Anda di halaman 1dari 34

-1-

MANUAL PENGGUNA

SISTEM MAKLUMAT KANTIN


VERSI 1.0

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2008
-2-
-3-

KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN

2.0 PEMASANGAN PERISIAN

3.0 MEMULAKAN PERISIAN SISMAKAN DAN SETTING PERISIAN

4.0 IMPORT MAKLUMAT SEKOLAH DARI SISTEM MAKLUMAT MURID

5.0 MAKLUMAT PENGUSAHA

6.0 MAKLUMAT KONTRAK

7.0 MAKLUMAT PEKERJA

8.0 MAKLUMAT PEMARKAHAN BORANG KENDIRI 2

9.0 MAKLUMAT PEMBAYARAN SEWA KANTIN

10.0 MAKLUMAT KERACUNAN

11.0 MENGEKSPORT DATA

12.0 MENGIMPORT DATA

13.0 MENCARI DATA

14.0 MEMADAM DATA

15.0 MENYEMAK MAKLUMAT SISMAKAN

16.0 MENCETAK LAPORAN-LAPORAN

LAMPIRAN
-4-
1.0 PENGENALAN

Sistem Maklumat Kantin (sisMAKAN) telah dibangunkan bertujuan untuk membina


satu pangkalan data berkaitan dengan maklumat pengusaha kantin sekolah,
pekerja-pekerjanya serta beberapa maklumat penting seperti maklumat kontrak,
pembayaran sewa kantin, markah pemantauan kendiri serta kes-kes keracunan
yang berlaku.

Dengan adanya pangkalan data pengusaha kantin, maka akan memudahkan


pihak-pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat atau mengesan
pengusaha kantin tertentu. Di samping itu, dapat mengenal pasti
pengusaha-pengusaha kantin yang berada pada tahap cemerlang, memuaskan atau
berisiko tinggi dengan menganalisa markah melalui Borang Kendiri yang disediakan
dalam pangkalan data ini dan perlu dilengkapkan setiap bulan oleh pihak sekolah..

Sehubungan dengan itu, diharapkan dengan pelaksanaan sisMAKAN di semua


sekolah di seluruh negara ini akan dapat membantu Jawatankuasa Induk 3K,
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam misinya untuk menjadikan pengurusan kantin
sekolah pada tahap yang terbaik di samping dapat mengurangkan kes-kes
keracunan makanan.

Pihak sekolah dikehendaki memahami dan melaksanakan sisMAKAN ini dengan


berkesan agar dapat memastikan pengurusan kantin sekolah berada di tahap
terbaik dan dapat menyediakan makanan dan minuman yang selamat kepada
murid-murid.
-5-
2.0 MEMASANG PERISIAN SISMAKAN

Sebelum pemasangan perisian sisMAKAN, pastikan komputer anda memenuhi


spesifikasi berikut:

Sistem Pengoperasian : Windows XP atau Windows Vista


Microsoft Access : XP, 2002, 2003 SP3 (ada HotFix)
RAM : 512Mb atau lebih
CD Drive : 1 atau lebih
USB Drive : 1 atau lebih
Floppy Drive : 1 atau lebih

Langkah-langkah untuk memasang perisian adalah seperti berikut:

1. Masukkan CD sisMAKAN ke dalam pemacu CD


2. Skrin 2.1 akan dipaparkan seperti dibawah

Skrin 2.1: Skrin Utama Pemasangan sisMAKAN

3. Klik butang Next sehingga Skrin 2.2 dipaparkan. JANGAN tukar


sebarang setting yang telah ditetapkan.

Skrin 2.2: Skrin Akhir pemasangan sisMAKAN

4. Klik butang FINISH. Perisian akan menyalin fail sisMAKAN.MDE ke


dalam folder C:\sisMAKAN dan membina ikon pintasan di Desktop
komputer anda
-6-

Untuk memulakan perisian sisMAKAN, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Pastikan anda berada di desktop. Dwi-klik ikon seperti dalam Rajah 1 di


bawah

Rajah 1: Ikon Pintasan Sistem Maklumat Kantin

2. Skrin Utama sisMAKAN akan dipaparkan seperti skrin 2.3

Skrin 2.3: Skrin Utama sisMAKAN


-7-
3.0 MEMULAKAN PERISIAN SISMAKAN DAN SETTING PERISIAN

Bagi memastikan sisMAKAN dipaparkan lebih baik, pastikan Resolusi Skrin ialah
1024 x 768. (Sila rujuk manual Windows XP atau Vista untuk menukar resolusi skrin)

Sebelum sebarang data dimasukkan pastikan Setting komputer anda mematuhi


kehendak sisMAKAN. Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mensetkan komputer
anda.

