Anda di halaman 1dari 26

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Rancangan Pengajaran Harian KSSR

Hari : Rabu

Masa : 8.15 pagi – 9.15 pagi

Kelas : 1 Bijak

Bilangan Murid : 15 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU

TAJUK Mengenal bunyi di sekeliling kita

FOKUS UTAMA STANDARD 1.1. Asas mendengar dan memberikan respons dengan betul terhadap

1
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

KANDUNGAN pelbagai bunyi dalam persekitaran

1.6. Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara


daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

STANDARD 1.1.2. Mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam persekitaran


PEMBELAJARAN yang didengar dengan betul.

1.6.2. Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat daripada


pelbagai sumber secara bertatasusila

FOKUS STANDARD 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat
SAMPINGAN KANDUNGAN daripada pelbagai bahan untuk member respon dengan betul.

STANDARD 2.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea
PEMBELAJARAN utama dalam pelbagai bahan dengan tepat.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

2
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

i. Mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam sesuatu persekitaran yang


didengar dengan betul.
Ii Menyampaikan maklumat dengan tepat berdasarkan sumber secara
bertatasusila.
iii. Membezakan benda hidup dengan benda bukan hidup.
Iv. Membaca dan memahami maklumat berdasarkan teks yang diberikan.
PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu : Sains
ii. KBT : Kecerdasan Pelbagai; Verbal linguistik, Kinestetik
dan Naturalis
Kemahiran Berfikir ; Menjana idea
iii. Nilai Murni : Keberanian, yakin diri dan bekerjasama.
iv. Kajian Masa Depan
MEDIA Petikan dalam bentuk ICT,laptop, speaker, papan dam ular

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN

3
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Set Induksi -Guru memasang lagu “Pak Mamat -Guru memainkan lagu “Pak Mamat Ada ABM:
Ada Kebun” Kebun”
(5 minit) i) Speaker
- Apakah bunyi haiwan yang - Murid menyanyikan lagu bersama- ii) Laptop
terdapat di dalam lagu sama guru berdasarkan lirik yang tertera
tersebut? di laptop

Jawapan: moo...moo -guru bersoal jawab dengan murid Kecerdasan Pelbagai;


berkaitan lagu tersebut Kinestetik dan Visual
ruang

Langkah 1 Guru memasang bunyi-bunyi tertentu -Guru meminta murid mendengar bunyi ABM :
dengan menggunakan komputer dan mengecam bunyi tersebut
(20 minit) riba: i) komputer riba,
-Guru meminta murid mengajuk semula ii) speaker
-bunyi katak bunyi dan meneka bunyi tersebut.
ICT
-bunyi itik - Guru menunjukkan jawapan yang betul
bagi bunyi-bunyi itu. Nilai: Keberanian,
-bunyi monyet Yakin Diri

-bunyi kucing Kemahiran Berfikir:

-bunyi lembu i )Menjana idea

-bunyi angsa ii) Penerapan kosa


kata
-bunyi di kawasan pembinaan

-bunyi ombak

-bunyi kereta

-bunyi kuda

4
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

-bunyi angin

-bunyi hujan

-bunyi harimau

-bunyi ayam

-bunyi burung

Langkah 2 -Guru menayangkan slaid - Guru meminta murid membunyikan ABM:


persembahan cerita ‘Anak Itik Yang bunyi yang terdapat dalam cerita
(20 minit) Hodoh’ kepada murid-murid. tersebut. i) komputer riba,
ii) LCD
-Contoh: perkataan ‘ayam’, jadi murid
perlu membunyikan bunyi ‘ayam’. Nilai:

-Guru memilih murid secara rawak dan - Beri perhatian


meminta murid menyatakan pengajaran - Berani
yang terdapat dalam cerita tersebut. - Berkeyakinan

Langkah 3 -Guru membahagi kepada 3 i) Setiap kumpulan akan menghantar ABM:


kumpulan. seorang wakil untuk membaling buah
(15 minit) dadu. Papan Dam Ular
-Guru menyediakan satu permainan
iaitu ‘Dam Ular’ kepada murid. ii) Wakil kumpulan melambung buah Laptop
dadu kemudian menggerakkan token Speaker
-Guru menerangkan cara bermain mengikut bilangan angka yang
serta peraturan permainan tersebut. diperoleh. Kecedasan Pelbagai;

