Anda di halaman 1dari 6

PERANAN

Budaya barat adalah satu gejala sosisal yang semakin menular dikalangan
remaja masakini dan masyarakat memainkan peranan yang paling penting dalam
membendung penularan budaya barat yang mengamalkan kebebasan mutlak
seseorang individu tanpa mempedulikan norma kemasyarakatan yang banyak
perbezaan dengan budaya masyarakat timur. Oleh itu, setiap individu yang terdapat
dalam masyarakat tidak kira daripada kerajaan,swasta mahupun daripada pelbagai
lapisan dan masyarakat dan kaum harus memainkan peranan penting dalam
memastikan remaja bebas daripada belengu budaya barat yang merosakkan
ahklak,moral dan perlakuan mereka.

Individu merupakan unit terkecil dan yang paling asas kepada pembentuk
masyarakat dan individu memainkan peranan yang penting sekali untuk mencorak
perilaku dan akhlak sesebuah masyarakat. Individu yang harus memainkan peranan
utama dalam mencegah penularan budaya barat ialah remaja itu sendiri. Remaja
tersebut harus mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai keburukan budaya barat
yang langsung tidak mementingkan norma atau nilai yang baik untuk dicontohi.
Remaja juga harus mempunyai keyakinan diri yang tinggi supaya budaya barat itu
tidak menular keatas diri dan menjadi sesuatu yang diamalkan dalam kehidupan
seharian yang boleh dijangkiti kepada individu yang lain menyebabkan kepincangan
dalam masyarakat tersebut dan menjadi satu penyakit sosial kepada masyarakat.
Remaja juga harus mempunyai jati diri yang baik dan berbangga dengan budaya
timur yang mementingkan aspek moral yang tinggi dalam kehidupan seharian.
Contohnya, dalam budaya melayu, menghormati yang lebih tua dan menyayangi
yang lebih muda merupakan budaya orang melayu sejak turun-temurun dan harus
dipraktikkan dalam kehidupan seharian remaja tersebut supaya budaya itu tidak
lapuk ditelan zaman.

Selain daripada remaja, individu lain yang turut memainkan peranan utama
dalam mencegah penularan budaya barat dalam minda dan moral remaja masakini
ialah individu yang paling rapat dengan golongan tersebut iaitu ibubapa. Tidak
dinafikan bahawa ibubapa merupakan punca utama penyumbang berlakunya
pelbagai gejala sosial yang menimpa remaja pada akhir-akhir ini selain daripada
pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana sikap atau tingkahlaku ibubapa itu sendiri
yang sibuk dengan kerjaya dan perniagaan hingga mengabaikan tanggungjawab
sebagai ibubapa menyebabkan anak-anak yang sedang meningkat remaja merasa
terabai dan tidak dipedulikan menyebabkan remaja tersebut memberontak. Apabila
hal ini terjadi, remaja akan cuba meluahkan perasaan terhadap rakan sebaya dan
menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif yang
disuruh oleh rakan-rakan mereka. Ibubapa memainkan peranan membentuk anak-
anak mereka sejak kecil kerana anak yang dilahirkan merupakan kain putih dan
ibubapa yang mencorakkan mereka. Ibubapa perlu memberikan didikan yang
sempurna kepada anak-anak sejak kecil. Hal ini kerana apabila meningkat remaja,
mereka akan melalui pelbagai cabaran dan dugaan dunia yang mencabar dan ini
memerlukan kematangan berfikir kerana apabila tersilap langkah pasti buruk bagi
remaja tersebut seperti contoh terjerumus ke dalam najis dadah. Ibubapa juga perlu
memberikan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya kepada mereka kerana setiap
masalah yang dihadapi oleh remaja, mereka memerlukan tempat mengadu untuk
menyelesaikan masalah, mendapatkan pandangan dan dorongan dan ibubapa
sebagai individu yang paling rapat dengan individu tersebut perlu menggunakan
sepenuh kepercayaan anak mereka seperti masalah percintaan dan sebagainya.
Ibubapa juga perlu memberikan didikan agama yang secukupnya. Hal ini kerana
agama memainkan peranan yang besar dalam membentuk sahsiah diri yang kuat di
dalam diri remaja supaya tidak mudah terjerumus ke kancah budaya barat yang tidak
sihat seperti seks bebas.

