Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS PAPA

Tugasan 4WP Set 1

Lengkapkan tempat-tempat kosong di bawah.

Novel ini mengisahkan ______________ (1) yang hidup bahagia dengan bapanya,
___________(2) dan mamanya, _______________ (3) serta pembantu rumahnya,
___________ (4) di ____________ (5). Intan Julia yang berumur ___________ (6)
bersekolah di ____________ (7). Di sekolah ini juga ibunya Intan Maliana menjadi
guru ____________ (8). Bapanya juga pernah menjadi guru ____________ (9) di
sekolah yang sama. Kemudian bapanya menjadi pensyarah ekonomi di
____________ (10).

Intan Maliana mengandung lagi bagi memenuhi kehendak suaminya.


____________ (11) dan Makcik Noraini melarang Intan Maliana mengandung
kerana 17 tahun lalu dia pernah pengsan ketika melahirkan Intan Julia. Doktor
terpaksa memerah susu kerana bayi itu enggan minum susu tepung. Intan Julia
dilahirkan tidak cukup bulan, hanya ____________ (12) sahaja.

Makcik Noraini ialah ____________ (13) Jefri. Dia kematian suami dan anak-anak
17 tahun lalu akibat kereta berlanggar dengan lori tangki semasa dalam
perjalanan dari __________ (14) ke__________ (15). Mereka hendak pulang
berhari raya. Makcik Noraini tidak setuju dengan tindakan Jeffri membeli dua
buah katil bayi sebagai persiapan menyambut bayi anak kembar. Intan Maliana
telah melahirkan anak kembar Siam bernama ____________ (16) dan
____________ (17) di _______________________________________ (18) di
Cheras,Selangor. Anak kembar ini mati di dalam perut dan Intan Maliana koma
selama ___________ (19). Jeffri membawa pulang isterinya dan dirawat di rumah
sahaja .

Selepas SPM, Intan Julia belajar di Kolej Matrikulasi,


___________________________ (20), Gombak , Selangor. Dia tinggal di asrama
dan papa keseorangan di rumah. Dia sesekali pulang ke rumah dan menjaga
ibunya yang koma . Dia telah berkenalan dengan pelajar baharu bernama
__________ (21) semasa di bangku sekolah lagi. Mereka selalu bersama ke
perpustakaan, minum di Restoran Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran
makanan segera . Dia terserempak dua kali dengan bapa dan ___________ (22)
minum bersama.

Aisyah merupakah gadis cantik, anak hartawan dan tinggal di Kelana Jaya. Dia
merupakan pelajar Jeffri. Di selalu bermain _________ (23) dengan Jeffri dan
Intan Julia di Kelab sukan Kelana Jaya. Secara berseloroh Intan Julia menyuruh
bapanya berkahwin dengan Aisyah. Rasylan menasihati Intan Julia agar tidak
membantah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Jeffri pernah menampar Intan
Julia kerana isu itu. Rasylan ialah ____________ (24) antara pensyarah UIA,
___________ (25) dengan pembantu rumahnya warga ___________ (26).
Pembantu rumah itu balik ke ___________ (27) dan meletakkan bayi itu di tepi
jalan kerana malu tidak berbapa. Muaz al Khalibi telah pulang ke Jordan. Jabatan
Kebajikan Masyarakat menyerahkan bayi itu kepada _______________ (28) yang
tinggal di Taman Sri Andalas , Kelang.

Jefri melarang Intan Julia rapat dengan Rasylan kerana tidak ketahuan
keturunannya. Rasylan menjadi ________________ (29) Datuk Mustakim. Dia
tidak mendapat kasih sayang dan ditinggalkan di rumah sahaja. Rasylan
ditinggalkan di rumah ketika keluarga Datuk Mustakim pulang ke kampung di
Kuala Kangsar. Jeffri 'bermusuh' dengan Datuk Mustakim kerana ibu bapanya
mati dilanggar oleh Datuk Mustakim. Atas rasa bersalah, Datuk mustakim
memberi bantu kewangan kepada keluarga Jeffri.

Jefri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana
___________ (30). Setelah 3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh
membuka mata. Mama terkejut apabila melihat Aisyah yang sedang
mengandung di sebelah suaminya. Papa memperkenalkan Mak Cik Aisyah dan
menjelaskan sebab-sebab dia berkahwin lagi. Namun begitu, mama kelihatan
tidak dapat menerima kenyataan itu. Mama tiba-tiba nazak dan telah
menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejak kelahiran Julia, papa tidak
pernah menangis, namun kali ini papa akhirnya tewas jua.

Anda mungkin juga menyukai