5
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

-Peraturan: iii) Wakil tersebut akan membaca i) Verbal Linguistik ,


soalan yang telah disediakan dan ahli
i) pemain perlu melambung buah kumpulan yang lain menjawab soalan
dadu yang telah dibekalkan dan tersebut.
perlu menggerakkan token
kumpulan. Contoh soalan :

ii) setiap petak mengandungi soalan. 1. Sila bunyikan bunyi kucing


Wakli kumpulan perlu membaca
soalan manakala ahli kumpulan akan 2. Cuba teka bunyi ini – moo moo moo
menjawab soalan tersebut 3. Sila buat gaya berserta bunyi orang
iii) Jika token sampai di petak yang utan
mengandungi tangga,mereka perlu iv) Kumpulan yang menang akan
menjawab soalan yang disediakan diberikan hadiah.
dengan betul untuk menggerakkan
token tersebut ke petak yang telah
ditetapkan. Jika gagal, mereka tidak
boleh menggerakkan token ke petak
tersebut.

iv) Setiap wakil perlu bergilir-gilir


melambung dan membaca soalan.

v) Giliran untuk menggerakkan token


akan diberikan mengikut urutan
kumpulan.

vi) Kumpulan yang cepat sampai ke


kotak penamat dikira sebagai

6
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

pemenang.

Penutup Guru membuat bersama murid-murid Murid-murid berbincang bersama-sama ABM:


rumusan tentang : dengan guru tentang rumusan pelajaran
(5 minit) pada hari itu. i) Laptop
-bunyi-bunyi di sekeliling kita ii) Speaker
Murid-murid dan guru menyanyikan
- membezakan bunyi benda hidup lagu `Bapaku Pulang Dari Kota’ ICT
dengan benda bukan hidup. berdasarkan lirik bersama-sama sambil
Lagu ‘Bapaku Pulang Dari Kota’ membuat gaya masing-masing

7
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Analisis tentang kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru.

Set Induksi -Guru memasang lagu “Pak Mamat -Guru memainkan lagu “Pak Mamat Ada ABM:
Ada Kebun” Kebun”
(5 minit) i) Speaker
- Apakah bunyi haiwan yang - Murid menyanyikan lagu bersama- ii) komputer
terdapat di dalam lagu sama guru berdasarkan lirik yang tertera riba
tersebut? di laptop
Kaedah Pandang
Kaedah Fonik Jawapan: moo...moo -guru bersoal jawab dengan murid Sebut
berkaitan lagu tersebut

Kecerdasan Pelbagai;
Kinestetik dan Visual
ruang

Rajah 1: Set Induksi

8
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Berdasarkan rajah satu, guru memulakan sesuatu pengajan dan pembelajaran di


dalam kelas dengan memulakan set induksi. Set induksi bertujuan untuk menarik minat
murid semasa mahu memulakan sesuatu pembelajaran. Pada kali ini, kami memulakan
set induksi dengan meminta murid bernyanyi bersama-sama “Pak Mamat ada Kebun”.
Guru akan memasang lagu “Pak Mamat ada Kebun” melalui laptop dan murid
mendengar serta melihat video klip yang melalui lagu itu.

Guru telah menggunakan kaedah Pandang dan Sebut di dalam sesi induksi ini.
Kaedah ini melibatkan murid untuk memandang sesuatu dan mengajuk serta mengikut
kembali apa yang dilihatnya. Contohnya di dalam klip video “Pak Mamat ada Kebun”,
dipaparkan jenis-jenis bunyi haiwan berserta gambar haiwan tersebut, misalnya gambar
kucing dan bunyinya “meow meow meow”. Apabila murid melihat gambar tersebut serta
mendengar bunyi haiwan tersebut, murid akan mengajuk kembali dan mengealpasti
haiwan yang tertera di dalam klip video “Pak Mamat ada Kebun”. Kaedah ini amat
berguna bagi murid tahun satu di dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Mereka
akan menggunakan deria pendengaran serta deria penglihatan bagi mengelpasti imej
yang terpapar di skrin. Interaksi juga berlaku ketika kaedah pandang dan sebut ini
berjalan di dalam kelas. Hal ini disebabkan guru akan bersoal jawab sepanjang set
induksi ini berlangsung. Contoh soalan seperti ; Apa yang kamu nampak di dalam klip
video ini?, Apa yang kamu dengar di dalam klip video ini?. Murid akan menjawab
segala pertanyaan guru.

