasi seperti dalam instrumen

Guru minta murid memberi jawapan

Murid menguasai tugasan ini jika menjawab five / lima (bahasa

pengantar di sekolah) atau menulis angka 5 atau menunjukkan

5 jari

Item 22

Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

dan sebaliknya

Guru membaca situasi seperti dalam instrumen

Guru minta murid memberi jawapan

Murid menguasai tugasan ini jika menjawab two / dua (bahasa

pengantar di sekolah) atau menulis angka 2 atau menunjukkan 2

jari

Item 23

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan

ukuran panjang

Guru membaca situasi seperti dalam instrumen

Guru minta murid memberi jawapan

Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menjawab RM7

Item 24

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan

ukuran panjang

Guru menyediakan sebatang pensel dan sekotak klip kertas

Guru minta murid menyatakan bilangan klip kertas yang sama

panjang dengan pensel

Murid menguasai tugasan ini jika menjawab jumlah klip kertas yang

betul

Catatan Manual Numerasi Lisan Saringan 4 – SK/SJKC/SJKT Tahun 2 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

12

MNLSK/SJKC/SJKT

1. Guru boleh membantu murid membuat ukuran

2. Guru boleh menggantikan klip kertas dengan objek lain seperti

pemadam

3. Guru boleh menukar ukuran tetapi pastikan bilangan objek pendek

(klip kertas) yang diperlukan untuk menjadi sama panjang dengan

objek (pensel) ialah nombor bulat