1. Klik menu Kemudahan - Regional Setting. Skrin 3.1 akan dipaparkan

Skrin 3.1: Regional Setting

2. Jika terdapat perkataan SALAH dipaparkan, sila klik butang Betulkan Secara
Automatik. Pastikan Bahasa/Negara ialah English (United States)/United
States. Jika Bahasa/Negara yang lain dipaparkan, sila klik butang Betulkan
Sendiri (Buka Control Panel). Skrin 3.2 akan dipaparkan
-8-

Skrin 3.2: Regional and Language Options

3. Pilih English (United States) dan klik butang OK. Restart komputer anda
terlebih dahulu untuk memastikan setting dapat berfungsi.
-9-
4.0 IMPORT MAKLUMAT SEKOLAH DARI SISTEM MAKLUMAT MURID

Sebelum maklumat Pengusaha dimasukkan, pastikan maklumat sekolah telah


disimpan di dalam sisMAKAN. Untuk memastikan maklumat sekolah telah wujud di
dalam pangkalan data sisMAKAN, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik butang senarai Negeri dan pilih negeri yang dikehendaki


2. Klik butang senarai PPD dan pilih PPD yang dikehendaki

Satu lagi cara untuk memaparkan maklumat sekolah ialah dengan menggunakan
kaedah Carian. Taipkan KOD SEKOLAH atau NAMA SEKOLAH dan Klik Butang
. Nama sekolah tidak semestinya ditaip dengan lengkap.

Sekiranya nama sekolah anda tidak dipaparkan dalam SENARAI SEKOLAH,


maklumat sekolah perlu dimasukkan terlebih dahulu. Terdapat 3 cara untuk
memasukkan maklumat sekolah

Cara 1: Import maklumat sekolah dari Sistem Maklumat Murid yang telah dipasang
dalam komputer anda

Cara 2: Import maklumat sekolah dari Sistem Maklumat Murid yang dipasang dalam
komputer yang lain

Cara 3: Menaip maklumat sekolah dari sisMAKAN (Elakkan mengguna cara ini bagi
memastikan maklumat sekolah sejajar dengan Sistem Maklumat Murid)

Cara 1: Import dari SMM yang telah ada di dalam komputer anda. Sila ikuti
langkah-langkah berikut:

1. Buka SMM dan eksport semua maklumat tanpa menggunakan disket


2. Pastikan anda telah berada di skrin utama sisMAKAN. Klik butang IMPORT
SEKOLAH DARI SMM yang terletak di bawah Senarai Sekolah. Nama
sekolah akan dipaparkan di dalam Senarai Sekolah seperti dalam Skrin 4.1.
- 10 -

Skrin 4.1: Senarai Sekolah

Cara 2: Import Maklumat Sekolah dari SMM yang dipasang di komputer lain. Sila
ikuti langkah-langkah berikut:

1. Sila dapatkan bantuan guru data SMM. Eksport Semua Maklumat dari SMM
tanpa menggunakan disket
2. Buka windows explorer dan salin fail TLBSek dari C:\HEM ke dalam disket
atau USB Drive.
3. Tukar nama fail TLBSek yang telah disalin dalam disket atau pemacu USB
kepada tblSekolah (pastikan file extension dikekalkan .txt)
4. Masukkan disket / Pemacu USB ke komputer yang telah dipasang
sisMAKAN
5. Klik butang Kemudahan - Import Data. Skrin 4.2 akan dipaparkan.

Skrin 4.2: Skrin Import Data


- 11 -

6. Klik butang SUMBER dan pilih sumber yang mengandungi fail tblsekolah
(disket atau pemacu USB)
7. Klik butang IMPORT DATA KE PANGKALAN DATA SEMENTARA. Jika
mesej seperti Rajah 2 dipaparkan, sila klik butang OK. Paparan status Import
hanya menunjukkan tblSekolah OK tetapi fail-fail lain GAGAL seperti dalam
skrin 4.3

Rajah 2: Mesej fail tblPengusaha tiada dalam sumber yang dipilih

Skrin 4.3: Fail tblSekolah telah berjaya diimport dari sumber yang dipilih

8. Klik butang TAMBAH DAN KEMASKINI KE PANGKALAN DATA UTAMA.


Skrin 4.4 akan dipaparkan

Skrin 4.4: Tambah dan Kemaskini telah berjaya

9. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama sisMAKAN. Pilih
Negeri dan PPD. Senarai sekolah akan dipaparkan.
- 12 -
Cara 3: Menaip maklumat sekolah dari sisMAKAN

Sekiranya sekolah tidak mempunyai maklumat SMM, maklumat sekolah boleh ditaip
menggunakan sisMAKAN. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik menu Rekod - Maklumat Sekolah dari Skrin Utama. Satu mesej ralat
akan dipaparkan. Klik OK. Skrin untuk memasukkan maklumat sekolah akan
dipaparkan seperti Skrin 4.5

Skrin 4.5: Maklumat Sekolah

2. Taipkan maklumat sekolah. Jika ada butang senarai, sila pilih dari butang
senarai. Apabila telah tamat, klik butang SKRIN UTAMA untuk kembali ke
Skrin Utama. Jika sekolah tiada kantin, sila pilih TIADA KANTIN dari butang
pilih STATUS.
3. Pilih Negeri dan PPD untuk memaparkan maklumat sekolah
4. Klik nama sekolah dari Senarai Sekolah. Maklumat Sekolah akan
dipaparkan dalam ruangan Maklumat Sekolah seperti dalam Skrin 4.6
- 13 -