Guru juga telah menggunakan kaedah fonik. Kaedah fonik ini melibatkan
kemahiran mendengar murid. Kerana di dalam pengajaran dan pembelajaran kali ini,
guru telah memfokuskan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai fokus utama di
dalam hasil pembelajaran. Kaedah fonik ini melibatkan bunyi-bunyian. Ia sebenarnya
memfokuskan bunyi huruf, tetapi disebabkan rancangan pengajaran harian ini
merupakan rancangan pengajaran harian untuk murid tahun satu, maka, mereka perlu
mengenal bunyi-bunyi alam dan bunyi-bunyi yang terdapat di persekitaran mereka.
Kaedah fonik ini bertujuan bagi menguji tahap kemahiran mendengar murid-murid sama
ada mereka dapat mengecam bunyi atau tidak. Akan tetapi, di dalam set induksi ini,
guru memaparkan tayangan klip video dan murid juga perlu memerhati serta

9
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

mendengar lagu serta bunyi yang terdapat di dalam lagu tersebut. untuk menguji sama
ada mereka dapat menggunakan kemahiran mendengar mereka dengan baik atau
mereka mengalami masalah dalam mengecam bunyi tersebut. cara menguji sama ada
mereka mendengar atau tidak ialah dengan menggunakan teknik soal jawab atau
tindakbalas murid-murid tersebut apabila mereka mendengar sesuatu bunyi.
Contohnya, apakah yang mereka akan lakukan setelah mereka mendengar bunyi
ayam. Adakah mereka akan mengajuk kembali atau senyap sahaja? Apabila mereka
mengajuk kembali bunyi ayam tersebut, sahlah mereka mempunyai kemahiran
mendengar yang baik. Begitu juga sebaliknya. Terdapat murid yang memerlukan guru
mengulang kembali bunyi yang didengarinya. Guru perlu banyak mendedahkan bunyi-
bunyian kepada murid. Selain itu, guru juga boleh mengetahui tahap kemahiran
mendengar murid dengan bersoal jawab berkaitan dengan klip video yang dipaparkan
sebagai contoh ; bagaimana murid haiwan sekian…. dan sebagainya. Sebagai seorang
murid yang mempunyai tahap kemahiran mendengar yang baik mereka akan menjawab
soalan dengan betul dan begitu juga sebaliknya.

Teknik yang digunakan di dalam set induksi ini ialah teknik nyanyian dan soal
jawab. Teknik nyanyian ini digunakan bagi menarik minat perhatian dan murid di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana murid-murid sangat
suka muzik dan hal ini juga menyebabkan pembelajaran di dalam kelas tidak bosan.
Teknik ini juga digunakan bagi menarik minat murid-murid yang lemah dan yang pasif si
dalam kelas. Manakala, teknik soal jawab digunakan oleh guru di dalam bilik darjah
bagi melibatkan interaksi antara murid-murid dengan guru, seterusnya ia melibatkan
kemahiran mendengar dan bertutur, iaitu guru bersoal jawab, manakala murid-murid
mendengar soalan guru dan bertindakbalas dengan soalah guru tersebut dengan
menjawab soalan guru tersebut. Teknik ini dapat melibatkan keseluruhan murid di
dalam kelas. Murid-murid juga aktif di dalam kelas apabila terdapat sesi interaksi antara
guru dan murid dengan baik.

10
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Langkah 1 Guru memasang bunyi-bunyi tertentu -Guru meminta murid mendengar bunyi dan ABM :
(20 minit) dengan menggunakan komputer riba : mengecam bunyi tersebut i) laptop,
-bunyi katak -bunyi itik -Guru meminta murid mengajuk semula bunyi ii) speaker
-bunyi monyet -bunyi kucing dan meneka bunyi tersebut.
-bunyi lembu -bunyi angsa - Guru menunjukkan jawapan yang betul bagi ICT
-bunyi di kawasan pembinaan bunyi-bunyian itu. Nilai: Keberanian, Yakin
-bunyi ombak Kaedah Fonik Diri
Kaedah Fonik -bunyi kereta -bunyi kuda Kemahiran Berfikir:
-bunyi angin -bunyi hujan i )Menjana idea
-bunyi harimau -bunyi ayam Kaedah Komunikatif ii) Penerapan kosa kata
-bunyi burung

