Anda di halaman 1dari 6

FASA LOMPAT JAUH

Fasa penujuan 
Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa
ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke
papan lonjak.

Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris


atau kaki depan belakang. Perkara yang paling
penting ialah langkah pertama dari titik
permulan mestilah bermula dengan kaki
melonjak.
Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-
15 langkah untuk pelompat novis, 17-19
langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23
langkah untuk pelompat lelaki pakar.
Fasa lonjakan 
Setibanya di papan lonjak, pelompat pelompat
seharusnya mencapai kelajuan larian
maksimum.

Bila kaki memijak papan lonjak, badan


direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan
dari papan lonjakan itu. Kemudian badan
ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.
Fasa penerbangan/layangan 
Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang
untuk meningkatkan kederasan.

Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke


belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki
digerakkan seperti mengayuh basikal.
Fasa pendaratan 
 apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki
dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan ke
hadapan.

 Bila tumit mula mencecah tanah, tangan


digerakkan ke belakang dan kemudian ke
hadapan.

Anda mungkin juga menyukai