Anda di halaman 1dari 26

PENULISAN

PERENGGAN KARANGAN
Jenis Karangan:

• pendapat
• fakta
• perbincangan
• surat kiriman – rasmi & tidak rasmi
• ceramah
• perbahasan
• keperihalan
TFFP

• Ayat Topik (T)


• Huraian Frasa (F)
• Huraian Frasa (F)
• Pengusaan Rumusan
Perenggan (P)
Bandingkan ayat-ayat berikut.

1a. Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan


melaksanakan kempen.

1b. Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan


melaksanakan kempen yang lebih berkesan.

Ayat (1b) memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan


kematangan fikiran mereka. Idea mereka lebih dikembangkan
dalam ayat tersebut.
Bandingkan ayat-ayat berikut.

2a. Punca gejala cetak rompak terus berleluasa disebabkan


tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap
pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.

2b. Punca gejala cetak rompak terus berleluasa disebabkan


tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap
pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.

Ayat (2b) memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan


kematangan fikiran mereka. Idea mereka lebih dikembangkan
dalam ayat tersebut.
Bandingkan ayat-ayat berikut.

3a. Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi termasuklah


pelajar mempunyai masa yang lebih banyak masa untuk
belajar.

3b. Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi termasuklah


pelajar mempunyai masa yang lebih banyak untuk belajar
di bawah penyeliaan guru-guru.

Ayat (3b) memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan


kematangan fikiran mereka. Idea mereka lebih dikembangkan
dalam ayat tersebut.
Ayat Topik
Ayat Topik, ayat yang mengetengahkan
isi bagi karangan.

Ayat Topik, terdapat dua unsur penting


dalam dua frasa.

Frasa 1 – fokus isi.


Frasa 2 – pelengkap fokus berkenaan.
Isi
Idea utama atau perkara
penting yang merujuk
pada soalan karangan
yang ditulis.

Ayat isi – yang hanya menyertakan


fokus sahaja – kurang baik; tidak
lengkap, tidak menampakkan
kematangan pemikiran penulisnya.
Pelajar :

• Gariskan kata kunci dalam


soalan sebelum menyenaraikan
isi karangan.

• Hal ini dapat mengelakkan


karangan pelajar menyimpang
daripada tajuk perbincangan.
Frasa 1 dan Frasa 2:

Ayat topik terdiri daripada dua frasa.

Satu langkah untuk mengatasi krisis air


adalah dengan melaksanakan kempen
yang lebih berkesan.

2 frasa utamanya:
Frasa 1 (F1) adalah melaksanakan kempen.
Frasa 2 (F2) adalah yang lebih berkesan.
Frasa 1 dan Frasa 2:
Ayat topik terdiri daripada dua frasa.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan


tegas terhadap orang yang mencuri air.

2 frasa utamanya:
Frasa 1 (F1) adalah mengambil tindakan
tegas.
Frasa 2 (F2) adalah orang yang mencuri
air.
Pelajar

• Semasa membuat huraian, pelajar boleh


menghuraikan kedua-dua frasa tersebut secara
berasingan sebelum merumuskan kedua-dua
dalam satu ayat atau dua ayat yang lengkap.

• Contoh-contoh boleh disertakan semasa


menghuraikan kedua-dua frasa tersebut.

• Hal yang serupa dilakukan dalam


mengemukakan isi-isi yang lain.

• Membahagi-bahagikan ayat isi kepada frasa-


frasa yang dapat dihuraikan dengan sistematis.
Penegasan/Rumusan Perenggan (P)

Setiap perenggan wajar disimpulkan dengan


rumusan bagi perenggan berkenaan.

Penanda wacana yang disesuaikan wajar


digunakan bagi menunjukkan bahawa
perenggan tersebut telah ditutup dengan baik.
Penegasan/Rumusan Perenggan (P)
e. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis
air yang diatasi dengan lebih cepat.

f. Oleh yang demikian, pihak berkuasa wajar


bertindak tegas terhadap orang yang mencuri air
untuk memastikan krisis air dapat ditangani secepat
mungkin.
g. Justeru, penebangan hutan di kawasan tadahan
perlu dikawal agar krisis air tidak terus mengancam
kehidupan masyarakat.

h. Jadi, penggantian saluran paip yang lama perlu


disegerakan agar krisis air yang berlaku sekarang
tidak berkesan.
Menulis Perenggan Isi

• Gunakan kaedah usulan


– T, F1, F2 dan P.

• Perenggan ditulis akan


lengkap dan menarik hati.