Rajah 2: Langkah 1

11
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Berdasarkan Langkah 1, guru menggunakan kaedah fonik. Kaedah fonik


menjurus kepada proses pengeluaran bunyi sama ada bermakna mahupun tidak
bermakna. Kaedah fonik ini dipilih kerana melalui kaedah ini, murid boleh meningkatkan
kemahiran mendengar dan dapat meningkatkan lagi kepekaan mereka terhadap bunyi-
bunyian yang ada di persekitaran mereka. Pertama sekali, murid akan diperdengarkan
dengan bunyi-bunyian daripada persembahan slaid PowerPoint. Murid-murid hendaklah
mendengar dengan teliti setiap bunyi yang dipasang oleh guru lalu mengecam bunyi
tersebut.
Selain itu, guru menggunakan kaedah komunikatif iaitu melibatkan interaksi
antara guru dan murid-murid. Kaedah komunikatif digunakan bagi melatih murid
mengaplikasikan kemahiran bertutur dengan lebih baik. Contohnya, murid yang ingin
memberi jawapan hendaklah mengangkat tangan mereka dan menyebut nama. Selain
dapat mewujudkan disiplin di dalam bilik darjah, hal ini secara tidak langsung dapat
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra. Selepas guru memasang bunyi-
bunyian tersebut, guru meminta murid-murid mengajuk semula bunyi yang didengarnya.
Dengan kaedah komunikatif ini, murid terlibat dengan lebih aktif di dalam kelas kerana
adanya interaksi dua hala antara guru dan murid.
Teknik yang telah dipilih ialah teknik soal jawab. Teknik ini menekankan tentang
soal jawab antara guru dengan murid-murid. Sebagai contoh, guru menyuruh murid-
murid meneka bunyi yang diperdengarkan melalui slaid Powerpoint yang telah
disediakan. Murid-murid pula akan mengangkat tangan dan memberi jawapan mereka.
Sekiranya jawapan yang diberikan salah, guru hendaklah mengelak daripada
mengatakan secara terus bahawa jawapan yang diberikan itu salah, tetapi hendaklah
mengatakan bahawa jawapan yang diberikan adalah kurang tepat ataupun berkata
‘cuba lagi’ kepada mereka. Hal ini kerana murid-murid haruslah diberi galakan untuk
mencuba dan kelazimannya, murid-murid tahun satu akan menjadi takut untuk meneka
jika jawapan yang mereka berikan adalah salah.

12
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Langkah 2 -Guru menayangkan slaid - Guru meminta murid membunyikan ABM:


persembahan cerita ‘Anak Itik Yang bunyi yang terdapat dalam cerita
(20 minit) Hodoh’ kepada murid-murid. tersebut. iii) Laptop,
iv) LCD
-Contoh: perkataan ‘ayam’, jadi murid
perlu membunyikan bunyi ‘ayam’. Nilai:
Kaedah
Pandang Sebut -Guru memilih murid secara rawak dan - Beri perhatian
meminta murid menyatakan pengajaran - Berani
yang terdapat dalam cerita tersebut. - Berkeyakinan
Kaedah Fonik
Kaedah Komunikatif

Rajah 3: Langkah 2

13
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Dalam Langkah 2, guru menggunakan kaedah pandang sebut. Kaedah pandang


sebut bermaksud murid-murid akan didedahkan dengan gambar ataupun perkataan,
maka murid-murid akan menyebut semula perkataan ataupun memberitahu di dalam
kelas melalui bahan bantu mengajar yang dipaparkan di dalam kelas. Kaedah pandang
sebut ini bertujuan menajamkan lagi kemahiran membaca murid selain meningkatkan
kemahiran mendengar dan bertutur. Teknik yang digunakan dalam Langkah 2 ini ialah
teknik bercerita. Cerita yang telah dipilih bertajuk ‘Anak Itik Yang Hodoh’. Cerita ini
dipilih kerana terdapat pelbagai watak haiwan yang menuturkan bunyi yang berbeza
serta nilai dan pengajaran yang terkandung di dalam cerita ini.

