R.G Collingwood telah menyatakan pendapatnya bahawa sejarah adalah sejarah pemikiran.E.H
Carr pula menyatakan sejarah itu adalah suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah
dengan fakta-faktanya.A.Marwick pula mengatakan sejarah mempunyai tiga sudut
pengertian,yang pertama ialah sejarah menceritakan tentang keseluruhan masa lalu manusia
seperti yang sebenar berlaku.Kedua,ia merupakan percubaan manusia menghurai dan mentafsir
masa lalu.Dan yang ketiga sejarah sebagai kajian sistematik terhadap masa lalu.A.L Rowse pula
menyimpulkan sejarah secara keseluruhan sebagai masa lalu untuk semua
benda,peristiwa,alam,manusia,haiwan atau makhluk secara am yang merupakan sejarah yang
perlu dikaji.
Menurut pandangan Drs Sidi Ghazalba pula menyatakan sejarah adalah peristiwa dan
kejadian,riwayat, yang telah berlalu dan sebagai ilmu yang berusaha menentukan dan
mewariskan ilmu pengetahuan.Sejarawan Islam,Ibnu Khaldun pula menyatakan sejarah adalah
tentang pergolakan masyarakat.Namun yang paling mencetuskan kontroversi ialah pandangan
J.B Bury yang mengatakan sejarah adalah sains,tidak kurang dan tidak lebih.Pandangan inilah
yang akan difokuskan dalam esei ini dalam usaha untuk menyimpulkan apa itu sejarah?
Permulaan kepada terhasilnya pendapat J.B Bury iaitu sejarah adalah sains yang dianggap ‘tidak
sesuai’ itu ialah kerana gelombang rasa dan hasrat ramai sejarawan bahkan boleh dikatakan
semua sejarawan Eropah ketika itu untuk memasukkan sejarah sebagai salah satu ilmu dalam
disiplin ilmu sains tulen.Ianya terhasil apabila berkembangnya teori sejarah yang pernah
dikemukakan oleh sejarawan mereka yang utama pada kurun ke-19.Teori yang disuarakan oleh
Leopard Von Ranke iaitu ‘sejarah perlu diceritakan seperti sebenarnya berlaku’ telah difahami
oleh ramai sejarawan bahawa sejarah juga perlu ada suatu pendekatan kajian yang tetap dan
kaedah penyelidikanya yang tersendiri,bukan lagi hanya bergantung kepada sumber penceritaan
warisan semata.Akhirnya,ramai yang merasakan kalau begitulah sebenarnya sejarah,ia sudah
boleh diiktiraf sebagai salah satu cabang dalam sains sama seperti disiplin biologi,fizik dan
pelbagai lagi.Sejarah dilihat seiring dengan tuntutan sains tulen yang memerlukan radas-
radas,pemboleh ubah ataupun andaian awal,bukti dan kesimpulan(hasil) yang tidak boleh diragui
lagi.Ini juga menunjukkan betapa kuatnya pengaruh perkembangan aliran sains di Eropah ketika
waktu itu.Dan mencerminkan hasrat mereka yang ‘diluar bidang’ tertentu berusaha keras untuk
menjadi sebahagian daripada ‘saintis’ yang sangat dihormati ketika itu.
Dari segi ilmu pengetahuan,seperti yang dinyatakan tadi,sejarawan tidak lagi mahu pendekatan
‘mendengar cerita’ diaplikasikan sebagai sumber mutlak dalam kajian sejarah.Mereka lebih
tertarik dengan kaedah yang lebih saintifik dan diiktiraf.Dalam hal ini,kita perlu diakui bahawa
sejarah memang memerlukan pendekatan sebegitu.Ini mungkin pengaruh daripada usaha keras
intelektual Eropah yang memperjuangkan pembaharuan nilai dalam kalangan masyarakat ketika
itu.Justeru tidak mustahil para sejarawan apatah lagi orang yang bukan sejarawan berkiblatkan
segala ‘benda’ adalah sains ketika itu.
