Anda di halaman 1dari 5

Nama : Humairah Bte Salim

No Matrik : DPAKA0902013
Tajuk : Sumbang mahram di Malaysia
Sinopsis.
Kini masyarakat sering digemparkan dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan
masalah sosial yang semakin berleluasa dan membimbangkan. Di antaranya ialah
masalah Sumbang Maram.
Apakah yang dimaksudkan dengan sumbang mahram? sebagai perogolan yang
dibuat diluar pernikahan sama ada dengan cara paksaan atau kerelaan sesama yang
terlibat yang mempunyai pertalian keluarga samada pertalian dekat atau jauh. Sebagai
contoh ayah merogol anak,datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya.
Apakah yang menjadi punca kepada gejala sumbang mahram ini. Terbahagi
kepada 2 faktor iaitu faktor dalaman contohnya Cetek pengetahuan agama, mereka
kurang didedahkan dengan ilmu agama dengan itu mereka tidak dapat menilai sesuatu
yang baik dan sesuatu tidak baik. Dengan kurang pengetahuan agama maka tahap
keimanan dalam diri menjadi lemah. Bagi kanak-kanak dan remaja pula perasaan ingin
tahu dalam diri amat tinggi. ,mereka rajin mencuba apa yang mereka lihat. Keruntuhan
institusi keluarga dan kekurangan ilmu agama menyebabkan sesetengah keluarga
langsung tidak mengamalkan kehidupan yang dianjurkan oleh islam dimana mereka lebih
bermegah dengan cara hidup kebaratan yang dianggap lebih maju. Faktor luaran pula
ialah internet, bahan lucah, media cetak begitu berpengaruh berbanding dengan media
yang lain adalah sifatnya yang dapat menembusi sempadan negara .Ia sukar disekat ,
ditapis dan dihalang. Perkembangan pusat-pusat pelancongan ala-barat, percampuran
bebas, bercumbuan dan pendedahan aurat yang keterlaluan ditempat-tempat rekreasi
peranginan dan perkelahan oleh pelancong-pelancong asing mudah mempengaruhi
remaja mencontohi dan beraksi. Pusat-pusat karaoke, pub dan budaya. Kekurangan role
model dalam masyarakat.Masyarkat kini boleh dikatakan ketandusan role model yang
boleh di jadikan contoh iukutan yang baik (Qudwah Hasanah) sama ada peringkat
individu mahupun diperingkat pemimpin.selain itu undang-undang yang tidak setimpal
menyebabkan mereka tidak merasa takut untuk melakukan perbuatan sumbang mahram.
Perbuatan sumbang mahram ini menyebabkan kesan yang teruk baik pada diri
mangsa, keluarga dan masyarakat mangsa akan menjadi murung, melakukan perbuatan
yang melebihi tahap umur mereka.
Untuk mengelakkan perbuatan ini hukuman yang dikenakan kepada pelaku
sumbang mahram harus setimpal dengan kesalahannya supaya orang lain tidak akan
melakukan perbuatan yang sama. Memberi pengajaran ilmu agama yang cukup kepada
anak-anak. Selain itu ibu bapa harus memantau setiap gerak geri anak-anak supaya kita
tahu apa yang mereka lakukan dan dengan siapa mereka berkawan.
Secara kesimpulannya, sumbang mahram merupakan satu penyakit yang amat
berbahaya pada masa kini sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal. Disini kita
dapat lihat betapa pendidikan agama penting dalam diri setiap insan kerana dengan
adanya ilmu agama kita dapat menilai apabila ingin melakukan sesuatu perkara. Kita juga
menjaga setiap tingkahlaku supaya setiap perbuatan tidak terkeluar dari landasan agama.
Rangka
1. Pendahuluan
 Cerita serba sedikit tentang masalah sosial yang melanda negara kita
 Masyarakat sering di gemparkan dengan pelbagai isu panas yang berlaku di
kalangan remaja.
 Sumbang mahram juga merupakan salah satu kes sosial yang kerap berlaku
ketika ini.
 Beritahu tentang sumbang mahram
 Peningkatan kes yang berlaku setiap tahun
 Contoh kes
2. Apakah sumbang mahram?
 Definisi sumbang mahram?
 perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab
(keturunan) dengan mangsa
3. Punca-punca berlakunya sumbang mahram
 Cetek pengetahuan agama
 Keimanan yang lemah
 Perasaan ingin tahu
 Keruntuhan institusi keluarga
 Tahap ekonomi yang rendah
4. Faktor-faktor lain
 Persekitaran mempengaruhi akhlak individu dalam.
 Disini persekitaran berunsur negatif dibahagikan kepada beberapa kedaan:-
 PERKEMBANGAN PUSAT-PUSAT PELANCONGAN ALA BARAT. 
 PUSAT-PUSAT KAROAKE, PUB DAN BUDAYA PERJUDIAN. 
 KONSERT-KONSERT ROCK DAN HEAVY–METAL. 
 KEKURANGAN ROLE MODEL DALAM MASYARAKAT. 
 PENGARUH MEDIA MASSA KEPADA MASYARAKAT
 INTERNET 
 Siaran-siaran TV dan tayangan video
 Diantara contoh-contoh rancangan TV yang pada pengamatan saya
boleh mempengaruhi akhlak masyarkat kita pada hari ini
 UNDANG-UNDANG YANG TIDAK SETIMPAL
 Hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan perbuatan mereka.
5. Kesan terhadap mangsa sumbang mahram
 Mangsa mengalami tekanan perasaan dan emosi.
6. Hukuman yang dikenakan terhadap pesalah
 SEKSYEN 375 DAN 376
 SEKSYEN 376A
 ENAKMEN NO.9 NEGERI SELANGOR
 HUKUMAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM
7. Kesimpulan
 Sumbang mahram adalah petanda penyakit masyarakat yang pudar dan
rapuh akhlaknya. Ia adalah kesan kehidupan yang jauh menyimpang
daripada nilai-nilai ketuhanan dan cara hidup yang sebenar. Satu
rancangan bersepadu membabitkan perumahan, pendidikan dan
kemudahan,prasarana penting untuk memastikan gejala sosial ini
dibendung. Penderaan seks melalui sumbang mahram ini menjadi akar
kepada penyakit sosial yang lain seperti pelacuran, penyebaran AIDS,
peningkatan homoseks dan keciciran. Keciciran pula boleh membawa
kepada perlakuan jenayah lain seperti rompakan, pembunuhan dan
permusuhan.
8. Lampiran
9. Rujukan

Anda mungkin juga menyukai