Pada peringkat awal permulaan langkah pengajaran, guru menayangkan


persembahan slaid PowerPoint cerita yang bertajuk ‘Pengembaraan Cici’ kepada
murid-murid. Murid-murid akan memandang perkataan yang bergaris dan diwarnakan
dengan warna yang lain contohnya perkataan ‘ayam’ dan guru akan meminta murid-
murid membunyikan bunyi haiwan tersebut. Guru juga akan melampirkan bunyi di
dalam slaid supaya murid-murid boleh mendengar semula bunyi-bunyi tersebut.

Kaedah yang digunakan untuk teknik bercerita ini ialah kaedah pandang sebut
serta kaedah fonik. Guru juga menggunakan kaedah komunikatif kerana ia melibatkan
teknik soal jawab antara guru dan murid serta interaksi antara murid dengan murid.
Murid juga dipilih secara rawak dan guru meminta murid menyatakan pengajaran yang
terdapat di dalam cerita tersebut. Oleh itu, guru dapat mengetahui tahap kemahiran
bertutur murid-murid sama ada baik ataupun lemah dalam Langkah 2 ini.

14
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Langkah 3 -Guru membahagi kepada 3 kumpulan. i) Setiap kumpulan akan menghantar seorang ABM:
(15 minit) -Guru menyediakan satu permainan iaitu wakil untuk membaling buah dadu. Papan Dam Ular
‘Dam Ular’ kepada murid. ii) Wakil kumpulan melambung buah dadu Laptop
-Guru menerangkan cara bermain serta kemudian menggerakkan token mengikut Speaker
peraturan permainan tersebut. bilangan angka yang diperoleh. Kecedasan Pelbagai; i)
Kaedah Komunikatif -Peraturan: iii) Wakil tersebut akan membaca soalan yang Verbal Linguistik ,
i) pemain perlu melambung buah dadu yang telah disediakan dan ahli kumpulan yang lain
telah dibekalkan dan perlu menggerakkan menjawab soalan tersebut.
token kumpulan. Contoh soalan :
ii) setiap petak mengandungi soalan. Wakli 1. Sila bunyikan bunyi kucing
kumpulan perlu membaca soalan manakala 2. Cuba teka bunyi ini – moo moo moo
ahli kumpulan akan menjawab soalan 3. Sila buat gaya berserta bunyi orang utan
tersebut iv) Kumpulan yang menang akan diberikan
iii) Jika token sampai di petak yang hadiah.
mengandungi tangga,mereka perlu
menjawab soalan yang disediakan dengan
betul untuk menggerakkan token tersebut
ke petak yang telah ditetapkan. Jika gagal,
mereka tidak boleh menggerakkan token ke
petak tersebut. Kaedah Komunikatif
iv) Setiap wakil perlu bergilir-gilir melambung
dan membaca soalan.
v) Giliran untuk menggerakkan token akan
diberikan mengikut urutan kumpulan.
vi) Kumpulan yang cepat sampai ke kotak
penamat dikira sebagai pemenang.

Rajah 4: Langkah 3

15
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Berdasarkan langkah yang ketiga, guru telah menjalankan aktiviti bermain dam
ular kepada murid. Masa yang telah diperuntukkan ialah sebanyak 15 minit. Guru telah
memilih kmahiran membaca ,kaedah komunikatif dan teknik soal jawab pada langkah
kali ini. Guru telah menyediakan papan dam ular, token, dadu, komputer riba dan
pembesar suara bagi menjalankan aktiviti tersebut. Guru juga telah membahagikan
murid-murid kepada tiga kumpulan. Sejurus itu, guru telah meminta bagi setiap
kumpulan untuk menghantar seorang wakil.

Sebelum memulakan permainan, guru telah memberi panduan serta peraturan


permainan. Peraturan yang perlu dipatuhi ialah, sekiranya murid telah berada di petak
yang mempunyai gambar rajah tangga, murid tersebut akan dapat maju ke petak yang
selanjutnya manakala sekiranya tidak berjaya, kedudukan murid tidak akan berganjak
malah akan kehilangan gilirannya. Permainan akan diteruskan oleh wakil bagi
kumpulan lain. Sekiranya wakil kumpulan berada di petak yang terteranya gambar ular,
tidak kira sama ada dapat menjawab soalan atau tidak yang, wakil tersebut perlu turun
ke tempat yang telah ditetapkan dan akan kehilangan giliran.