Skrin 4.6: Maklumat Sekolah


- 14 -
5.0 MAKLUMAT PENGUSAHA

Sebelum maklumat-maklumat lain dimasukkan, maklumat pengusaha perlulah diisi


dengan lengkap terlebih dahulu. Borang Maklumat Pengusaha boleh dicetak dari
menu Laporan - Borang Kosong - Maklumat Pengusaha. Serahkan borang
berkenaan kepada pengusaha kantin untuk diisi. Pengusaha kantin perlu
menyertakan salinan sijil-sijil kursus pengendalian makanan, sijil suntikan, sijil
pendaftaran syarikat (jika ada) dan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
(jika ada).

Setelah borang diterima, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk memasukkan


maklumat Pengusaha

1. Pilih Negeri, PPD dan klik nama sekolah dari Senarai Sekolah terlebih
dahulu
2. Klik menu Rekod - Maklumat Pengusaha. Skrin 5.1 akan dipaparkan

Skrin 5.1: Maklumat Pengusaha

3. No KP Baru - Nombor Kad Pengenalan Baru pengusaha kantin ditaip


terlebih dahulu sebelum memasukkan maklumat lain. Tujuannya supaya Kod
Pengusaha boleh dibina dalam pangkalan data. No KP Baru ini hendaklah
ditaip tanpa tanda '-'. Pastikan digit No KP Baru ialah 12

4. Nama Pengusaha - Taipkan seperti di dalam Kad Pengenalan. Isikan


maklumat pengusaha dengan lengkap.

5. No KP Lama - Taipkan No KP Lama tanpa {space} jika ada

6. Tarikh Lahir - Sistem akan memasukkan tarikh lahir berdasarkan No KP


Baru. Jika ada kesilapan, sila betulkan secara manual. Format tarikh lahir
ialah hari/bulan/tahun (hh/bb/tttt). Contohnya 23/06/1971
- 15 -
7. Telefon (R) - Taipkan No Telefon Rumah pengusaha kantin jika ada
mengikut format XX-XXXXXXXX. Contohnya 03-55610097. Pastikan kod
negeri dimasukkan.

8. Telefon (H/P) - Taipkan No Telefon Bimbit pengusaha kantin jika ada


mengikut format XXX-XXXXXXXX. Contohnya 019-2218760. Pastikan kod
negeri dimasukkan.

9. Jantina - Pilih dari senarai Jantina. L = Lelaki, P = Perempuan

10. Agama - Pilih dari senarai. 01 = Islam, 02 = Bukan Islam

11. Kaum - Pilih dari senarai

12. Status Perkahwinan - Pilih dari senarai

13. Kewarganegaraan - Pilih dari senarai. Jika Bukan Warganegara dipilih


maka Negara Asal dimasukkan sebagai Indonesia. Jika Warganegara
dipilih, maka negara asal dimasukkan Malaysia. Sekiranya dua digit ditengah
dalam No KP Baru ialah 71, maka taraf kewarganegaraan pengusaha
berkenaan ialah Penduduk Tetap.

14. Pengalaman - Pengalaman Pengusaha mengusahakan kantin dari tahun


pertama kali mengusaha kantin sehingga sekaran. Jawapan diberi dalam
tahun. Jika kurang setahun, maka dimasukkan sebagai 1 tahun.

15. Ada Syarikat (Y/T)? - Sekiranya pengusaha mengendalikan kantin atas


nama syarikat, pilih 'Y' pada ruangan Ada Syarikat?. Isikan maklumat syarikat
dengan lengkap.

16. Nama Syarikat - Nama yang digunakan di dalam Sijil Pendaftaran Syarikat.
Jika menggunakan nama sendiri, pilih Y pada Ada Syarikat (Y/T)?

17. Alamat - Alamat yang dinyatakan di dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan atau
Alamat terkini Pengusaha jika telah bertukar alamat.

18. Poskod - Taipkan poskod berdasarkan alamat yang dinyatakan. Pastikan


bilangan digit ialah 5

19. Bandar - Taipkan bandar berdasarkan alamat yang dinyatakan.

20. Negeri - Pilih dari senarai

21. Telefon (P) - Nombor telefon pejabat (Jika ada). Ditaip mengikut format
XX-XXXXXXXX. Contohnya 03-51628901

22. Nombor Pendaftaran Perniagaan (ROB) - Taipkan nombor pendaftaran


perniagaan seperti yang terdapat di dalam sijil pendaftaran perniagaan.
Taipkan TIADA jika pengusaha tidak mendaftarkan perniagaannya dan
kosongkan ruang Tarikh Pendaftaran Perniagaan dan Tarikh Tamat
Pendaftaran Perniagaan.
- 16 -
23. Tarikh Pendaftaran Perniagaan - Taipkan tarikh pendaftaran perniagaan
diluluskan seperti yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan
mengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan bahagian ini jika pengusaha tidak
mendaftarkan perniagaannya.