Peranan individu ketiga yang penting ialah guru. Guru merupakan individu
atau murabbi yang dipertanggungjawab untuk mendidik remaja dengan memberikan
ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh remaja. Ilmu yang disampaikan bukan saja
berkaitan peperiksaan semata-mata tetapi juga berkaitan estetika dan moral yang
baik. Guru juga perlu menjadi contoh untuk diteladani oleh remaja dengan memupuk
nilai-nilai murni supaya remaja lebih cenderung dalam mengamalkan nilai-nilai murni
tersebut di dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kerana guru dianggap sebagai
‘role model’ bagi remaja untuk membina ahklak yang mulia dalam diri. Guru juga
merupakan contoh terbaik bagi remaja selain mencari ilmu tetapi juga membina
mentaliti yang berfikiran terbuka dalam menghadapi sesuatu permasalahan. Peranan
penting guru dan yang paling utama ialah mendidik pelajar di sekolah bukan sahaja
menyampaikan ilmu akademik malahan menyampaikan ilmu yang berguna dalam
kehidupan seharian.

Selain peranan individu, peranan masyarakat juga penting dalam mencegah


penularan budaya barat dan masyarakat setempat adalah salah satu elemen penting
dalam mencegah penularan budaya barat daripada menular dan ini dapat dilakukan
dengan mewujudkan satu komuniti setempat yang dapat menarik minat remaja
dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk menjauhkan remaja
daripada budaya barat yang tidak sihat. Peranan lain masyarakat ialah memupuk
kembali kebudayaan timur yang penuh dengan tatasusila dan kesopanan yang
tinggi. Perkara ini secara tidak langsung dapat menarik kembali minat remaja untuk
mengamalkan budaya ketimuran seperti contoh kebudayaan kesenian dan lain-lain
lagi.

Peranan kerajaan juga tidak kurang pentingnya dalam mencegah perkara ini
daripada menular dikalangan remaja dan perkara yang dapat dilakukan kerajaan
ialah dengan mengadakan pelbagai program menarik yang dapat menarik minat
remaja seperti Rakan Muda yang banyak menarik minat remaja kerana menyediakan
pelbagai jenis aktiviti yang menarik dan mencabar. Kerajaan juga dapat
menguatkuasakan undang-undang dengan menghadkan atau menapis hiburan yang
berunsurkan budaya barat daripada ditayangkan di kaca televisyen.

Selain itu juga, peranan media massa sebagai satu mekanisme yang
mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan
keperibadian manusia terutamanya remaja. Ia merupakan agen sosialisasi dan
memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan
berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi,
mentaliti dan sahsiah remaja. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman
faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan
dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya budaya barat. Media massa
hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras
dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan
rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan
menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.
KESIMPULAN

Remaja merupakan satu aset yang bernilai dalam melahirkan generasi yang
gemilang dan merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang dan
semua pihak harus mengambil peranan dan menjalankan tanggungjawab sebagai
masyarakat yang prihatin dalam membendung penularan budaya yang tidak sihat
ini daripada terus merosakkan minda dan moral remaja. Remaja zaman ini sering
kali terdedah kepada budaya barat yang sudah lari daripada norma dan nilai murni
dan lebih kepada pemikiran dan gaya hidup yang bebas. Ditambah lagi dengan
kecanggihan teknologi masa kini dan yang membolehkan generasi muda ini
mendapatkan maklumat dengan hanya mengakses ke laman web dan juga
kepesatan dan kemajuan media masa yang memainkan peranan yang besar dalam
menyebarkan pengaruh buruk kepada remaja. Hal ini kerana segala maklumat dapat
disampaikan terus kepada remaja menyebabkan penularan budaya barat keatas
pemikiran dan tingkah laku remaja berubah menjadi liar dan mengamalkan gaya
hidup sosial yang bebas.

Remaja pada masa kini banyak berhadapan dengan dugaan yang sangat
mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi dan memerlukan
dorongan dan sokongan dari segi fizikal dan mental. Hal ini kerana akhir-akhir ini
banyak remaja yang tertewas dan perkara yang berlaku ini memerlukan perhatian
pelbagai pihak untuk mengatasi perkara ini. Perkara utama dalam mencegah
penularan budaya barat ini ialah dengan menerapkan nilai-nilai moral agama islam
yang perlu diterapkan sejak dari kecil lagi. Hal ini kerana agama sangat penting
dalam membentuk keperibadian dan akhlak yang tinggi.

