Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Seperti yang kita sedia maklum, permainan tradisional merupakan sejenis


permainan warisan nenek moyang kita dahulu. Terdapat pelbagai jenis
permainan tradisional yang popular di negara kita, dan setiap permainan
mempunyai nama dan corak permainan yang berbeza.

Permainan tradisional mengandungi banyak nilai, falsafah, dan unsur


Pendidikan yang tersirat dan perlu dihayati serta dipraktikan. Permainan
tradisional juga dapat menerapkan kemahiran sosial kapada setiap pemainnya.
Ini dapat dipraktikan melalui cara permainanya yang melibatkan dua orang dan
lebih.Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan interaksi sosial, toleransi
serta semangat kerjasama di antara pemainnya.

Permainan tradisional juga di kenali sebagai permainan rakyat. Ada


diantara permainan ini yang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu
bapa dan datuk nenek kita sahaja. Akan tetapi, terdapat juga jenis permainan
tradisional yang masih kekal dimainkan oleh anak-anak kita pada hari ini. Tidak
lain dan tidak bukan, ialah congkak.
Latar belakang permainan congkak.

Congkak merupakan permainan rakyat yang sudah lama berkembang di


kawasan perkampungan melayu dan dipanggil dengan sebutan yang berbeza-
beza. Di Malaysia dan beberapa daerah di Kepulauan Riau, permainan congkak
masih di kenali sebangai congkak, di Filipina di kenali sebagai sungka, di
Srilanka disebut cangka, manakala di daerah-daerah kepulauan jawa
menamakan permainan congkak ini dengan gelaran congklak. Terdapat
perbezaan nama dari segi tempat, namun corak dan konsep permainan masih
menggunakan tunjang dan prinsip yang sama.

Sebagai makluman, permainan congkak berasal dari Timur Tengah dan


tersebar di Asia Tenggara terutamanya kerajaan melayu Melaka. Ini terjadi
ekoran daripada dunia perdangan yang pesat membangun ketika itu. Permainan
ini berkembang pada masa kesultanan Melaka pada abad ke-15, di mana
permainan congkak ini hanya dimainkan di kalangan keluarga istana sahaja.
Dalam sejarahnya, permainan congkak ini mula terkenal di daerah Tanjung
Pinang pada awal abad ke-17 sampai 18 Masihi.

Pada awalnya, permainan congkak hanya dimainkan di kalangan kerabat


istana dan bangsawan. Selain kerabat istana, congkak juga dimainkan oleh
rakyat biasa juga tetapi terbatas kepada kepada kelompok sosial tertentu sahaja
seperti kelompok nelayan dan petani sahaja.

Permaina congkak ini merupakan permainan tradisional Melayu yang


menggunakan papan kayu yang berlobang atau lubang yang dibuat di atas
tanah. Manakala buahnya pula yang biasanya menggunakan biji getah, dan biji
guli sebagai bahan utama yang dipanggil sebagai biji congkak. Peralatan yang
digunakan untuk bermain congkak juga biasanya diperbuat daripada batang
pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk
kapala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papannya
pula diukir dengan pelbagai ukiran melayu. Lubang congkak adalah sebesar
9sm, manakala kedalamannya pula adalah sedalam 7sm. Sekiranya permainan
congkak di mainkan di atas tanah, lubang haruslah digali dan kemudian
tempurung kelapa diletakkan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Harus
diingatkan, lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu
sama lain dan disebut sebagai kampung. Pada penghujung kampung tersebut,
terdapat sebuah lubang besar yang dalam dan dinamakan sebagai rumah.
Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak yang sering
digunakan adalah lima, tujuh, atau sembilan sebaris. Manakala kampung-
kampung ini haruslah diisi dengan buah congkak mengikut jumlah bilangan yang
sama banyak.

lubang kecil(kampung)

lubang besar(rumah)

Gambar 1 : congkak
Cara Bermain Congkak.

Permainan congkak bertujuan menguji kecekapan pemain untuk


mendapatkan seberapa banyak buah yang dimiliki oleh pihak lawan.
Kebiasaannya, permainan congkak boleh dibahagikan kepada dua acara iaitu
secara perseorangan dan berpasukan. Jumlah maksimum pemain bagi
permainan secara perseorangan adalah tidak terhad tetapi genap. Manakala
jumlah minimum mestilah dua orang. Berikut adalah peraturan dan cara bermain
congkak secara terperinci:

1. Congkak dimainkan di papan congkak yang berukuran panjang dan lebar


50x20 cm dengan ketebalan 8 cm. Ada juga jenis yang lain, seperti
bentuk papan yang mirip perahu kecil atau jenis-jenis lain yang tidak
mengikut ukurannya. Akan tetapi, ianya masih menggunakan peraturan
permainan yang sama terutamanya jumlah lubang congkak.
2. Lubang congkak sebanyak 16 buah, iaitu 2 buah lubang rumah / induk
dan 14 buah lubang kampung. Manakala, buah congkak berjumlah 49
buah untuk setiap pemain.
3. Setiap pemain memiliki 7 buah lubang kampung dan 1 buah lubang
rumah/ induk yang terletak di sebelah kiri pemain. Lubang yang boleh
diisi dengan buah congkak adalah lubang kampung dan masing-masing
diisi sebanyak 7 buah.
4. Pemain terdiri daripada dua orang. Mereka akn duduk bertentengan
menghadap papan congkak.
5. Permainan dimulakan dengan mengambil semua buah dari mana-mana
lubang yang di hadapannya secara serentak.
6. Mereka akan memasukkan satu buah ke dalam setiap lubang kecuali
rumah pemain lawan.
7. Pergerakan pemain mengikut pusingan jam.
8. Buah yang diambil akan diisikan ke dalam sebuah rumah yag dilalui
termasuk ibu rumah sendiri.
9. Pemain tidak boleh meneruskan permainan apabila buah terakhir di dalam
tangan jatuh di dalam rumah kosong.
10. Jika pemain berhenti di rumah kosong sendiri, pemain layak mengambil isi
rumah yang setentang dengannya dan dimasukkan ke dalam ibu rumah
sendiri sebagai ganjaran. Proses ini dinamakan menembak.
11. Menembak hanya boleh dilakukan sekiranya pemain selesai membuat
satu pusingan pertama ataupun lebih. Sekiranya berhenti di rumah
kosong lawan pemain tidak berhak menembak.
12. Pemain yang mempunyai bilangan anak buah yang banyak dalam ibu
rumah dikira sebagai pemenang.
13. Bagi pusingan yang kedua pula, buah yang terkumpul dalam ibu rumah
diagihkan semula ke dalam rumah sendiri. Rumah yang tidak cukup
buahnya dikira terbakar dan tidak boleh digunakan lagi dalam pusingan
itu.
14. Pemain akan menutup lubang yang tidak dapat diisi dengan 7 buah.
Pemain akan memasukkan semula lebihan buah ke dalam ibu rumah.
15. Pemain yang tidak mempunyai rumah terbakar akan memulakan
permainan pusingan itu.

Gambar 2 : Pertandingan congkak sedang berlangsung.


Faedah Pembelajaran dan Teori.

Belajar melalui bermain merupakan jalan alternatif kepada pendekatan


pengajaran di peringkat sekolah terutamanya peringkat sekolah rendah dan
kanak-kanak. Bermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek
perkembangan seseorang murid itu terutamanya dalam aspek pengembangan
daya kreatif, fizikal, bahasa, sosioemosi dan moral. Ini bertepatan dengan
konsep JERI iaitu perkembangan berkaitan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
seseorang kanak-kanak itu.

Permainan congkak merupakan salah satu permainan tradisional yang


mampu menggalakkan perkembangan JERI seseorang kanak-kanak itu. Ini
dapat diaplikasikan melalui perkembangan kognitif mereka, iaitu kesungguhan
mereka berfikir bagaimana untuk memenangi permainan dalam menewaskan
pihak lawan melalui pelbagai percubaan. Belajar melalui pengalaman
sebelumnya secara langsung dan menggunakan kaedah cuba jaya, kanak-kanak
akan sedaya upayanya merancang strategi baru untuk memenangi perlawanan
itu. Perihal ini sangat berkaitan dengan teori pembelajaran Thorndike, di mana
Thorndike menyatakan pembelajaran merupakan proses cuba ralat melalui
hukum latihan. Ini dimana, kanak-kanak semasa bermain secara tidak langsung
akan menghubungkaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Proses ini akan
bertambah kukuh lagi jika latihan dan pengukuhan diaplikasikan bersama
sekerap yang mungkin. Melalui permainan congkak ini juga, kanak-kanak dapat
mengembangkan lagi daya kreatif dan memberi peluang daya cipta tanpa had
kepada mereka. Ini jelas dapat dihubungkaitkan melalui bermain seseorang
kanak-kanak itu akan berfikir sekaligus mangaktifkan sel-sel neuron dalam otak
mereka. Proses ini akan menggalakkan lagi perkembangan jasmani seseorang
kanak-kanak itu.
Permainan congkak ini juga turut membantu dari segi perkembangan
emosi kanak-kanak itu. Emosi akan terbentuk apabila belajar sambil bermain.
Mereka akan sentiasa mengawal emosi mereka semasa mereka bermain.
Selain itu, mereka juga akan mencapai kepuasan mereka dan dapat melepaskan
tekanan yang dihadapi mereka semasa bermain. Selain dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang santai tanpa paksaan, mereka juga berpeluang
meningkatkan keyakinan mereka. Ini dapat memberi dorongan dan motivasi
kepada diri mereka. Aspek pembelajaran ini dapat diaplikasikan dengan hukum
kesediaan oleh Thorndike, di mana beliau berpendapat “ Apabila seseorang
pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya akan menghasilkan
kepuasan”. Selain itu, dengan bermain kanak-kanak dapat menghasilkan emosi
negatif dan positif. Emosi positif terhasil apabila perasaan gembira dan terhibur
mereka tercipta apabila mereka bertemu dengan rakan-rakan sepermainan
mereka. Komunikasi dan pergaulan sudah tentu menyumbang kepada
penghasilan emosi itu tadi. Kesan yang berlaku dalam proses belajar sambil
bermain ini juga turut mendatangkan perasaan sedih kepada mereka. Ini terjadi
apabila mereka dikalahkan oleh pihak lawan semasa perlawanan atau
permainan mereka berlangsung. Perasaan kecewa ini akan mencetuskan emosi
negatif. Dalam kedua-dua situasi ini, impak yang diberikan adalah sama iaitu
mereka dapat mendidik diri mereka dengan cara mengawal segala tekanan
yang dihadapi mereka dalam memupuk keyakinan diri. Hal ini amtlah berkait
dengan teori pelaziman Thorndike, di mana ikatan rangsangan dengan gerak
balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperoleh kesan yang
memuaskan selepas gerak balas dihasilkan. Sebaliknya, gerak balas yang tidak
mendatangkan hasil yang berkesan akan menjadi lemah khasnya gerak balas
yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang seronok.