24. Tarikh Tamat Pendaftaran Perniagaan - Taipkan tarikh tamat pendaftaran


perniagaan seperti yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan
mengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan bahagian ini jika pengusaha tidak
mendaftarkan perniagaannya.

25. No Pendaftaran Sijil Kewangan (ROT) - Jika syarikat tersebut berdaftar


dengan Kementerian Kewangan, maklumat Nombor Pendaftaran Sijil
Kewangan (ROT), Tarikh Pendaftaran Sijil Kewangan dan Tarikh Tamat
Pendaftaran Sijil Kewangan hendaklah diisi. Taipkan TIADA pada Nombor
Pendaftaran Sijil Kewangan jika syarikat tidak berdaftar dengan Kementerian
Kewangan dan kosongkan Tarikh Pendaftaran Sijil Kewangan dan Tarikh
Tamat Pendaftaran Sijil Kewangan

26. Tarikh Pendaftaran Sijil Kewangan - Taipkan tarikh pendaftaran dengan


Kementerian Kewangan diluluskan seperti yang tercatat di dalam sijil
mengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan ruangan ini jika pengusaha tidak
berdaftar dengan Kementerian Kewangan

27. Tarikh Tamat Pendaftaran Sijil Kewangan - Taipkan tarikh tamat


pendaftaran dengan Kementerian Kewangan seperti yang tercatat di dalam
sijil mengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan ruangan ini jika pengusaha tidak
berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Setelah maklumat dimasukkan. klik butang simpan. Rekod pengusaha berkenaan


akan dipaparkan diruangan senarai pengusaha. Untuk mengedit semula maklumat
pengusaha, sila klik semula Rekod pengusaha yang dikehendaki dari senarai
pengusaha

Klik butang tambah Rekod jika kantin sekolah mempunyai lebih dari satu pengusaha
dan ulang semula langkah 1 hingga 27.

Klik butang Skrin Utama untuk kembali semula ke Skrin Utama sisMAKAN
- 17 -
6.0 MAKLUMAT KONTRAK

Untuk mengisi maklumat Kontrak, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, pilih Negeri, PPD dan Sekolah


2. Klik nama pengusaha kantin dari Senarai Pengusaha. Jika markah
pemantauan kantin berasaskan borang Kendiri 2 telah dimasukkan,
maklumat pemarkahan akan dipaparkan di Skrin Utama
3. Klik menu Rekod - Maklumat Kontrak. Skrin 6.1 akan dipaparkan

Skrin 6.1: Maklumat Kontrak

4. Tarikh Mula Kontrak - Taipkan tarikh kontrak bermula berdasarkan


maklumat di dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Format tarikh ialah
hh/bb/tttt

5. Tarikh Tamat Kontrak - Taipkan tarikh kontrak tamat berdasarkan


maklumat di dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Format tarikh ialah
hh/bb/tttt.

6. Tarikh Tandatangan Kontrak - Tarikh Kontrak ditandatangani. Format


tarikh ialah hh/bb/tttt

7. Pengalaman Kontrak di Sekolah Ini - Nyatakan bilangan tahun pengusaha


tersebut mengendalikan kantin di sekolah tersebut sahaja.

8. Jumlah Sewa Setiap Bulan (RM) - Nyatakan jumlah sewaan berdasarkan


kontrak yang telah ditandatangani. Tanda RM tidak perlu dimasukkan

9. Adakah Kontrak Disambung Setahun Lagi? - Pilih Y jika kontrak


pengusaha tersebut disambung setahun lagi setelah tamat kontrak. Pilih T
jika kontrak tidak disambung setahun lagi.

10. Tarikh Kontrak Mula Disambung - Jika kontrak disambung setahun lagi
oleh pihak sekolah, nyatakan tarikh mula kontrak tersebut disambung. Format
tarikh ialah hh/bb/tttt
- 18 -

11. Tarikh Kontrak Disambung Tamat - Jika kontrak disambung setahun lagi
oleh pihak sekolah, nyatakan tarikh tamat kontrak tersebut. Format tarikh
ialah hh/bb/tttt

12. Tarikh Amaran Pertama - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamat
kontrak, nyatakan tarikh Amaran Pertama diberikan kepada pengusaha.
Format tarikh ialah hh/bb/tttt

13. Tarikh Amaran Kedua - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamat
kontrak, nyatakan tarikh Amaran Kedua diberikan kepada pengusaha. Tarikh
Amaran Pertama perlulah dinyatakan terlebih dahulu. Format tarikh ialah
hh/bb/tttt

14. Tarikh Amaran Terakhir - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamat
kontrak, nyatakan tarikh Amaran Terakhir diberikan kepada pengusaha.
Tarikh Amaran Pertama dan Kedua perlulah dinyatakan terlebih dahulu.
Format tarikh ialah hh/bb/tttt

15. Tarikh Kontrak Ditamatkan - Nyatakan Tarikh Kontrak pengusaha tersebut


ditamatkan sebelum tarikh tamat kontrak yang sepatutnya. Pastikan proses
penamatan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tarikh-tarikh amaran telah
dinyatakan. Format tarikh ialah hh/bb/tttt

16. Sebab-Sebab Penamatan Kontrak - Jika kontrak ditamatkan sebelum


tarikh tamat kontrak, klik sebab-sebab kontrak tersebut ditamatkan. Jika ada
sebab yang tidak disenaraikan, sila taip sebab tersebut dalam ruangan
Sebab lain (tidak lebih dari 255 huruf).