Peringkat yang paling sukar sekali ialah peringkat peralihan daripada zaman
kanak-kanak kepada remaja apabila anak-anak mula menunjukkan perubahan dalam
tingkah laku, dalam pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan nafsu syahwat,
cara gaya, berpakaian, dan lain lain. Inilah peringkat yang penuh dengan berbagai-
bagai pengaruh serta tekanan luar dan kebanyakannya membawa pengaruh yang
tidak baik, iaitu yang melekakan, yang mengkhayalkan, yang menyelewengkan
akidah, yang akhirnya merosakkan akhlak serta menyebabkan pelbagai jenis salah
laku dan jenayah di kalangan remaja. Dengan pembangunan sosioekonomi yang
berlaku begitu pesat sekali, minda , ketahanan iman, jati diri remaja mudah tergugat
akibat dari pengaruh pemikiran yang diimport, budaya dan nilai nilai luaran yang
mencemari serta menghakis keperibadian, nilai dan budaya Timur dan Islam.
Kemewahan dan kebendaan ekoran daripada kekayaan yang dinikmati hasil
daripada usaha-usaha pembangunan ekonomi telah sikit demi sikit mula menghakis
dan mencemari pemikiran, nilai dan budaya remaja. Akhirnya, ketahanan diri remaja
lentur dan pupus mengakibatkan sebahagian daripada mereka terjebak dalam
penagihan dadah, aktiviti-aktiviti jenayah, lepak, pengangguran, maksiat dan
berbagai bagai gejala yang sentiasa didengar dan dibaca dari media elektronik dan
cetak.

Remaja lebih suka berinteraksi dengan rakan sebaya mereka.


Bagaimanapun, mereka lebih suka mengajak kepada kemungkaran dan maksiat dan
sedikit demi sedikit tabiat buruk akan meresap ke dalam jiwa remaja dan akhirnya
alam mereka berubah kepada yang buruk.Remaja sekarang lebih suka menghadap
telivisyen, radio dan komputer daripada bersemuka dengan ibu bapa dan adik
beradik. Ini mempunyai kesan yang begitu negatif sekali kerana dengan keasyikkan
mereka mengabaikan pelajaran.

Pergaulan dengan rakan rakan remaja yang bermasalah mengakibatkan


terdedah kepada tabiat yang negatif. Mereka bermula merokok, minum arak dan
dengan sedikit demi sedikit mereka terdedah kepada aktiviti aktiviti maksiat seperti
disko, kelab malam dan banyak dikalangan mereka terperangkap dalam aktiviti
perzinaan atau lain lain aktiviti seksual di luar nikah. Yang lebih teruk lagi
terperangkap dalam gejala penagihan dadah dan lain jenis jenayah seperti mencuri,
merompak, peras ugut dan lain-lain. Ramai daripada masyarakat masa kini
mengalami berbagai-bagai masalah anak khususnya di peringkat remaja dan zaman
muda mereka.

Para pemimpin dan pentadbir pula perlu mengadakan dasar dan undang-
undang yang menuju ke arah membendung dan jika boleh membasmi terus maksiat
yang kini sedang bermaharajalela di kalangan masyarakat. Menutup tempat-tempat
maksiat seperti kasino, pub, disko, sarang-sarang pelacuran dan sebagainya.
Dalam usaha mencapai matlamat pembentukan akhlak terpuji, nilai-nilai keislaman
perlu menjadi teras dalam kehidupan. Langkah menerapkan keimanan dan
ketakwaan dalam diri anggota masyarakat amatlah penting sebagaimana ditegaskan
oleh Dr. Yusof al-Qardhawi bahawa kepincangan di kalangan umat kini adalah
berpunca dari dalam diri yang mementingkan diri sendiri dan meletakkan kesalahan
di atas bahu orang lain.

Manifestasi daripada keruntuhan akhlak dan moral yang melanda remaja


dewasa ini, maka negara dibebani dengan pelbagai masalah seperti jenayah,
rasuah, pelacuran, penderaan, perjudian, maksiat, zina, sumbang mahram, budaya
kuning, pergaulan bebas, bersekedudukan, dan sebagainya. Corak kehidupan
masyarakat hari ini banyak yang tidak membantu ke arah menangani masalah
keruntuhan akhlak. Contohnya sikap individualistik dan tidak pedulikan jiran.
Melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar makin terhakis. Malahan sesetengah ibu
bapa enggan menerima teguran dan nasihat. Berlaku perbalahan dengan jiran
kerana tegur menegur kelakuan anak-anak. Guru turut menjadi sasaran ibu bapa
kerana menggunakan sedikit ketegasan dalam mendisiplinkan pelajar.

Pengaruh media elektronik dan media cetak yang menonjolkan ‘budaya hawa
nafsu’ dikatakan di antara punca keruntuhan akhlak remaja. Banyak bahan yang
disiarkan sama ada dari filem Barat, drama tempatan, iklan-iklan perniagaan
sebagainya memaparkan adegan-adegan yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam.
Media memberikan cermin diri kepada remaja mengenai gaya hidup yang jauh beza
dan janggalnya dengan cara hidup budaya masyarakat timur. Remaja harus
menjaga akhlak Islamiah, nilai-nilai moral yang tinggi yang menjadi warisan dan
contoh-contoh yang baik yang patut diikuti untuk kebaikan dunia dan akhirat.
“Demi masa, manusia sentiasa di dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman
dan beramal salih, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan
dengan kesabaran.” (al-‘Asr)

Anda mungkin juga menyukai