Anda di halaman 1dari 10

4.

0 Ciri-ciri Utama dalam Setiap Peringkat ke Arah Penggubalan

Perlembagaan

Bermula sejak Tanah Melayu berada di bawah naungan Inggeris. Selepas Jepun
menyerah kalah, Inggeris telah memperkenalkan gagasan Malayan Union yang
kemudiannya dimansuhkan kerana tentangan daripada orang Melayu dan digantikan
dengan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini
berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Akta Kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa British di Tanah Melayu.
Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang.

PERLEMBANGAAN MALAYAN UNION 1946


Selepas Perang Dunia Kedua, Kolonial British telah memerintah semula
Tanah Melayu menerusi Perlembangaan Malayan Union. Ia merupakan suatu
perancangan yang strategik di bawah Malayan Planning Unit (MPU) yang
ditubuhkan pada bulan Julai 1943. MPU diketuai oleh Ralph Hone yang ketika itu
menjadi Ketua Jabatan Asia Tenggara di Pejabat Tanah Jajahan
(Simandjuntak,1985). Pada 1 Apiril 1946, kerajaan Malaysia Union telah
diisytiharkan secara rasmi yang diketuai oleh Edward Gent. Antara kandungan
utama perlembangan Malayan Union adalah:
I. Sebuah Malayan Union bagi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu
termasuk Pulau Pinang.
II. Kerajaan berasingan bagi tanah jajahan Singapura.
III. Seorang Gabenor Jeneral bagi kedua-dua Malayan Union dan jajahan
Singapura.
IV. Kuasa yang ada pada raja-raja terlalu sedikit dan kuasa telah dipindahkan
kepada baginda Queen.
V. Hak istimewa orang Melayu dihapuskan dan digantikan dengan hak sama
rata untuk semua kaum.
VI. Kewarganegaraan serupa bagi Malayan Union dan jajahan Singapura
VII. Sistem keadilan mengikut undang-undang Bristish dan mahkamah rayuan
di Privy Council.
Perkara mengenai kerayatan atau kewarganegaraan menjadi isu utama dan
hangat dibincangkan khususnya di kalangan orang Melayu. Ini disebabkan
pemberian kerakyatan adalah terlalu longgar dan mudah. Menurut Ramlah
(1978), orang yang boleh mendapat kerakyatan ini adalah:
I. Yang dilahirkan di dalam negeri-negeri Union atau tanah jajahan
Singapura
II. Pada tarikh dikuatkuasakan perintah Majlis Mesyuarat telah tinggal di
sini selama 10 tahun dan 15 tahun yang lalu
III. Yang telah tinggal di Negeri Union atau di tanah jajahan Singpura
selama 5 tahun
IV. Rakyat Bristish yang boleh mendapat kerakyatan ini tanpa hilang
kerakyatan Britishnya, dan
V. Orang-orang (kecualilah yang dilahirkan di sini) yang mengankat
sumpah setia kepada Malayan Union.

PERLEMBANGAAN RAKYAT 1947


PKMM yang menerajui Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) di bawah
kepimpinan Dr.Burhanuddin Al-Helmi telah megadakan perundingan dengan Tan
Cheng Lock yang mewakili All Malayan Council oj Joint Action (AMCJA)
(Soh,1960). Pada tanggal 4-7 Julai 1947, kedua-dua pertubuhan ini bersetuju
mencadangkan Perlembagaan Rakyat kepada kerajaan British yang
mengandungi sepuluh perkara asas dalam perlembagaan ini merangkumi hak
demokrasi rakyat, pemerintah beraja yang berperlembagaan dan konsep hak
ketuanan Melayu serta konsep kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh
Dr.Burhanuddin (Saliha,1986). Enam prinsip yang awal diputuskan oleh AMCJA,
manakala empat prinsip lagi dicadangkan oleh PUTERA, iaitu (Kamarudin
Jaffar,1980):
I. Malaya bersatu, termasuk Singapura.
II. Satu dewan perundangan pusat bagi seluruh Malaya dengan keseluruhan
ahlinya dipilih oleh orang ramai.
III. Hak politik yang sama bagi semua orang yang menganggap Malaya
sebagai tanah airnya dan sebagai tumpuan taat setianya.
IV. Sultan Melayu harus mengambil tempatnya sebagai raja
berperlembagaan yang berdaulat penuh menerima nasihat rakyat melalui
institusi-institusi yang demokratik bukan ‘penasihat-penasihat’ British
V. Perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam dan adat
istiadat Melayu harus diletakkan dalam penguasaan orang-orang Melayu
semata-mata
VI. Bahasa Melayu harus menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
yang tunggal bagi Melaya.
VII. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri harus menjadi tanggungjawab
bersama kerajaan Malaya dan kerajaan British.
VIII. Kerakyatan Malaya harus dinamakan Melayu
IX. Perhatian khas harus diberi kepada kemajuan orang-orang Melayu.
X. Merah dan putih harus dimasukkan sebagai latar bendera kebangsaan
Melaya.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948