• Jumlah perkataan yang


calon gunakan akan
menjadi banyak.
Huraian F1 (Melaksanakan Kempen)

Kempen merupakan cara yang paling mudah


untuk menyampaikan maklumat kepada
masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan
bagi menyalurkan maklumat tentang
kepentingan amalan penjimatan air.
Contohnya, surat khbara, radio dan televisyen
ialah media yang sentiasa dekat dengan
masyarakat. Selain itu, kempen secara
langsung dari rumah-ke rumah juga wajar
dilaksanakan.
Huraian F2 (yang Lebih Berkesan)

Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang


berksan kerana tidak dilakukan dengan
bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan
melaksanakannya tidak ubah seperti yang
terbabit bertindak dengan lebih agresif agar
kempen penjimatan air mencapai matlamat
yang diharapkan.
Gabungan Huraian, Ayat Isi dan Rumusan
Perenggan
Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk
menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Pelbagai media boleh digunakan bagi menyalurkan
maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan
air. Contohnya, surat khabar, radio dan televisyen
ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat.
Selain itu, kempen secara langsung dari rumah-ke
rumah juga wajar dilaksanakan. Selama ini kempen
yang dilaksanakan kurang berksan kerana tidak
dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang
berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti yang
terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen
penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan.
(110 patah Perkataan)
Kedua-dua huraian tersebut
dicantumkan dalam satu
perenggan bersama-sama ayat isi
dan rumusan perenggan.
Perenggan tersebut akan menjadi
perenggan yang lengkap.
Satu langkah untuk menjimatkan air adalah dengan
melaksanakan kempen yang lebih berkesan. Kempen
merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan
maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh
digunakan untuk menyalurkan maklumat tentang kepentingan
penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen
ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain
itu, kempen secara langsung dari rumah-ke rumah jga wajar
dilakukan. Selaman ini, kempen yang dilaksanakan kurang
berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti
melepaskan batuk di tangga. Kini, tibalah masanya pihak-pihak
yang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen
penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan. Jadi,
dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang berlaku
sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat.
(110 patah perkataan)
Pelajar bahagi-bahagikan ayat-ayat topik yang
berikut kepada F1 dan F2.

i. Antara punca pencemaran sungai termasuklah


pembuangan sisa toksik oleh pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab.

j. Aktiviti kokurikulum mendidik pelajar supaya


menjadi lebih disiplin.

k. Satu daripada cara-cara untuk mengurangkan


kadar kemalangan jalan raya adalah dengan
menguatkuasakan undang-undang dengan
tegas terhadap pengguna jalan raya yang
ingkar.
Perenggan Contoh

Ayat topik:
Punca gejala cetak rompak terus berleluasa
disebabkan tidak ada tindakan yang tegas
dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan
pengilang yang terlibat.

F1: tidak ada tindakan yang tegas.

F2: terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang


terlibat.
Huraian Lengkap
tindakan yang menyeluruh patut
Punca gejala cetak rompak dikuatkuasakan terhadap semua
terus berleluasa disebabkan tidak pihak yang menyebabkan gejala
ada tindakan yang tegas ini berlaku. Tindakan patut
dilaksanakan terhadap pembeli, dikenakan terhadap pembeli,
penjual, dan pengilang yang penjual, dan pengilang bahan
terlibat. Selama ini, tindakan yang cetak rompak.
dilaksanakan bersifat mengikut Ketiga-tiga golongan ini
musim. Pegawai yang merupakan penyebab utama
diamanahkan untuk bertindak berlaku gejala tersebut. Tindakan
memiliki sikap tidak ubah seperti terhadap satu-satu pihak sahaja
pahat dengan penukul. Tindakan tidak akan meninggalkan kesan
hanya dilakukan dalam tempoh yang diharap-harapkan. Oleh hal
yang terhad. Selain itu, tindakan yang demikian, satu bentuk
yang dijalankan juga tidak begitu tindakan yang lebih tegas patut
tegas dan hanya untuk memenuhi dilaksanakan meliputi semua
rutin kerja pegawai terbabit. Ada pihak yang terbabit dalam gejala
juga unsur penyelewengan yang ini.
berlaku sehingga menyebabkan
gejala ini tidak dapat diatasi. Satu (140 patah perkataan)
bentuk
Pelajar
• Satu perenggan mengandungi 100 patah
perkataan, karangan anda sudah pasti dapat
memenuhi kehendak jumlah perkataan seperti
dalam soalan.

• Calon layak dapat markah tinggi dengan syarat isi-


isi tersebut mantap, bahasanya baik dan
bervariasi, menepati tajuk, serta dipersembahkan
dengan baik.

• Selain itu, contoh dapat diberikan dengan lebih


banyak, semasa menghuraikan kedua-dua frasa
dalam ayat topik secara berasingan.

• Cara sedemikian, membantu calon mengatasi


beberapa kelemahan dalam menulis, terutama
daripada aspek jumlah perkataan.
Kesimpulan
• TFFP dapat membantu pelajar menyusun
perenggan jenis pendapat, perbincangan,
atau fakta dengan lebih mantap.

• Kaedah ini dapat membantu calon menulis


dengan baik dalam menyatakan buah fikiran
dalam bentuk perenggan yang bermakna
dan matang.

• Kaedah ini boleh pelajar gunakan sebagai


usul.

• Karangan yang baik biasanya melebihi


jumlah yang dihadkan, 350 patah perkataan.
Gurindam Untuk Anakku

ika rajin mengulang kaji,


Mudah dijawap apa diuji.

Sudah tahu belajar lagi,


Banyak untungnya tiada rugi.

Anda mungkin juga menyukai