Pada permulaan permainan,wakil kumpulan diminta untuk membaling dadu ke


lantai bagi mencabut nombor. Sejurus nombor telah diperolehi, token bagi kumpulan
tersebut akan bergerak ke petak seterusnya mengikut jumlah bilangan nomboryang
telah didapati. Wakil bagi setiap kumpulan akan dijalankan mengikut giliran. Keputusan
bagi permainan dam ular akan dapat ditentukan mengikut kumpulan yang berjaya
mendahului permainan berbanding kumpulan yang selebihnya.

Kaedah komunikatif telah dipilih mengikut kesesuaian bagi memastikan murid-


murid dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan. Melalui
kaedah komunikatif, murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain bukan sahaja
bersama rakan-rakan malah bersama guru. Kaedah ini dapat melatih murid untuk lebih
yakin dan berani semasa menjawab soalan sebagai contoh, guru telah menyoal wakil
kumoulan mengenai soalan yang telah dipaparkan di papan papar mengikut soalan
yang telah ditetapkan seperti namakan haiwan yang berbunyi kuek, kuek. Sejurus itu
murid akan menjawab soalan tersebut dengan mengangkat tangan dan menjawab
soalan

16
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Selain itu, melalui langkah ini juga, guru telah melatih murid –murid untuk
menguasai kemahiran membaca. Kemahiran membaca dapat melatih murid – murid
untuk fasih bertutur serta meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa. Hal ini
dapat memberikan perkembangan positif kepada murid – murid sebelum melangkah ke
tahap yang lebih tinggi. Kemahiran membaca dapat diaplikasikan di dalam langkah ini
apabila guru meminta murid untuk membaca soalan di hadapan rakan – rakannya. Ia
dapat menguji tahap bagi setiap individu untuk diperbaiki melaui teknik dan pendekatan
yang sewajarnya.

Teknik soal jawab telah digunakan dalam langkah ini bagi menguji tahap
pemahaman dan pengetahuan melalui soalan yang telah diberikan dan membuat
pemerhatian bagi tahap kepekaan pancaindera murid – murid terutama organ mata
dan telinga. Guru turut dapat menguji tahap kognitif dan mencari pelbagai jalan
penyelesaian bagi menyelesaikan permasalahan yang telah dihadapi terutama dari segi
pemahaman soalan. Hal ini dapat dilihat melalui penyoalan guru kepada murid
bagaimana lembu berbunyi sekaligus dapat memupuk sifat yakin diri dan asertif di
dalam diri mereka.

17
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Penutup Guru membuat rumusan bersama Murid-murid berbincang bersama-sama ABM:


murid-murid tentang : dengan guru tentang rumusan pelajaran
(5 minit) pada hari itu. i) Laptop
-bunyi-bunyi di sekeliling mereka ii) Speaker
Kaedah Murid-murid dan guru menyanyikan
Komunikatif - membezakan bunyi benda hidup lagu `Bapaku Pulang Dari Kota’ ICT
dengan benda bukan hidup. berdasarkan lirik bersama-sama sambil
Lagu ‘Bapaku Pulang Dari Kota’ membuat gaya masing-masing

Kaedah Pandang Sebut Kaedah Komunikatif

Rajah 5: Penutup

18
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Berdasarkan rajah 5, akhirnya guru membuat penutup dengan membuat


rumusan tentang apa yang dipelajari pada hari itu bersama-sama murid. Guru akan
bersoal jawab dengan murid-murid tentang topik sesi pengajaran dan pembelajaran
pada hari itu. Murid-murid akan memberi pendapat serta rumusan berdasarkan bunyi-
bunyian yang terdapat di sekeliling mereka dan apa yang mereka pelajari pada hari itu.
Selepas guru membuat rumusan secara ringkas, guru juga sekali lagi memasang lagu
yang bertajuk “Bapaku Pulang dari Kota” sebagai penutup pelajaran pada masa itu.
Lagu ini dipilih kerana di dalam lagu ini mempunyai unsur bunyi-bunyian. Oleh itu guru
masih mengaitkan lagu tersebut dengan pembelajaran yang di pelajari pada masa itu.

