Anda di halaman 1dari 23

TAJUK KAJIAN

Senarai Kandungan
Bil Aspek Muka surat

1. Tajuk Kajian

2. Senarai Kandungan

3. Penghargaan

4. Objektif Kajian

5. Kaedah Kajian

6. Hasil Kajian

 Nama Bangunan

 Latar Belakang

 Keistimewaan Bangunan

 Pengubahsuaian

7. Rumusan

8. Lampiran

9. Rujukan

PENGHARGAAN
Bersyukurlah ke hadrat tuhan kerana dengan keizinan-Nya saya dapat menghasil

sebuah kajian sejarah tentang bangunan bersejarah di Malaysia . Sesungguhnya sepanjang

kajian ini dijalankan, berbagai-bagai peristiwa dan cabaran telah saya lalui. Ini dapat

menambahkan pengetahuan saya. Dengan ini, izinkan saya diruang ini untuk menyampaikan

penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung

menghabiskan folio ini.

Penghargaan tertinggi khususnya kepada guru sejarah iaitu En.S.Dhevasenapathy yang

telah menolong saya sehingga terhasilkan kajian saya. En.S.Dhevasenapathy telah memberi

nota-nota tentang tajuk kajian supaya saya dapat menjalankan kajian ini dengan lancar.

Ibu saya, Puan Chan Siew Thoe dan bapa saya, Ho Kuan Thai juga telah memberi

sokongan dari segi kewangan dan dorongan yang kuat kepada saya untuk menyiapkan projek

saya. Segala jasa baik mereka tidak terbalas rasanya dan akan dijadikan panduan masa depan.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka semua.

Selain itu, warga sekolah yang terlibat secara langsung, mereka telah sudi memberi

maklumat kepada saya tentang projek ini, terutamanya rakan-rakan saya, Chai Huoy Yee, Lim

Yi Min dan Chiew Yee Xin . Mereka telah memberi bantuan yang efektif kepada saya secara

pembincangan dalam kumpulan.

Akhirnya, saya juga ingin mengucap terima kasih kepada pihak pustakawan

Perpustakaan Awam Pembandaran Kulim. Saya ingin mengucap terima kasih atas panduan

mereka yang berguna untuk melengkapkan kajian saya dan kebenaran untuk memimjam buku

untuk fotostat maklumat yang saya dapat di perpustakaan.

Sekian, terima kasih.


OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara

kita. Bangunan yang dipilih saya ialah bangunan Kota A Famosa di Melaka. Kajian saya ini

merangkumi beberapa objektif .

Melalui kajian ini saya dapat menimba ilmu dan mengetahui lebih lanjut dengan

bangunan bersejarah yang ada di Malaysia dengan mengumpul dan menyimpan maklumat

yang berkaitan dengan bangunan terpilih. Saya akan belajar tentang latar belakang dan sejarah

Kota A Famosa dengan membuat kajian ini.

Selain itu, saya dapat iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan

bersejarah ini dengan membuat kajian ini. Kota A famosa pula dapat memupuk perasaan

bangga terhadap pengalaman budaya saya dan hal ini telah menyedari saya tentang

kepentingan wujudnya perpaduan antara kaum dan perasaan patriotisme.

Saya juga dapat menguasai teknik untuk membuat kajian. Saya dapat belajar untuk

berusaha lebih gigih dan berdikari untuk menyiapkan kajian saya ini pada masa yang tetap. Hal

ini juga mendorong saya untuk membuat satu kajian dengan tatacara yang betul, jelas dan

tepat.

Akhirnya, saya dapat menanam semangat nationalisme dalam diri saya dan juga pelajar

lain melalui kajian ini. Perasaan cinta akan negara dapat mewujudkan keamanan dan

keharmonian antara kaum di Malaysia. Dengan ini , negara kita akan dapat mencapai wawasan

2020 pada masa depan.


KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian sejarah tersebut.

Kaedah-kaedah yang digunakan ialah penyelidik perpustakaan, melayari internet dan analisis

dokumen.

Melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ), saya dapat menggunakan kaedah

melayari internet untuk mencari maklumat. Banyak maklumat yang saya peroleh melalui

kaedah ini. Salah satu laman web yang telah saya layari ialah Wikipedia. Wikipedia merupakan

sebuah ensiklopedia yang boleh diubah suai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan

perisian wiki. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya. Kita boleh

mendapat maklumat dan fakta-fakta melaluinya dalam pelbagai bahasa.

Seterusnya, iaitu kaedah penyelidik perpustakaan. Saya telah pergi ke Perpustakaan

Pembandaran Kulim dan Pusat Sumber sekolah saya dengan rakan-rakan saya, Chai Huoy Yi,

Lim Yi Min dan Chiew Yee Xin. Saya dapat merujuk buku ilmiah yang bertajuk

“Kegemilangan Kesultanan Melaka”dan majalah “Kenali negeri Kita- Melaka” untuk

mendapat sumber untuk elemen 1 saya. Melalui kaedah ini, saya mendapat dua sumber.