17. Klik butang Simpan Rekod. Maklumat kontrak akan dipaparkan dalam
senarai kontrak.

18. Klik butang Tambah Rekod untuk menambah maklumat kontrak pengusaha
yang sama.

19. Klik butang Padam Rekod jika maklumat kontrak yang dimasukkan adalah
salah. Elakkan memadam maklumat kontrak pengusaha kantin tersebut.

20. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama sisMAKAN
- 19 -
7.0 MAKLUMAT PEKERJA

Borang kosong maklumat pekerja boleh dicetak melalui menu Laporan. Setiap
pekerja diberikan satu borang untuk diisi. Salinan sijil kursus asas pengendalian
makanan dan sijil suntikan Ty2/Ty6 perlulah diperolehi dan disimpan di dalam fail.

Pengusaha juga perlu dimasukkan sebagai salah seorang pekerja yang bekerja di
kantin berkenaan. Tujuannya adalah untuk merekodkan maklumat suntikan Ty2/Ty6
dan Kursus Asas Pengendalian Makanan.

Untuk mengisi maklumat Pekerja, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, pilih Negeri, PPD dan Sekolah


2. Klik nama pengusaha kantin dari Senarai Pengusaha. Jika markah
pemantauan kantin berasaskan borang Kendiri 2 telah dimasukkan,
maklumat pemarkahan akan dipaparkan di Skrin Utama
3. Klik menu Rekod - Maklumat Pekerja. Skrin 7.1 akan dipaparkan

Skrin 7.1 Maklumat Pekerja

4. Warganegara - Pilih dari senarai Warganegara. Jika pekerja adalah


warganegara, maklumat negara asal dimasukkan sebagai Malaysia. Jika
pekerja bukan warganegara, maklumat negara asal dimasukkan sebagai
Indonesia.

5. No KP Baru - Jika Pekerja adalah warganegara, sila masukkan No KP Baru.


Maklumat Warganegara dan NO KP Baru diperlukan untuk menjana kod
pekerja bagi warganegara

6. No Passport - Jika Pekerja bukan warganegara maka No Passport perlulah


dimasukkan untuk menjana kod pekerja. Jika pekerja ialah warganegara, No
Passport tidak perlu dimasukkan.
- 20 -

PERINGATAN: Maklumat Warganegara-No KP Baru dan Warganegara-No


Passport mestilah dimasukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan
maklumat lain. Urutan memasukkan data mestilah Warganegara-No KP Baru
atau Warganegara-No Passport

7. Nama Pekerja - Taipkan nama pekerja seperti yang tercatat dalam No Kad
Pengenalan Baru atau Passport.

8. Jantina - Pilih dari senarai jantina

9. Agama - Pilih dari seanrai agama

10. Tarikh Lahir - Taipkan tarikh lahir pekerja mengikut format hh/bb/tttt

11. Kaum - Pilih dari senarai kaum

12. Status - Pilih dari senarai Status

13. Tarikh Mula Kerja - Taipkan tarikh pekerja mula bekerja dengan pengusaha
berkenaan. Jika pekerja adalah juga pengusaha, taipkan tarikh mula
mengusahakan kantin sekolah berkenaan

14. Negara Asal - Pilih dari senarai

15. Status Kerja - Pilih dari senarai status kerja. Aktif bermakna pekerja
berkenaan masih bekerja dengan pengusaha. H=Pengusaha digunakan
untuk maklumat Pengusaha.

16. No Permit Kerja - Jika pekerja bukan warganegara, maklumat ini perlu
dimasukkan. Jika pekerja tidak mempunyai permit Kerja, sila taipkan TIADA.

17. Jenis Permit - Pilih dari senarai Jenis Permit

18. Tarikh Tamat Permit - Taipkan tarikh tamat permit kerja mengikut format
hh/bb/tttt

19. Isikan Tarikh Mula Suntikan Ty2/Ty6 dan Tarikh Tamat Suntikan serta No Siri
Sijil Suntikan. Maklumat ini boleh diperoleh dari kad suntikan pekerja

20. Isikan Tarikh Mula Kursus (Tarikh Sijil Kursus Sah digunakan) dan Tarikh
Akhir Kursus (Tarikh Sah Sijil Kursus Tamat) Pengendalian Asas Makanan.
Taipkan Institusi Latihan yang mengendalikan kursus tersebut.

21. Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat

22. Klik butang Tambah untuk mengisi maklumat pekerja berikutnya.

23. Untuk mengedit semua maklumat yang telah disimpan, klik rekod pekerja dari
Senarai Pekerja. Selepas perubahan dibuat, klik butang Simpan semula
- 21 -

8.0 MAKLUMAT PEMARKAHAN BORANG KENDIRI 2

Borang Kendiri 2 adalah borang pemarkahan yang dilakukan oleh guru bertugas
mingguan yang melibatkan kebersihan kantin sekolah. Hanya markah keseluruhan
dari Borang Kendiri 2 sahaja yang dimasukkan ke dalam sisMAKAN.

Untuk memasukkan maklumat Pemarkahan Borang Kendiri 2, ikuti langkah-langkah


berikut:

1. Pastikan anda berada di Skrin Utama sisMAKAN. Pilih Negeri, PPD,


Sekolah dan Nama Pengusaha Kantin

2. Klik menu Rekod - Pemarkahan. Skrin 8.1 akan dipaparkan

Skrin 8.1 Maklumat Pemarkahan Borang Kendiri 2

3. Taipkan Tahun Pamarkahan yang hendak direkodkan

4. Taipkan markah bagi setiap bulan. Simbol peratus tidak dimasukkan. Markah
purata akan dikira secara automatik oleh komputer. Maklumat yang telah
dimasukkan akan disimpan secara automatik oleh komputer. Anda tidak
perlu klik butang Simpan.

5. Untuk mengisi markah bagi tahun berikutnya, klik pada tahun bagi rekod yang
bertanda *. Masukkan tahun dan markah setiap bulan.

6. Klik butang Padam untuk memadam rekod bagi tahun yang dipilih.

7. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama sisMAKAN


- 22 -
9.0 MAKLUMAT PEMBAYARAN SEWA KANTIN

Rekod bayaran sewa kantin boleh diperolehi daripada Kerani Akaun di sekolah.
Borang Kosong untuk merekodkan bayaran sewa kantin boleh dicetak dari menu
Laporan - Borang Kosong.

Untuk memasukkan maklumat Pembayaran Pembayaran Sewa Kantin, ikuti


langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, Pilih Negeri, PPD dan Sekolah

2. Klik Pengusaha Kantin yang dikehendaki dari Senarai Pengusaha

3. Klik menu Rekod - Maklumat Bayaran. Skrin 9.1 akan dipaparkan

Skrin 9.1: Maklumat Pembayaran Sewa Kantin

4. TAHUN - Taipkan tahun bagi maklumat bayaran yang ingin direkodkan

5. Tarikh - Taipkan tarikh yang tercatat di dalam resit bayaran sewa kantin

6. Sewa (RM) - Taipkan jumlah sewaan yang bagi bulan tersebut. Tanda RM
tidak dimasukkan. Sekiranya bayaran sewa kantin dibayar sekaligus,
perekodan hendaklah berdasarkan bulan tetapi tarikh adalah mengikut resit
bayaran yang dikeluarkan.

7. Klik butang Simpan

8. Klik butang Padam Rekod untuk memadam rekod bayaran bagi tahun yang
dipilih (Elakkan memadam sebarang rekod bayaran kecuali jika rekod
tersebut adalah salah)

9. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama


- 23 -
10.0 MAKLUMAT KERACUNAN

Sekiranya berlaku keracunan disekolah berkenaan, rekod keracunan hendaklah diisi


dengan kadar segera dan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat
Pelajaran Negeri.

Bagi memasukkan maklumat keracunan, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, Pilih Negeri, PPD dan Sekolah

2. Klik Pengusaha Kantin yang dikehendaki dari Senarai Pengusaha

3. Klik menu Rekod - Maklumat Keracunan. Skrin 10.1 akan dipaparkan

Skrin 10.1: Maklumat Keracunan

4. Tarikh Berlakunya Kes Keracunan - Taipkan tarikh berlakunya kes


keracunan di sekolah mengikut format hh/bb/tttt

5. Bilangan Pelajar Yang Terlibat - Nyatakan bilangan pelajar yang terlibat di


dalam kes keracunan tersebut

6. Tarikh Siasatan Oleh Pegawai Kesihatan - Nyatakan tarikh pegawai dari


pejabat kesihatan datang membuat siasatan kes keracunan berkenaan
mengikut format hh/bb/tttt.

7. Adakah Melibatkan Rancangan Makanan Tambahan? - Pilih Ya jika kes


keracunan disebabkan oleh makanan RMT yang dibekalkan. Pilih Tidak jika
kes keracunan tidak melibatkan makanan RMT yang disediakan.

8. Adakah Melibatkan Program Susu Sekolah? - Pilih Ya jika kes keracunan


disebabkan oleh susu dari Program Susu Sekolah (PSS). Pilih Tidak jika kes
keracunan tidak melibatkan susu dari Program Susu Sekolah (PSS)

9. Nama Pegawai Kesihatan - Taipkan nama pegawai dari Pejabat Kesihatan


yang datang membuat siasatan kes keracunan tersebut
- 24 -
10. Adakah kes keracunan dilaporkan Akhbar? - Pilih Ya jika kes keracunan
berkenaan disiarkan di dalam akhbar. Sila simpan keratan akhbar berkenaan
dalam fail. Pilih Tidak jika kes keracunan berkenaan tidak disiarkan di dalam
akhbar.

