Anda di halaman 1dari 4

Rumusan

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa hasil daripada kajian

yang telah dibuat oleh pihak kami di Jabatan Balai Bomba, Alor Setar, Kedah baru –

baru ini didapati masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dari segi pelbagai

aspek khususnya dari segi budaya organisasi. Hal ini jelas terbukti menerusi

kebanyakkan pendapat responden yang nyata menunjukkan bahawa terdapat beberapa

perkara yang menyebabkan timbulnya ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja di

jabatan tersebut tentang budaya organisasi. Perkara ini termasuklah gaya kepimpinan

dalam organisasi, pengaruh kuasa dan konflik yang wujud, tingkah laku, corak

pembelajaran serta perkongsian nilai yang ada dalam organisasi terbabit.

Realitinya, kepimpinan yang berkesan merupakan aspek terpenting dalam

penubuhan sesebuah organisasi. Hal ini temasuklah di Jabatan Bomba dan

Penyelamat itu sendiri kerana, menerusi gaya kepimpinan yang cekap, berkaliber dan

berkarisma akan melahirkan pengeluaran output yang berkualiti, sekaligus dapat

mempengaruhi pekerja bawahannya untuk melaksanakan kerja yang diamanahkan

dengan efektif. Berdasarkan kajian ini, kebanyakkan pekerja menganggap bahawa

arahan yang jelas dan tepat seharusnya dimiliki oleh seseorang pemimpin atau ketua

agar mesej dan arahan yang hendak disampaikan kepada pekerja bawahan dapat

diterima dengan cepat, jelas dan tepat.


Seterusnya, ialah dari aspek pengaruh kuasa dan konflik dalam organisasi.

Dalam konteks ini, jelas menunjukkan bahawa dalam organisasi masih terdapat

penguasaan kuasa dan konflik sama ada antara majikan dengan pekerja dan sesama

pekerja itu sendiri. Keadaan ini sekiranya berlanjutan boleh menimbulkan konflik

yang serius sehingga mewujudkan persekitaran dalam organisasi yang tegang,

sekaligus menjejaskan kualiti dan mutu kerja. Hal ini terbukti apabila wujudnya

amalan berpuak yang menjadi trend dan budaya dalam organisasi terbabit.

Hakikatnya, sekiranya keadaan ini tidak diatasi dengan segera oleh pihak atasan,

sudah tentu situasi ini akan menyebabkan kegagalan perkongsian nilai yang cuba

diterapkan sebelum ini. Malah, fungsi dan objektif sebenar penubuhan organisasi

terbabit sudah pasti tidak tercapai kerana amalan negatif dalam organisasi secara tidak

langsung akan menguasai budaya kerja.

Di samping itu, aspek perkongsian nilai juga turut dibincangkan. Dalam

perbincangan ini jelas membuktikan bahawa perkongsian nilai adalah amat penting

dalam organisasi kerana melalui nilai – nilai yang murni dapat membentuk sebuah

organisasi yang mantap dan cekap dalam malaksanakan tugasan. Hal ini jelas terbukti

apabila majority pekerja dalam organisasi tersebut memperlihatkan perkongsian nilai

yang tinggi dalm melaksanakan tugas yang diamanahkan. Perkara ini termasuklah

dari segi jalinan kerjasama yang erat dan memberi komitmen yang sepenuhnya

terhadap kerja. Apa yang pasti, menerusi amalan ini, ternayata dapat mewujudkan

persekitaran kerja yang harmoni seiring dengan kedudukkan Jabatan Bomba dan

Penyelamat itu sendiri sebagai organisasi yang cekap dan mahir dalam melaksanakan

kerja.
Selain itu, ditunjukkan juga penilaian tingkah laku pekerja dalam organisasi.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, ternyata tingkah laku pekerja boleh

mempengaruhi corak pengurusan dan pentadbiran organisasi. Hal ini kerana, setiap

pekerja memiliki sikap dan tingkah laku yang berbeza. Keadaan ini nyata dapat dilihat

apabila ada dalam kalangan pekerja yang sudah lama merkecimpung dalam bidang ini

dan ada yang masih baru berkhidamat. Dalam konteks ini, mereka masih belum dapat

menguasai sepenuhnya pengurusan di tempat kerja dan secara tidak langsung,

wujudnya perbezaan tingkah laku dalam kalangan mereka seperti tidak secekap

pekerja senior yang sudah lama berkhidmat dan terdedah dengan pelbagai

pengalaman. Oleh demikian, untuk menjamin keseimbangan organisasi dan

mewujudkan budaya kerja yang efektif, seharusnya majikan atau ketua sentiasa peka

dan tidak pilih kasih dalam menggabungkan tenaga ahli dalam organisasi, di samping

memberikan peluang kepada pekerja baru.

Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa peranan seoarang pemimpin

atau ketua adalah penting dalam membentuk organisasi yang berjaya. Pun begitu,

sebagai ahli dalam organisasi, tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab

pengurusan dan pentadbiran di atas bahu pemimpin sahaja. Sebaliknya, semua ahli,

sama ada majikan atau ketua dan pekerja bawahan itu sendiri seharusnya sama – sama

melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan berkesan di samping penerapan

budaya organisasi yang sebenar, seiring dengan hasrat kerajaan yang mahu

melahirkan organisasi yang “Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang”.