Anda di halaman 1dari 2

== Nutrien ==

===Karbohidrat===

[[Karbohidrat]] menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh
manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan
oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung
gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin.
Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

===Protein===

[[Protein]] mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh
diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan
sedikit protein kelas pertama.

===Lemak===

[[Lemak]] menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan
menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan
tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara
purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut
lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

===Galian===

Zat [[galian]] yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia
berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan
cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga
banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

===Vitamin===

[[Vitamin]] adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh
mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin
turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak
seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi
membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk
kesihatan tubuh badan.
===Serat===

[[Serat]] atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit.
Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk
meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Anda mungkin juga menyukai