Fahaman ini semakin berkembang bukan sahaja dikalangan pengkaji sejarah di Eropah tetapi
merebak sehingga ke Amerka Syarikat.Ianya bukan sahaja mempengaruhi para sejarawan untuk
mengatakan sejarah itu sains,tetapi juga mempengaruhi sarjana pelbagai ranting ilmu yang lain
untuk melabelkan kepakaran mereka adalah sains.Ketika zaman itu,adalah tidak ‘pelik’ bila
ramai yang mengatakan kebudayaan itu sains,bahasa itu sains dan sebagainya.Pengaruh sains
sangat terkesan dihati masyarakat ketika itu.Berbalik kepada konteks mensainskan sejarah,akibat
pengaruh ini,seperti yang ditegaskan beberapa kali tadi,sejarawan berusaha menjadikan sejarah
sebagai ilmu yang kuat dan pasti sekaligus berusaha mematikan pendapat beberapa orang ‘luar’
seperti Hendry Ford(usahawan Amerika Syarikat,1927)yang menilaikan sejarah sebagai omong
kosong.
Tetapi masih ada segelintir sejarawan yang tidak bersetuju dengan pendapat asas yang
dikemukakan Bury diawal tadi(akan dibincangkan di halaman yang seterusnya).Golongan
pendokong pendapat J.B Bury dikenali sebagai golongan Posititivis7.Pergerakan ini
dipopularkan oleh Auguste Comte sejak pertengahan kurun ke-19.Beliau berpendapat sejarah
hanya boleh dikaji dengan kaedah saintifik sahaja sedangkan banyak lagi pendekatan lain boleh
digunakan dalam pengkajian sejarah(juga akan dibincangkan nanti).Dengan pendapat Comte
itu,para sejarawan berusaha mencari formula baru yang saintifik untuk menkaji sejarah.Di
Barat,usaha ini sangat berkembang dan dipelopori oleh seorang tokoh sejarah Jerman iaitu
Leopard Von Ranke yang terkenal dengan falsafah ‘sejarah perlu ditulis/diceritakan seperti yang
sebenarnya berlaku’ yang disebutkan diawal tadi.Pandangan beliau ini sangat menarik dan ramai
yang terpengaruh dan mengimpikan untuk menjadikan sejarah itu sebagai cabang dalam sains
tulen.Apabila pendapat ini sampai kepada J.B Bury,iaitu seorang penyokong kuat Ranke,beliau
tidak teragak-agak lagi untuk menyatakan sejarah itu memang sebenar-benarnya sains,tidak
kurang dan tidak lebih.
Antara idea-idea yang digunakan untuk menyokong hujah Bury ini ialah berkenaan fakta sejarah
dan sesetengah teori sains yang mempunyai persamaan.Sebagai contoh,semua sejarawan
memgetahui bahawa Aun San dibunuh,diakui sebagai fakta sejarah.Tetapi bagaimana untuk para
sejarawan mengesahkanya sekaligus memaparkan kepada generasi yang tidak berada pada
zaman pembunuhan pemimpin Burma itu bahawa peristiwa itu adalah fakta.Sudah tentu perlu
ada kaedah yang dipersetujui untuk diakui sesuatu peristiwa itu adalah benar.Maka untuk itu,para
sejarawan terpaksa melakukan beberapa proses kajian yang mirip kepada kajian sains seperti
melakukan pemilihan bahan,penyusunan bahan tersebut,penganalisisan dan akhirnya membuat
satu kesimpulan mengenainya.Bagi golongan positivisme tadi,cara sebegini sudah mencapai
tahap saintifik seperti yang biasa dilakukan oleh seorang saintis dalam kajianya.Dengan cara
kajian yang menggunakan sains ini,keputusan kajian sejarah adalah muktamad dan dianggap
tidak dapat dipertikaikan lagi.
Teknik penggunaan andaian para sejarawan sebelum melakukan kajian juga dirasakan oleh
golongan positivisme ini mirip kepada kaedah sains.Pengkaji sejarah akan membuat andaian
kasar dahulu,kemudian mengumpulkan bahan kajian dan melakukan kajian untuk mendapatkan
kesimpulan.Bahan yang didapati akan digunakan untuk membenarkan andaian awalnya
tadi.Hasilnya kesimpulan akan didapati tepat atau tidak tepat berdasarkan andaian yang dibuat
tadi.Konsep sebegini jelas dan terang adalah cara para pengkaji sains mencari jawapan kepada
persoalan dalam dunia sains.