Kaedah yang digunakan oleh guru langkah penutup ini ialah kaedah komunikatif
iaitu kaedah yang melibatkan komunikasi dan interaksi antara guru dan murid serta
murid dengan murid. Guru akan membuat rumusan secara ringkas tentang bunyi-
bunyian yang terdapat di dalam persekitaran murid-murid. Guru juga meminta murid-
murid memberikan contoh-contoh bunyi yang mereka pelajari. Sebagai contoh guru
meminta murid-murid memberikan contoh bunyi semula jadi dan bunyi ciptaan manusia.
Selain itu, guru juga menguji kognitif mereka dengan bertanyakan soalan yang
berkaitan dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Misalnya; apa yang
berlaku apabila dunia sepi tanpa bunyi-bunyian? Di sini, guru akan memanggil segelintir
murid untuk menjawab soalan tersebut. Maka dengan itu, kaedah ini berfungsi murid-
murid melatih kemahiran bertutur mereka denga lebih baik. Guru akan membimbing
murid menjawab soalan dengan betul dan bukan lintang pukang.

Selain kaedah komunikatif, guru juga menggunakan kaedah pandang dan sebut.
Kaedah pandang dan sebut ini juga sama dengan kaedah pandang sebut di dalam set
induksi iaitu melibatkan murid menggunakan deria penglihatan dan menyebut apa yang
mereka nampak di dalam paparan klip video. Guru menayangkan klip video “Bapaku
Pulang Dari Kota” dan murid bersama-sama menyanyikan lagu tersebut sambil
membuat gaya yang terdapat di dalam klip video tersebut sambil mengajuk bunyi yang
terdapat di dalam lagu tersebut. Contohnya gaya bapa sedang memandu kereta sambil
membunyikan ‘pon, pon, pon’. Guru akan menggunakan teknik nyanyian dan
pergerakan di dalam kaedah ini.

19
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Nota Kaki tentang Pendekatan yang digunakan dalam RPH Tahun1

Kami menggunakan Pendekatan komunikatif di dalam RPH kami. Pendekatan


Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K
Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday telah
membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan
manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut:
 Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu.
 Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain.
 Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain.
 Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud.
 Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan.
 Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat.
 Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.

Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna
sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau
peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk
dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat,
pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran
bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang
dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran.
Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau
memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan
bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan berkomunikasi
dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatan
komunikatif. Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa
perkara penting yang perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina
berdasarkan pendekatan komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara.

20
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan


umur, pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar. Kedua, semua latihan
dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik dan menggambarkan
keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dalam dunia yang
sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan atau pergaulan.

Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa


sebagai alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan. Keempat,
semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya komunikasi
dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang
bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat
reseptif.

Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan


situasi pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan
murid-murid. Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan.
Kseilapan perlu dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan
berterusan.

Ketujuh, dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru
seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana
penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan
sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin.

Kesimpulannya dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa


pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat.Justeru,guru perlu
memastikan dan menggalakkan pelajar menulis, sama seperti menyatakan kepada
pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca
termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.

21
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Nota Kaki Kaedah yang digunakan dalam RPH Tahun 1.

Kami telah menggunakan 3 kaedah dalam Rancangan Pengajaran Harian Tahun


1 iaitu Kaedah Fonik, Kaedah Pandang dan Sebut dan Kaedah Komunikatif. Berikut
adalah penerangan setiap kaedah yang kami gunakan :

1.1 Kaedah Fonik

Kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara


simbol (huruf) dan ‘bunyi’(grapheme phoneme relationship) supaya mereka
dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka
hadapi.

Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, tetapi diajar bunyi-bunyi· huruf.


Oleh itu, lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya

Misalnya ‘a’· dibunyikan ‘aa’·, ‘t’· ² tah·, ‘s’· ‘ss’·. ‘u’· ² ‘uu’«·, ‘z’· ² ‘zz’« dan
sebagainya.
Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata
pula dibina. Misalnya, ‘ba’·, ‘da’·, ‘tu’·, ‘ka’·, ‘lu’·, ‘mi’ dan sebagainya.
Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-
perkataan ² ‘dada’·, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’, dan sebagainya.

Sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang
agak teratur di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’. Dan juga suku kata perkataan
Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk
mengajar permulaan membaca perkataan- perkataan Melayu. Sekurang-
kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan
dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.