Tambahan pula, saya juga menganalisis dokumen saya. Saya mengemas maklumat dan

dokumen yang saya dapat dengan teliti. Dengan kaedah analisis dokumen, saya dapat

menghabiskan hasil kajian saya dengan lebih lengkap dan jelas. Saya telah menyenaraikan dan

menghuraikan sub tajuk hasil kajian dengan menggunakan kaedah ini.


1) - NAMA BANGUNAN

Bangunan yang saya kaji ialah Kota A Famosa. Kota A Famosa bermaksud“Yang

Termashur” dalam Bahasa Portugis dan juga dikenali sebagai “Kubu Melaka ( Fortaleza

de Malaca )” secara rasminya. Sekitar tahun 1580, Kubu A Famosa kemudiannya diberi

nama “ Kota Santiago (Porta De Santiago) ” manakala A Famosa yang menjadi sebahagian

daripada kota ini diberi nama iaitu Fortaleza Velha.

Gambar Kota A Famosa

2) - LATAR BELAKANG
2.1 - ASAL-USUL

Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik saja berjaya menawan Melaka pada

tahun 1511. Bangunan tersebut merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Selepas Penawanan Portugis

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk

Melaka pada 1511. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan

Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana.

Kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan

Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Penaklukan oleh Belanda

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk

menangkis semua bentuk serangan dari pihak luar. Pasukan Belanda mengepong kota tersebut

selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan

kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati.

Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo

Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran,

penyakit dan tembakan senjata api. Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah

diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan

logo Syarikat Hindia Timur Belanda.

Pentadbiran oleh British


Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera

William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan

Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan

Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang

pertempuran.

Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun

membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara

dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota

sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia

ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka

ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada

penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar

iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah

membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India. [1]

Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah

dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak

mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat

membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang.

Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka

bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota

Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.

Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa

dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya
dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan

menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah

4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan

Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling

kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan

jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan

beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.

Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford

Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan

William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah

menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa

pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu,

pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia

akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan

mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga

penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan

Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ.

Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali

dipaksa.

Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah

terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa'

pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya

meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.
Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan

Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di

tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila

mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.

2.2 - PENGASAS

Alfonso de Albuquerque, Afonso de Albuquerque atau Afonso d'Albuquerque (1453 -

16 Disember 1515, dilahirkan di Alhandra) adalah seorang jeneral tentera laut Portugis yang

terkenal dan yang telah membantu mengasaskan Empayar "penjajah" Portugal di Lautan Hindi.

Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24

Ogos 1511, dan yang kemudian membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-

orang Melayu.

2.3 -TARIKH PEMBINAAN


Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas terik dan

kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Kota A

Famosa telah disiap bina pada tahun 1511.

2.4 - LOKASI

A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan dengan replica Istana

Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Kedudukan bangunan ini yang terletak di atas bukit

sangat strategik serta tepat dalam memantau setiap serangan pihak musuh.

2.5 - TUJUAN PENUBUHAN BANGUNAN

A Famosa dibina bertujuan untuk kubu pertahanan dalam menghadapi serangan

daripada tentera Melaka yang dipimpin oleh Sultan Mahmud Syah pada zaman dahulu.

Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat

beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Menurut sejarahnya, tapak binaan Kota A Famosa

turut merupakan tempat menyimpan bekalan senjata dan makanan tentera Portugis iaitu gudang

penyimpanan bijih timah dan peralatan melombong.

3) - KEISTIMEAAN BANGUNAN
3.1 - REKA BENTUK PELAN

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion),

dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai

Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo

Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar

berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

3.2 - BAHAN BINAAN

Bahan bagi membina kota A Famosa diambil dari runtuhan istana, makam-makam,

masjid, dan batu-batu yang didapati dari Pulau Upeh dan Pulau Jawa yang dibawa dengan

tongkang Cina.
4) - PENGUBAHSUAIAN

4.1 - PENGUBAHSUAIN

Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan

meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de

Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670". Pada tahun 1870,

Kota A Famosa sekali lagi dimusnahkan oleh orang Inggeris apabila Melaka jatuh ke tangan

mereka. Orang Inggeris ingin memusnahkan terus kubu ini tetapi dihalang oleh Stamford

Raffles. Sekitar tahun 1580, kubu Kota A Famosa ini pernah diperbesar sehingga dapat

merakumi sebahagian besar kota Melaka. Kubu ini dilengkapi dengan bangunan pemerintah

dan bangunan keagamaan.

RM12.8 JUTA BINA SEMULA KOTA A FAMOSA

Kota A’Famosa yang dibina ketika zaman penjajahan Portugis di negeri ini pada abad

ke-16 telah dibangunkan semula dengan peruntukan RM12.8 juta pada tahun 2007.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Dr. Rais Yatim

berkata, Kabinet telah meluluskan peruntukan tersebut merangkumi kos kajian dan pembinaan

semula. Ia akan dilaksanakan segera tahun ini selepas pelan struktur dan lakarannya siap. Fasa

pertama dijangka dimulakan pada bulan April atau Mei 2007.