Selepas penentangan yang kuat terhadap perlembagaan Malayan Union,
kerajaan British telah berunding dengan pemimpin UMNO dan wakil raja-raja
Melayu mengenai cadangan perlembagaan yang baru. Akhirnya kerajaan British
bersetuju untuk mengadakan beberapa perubahan dalam perlembagaan. Mulai 1
Februari 1948, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan
untuk menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Antara kandungan utama
perlembagaan tersebut adalah:
I. Persekutuan mengandungi sembilan negeri Melayu dan dua negeri Selat.
II. Singapura tetap diasingkan sebagai sebuah tanah jajahan Mahkota.
III. Pembentukan sebuah kerajaam pusat yang kuat dengan kuasa legislatif
yang meluas menerusi Majlis Legislatif Persekutuan.
IV. Ketua kerajaan ialah Pesuruhjaya Tinggi British yang dilantik oleh baginda
Queen.
V. Majlis Eksekutif Persekutuan juga ditubuhkan untuk memberi nasihat
kepada Pesuruhjaya Tinggi termasuklah Ketua Setiausaha Negara,
Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan.
VI. Kewujudan kerajaan-kerajaan negeri dengan kuasa yang terhad.
VII. Kedudukan dan fungsi raja-raja telah dipulihkan semula.
VIII. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan.
IX. Pemberian kewarganegaraan diperketatkan melalui syarat-syarat tertentu.

Berdasarkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini, jelas


menunjukkan tidak banyak perubahan yang ketara mengenai isu kandungannya.
Perkara yang berubah ialah mengenai sistem pentadbiran, iaitu dikekalkan.
Dalam hal berkaitan, terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan
kerajaan negeri. Namun kuasa yang diberikan kepada kerajaan pusat adalah
lebih banyak berbanding dengan kerajaan negeri. Justeru itu, perubahan
perlembagaan ini hanya bersifat psikologi sahaja untuk mengurangkan
penentangan di kalangan penduduk Tanah Melayu.

PERLEMBAGAAN MERDEKA 1957


Setelah Perti Perikatan memenangi pilihanraya Persekutuan tahun 1955,
kepimpinannya telah menghantar satu rombongan yang diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman ke London pada 1 Januari 1956 untuk merundingkan soal
kemerdekaan negara, sepertimana yang diperjuangkan dalam manisfesto
pilihanrayanya (Tungku Abdul Rahman,1980). Ahli-ahli rombongan tersebut
termasuklah Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abd. Rahman, Dato’
Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil,T.H.Tan dan V.T.Sambanthan.
Menurut Mohamed Sufian (1994), Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri
asas berikut:
a) Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.
b) Sebagai negara raja berperlembagaan.
c) Sebagai negara demokrasi berparlimen.
d) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan
Malaysia sebagai negara teokrasi, dan dengan jelas menjamin
kebebasan beragama.
e) Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan
kebebasan undang-undang.
f) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga
cabang kerajaan, iaitu Parlimen, Eksekutif dan Badan Kehakiman
yang mempunyai status yang sama dan setiap satunya mempunyai
fungsi dan tanggungjawab yang berbeza.
g) Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang
berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif,
malah mempunyai bidang kuasa yang ekslusif untuk menentukan
pertikaian dan hak-hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan.

Pelembagaan Persekutuan juga memperuntukkan hak kebebasan asasi


bagi setiap rakyat. Terdapat sembilan kebebasan atau hak digolongkan sebagai
asasi, iaitu:
I. Kebebasan diri
II. Bebas dari menjadi abdi dan menjalankan kerja paksa
III. Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat
kuasa ke belakang dan pembicaraan ulang
IV. Sama rata
V. Larangan buangan negeri dan kebebasan bergerak
VI. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
VII. Kebebasan agama
VIII. Hak-hak berkenaan dengan pelajaran dan
IX. Hak terhadap harta.
Perlembagaan negara yang merdeka meliputi perkara berikut, iaitu:
Bahagian 1: Negeri-negeri, agama dan undang-undang bagi Persekutuan
Bahagian 2: Kebebasan asasi
Bahagian 3: Kewarganegaraan
Bahagian 4: Persekutuan
Bahagian 5: Negeri-negeri
Bahagian 6: Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
Bahagian 7: Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8: Pilihanraya
Bahagian 9: Perhakiman
Bahagian 10: Perkhidmatan Awam
Bahagian 11: Kuasa-kuasa khas menentang perbuatan subversif dan
kuasa-kuasa darurat
Bahagian 12: Am dan pelbagai
Bahagian 12A: Pelindungan tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan
Sarawak
Bahagian 13: Peruntukan sementara dan peralihan
Bahagian 14: Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
Bahaigian 15: Prosiding Terhadap Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja

Dalam perlembagaan Malaysia, dinyatakan bahawa kerajaan Persekutuan


adalah lebih utama dan agung berbanding dengan kerajaan negeri. Sebarang
penggubalan perlembagaan negeri mestilah tidak bercanggah dengan
perlembagaan Persekutuan. Fenomena ini juga boleh berdasarkan pengagihan
kuasa kepada kerajaan pusat adalah lebih banyak berbanding kerajaan negeri.
Perbahagian adalah seperti berikut; (Mansour, 1982)
SENARAI PERSEKUTUAN:
I. Pertahanan dan keselamatan
II. Hal ehwal luar negeri
III. Keselamatan dalam negeri
IV. Undang-undang jenayah dan sivil
V. Kewarganegaraan
VI. Pilihanraya Persekutuan
VII. Kewangan dan perbendaharaan
VIII. Perdagangan, perniagaan dan perindustrian
IX. Perkapalan
X. Pengangkutan
XI. Kerjaraya Persekutuan dan tenaga
XII. Ukur
XIII. Pendidikan
XIV. Kesihatan dan perubatan
XV. Buruh dan kebajikan sosial
XVI. Kebajikan orang asli
XVII. Perkerjaan ikhtisas
XVIII. Hari kelepasan am Persekutuan
XIX. Persatuan
XX. Kawalan pertanian
XXI. Penerbitan
XXII. Penapisan
XXIII. Panggung wayang gambar dan tempat hiburan awam (kecuali lesen)
XXIV. Perumahan Persekutuan
XXV. Syarikat kerjasama atau koperasi

SENARAI NEGERI:
I. Undang-undang orang Muslim, agama dan adat Melayu
II. Tanah
III. Pertanian dan perhutanan
IV. Kerajaan Tempatan
V. Perkhidmatan tempatan
VI. Kerjaraya Negeri dan air
VII. Jentera Kerajaan Negeri
VIII. Hari Kelepasan Negeri
IX. Penyu dan penangkapan ikan di sungai

SENARAI BERSAMA:
I. Kebajikan sosial
II. Biasiswa
III. Perlindungan binatang liar, taman kebangsaan
IV. Perusahaan ternakan
V. Perancangan bandar dan desa
VI. Pengembaraan
VII. Kesihatan awam, peraturan kesihatan dan pencegahan
VIII. Pengairan dan pengairan
IX. Pemulihan tanah perlombongan

Kandungan perlembagaan merupakan sesuatu yang rumit tetapi ia perlu


dijunjung oleh semua rakyat. Biasanya institusi kehakiman yang metafsirkannya
menerusi perlaksanaan undang-undang. Ini disebabkan mereka mempunyai
kewibadian yang tinggi untuk metafsir setiap satunya berdasarkan pendekatan
undang-undang.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1963


Penubuhan Malaysia pada tanggal 16 September 1963 yang meliputi Tanah
Melayu, Singapura dan Sarawak telah menyebabkan tambahan kepada
perlembagaan negara yang tersendiri pada 9 Ogos 1965. justeru itu, terdapat
perbezaan perlembagaan untuk Sabah dan Sarawak. Antaranya adalah:
I. Kedua-dua negeri tidak mempunyai agama rasmi
II. Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa rasmi
III. Tambahan perlemgaan bagi kedua-kedua negeri dalam perlembagaan
persekutuan
IV. Ketua bagi persekutuan- Ketua Negeri tidak boleh menjadi Ketua Negara
bagi Persekutuan
V. Nama bagi Persekutuan ialah Malaysia bukan Melayu Raya
VI. Imigresen diletakkan di bawah kuasa pusat, tetapi memasuki Sabah dan
Sarawak di bawah kerajaan negeri
VII. Tiada hak untuk succesion
VIII. Borneonisation- keutamaan dalam perkhidmatan awam
IX. Pengawai-pengawai British dikekalkan sehingga perlantikan orang
tempatan yang berkelayakan
X. Kerakyatan- mereka yang lahir selepas penubuhan Malaysia adalah
warganegara Persekutuan
XI. Kerajaan negeri berhak mengawal sendiri mengenai hal kewangan,
tabung pembangunan dan tarif
XII. Kedudukan istimewa bagi bumiputera tempatan
XIII. Kerajaan Negeri- perlantikan Ketua Menteri daripada ahli tidak rasmi
Majlis Legislatif dan pembentukan sistem kementerian yang sempurna
begi ketua-ketua negeri
XIV. Zaman peralihan- diberikan dalam tempoh 7 tahun
XV. Sistem pendidikan sedia ada dikekalkan, tetapi kuasa mengenai
pendidikan di bawah kerajaan negeri
XVI. Pengekalan perlembagaan
XVII. Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan
XVIII. Nama bagi Ketua Negeri – Yang DiPertua Negara
XIX. Nama bagi Negeri- Sabah atau Sarawak
XX. Tanah, hutan, kerajaan Tempatan dan sebagainya- Majlis Tanah Negara
dan Majlis Kebangsaan bagi Kerajaan Tempatan tidak boleh diaplikasikan
di kedua-dua negeri
Kesimpulan:
Perlembagaan negara kita merupakan dokumen yang panjang kerana tiap-tiap
negeri dan pihak yang berkepentingan mendesak supaya jaminan hak masing-
masing dimaktubkan dalam perlembagaan. Sehingga hari ini, ternyata bahawa
Perlembagaan Malaysia kekal utuh dan memandu negara ke arah kemajuan dan
kemakmuran. Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab untuk
mempertahankan kedaulatan perlembagaan.

Anda mungkin juga menyukai