22
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Cara penyampaian

Murid menghafaz bunyi huruf (bukan nama huruf) sebagai contoh murid
melihat lambang dan menghafaz bunyinya, Huruf a dibunyikan aa dan z
dibunyikan zi.Kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf
dengan bunyinya :
ba tanpa membunyikan be dan aa
Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan
bu + ta = buta
bu + ka = buka
Pembacaan ayat-ayat mudah :
Ibu beli buku.
Ibu buka buku.
Ibu baca buku.

Oleh sebab bahasa itu daripada bunyi-bunyi, huruf hanyalah simbol belaka.
Menurut Palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah
simbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. Dengan
bunyi yang ditetapkan, huruf akan menjadi satu unsur bahasa.

Oleh itu, proses pengajaran bacaan asas hendaklah ditumpukan kepada


bunyi-bunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyi-bunyi tersebut
membawa makna, bukan hurufnya. Mohd Hilmi Haji Ismail menyatakan
bahawa sistem ejaan BM ialah fonemik dan oleh sebab suku katanya jelas,
maka kaedah suku kata sesuai sekali digunakan untuk mengajar peringkat
prabacaan.

Namun begitu, kami bersepakat untuk menggunakan kaedah fonik ini untuk
meningkatkan tahap kemahiran pendengaran murid-murid. Jadi, kami
memperdengarkan kepada murid-murid tentang bunyi-bunyian yang telah

23
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

biasa mereka perdengarkan. Contohnya bunyi-bunyi haiwan, bunyi hujan,


bunyi kereta dan sebagainya. Kami lebih mengutamakan kemahiran
mendengar dan bertutur berdasarkan objektif dan fokus utama hasil
pembelajaran kami iaitu berfokus dalam kemahiran mendengar dan bertutur.

1.2 Kaedah Pandang Sebut

Cara penyampaian

Murid terus diperkenalkan kepada perkataan. Selalunya perkataan tersebut


ditulis pada kad imbasan bergambar. Kemudian, murid-murid diperkenalkan
kepada ayat-ayat mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya:
Saya ada buku.

Buku saya baru.

Saya suka baca buku.

Oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka


pengajaran prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman tersebut.
Pengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan
pengalaman murid.

Proses mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya


murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan. Menurut Goodman,
pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya
merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.

Kami telah memilih murid darjah satu. Kemungkinan besar mereka hanya
boleh membaca kuat, bukan juga membaca pantas. Oleh itu, kami memilih
kaedah pandang sebut ini pada sett induksi dan langkah terakhir selain
permainan. Peringkat bacaan yang kami ketengahkan juga merupakan
peringkat bacaan mudah sahaja seperti contoh menyanyikan lagu dengan
membaca lirik lagu tersebut serta membaca soalan teka teki.

24
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

1.3 Kaedah Komunikatif

Kaedah ini berasaskan teori interaksi. Kaedah ini juga disebut sebagai
audiolingual. Penganjur kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip
penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan
proses perolehan bahasa kanak-kanak. Oleh sebab proses pemerolehan
bahasa kanak-kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi
bahasa, maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa
(tatabahasa) serta kecekapan komunikatif (ketepatan penggunaan bahasa
mengikut konteks penggunaan)

Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih
berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini
juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kanak-kanak
menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat
menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Oleh itu
pengajaran bahasa pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian
masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain
supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsur-unsur


bahasa dalam teks dan wacana. Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu
semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsure-unsur bahasa
tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-
unsur tatabahasa yang dilatih tubi.

Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa, dalam proses


pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang
lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba menggunakan

25
BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja


bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa, tetapi
kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan
menggunakan unsur-unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks.

Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti ini, pelajar
diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas
yang dirancangkan oleh guru. Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini
memerlukan pelajar-pelajar memilih dan menggunakan unsur-unsur bahasa
yang telah dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam konteks sosial
yang diberi.

Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-


pelajar dapat menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-
teknik soal jawab dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar
menguasai unsur-unsur bahasa dalam pra-akktiviti.

Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi


Bahasa Melayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa
(tatabahasa) tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat
berkomunikasi. Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa
dalam satu aktiviti pengajaran. Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid
daripada guru. Murid yang diajar mellalui kaedah ini berminat untuk
belajar.Walau bagaimanapun, guru yang menggunakan kaedah ini
berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku
teks sebagai bahan pengajaran.

26

Anda mungkin juga menyukai