Fahaman sebegini juga menimbulkan pandangan bahawa taraf seorang sejarawan itu adalah
sama dengan seorang saintis kerana kedua-dua profesyen ini berusaha mencari kebenaran dalam
bidang kajian masing-masing.Tulisan dan hasil yang tepat dan sempurna yang diperolehi
sejarawan dalam proses ini menguatkan lagi pendapat bahawa sejarah itu adalah sains.
Bagi pandangan kita,prinsip sebegini cukup kuat untuk menyetujui sejarah itu sains.Tetapi
hakikatnya,sejarah dan sains amat berbeza.Mungkin terdapat persamaan kaedah dan matlamat
iaitu untuk mencari kebenaran.tetapi alasan persamaan yang sedikit itu tidak cukup kuat untuk
kita mengiakan pendapat J.B Bury itu.
Menurut Bury,’sejarah adalah sains,tidak kurang dan tidak lebih’.Apa yang dimaksudkan dengan
ilmu sains itu sendiri?.Pemidato-pemidato Latin menterjemahkan sains yang asalnya dari
perkataan Yunani sebagai scientia.Istilah ini digunakan sehingga hari ini yang membawa maksud
ilmu yang teratur.Tetapi sains sekiranya tidak kurang,pasti akan kerana kalau ilmu itu dinamakan
sains,maka ianya mestilah lebih kepada sains dan tiada pengurangannya dan mestilah istimewa
bentuknya.sesetenagh kumpulan ilmu pengetahuan,seperti kaji iklim,adalah diatur dengan cara
mengumpulkan pemerhatian-pemerhatian mengenai peristiwa-peristiwa yang tertentu bentuknya
yang diperhatikan oleh saintis sambil peristiwa itu berlaku. Namun yang lain-lain seperti kimia
contohnya, yang tidaklah diatur dengan cara memerhati sahaja tetapi menyebabkan ia berlaku
dalam keadaan yang dapat dikawal dengan rapid dan juga perlu memlakukan andaian dan
laporan tertentu dengan ketepatan yang paling tinggi untuk menghujahkan akibat-akibatnya.
Namun sejarah pula ia tidak perlu diatur mengikut mana-mana cara seperti yang digunakan oleh
saintis. Hal ini kerana peristiwa-peristiwa sejarah seperti keterangan dan revolusi yang
dikendalikan bukanlah sengaja dihasilkan oleh sejarawan di dalam makmal supaya kajian dapat
dibuat dengan ketepatan saintifik mahupun memerlukan sejarawan melakukan ekspedisi-ekpedisi
ke tempat-tempat sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku. Ilmu sejarah secara umumnya merupakan
peningkatan ilmu yang mengkaji peristiwa masa lalu yang merangkumi semua waktu, tempat,
dan masyarakat yang mana selagimana wujudnya manusia, selama itulah sejarah itu akan wujud
dan terus berkembang. Sejarah hanya memberi penekanan terhadap persoalan apa, siapa, bila,
mengapa, di mana dan bagimana sahaja sesuau sejarah itu berlaku.
Sains pula merupakan satu proses percubaan untuk mencapai kepada kebenaran melalui jalan
rasional. Sains seringkali dianggap sebagai kortus ilmu. Namun ini bukanlah sifat sains yang
sebenar seperti asalnya.
Sejarah merupakan satu ilmu yang mengkaji tentang masa lampau manakala sains adalah untuk
mengkaji peristiwa-peristiwa yang tidak dapat didampingi oleh permerhati, dan mengkaji
peristiwa-peristiwa itu melalui pendapat dan menghujahkannya daripada sesuatu kepada sesuatu
yang lain yang sampai kepada pemerhatian yang ini dinamakan oleh sejarawan sebagai bahan
bukti bagi peristiwa-peristiwa yang diminatinya.
