Anda di halaman 1dari 2

Masalah Komunikasi dalam Organisasi: Pembunuh Senyap?

July 1, 2008 — universiti

Oleh: A. Amri

Di antara masalah yang sering dihadapi oleh sesebuah organisasi adalah masalah komunikasi

antara pihak pengurusan dan subordinat. Punca-punca berlaku masalah komunikasi tersebut

mungkin kerana gaya kepimpinan atau kurang kemahiran berkomunikasi. Gaya kepimpinan yang

lemah, autoritarian dan ortodoks boleh menghalang proses komunikasi yang lebih terbuka.

Manakala kelemahan kemahiran interpersonal juga merupakan satu ‘penyakit’ yang menjadi

pembunuh senyap kepada kedinamikan organisasi.

Menurut Mahmood Nazar dan Sabitha dalam buku ‘Hubungan Manusia dalam Organisasi’, pakar-

pakar pembangunan organisasi menyarankan beberapa langkah bagi meningkatkan komunikasi

yang lebih terbuka antara majikan dan pekerja. Di antaranya adalah:

1. Banyakkan interaksi antara pihak pengurusan dan kakitangan bawahan. Kurangkan mengguna

memo apabila memberi arahan kepada kakitangan.

2. Sesekali bertanya khabar, berbual-bual dengan kakitangan atau ambil tahu hal kakitangan bagi

mengurangkan tembok pemisah antara pihak pengurusan dan kakitangan.

3. Luangkan masa sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk berbincang dengan kakitangan

berkaitan masalah di pejabat, prestasi kakitangan atau penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Beri ruang kepada kakitangan meluahkan permasalahan, kritikan atau pendapat tanpa memarahi

mereka.

4. Komen prestasi kakitanagn dalam suasana yang peribadi seperti di dalam bilik pengurus.

Bersikap terbuka dan profesional serta beri peluang kakitangan memberi penjelasan berkaitan

prestasinya.

5. Beri ganjaran dalam bentuk pujian atau pengiktirafan di atas kerja-kerja yang berjaya

dilaksanakan dengan baik dan cekap.

1
Kesemua langkah di atas dapat menghasilkan suasana pejabat yang kondusif dan profesional

kerana wujud komunikasi yang terbuka antara pihak pengurusan dan kakitangan. Sebagaimana

yang diketahui, ‘office politic’ atau politik pejabat boleh membunuh mood bekerja seseorang

pekerja dan akhirnya sumber manusia yang baik akan disia-siakan hanya kerana suasana

komunikasi yang terbatas menguasai organisasi.

Posted in Fakulti Pengurusan. 1 Comment »

One Response to “Masalah Komunikasi dalam Organisasi: Pembunuh Senyap?”

1. Masalah Komunikasi dalam Organisasi: Pembunuh Senyap? « attaurie's Blog

Says:
January 22, 2010 at 5:34 am

[...] January 22, 2010 at 5:31 am (Uncategorized) oleh ; A.Amri

(http://uniprof.wordpress.com/2008/07/01/masalah-komunikasi-dalam-organisasi-pembunuh-

senyap/) [...]