Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang

langkah-langkah untuk menangani masalah vandalisme. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Berjuta-juta ringgit dibelanjakan setiap tahun sama ada oleh pihak kerajaan atau oleh
pihak swasta untuk menyediakan pelbagai kemudahan demi kesejahteraan orang ramai.
Namun begitu, kegiatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari kian
meningkat sama ada di bandar besar atau di kampung-kampung. Kegiatan pihak yang tidak
bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi. Pihak kerajaan terpaksa
mengeluarkan wang yang banyak untuk memperbaiki harta benda awam yang dirosakkan
sewenang-wenangnya itu.
Sebagai anggota masyarakat, kita haruslah turut memainkan peranan untuk
membanteras kegiatan vandalisme daripada berleluasa. Kita harusah prihatin dan segera
mengambil tindakan tanpa mengharapkan pihak berkuasa membuat tangkapan. Dalam hal ini,
Jawatankuasa Keselamatan kawasan yang berkenaan perlu bergabung tenaga untuk
mengawal kawasan masing-masing. Selain itu, pendidikan merupakan tunjang utama yang
dapat mengubati penyakit sosial ini. Di peringkat sekolah, pendidikan berkemungkinan mampu
memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang cinta terhadap harta benda awam dan
menghargai harta benda tersebut.
Sementara itu, individu yang didapati bersalah melakukan kegiatan vandalisme
harus dikenakan hukuman yang lebih berat sebagai jalan pencegahan yang paling berkesan.
Ada sesetengah pihak yang mahu supaya pesalah vandalisme dihukum dengan melakukan
kerja khidmat sosial seperti membersihkan tandas awam. Diharapkan hukuman ini adalah
sebagai teladan dan pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan
vandalisme.
Selain itu, program tindakan bersama boleh diambil seperti menganjurkan pameran
yang melibatkan pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan seperti Polis, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, dan sebagainya. Dalam hal ini, pihak yang berkuasa sentiasa berusaha sedaya
upaya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya sikap memelihara harta
benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang dianggotai jabatan
lain dan agensi kerajaan. Pelbagai program dan kempen dijalankan oleh Jawatankuasa
Antivandalisme yang turut melibatkan para pelajar dan remaja. Hal ini demikian kerana
golongan remaja merupakan aset penting yang akan menerajui negara pada masa hadapan.
Diharapkan melalui kempen dan program yang dijalankan ini, sikap bertanggungjawab dan
perasaan sayang terhadap harta benda awam dapat disematkan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana

“Vandalisme Sifar-Matlamat kita”. Dewan Siswa, 2008)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang

Anda mungkin juga menyukai