Dalam pengkajian sejarah, salah satu kaedah penyelidikan sejarah dapat dilihat kesannya dalam
pengumpulan sumbernya. Bahan-bahan sejarah atau sumber-sumber rujukan sejarah yang
hendak dikaji haruslah dikumpul ditempat yang selamat dan tidak boleh bercampur-aduk dengan
sumber-sumber kajian yang lain. Sumber tersebut harus dijaga dengan baik dan rapi supaya tidak
rosak atau hilang sebelum ia digunakan dengan sebaiknya. Cara menyimpan juga mestilah
teratur dan tersusun, misalnya sumber pertama dan sumber kedua mestilah diletakkan pada dua
tempat yang berbeza. Sumber lisan, artifak dan sebagainya pula diletakkan pada tempat masing-
masing. Tiap sumber hendaklah ditanda dan tidak boleh dibawa keluar dari lokasi terutamanya
dalam pengkajian artifak, fosil, mumia dan sebagainya.
Berbeza dengan sains, yang mana pengkajian sains berpusat di makmal. Contohnya dalam
pengkajina dalam mendapatkan gas hidrogen, bahan-bahan seperti asid sulfurik cair dan logam
zink mesti disediakan. Peralatannya hendaklah disusun untuk memilih yang mana diperlukan
ataupun tidak. Seterusnya, bermulalah proses percubaan dan pemerhatian untuk mendapatkan
keputusannya seperti mengenai warnanya, baunya dan rasanya dan juga sifat-sifatnya.
Dari aspek kebenaran pula,terdapat perbezaan antara kebenaran sejarah dan ilmu sains.Hal ini
kerana sejarah hanya mendapat kebenaran sejarahnya daripada kajian-kajian yang dilakukan
terhadap sumber-sumber lampau daripada sejarawan tradisi yang tidak pasti akan
kesahihannya.Sejarawan dulu bebas membuat penafsirannya sendiri terhadap sesuatu peristiwa
asalkan tafsirannya mempunyai sumber-sumber kajian yang mencukupi bagi mengukuhkan dan
membenarkan penafsirannya.Maka timbullah tanggapan bahawa fakta sejarah itu bersifat
objektif sedangkan penerangan atau penafsirannya bersifat subjektif.Para sejarawan bebas
menyuarakan pandangan dan pendapat berkenaan sesuatu isu atau peristiwa sejarah itu mengikut
tafsiranya sendiri.
Sains pula,terdapat pelbagai teori kebenaran yang diutarakan bagi membuktikan kebenaran ilmu
sains.Mengikut teori kesepadanan dan kesetujuan misalnya,kebenaran tercapai apabila sesuatu
pendapat,idea,pengertian,keputusan,pernyataan,pengadilan adalah sepadan dengan fakta yang
terdapat dalam objek yang dipertimbangkan.Aristotle berpendapat kebenaran itu adalah
persesuaian antara fikiran dan kenyataan13.Misalnya teori Newton dapat dilihat kebenarannya
dengan mengulangi sekali lagi proses yang dilakukan Newton(boleh berulang-ulang).Sama
dengan proses penyediaan hidrogen,Teori Newton dapat dipertahankan kebenarannya kerana
hasil kajian sains adalah serupa.
Perlu diakui,manusia sentiasa tidak sependapat dalam setiap hal,prinsip dan persoalan yang
ditimbulkan.Suatu contoh ketidakfahaman dalam kalangan masyarakat yang paling hampir
dengan hidup kita ialah politik dalam negara.Setiap negara yang mengaplikasikan demokrasi
sebagai jalan memilih kerajaan pasti tidak sependapat dalam pelbagai isu secara total,pasti ada
golongan yang membangkang dalam sesuatu negara demokrasi.Itu sekadar suatu bukti yang
mudah difahami.Bercakap dalam konteks sejarawan,cacatan sejarah sudah lama merakamkan
percanggahan pendapat antara golongan ini.Secara kasarnya,ideologi atau kelompok sejarawan
dapat dikelaskan dalam 4 kumpulan utama yang berbeza.