Dr. Rais berkata, kerja-kerja pembinaan tembok Kota A Famosa itu akan dibantu pakar

sejarah dan ahli-ahli arkeologi Jabatan Warisan KeKKWa dan Perbadanan Muzium Melaka

(Perzim).

4.2 - HIASAN DALAMAN

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion),

dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai

Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo

Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar

berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

4.3 - KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG

Pada zaman dahulu bangunan ini diguna untuk mempertahankan Malaka. Penjajah

Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat,

biara, hospital dan sebagainya Kini, ia dijadikan tempat pelancongan, kawasan tarikan

pelancong domestic mahupun antarabangsa.

4.4 - CARA PEMBINAAN

Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik

dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan

bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Akibat suhu

panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota

tersebut.

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyiapkan kajian saya dalam tempoh masa yang

ditetapkan. Dalam masa yang saya menjalankan projek ini, saya telah mempelajari

pengetahuan tentang bangunan bersejarah, pengajaran dan juga nilai-nilai murni. Saya telah

lebih mengetahui latar belakang Kota A Famosa yang kian dilupakan masyarakat kini.

Saya berbangga sebagai rakyat Malaysia. Saya amat berbangga dengan sejarah negara

seperti bangunan A Famosa yang saya kaji merupakan sebuah binaan seni Eropah yang masih

tinggal di Asia. Kita juga mesti menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa serta

berusaha untuk mengekalkannya.

Saya juga mempelajari tentang kepentingan memupuk semangat kekitaan dalam

kalangan masyarakat. Kita mesti bersatu padu dan berharmoni untuk mewujudkan sebuah

negara yang lebih aman dan maju serta mencapai matlamat wawasan 2020 . Sikap bertolak

ansur dan berteloransi juga mesti dipupuk sejak kecil dalam diri individu. Kita juga mesti

berkerjasama dan tolong-menolong antara kaum bagai aur dengan tebing.

Akhirnya, saya dapat menghayati nilai rajin, gigih dan berdikari. Oleh itu saya boleh

berusaha dengan sempurna dan produktif dalam membuat kajian ini. Dengan ini, saya juga

berharap untuk menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara pada masa

depan serta menjadi warga yang berilmu dan berketrampilan. Kini, saya telah mengenali erti

tidak putus asas dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

LAMPIRAN
Rantai Kunci yang mempunyai gambar A Famosa

Pandangan hadapan A Famosa

Pandang belakang A Famosa


A Famosa pada malam

Kedudukan A Famosa di Google Map


Di belakang A Famosa

Di atas bukit

Prasasti di A Famosa
RUJUKAN

BUKU ILMIAH

Ayuni Amir, 2005, Apa Di Sebalik Nama?-Kegemilangan Kesultanan Melaka. Petaling Jaya:
Pustaka Cahaya Intelek.

MAJALAH

Maruwiah Ahmat, 2008, Kenali Negeri Kita- MELAKA. Shah Alam: Karisma Publications
SDN. BHD.

INTERNET
A Famosa,
http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

RM12.8 juta bina semula Kota A Famosa, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2007&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm

SUMBER-SUMBER LAIN

Rusnah Syahila Duali Hussen, Norazwa Mahat, Diana Semaon, Asma Saad, Siti Rafeah
Ahamed, Noor Fuzana Yaakb, Nor Azah Abdul Aziz, Ensiklopedia UMUM untuk PELAJAR,
2007, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors SDN BHD.
Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk

semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Muhammad Iqbal ada berkata, “Patriotisme adalah berkat yang sepenuhnya bersifat

fitrah dan mempunyai tempat dalam kehidupan moral manusia”. Dalam usaha memperteguh

keamanan dan keharmonian negara, semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat
Malaysia perlu dipertahan. Salah satu usaha yang dijalankan ialah memelihara dan memulihara

bangunan bersejarah.

Sebagai contoh, Bangunan A Famosa di Melaka yang saya kaji dibina semula untuk

dijadikan iktibar kepada masyarakat akan sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang musnah

akibat sikap hasad dengki. Dengan ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah

bangsa dan negara dengan mempelajari serta meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan

bangsa ini. Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan,

bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Sekaligus menunjukkan bahawa kita

menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip

penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah , kita juga dapat

menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam

melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga

mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat

muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat

patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,

masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti

seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-

undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai

berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap

peraturan negara.
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga akan mewujudkan

sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara

kerjasama berpasukan. Denga ini, masyarakat yang harmoni antara berbilang kaum di Malaysia

akan diwujudkan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga

perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap

rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi

memajukan negara dan matlamat 2020 dapat dicapai. Semoga negara kita akan lebih maju,

lebih aman dan taraf hidup rakyat akan lebih tinggi, kemiskinan akan dikurangkan. Semangat

cintakan warisan bangsa akan membantu kita untuk menjayakan cita-cita tersebut.

Anda mungkin juga menyukai