Dalam prinsip JERI, perkembangan intelek tidak harus dilupakan. Aspek


intelek dapat diaplikasikan melalui permainan congkak ini dengan melibatkan
proses pengiraan. Semasa bermain, kanak-kanak akan megira guli yang akan
dimasukkan ke dalam kampung dan mengira guli yang berada di dalam rumah.
Hal ini sudah pasti dapat meningkatkan lagi penguasaan khususnya dalam
subjek matematik di kalangan kanak-kanak semasa mereka bermain. Sebelum
memulakan permainan, pemain congkak akan mengira terlebih dahulu biji guli
iaitu sebanyak 49 biji guli bagi setiap pemain. Semasa proses mengira guli ini
dilakukan secara tidak langsung pelajar akan mendapat kemahiran mengira. Ini
secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi pemikiran logikal maematik
seseorang kanak-kanak itu.

Perkembangan dari segi intelek ini amatlah bersangkutan dengan teori


pembelajaran Bruner. Di dalam teori ini, Bruner menyatakan yang pembelajaran
berlaku dalam tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik, dan simbolik. Bagi
memudahkan pemahaman murid, amat penting bagi mereka menimba
pengalaman secara memegang dan memanipulasi objek maujud dan menyentuh
objek yang hidup. Kanak-kanak juga berkebolehan mengunakan bahan secara
grafik atau mental seperti membuat pengiraan mental. Oleh itu, amatlah terbukti
bermain sambil belajar ini dapat meningkatkan perkembangan intelek kanak-
kanak itu.

Teknik permainan congkak juga turut dapat diaplikasikan dalam pelajaran


dalam pelajaran Pendidikan Jasmani. Pemain congkak memerlukan kekuatan
otot tangan semasa memainkan permainan ini. Pelajar akan memasukkan biji
guli ke dalam lubang kecil dan lubang besar secara berulang kali.Melalui proses
berulang kali memasukkan biji guli ini secara tidak langsung akan dapat
menguatkan otot jari dan otot lengan iaitu bisep dan trisep.

Permainan congkak ini memerlukan pemainnya duduk secara bersimpuh


ataupun bersila. Duduk secara bersila dan bersimpuh ini sememangnya dapat
meregangkan otot kaki dan pinggang bersesuaian dengan pengajaran
Pendidikan jasmani yang memerlukan regangan otot-otot untuk kesihatan tubuh
badan manusia.
Penutup

Kesimpulannya, belajar sambil bermain bukan sahaja menceriakan


suasana alam belajar bagi kanak-kanak bahkan dapat membentuk sikap
peribadi pelajar tersebut. Kanak-kanak yang terdedah dalam permainan semasa
kecil biasanya mempunyai kekuatan , keyakinan diri dalam pembentukan emosi
mereka. Kanak-kanak perlu diberi kebebasan sepenuhnya secara terkawal
dalam memilih permainan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka
agar mereka dapat berinteraksi dengan alam, rakan sebaya dan menyesuaikan
diri dalam pelbagai situasi.
Rujukan

Mok Song Sang (2008): Psikologi Pendidikan dan Pedagogi:Murid dan

Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. : Puchong, Selangor.

Nani Menon (2008). Permainan, Lagu dan Puisi Kanak-kanak. PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd. :Kuala Lumpur.

www.pts.com.my

http://library.thinkquest.org/coo1252F/aesthetics/games/congkak/htm

http://www. information.gov.bn/bdnewsletter/index.php

http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm
MAKTAB PERGURUAN ILMU KHAS
JALAN YAACOB LATIF,
93000 CHERAS,
KUALA LUMPUR

KERJA KURSUS PENDEK

BELAJAR SAMBIL BERMAIN

PERMAINAN TRADISIONAL, LATAR BELAKANG DAN CARA PERMAINAN, FAEDAH


SERTA KAITANNYA DENGAN (JERI) DAN KAITANNYA DENGAN TEORI PEMBELAJARAN

FATIMAH BINTI ABD HADI


( 700831- 10 -5418 )

KUMPULAN / UNIT :
1.2 MASALAH PENGLIHATAN

MATA PELAJARAN :
EDU 3103 : MURID DAN ALAM BELAJAR

NAMA PENSYARAH :
EN. CHIN MEI KEONG

Anda mungkin juga menyukai