Pertamanya golongan yang telah dikupas dengan agak jelas dalam halaman yang terdahulu iaitu
golongan Positivis atau Pro-saintifik.Idea utama golongan ini mendapat pelbagai komen samada
bersetuju ataupun menentang.Konsep positivme ini dipopularkan oleh Auguste Comte yang
mengatakan sejarah boleh dikaji secara saintifik.Pendapat ini disokong oleh sejarawan Jerman
yang berpengaruh iaitu Leopard Von Ranke yang menegaskan sejarah perlu diceritakan seperti
yang sebenarnya berlaku.Untuk merealisasikan pandangan Ranke ini,para sejarawan sealiran
berkerja kuat untuk menghasilkan teknik kajian yang lebih meyakinkan.Teknik saintifik
digunakan untuk mencapai hasrat itu.Apabila teknik ini diterima dengan meluas,seorang lagi
aktivis Positivis iaitu J.B Bury mengatakan sebenarnya sejarah itu adalah sains,tidak kurang dan
tidak lebih.
Idealogi golongan Positivis ini sangat ditentang oleh golongan kedua iaitu golongan
Idealis.Sejarawan dari aliran Idealis seperti Bernedetto Croce dari Itali,R.G Collingwood malah
E.H Carr tidak bersetuju dengan pandangan Ranke apatah lagi taklik buta yang dilontarkan oleh
J.B Bury itu.Golongan ini melihat sejarah sebagai suatu disiplin ilmu pengetahuan dengan
tujuan,konsep,dan kaedahnya yang tersendiri dan bukannya sejarah itu adalah suatu sains seperti
yang dinyatakan oleh golongan pertama
tadi.Sejarawan Amerika juga menolak pendapat golongan pertama tadi.Konsepsi kedua-dua
golongan ini adalah jelas mempunyai persamaan iaitu berpegang kepada hakikat bahawa sejarah
bukanlah sains dan fakta sejarah adalah sesuatu yang relative kepada pemilihan sejarawan dan
juga masyarakat sezamanya.
Golongan ketiga ialah golongan Marxist.golongan ini dipelopori oleh nama-nama seperti Karl
Marx dan Frederick Engels.Golongan ini menggunakan sejarah untuk menerangkan
idealogi15.Mereka berpendapat sumber ekonomi sebagai penggerak sejarah (mateliasme
sejarah).Marx berpendapat perkembangan masyarakat Eropah melalui beberapa peringkat
tertentu yang akhirnya sampai ke zaman kemuncak iaitu zaman komunisme.Beliau berpendapat
sekurang-kurangnya terdapat 5 peringkat yang dilalui untuk sampai ke zaman kemuncak tadi
iaitu primitif,perhambaan,feudalisme,proletar dan akhirnya komunisme.Golongan ini
berpendapat fakta sejarah adalah hampir sama dengan fakta sains iaitu wujud dalam alam
semulajadi,dan dapat diperhatikan oleh sejarawan.Secara amnya,golongan ini agak bersetuju
dengan pendapat Bury tadi yang mengatakan sejarah itu sains.
Golongan-golongan lain yang kurang menonjol ialah golongan Annales yang berpusat di
Perancis yang menyatakan kajian sejarah perlu menyeluruh dan bukannya mengkaji dari satu
aspek atau sudut pandangan sahaja.Mereka menegaskan semua aspek masa lalu dan juga sumber
adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan.
Penulisan sejarah dari segi objektiviti menggunakan pendekatan kritis atau analitikal yang
dianggap sebagai minda sejarah atau falsafah sejarah menuntut penggunaan
pemikiran,kupasan,olahan, dan renungan yang mendalam.Persoalan yang menjadi penekanan
ialah awalan dan akhiran proses sejarah itu.Pendekatan ini tidak disandarkan kepada pengalaman
sejarah semata-mata.Namun ianya berkait rapat dengan persoalan dasar yang dihadapi manusia
tentang tujuan dan matlamat hidupnya iaitu sesuatu yang mendasari sifatnya yang hanya boleh
dijawab secara spekulatif.Sejarawan yang menulis menggunakan kaedah ini perlu membuat
penelitian,analisis,dan menilai sumber-sumber yang asli serta mengembangkan fakta-fakta dan
teori-teori yang tersedia.Contoh karya yang ditulis menggunakan pendekatan objektiviti ialah
karya Carl Becker iaitu Heavenly City Of The Eighteen Century Philosophers telah mendapat
kritikan hebat dikalangan sejarawan kritis kerna kandunganya yang mengelirukan17.Terdapat
juga sejarawan yang menulis sejarah bagi mencari kebenaran sejarah itu.Mereka ini mahukan
sejarah itu wujud sebagai sejarah yang benar-benar berlaku tanpa dicampurkan dengan unsur
asing
seperti dongeng,mitos, dan lagenda.Penulisan ini dapat dilihat dalam penulisansejarahIslam yang
‘bersih’ tanpa unsur yang tidak realistik.Mereka ini mendapatkan bukti yang sahih dari Al-Quran
dan Hadis Nabi S.A.W.
