Anda di halaman 1dari 1

Masalah pembuangan 

bayi

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun
mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang
dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.

Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak
luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi
dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak
sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan
isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu
ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menunding jari terhadap golongan remaja. Pada
pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih
lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah
masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja
tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan
perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas
itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup
mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa
mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi
diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang
dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dilaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu
bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak
mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak
mereka berperasaan demikian.

Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah
pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan
masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat
yang bersifat penyayang.

Anda mungkin juga menyukai