11. Tarikh Dilaporkan Dalam Akhbar - Jika kes keracunan disiarkan dalam
akhbar, nyatakan tarikh kes tersebut disiarkan. Biarkan kosong jika kes
keracunan tidak disiarkan oleh akhbar.

12. Nama Akhbar - Jika kes keracunan disiarkan dalam akhbar, Pilih Nama
Akhbar yang menyiarkan kes tersebut.

13. Punca-Punca Berlakunya Keracunan - Pilih dari senarai punca-punca


yang disediakan. Punca keracunan boleh lebih dari satu. Punca keracunan
hendaklah berdasarkan laporan yang diserahkan oleh Pegawai dari Pejabat
Kesihatan.

14. Catatan - Jika ada maklumat tambahan seperti nama virus yang
menyebabkan keracunan, sila nyatakan dalam ruangan ini.

15. Klik butang Simpan untuk menyimpan rekod

16. Klik butang Tindakan Sekolah. Skrin 10.2 akan dipaparkan

Skrin 10.2: Maklumat Tindakan Sekolah

17. Kod - Pilih Kod mengikut urutan S001 hingga S008. Keterangan Kod akan
dipaparkan secara automatik.

18. Y/T - Pilih Y jika tindakan bagi kod yang dipilih telah dilaksanakan oleh pihak
sekolah.

19. Tarikh - Taipkan Tarikh Tindakan tersebut diambil oleh pihak sekolah.

20. Rujukan - Bagi kod-kod S003, S004, S007 dan S008 - Nyatakan No
Rujukan Sekolah bagi surat laporan yang dihantar ke JPN dan KPM. Bagi
- 25 -
kod-kod lain, sekiranya ada surat iringan disertakan, sila nyatakan Nombor
Rujukan Sekolah bagi tindakan tersebut.

21. Klik butang simpan.

22. Jika terdapat kesilapan susunan, klik butang Padam yang terdapat dihujung
baris rekod Tindakan tersebut.

23. Klik butang Tambah untuk menambah rekod tindakan berikutnya.

24. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama.


- 26 -
11.0 MENGEKSPORT DATA

Setelah data-data dimasukkan, ia perlu dieksport untuk dihantar ke Pejabat


Pelajaran Daerah. Data boleh dieksport ke disket atau pemacu USB. Untuk
mengeksport data, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, klik menu Kemudahan - Eksport Data. Skrin 11.1 akan
dipaparkan.

Skrin 11.1: Eksport Data sisMAKAN

2 Masukkan disket atau pemacu USB terlebih dahulu

3. Klik butang Sumber dan pilih lokasi disket atau pemacu USB

4. Untuk eksport data satu negeri, pilih Negeri dan kosongkan PPD serta
Sekolah.

5. Untuk eksport data satu PPD, pilih Negeri dan PPD tetapi kosongkan
Sekolah.

6. Untuk eksport data satu Sekolah, pilih Negeri, PPD dan sekolah.
- 27 -

7. Klik butang eksport. Terdapat 10 fail .TXT yang akan disalin masuk ke dalam
disket atau pemacu USB. Fail-fail tersebut ialah
a. tblSekolah.txt
b. tblPengusaha.txt
c. tblPekerja.txt
d. tblKursus.txt
e. tblSuntikan.txt
f. tblKontrak.txt
g. tblMarkah.txt
h. tblBayaran.txt
i. tblKeracunan.txt
j. tblTindakan.txt

8. Sila semak semua fail-fail di dalam disket atau pemacu USB melalui
Windows Explorer.

9. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama


- 28 -
12.0 MENGIMPORT DATA

Untuk mengimport data, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, klik menu Kemudahan - Import Data. Skrin 12.1 akan
dipaparkan

Skrin 12.1: Import Data sisMAKAN

2. Masukkan disket atau pemacu USB terlebih dahulu

3. Klik butang SUMBER dan pilih sumber yang mempunyai data sisMAKAN

4. Klik butang IMPORT DATA KE PANGKALAN DATA SEMENTARA. Status


import akan ditunjukkan pada lajur Gabung. OK bermaksud data berjaya
diimport ke pangkalan data sementara. Gagal bermaksud data tidak dapat
diimport ke pangkalan data sementara.

5. Klik butang TAMBAH DAN KEMASKINI PANGKALAN DATA UTAMA. Status


import akan ditunjukkan pada lajur Tambah dan lajur Kemaskini. OK
bermaksud data berjaya ditambah atau dikemaskini ke pangkalan data
utama. Gagal bermaksud data tidak dapat ditambah atau dikemaskini ke
dalam pangkalan data utama

6. Klik nama sekolah dari Senarai Sekolah. Senarai nama pekerja akan
ditunjukkan dalam ruangan Senarai Pekerja.

7. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama


- 29 -
13.0 MENCARI DATA

Untuk mencari maklumat, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik menu Edit - Cari Maklumat. Skrin 13.1 akan dipaparkan

Skrin 13.1: Cari Maklumat

2. Klik Jenis Carian dari Pilihan Carian.

3. Taipkan maklumat pada ruangan carian

4. Klik butang Cari Maklumat. Rekod carian akan dipaparkan dalam ruangan
Senarai Rekod

5. Klik butang Tutup untuk kembali ke Skrin Utama


- 30 -
14.0 MEMADAM DATA

sisMAKAN boleh menyimpan rekod-rekod berkaitan maklumat kantin dan keracunan


sehingga saiz fail sisMakan.MDE mencapai 2Gb (bagi Microsoft Access 2002).
Pastikan pada setiap hujung tahun, fail sisMAKAN.MDE di salin ke dalam Cakera
Padat (CD) dan disimpan di dalam Peti Besi Sekolah.