Sejarawan subjektiviti menggunakan gaya penulisan naratif yang sangat berbeza dengan gaya
penulisan analitikal.Yang dimaksudkan dengan penulisan naratif ini ialah ialah membuat
gambaran berdasarkan pengalaman atau berbentuk penceritaan yang berdasarkan common sense
yakni tidak mengambil berat teori-teori atau pedekatan ilmu social yang lain.Dengan maksud
yang lebih mudah,penulis menyampaikan makalah sejarah secara penceritaan.
Antara contoh karya berbentuk naratif ini ialah seperti cerita-cerita tradisi(makalah sastera)
seperti Hikayat Hang Tuah,Hikayat Raja-raja Pasai,Sejarah Melayu,dan Misa Melayu.Karya ini
lebih bersifat empiris-historis iaitu menggunakan pancaindera atau pengalaman sejarah
sehinggakan dikatakan tidak melibatkan pemikiran secara analitikal.Sejarawan sebegini
menulis,kebanyakanya atas perintah seseorang khususnya yang berkuasa bagi tujuan menjaga
hati pihak atasan.Contohnya sejarawan melayu iaitu Tun Sri Lanang begitu berat untuk
membaiki kitab Sulalatus Salatin yang baru dibawa dari Goa,tetapi demi membuktikan
kesetiaanya menjunjung perintah,Tun Sri Lanang menyempurnakan juga arahan Sultan yang
memintanya untuk memperbaiki penulisan karya asal yang dibawa dari Goa itu.
Pembelajaran sejarah jelas adalah untuk mempertahankan kegemilangan dan pencapaian yang
pernah dicapai oleh seseorang ataupun sesebuah negara.Walaupun demikian,watak sejarah
terdahulu tidak patut dilupakan kerana sejarah mengajar kita untuk menghargai mereka yang
‘mengharumkan’ sejarah dan bukannya mengabai dan melupakannya.Contohnya negara kita
pernah dijajah Barat sehinggalah kita mencapai kemerdekaan dan kerajaan yang boleh diperintah
sendiri.Dari aspek ini,kita haruslah mengingati dan menghargai semua pejuang yang telah
bersusah payah untuk memerdekakan negara ini.Semangat sebegini secara tidak langsung akan
dapat menanamkan nilai masyarakat yang cintakan tanah air ditahap yang tertinggi.
Sejarah boleh dijadikan asas rujukan penting bagi mewujudkan aspirasi baru untuk
membangunkan maruah,martabat dan kewibawaan sesuatu bangsa.Martin berpendapat sejarah
memberi kita penjelasan mengenai apa yang berlaku.Penjelasan inilah dijadikan aspirasi untuk
diaplikasikan bagi merealisasikan kelangsungan negara bangsa itu.
Idea sejarah yang dikemukakan Collingwood memperlihatkan sejarah sebagai asas penting
kepada pembinaan negara bangsa.Sejarah mengikut Collingwood ialah Philosophy Of Human
Nature yang boleh dijadikan panduan asas untuk membina negara bangsa.Sejarah dalam konteks
ini membantu kita untuk membina teori sosial dan budaya,disamping ianya penting kepada
pembinaan teori kegiatan manusia yang meliputi pemikiran,perlakuan,dan tindakan lain yang
dilakukan.Untuk tujuan pembinaan kekuatan dan ketahanan bangsa,sejarah memberi kita sumber
kekuatan dan memberi iktibar yang berkesan untuk kita jadikan panduan.
Menurut Collingwood tujuan asas mempelajari sejarah dalah untuk mendapatkan pengetahuan
dari manusia.Kita sebagai manusia seharusnya mengetahui siapakah kita dan apakah kekuatan
kita.Jika sejarah tidak diberi perhatian yang sepatutnya dan tidak menjadikan ia sebagai alat
untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan kita,maka sudah pasti kita akan lupa akan asal
usul,adat istiadat,budaya,dan tradisi bangsa kita sendiri.
Jelaslah sejarah memang memberi pengetahuan kepada kita akan segala aspek kehidupan sesuatu
bangsa itu sehingga lahirnya semangat kekitaan.Menurut Lester D. Stephens21 ‘sejarah
mewujudkan semangat kekitaan,tanpa sejarah,kita tidak akan tahu siapa diri kita samada secara
individu atau berkumpulan.
Pembelajaran sejarah bertujuan menjadikan manusia lebih arif dan bijaksana seperti yang
terungkap dalam History dan Historian karangan Boardman22 iaitu sejarah menjadikan manusia
lebih bijak.Sejarah penting untuk mencorakkan pemikiran seseorang itu menjadi matang
khususnya dalam memutuskan beberapa keputusan dan pembawakan diri.Sejarah menyentuh
tentang apa yang pernah berlaku jauh sebelum kelahiran kita lagi.Pelbagai peristiwa sejarah telah
dicatatkan,dan seharusnya dapat menganalisis apa yang perlu bagi meningkatkan idealisme
ataupun pemikiran kendiri.
Setiap peristiwa yang telah berlaku itu ada kebaikan dan keburukanya,maka generasi akan
datang yang akan menentukan kehidupan yang akan datang.Contoh yang terdekat dengan kita
ialah adat masyarakat melayu.Adat ini masih lagi diamalkan walaupun terdapat perubahan serta
sedikit daripada yang asalnya.Jadi boleh kita katakan bahawa adat tersebut diketahui melalui
sejarahnya.Daripada persoalan inilah,maka sejarah perlu dipelajari agar sesuatu yang dipusakai
akan terus kekal diwarisi dan tidak hilang daripada ingatan masyarakat zaman moden.
Ungkapan ini sangat bermakna kerana melalui sejarah,sesuatu bangsa akan mengetahui kejadian
asal manusia.Melalui sejarah,kita dapat mengenal diri,keluarga,masyarakat,budaya dan juga
tamadun.Dalam erti kata yang lain,sejarah adalah warisan bangsa yang mana sesuatu bangsa
diwujudkan dan dikenali melalui latar belakang sejarahnya.Melalui sejarahlah orang Melayu
kenal akan kesusahan masyarakat dahulu,sosio politik,kebudayaan dan identity bangsa sekaligus
dapat dijadikan pendorong untuk menjadikan kita manusia yang kuat dan dewasa.
Pada hari ini,berlakunya pelbagai jenayah dan ketidakadilan dalam memerintah adalah kerana
individu dan masyarakat tidak lagi diikat dengan disiplin sejarah yang menekankan soal moral
dangan paparan peristiwa terdahulu yang pernah berlaku kepada masyarakat lampau.Sejarah
sepatutnya didekati untuk menjadikan kita seorang manusia yang ‘dewasa’ dalam
berfikir.Sesungguhnya sejarah mengenal erti jati diri.
Di awal artikel ini ditulis,kita membincangkan soal pendapat Bury yang mengatakan sejarah itu
sains,tidak kurang dan tidak lebih.Kenapa beliau berpendapat sebegitu?kita telah bincangkan
tadi.Kemudian bagi menyanggah pendapat Bury dan golongan sejarawan positivis tadi,kita telah
membincangkan dengan jelas,apa perbezaan sejarah dengan sains.Kita juga ada membincangkan
golongan-golongan sejarawan yang berbeza pendapat dalam pandangan masing-masing
mengenai ilmu sejarah dan falsafahnya.Kemudian,untuk menunjukkan beberapa perbezaan yang
agak jelas antara sejarah dan sains,kita membicarakan berkenaan teknik penulisan dalam
sejarah,dan kepentingan sejarah.Walaupun ditulis bukannya secara perbandingan terus dengan
teknik penulisan dan kepentingan sains,saya percaya sedikit sebanyak perbezaan dari dua aspek
ini dapat dikenal pasti.
Kesimpulan keseluruhan artikel ini dapatlah kita ungkapkan,walaupun ramai sejarawan yang
teringin,dan yang berusaha meningkatkan taraf sejarah dari salah satu ilmu kemanusian kepada
salah satu dari cabang sains,kita harus mengakui,sejarah dan sains adalah dua cabang disiplin
ilmu yang sangat berbeza.Walaupun mungkin ada persamaan dari segi teori,cara kerja dan
penyelidikkan,persamaan itu adalah terlalu sedikit dan tidak boleh dujadikan hujah yanh kuat
untuk mengiktiraf sejarah adalah sains seperti yang pernah diungkapkan oleh J.B Bury.
ENGENALAN.
Sejarah, menurut Kamus Dewan memberikankan maknanya sebagai sastera lama , asal usul
(keturunan ),salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo,
dan Tawarikh. Bagaimanapun sejarawan pula memberikan pengertian yang berbeza-beza mengikut
fahaman dan aliran masing-masing. Oleh kerana persoalan ini harus dijawab, maka kita lihat sejarah
dalam pelbagai pengertian umum dan pendapat para sejarawan.
PENGERTIAN SEJARAH.
Kepelbagaian pengertian atau takrif itu melambangkan keluasan sejarah itu. Bagaimana pun
keadaan itu kadangkala boleh menimbulkan kekeliruan. Bagi mengelakkan kekeliruan itu, wajarlah dicari
satu titik pertemuan atau pengertian umum yang merupakan takrif atau pengertian asas bagi sejarah.
Pengertian atau takrif secara umum yang pertama ialah bahawa " sejarah itu adalah masa lalu".
Pengertian ini nyata benarlah keluasannya, kerana ia mencakupi keseluruhan masa lalu tanpa
batasannya. Sejarah sebagai masa lalu dimaksudkan mengandungi semua kejadian serta peristiwa dan
pengalaman yang telah berlaku dan berlalu sam ada kejadian itu merupakan sekumpulan kejadian
ataupun kejadian yang berasingan, bukanlah suatu yang dipertikaikan. Pada dasarnya ia berupa semua
pengalaman,tingkahlaku, kejadian serta peristiwa dalam kehidupan seseorang individu pemimpin, sebuah
institusi pertubuhan, negara mahupun masyarakat. Semua kejadian itu bererti kejadian yang penting,
Yang patut dan perlu diingat,ataupun yang bersejarah, dan juga yang sebaliknya ,
Yakni yang tidak penting dan remeh. Ertinya apa sahaja yang telah berlaku itu adalah sebahagian
daripada masa lalu dan dari itu sebahagian daripada sejarah.
( Prof. Mohd. Yusof Ibrahim,2000,Pengantar Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur,Pusat Pengajian
Jarak Jauh UKM, Hlm 10. )
Ibnu Khaldun (1332-1406), menyatakan bahawa sejarah itu merupakan, "…catatan tentang masyarakat
manusia,atau peradaban dunia,tentang perubahan-perubahan yang telah berlaku pada sifat-sifat
masyarakat itu,seperti kebiadaban,keramahan dan perasaan setia kawan segolongan;tentang revolusi
dan pemberontakan sesuatu golongan manusia terhadap manusia lainnya yang mengakibatkan
terbentuknya kerajaan dan negara.Bersama-sama rakyat jelatanya yang mempunyai berbagai-bagai ilmu
pengetahuan dan pertukangan;dan,pada umumnya,tentang semua perubahan bentuk yang dijalani oleh
masyarakat itu menurut sifatnya.
( Mohd. Yusop Ibrahim,2000,ILMU SEJARAH Falsafah,Pengertian, dan Kaedah.Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Hlm 12. )