Sekiranya saiz fail telah mencapai satu tahap yang sangat besar, makan
rekod-rekod yang telah dimasukkan boleh dipadam. Untuk memadam rekod, ikuti
langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, klik menu Edit - Hapus Rekod. Skrin 14.1 akan dipaparkan

Skrin 14.1: Hapus Rekod sisMAKAN

2. Pilih jenis rekod yang ingin dipadam dari senarai Pilihan Memadam Rekod.

3. Taipkan Kod pada ruangan kod.

4. Klik butang Papar Rekod Spesifik untuk memaparkan rekod berdasarkan


kod yang dimasukkan atau klik butang Papar Semua Rekod untuk
memaparkan semua rekod bagi pilihan yang dibuat

5. Klik rekod yang diingini dari Senarai Rekod

6. Klik butang Padam Rekod Dipilih untuk memadam satu rekod yang dipilih
sahaja.
- 31 -

7. Klik butang Padam Semua Rekod untuk memadam semua rekod yang wujud
dalam sisMAKAN.

8. Klik butang Tutup untuk kembali ke Skrin Utama


- 32 -
15.0 MENYEMAK MAKLUMAT SISMAKAN

Bagi memastikan data-data yang telah dimasukkan merupakan data yang tepat,
lengkap dan terkini, proses penyemakan data perlu dilakukan. Sebarang
pembetulan data hendaklah dilakukan dari skrin sisMAKAN. Elakkan pembetulan
dari kaedah pintasan.

Untuk menyemak data dalam sisMakan, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, klik menu Semak. Skrin 15.1 akan dipaparkan

Skrin 15.1: Semak Kesilapan Pengisian Data

2. Jika hendak menyemak satu Sekolah, pilih Kod Sekolah dari senarai Kod
Sekolah. Jika hendak menyemak semua data yang disimpan dalam
sisMAKAN, kosongkan ruangan Kod Sekolah.

3. Klik butang AUTO SEMAK SEMUA MAKLUMAT. Proses penyemakan akan


dilaksanakan dan hasil semakan dan bilangan kesalahan akan dipaparkan
pada ruangan dibawah butang AUTO SEMAK SEMUA MAKLUMAT.

4. Dwi-Klik jenis kesilapan untuk memaparkan rekod kesalahan. Sila betulkan


dari Skrin sisMAKAN.

5. Untuk menyemak satu jenis kesalahan sahaja, klik jenis semakan dari
Senarai Jenis Semakan dan klik butang MULA SEMAK BAGI JENIS
SEMAKAN YANG DIPILIH.

6. Bagi memaparkan sekolah-sekolah yang belum menghantar data, pilih Kod


PPD dan klik butang SENARAI SEKOLAH BELUM HANTAR DATA IKUT
PPD.

7. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama


- 33 -
16.0 MENCETAK LAPORAN-LAPORAN

Laporan yang terdapat di dalam sisMAKAN boleh dibahagikan kepada

1. Laporan Melibatkan Pengusaha


2. Laporan Melibatkan Syarikat
3. Laporan Melibatkan Markah Pemantauan
4. Laporan Melibatkan Pekerja
5. Borang Kosong
6. Notis-Notis
7. Lain-Lain

PERHATIAN: Laporan-laporan ini masih di dalam pembangunan. Ia akan


dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan kehendak Sekolah, PPD, JPN
dan KPM.

Untuk mencetak laporan sisMAKAN, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dari Skrin Utama, klik menu Laporan. Skrin 16.1 akan dipaparkan.

Skrin 16.1: Laporan sisMAKAN

2. Klik butang Kategori Laporan yang dikehendaki. Senarai laporan bagi


kategori berkenaan akan dipaparkan dalam Senarai Laporan.

3. Klik jenis laporan

4. Taipkan Tahun

5. Pilih Negeri dan kosongkan PPD untuk mencetak laporan mengikut Negeri.

6. Pilih Negeri dan PPD untuk mencetak laporan mengikut PPD

7. Klik butang PAPAR LAPORAN. Contoh satu Laporan seperti Skrin 16.2
- 34 -

Skrin 16.2: Contoh Laporan Pekerja

8. Klik ikon Mesin Cetak untuk mencetak Laporan. Pastikan kertas A4 telah
dimasukkan ke dalam pencetak.

9. Klik butang Close untuk menutup paparan Laporan

10. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama