Anda di halaman 1dari 20

PENDIDIKAN MORAL

A. Tulis betul atau salah pada pernyataan berikut.

1. Tumbuhan-tumbuhan, planet, bulan, dan binatang adalah sebahagian daripada alam
semesta ciptaan Tuhan.

2. Alam dianugerahkan oleh tuhan istimewa untuk manusia sahaja.

3. Sama seperti manusia, haiwan juga mempunyai naluri serta boleh merasai kesakitan.

4. Sebagai manusia, kita menunjukkan penghargaan kepada Tuhan terhadap keindahan

alam ini dengan menjaga alam ini dengan sebaik-baiknya.

5. Kita tidak boleh menerima hakikat bahawa kita mempunyai kekurangan.

6. Orang yang menagih dadah tidak mensyukuri anugerah Tuhan.

B. Jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Alam semesta dicipta oleh Tuhan.
a) Mengapakah Tuhan mencipta Alam?

b) Nyatakan dua makhluk ciptaan Tuhan.

c) Apakah yang perlu kita manusia lakukan sebagai makhluk ciptaan Tuhan?

d) Apakah dua kegunaan haiwan kepada manusia?

Jawapan

Bahagian A

1. Betul
2. Salah
3. Betul
4. Betul
5. Salah
6. Betul

Bahagian B

1. a) untuk kemudahan dan kegunaan manusia.

b) i. Manusia
ii. Haiwan/ serangga/ kuman
c) i. Memikirkan tentang kejadian diri kita untuk mengenali diri sendiri
ii. Mensyukuri nikmat tuhan dengan menerima kekurangan dan kelebihan
diri
e) i. Sebagai sumber protein
ii. Sebagai pengangkutan
PENDIDIKAN MORAL
A. Tandakan (betul) pada pernyataan yang betul dan tandakan (salah) pada
pernyataan yang salah.
1. Pelajar yang mempunyai harga diri menyayangi dirinya.

2. Untuk berjaya, kita perlu mengembangkan potensi diri kita.

3. Contohilah tindakan rakan baik kita, walaupun kadang kala tindakannya salah supaya
rakan kita tidak berkecil hati.

4. Kita perlu mengetahui kelebihan diri kita supaya kita dapat berbangga diri.

5. Apabila kita mempunyai bakat dalam sesuatu bidang, tidak perlulah kita menonjolkan
bakat kita supaya rakan tidak mengata kita bongkak.

6. Sekiranya kita dikritik, kita perlu marah dengan kritikan tersebut kerana orang lain
tidak berhak mengkritik kita.

7. Individu yang mempunyai harga diri, adalah individu yang mempunyai matlamat dan
bersungguh-sungguh untuk menjayakan matlamatnya itu.

8. Kelebihan diri mestilah dikekalkan manakala kelemahan diri hendeklah diperbaiki.

9. Salah satu cara untuk mengenal pasti keistimewaan diri kita ialah dengan bertanyakan
kelebihan dan kelemahan diri kita dengan rakan.

10. Remaja yang mempunyai harga diri akan melibatkan diri dalam aktiviti yang
bermoral dan berfeadah.
JAWAPAN

1. Betul
2. Betul
3. Salah
4. Salah
5. Salah
6. Salah
7. Betul
8. Betul
9. Betul
10. Betul
PENDIDIKAN MORAL
Jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Individu yang bertanggungjawab akan sentiasa menjaga kesihatan dirinya dan salah
satu caranya ialah dengan bersenam
a) Berikan empat jenis senaman
i.
ii.
iii.
iv.

b) Nyatakan dua akibat orang yang malas bersenam.

i.
ii

2. Makanan berkhasiat terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan susu dan daging,
sayur dan buah-buahan dan bijiran.
a) Senaraikan tiga jenis makanan yang terdiri daripada kumpulan bijiran.
i.
ii.
iii.
b) Apakah ciri- cirri makanan sihat?
i.
ii.
c) Nyatakan masalah yang mungkin timbul akibat:
i. Makan berlebihan

ii. Tidak cukup makan

Jawapan

1. a) i. Berjoging
ii. Bermain bola
iii. Berenang
iv. berjalan laju

b). i. Badan lemah/ toksik tidak keluar daripada badan

ii. Berat badan bertambah

2. a) i. Nasi
ii. Roti
iii. pasta/ mi/ biskut
b). i. Makanan yang kurang kandungan gula
ii. Makanan yang tiada lemak dan tiada kandungan kolesterol
c). i. Mudah diserang penyakit seperti lemah jantung dan kencing manis/
masalah obsesiti.
ii. pertumbuhan fizikal dan otak akan terjejas.
PENDIDIKAN MORAL

Fahami situasi yang diberikan. Kemudian, tulis dialog yang berhemah tinggi ketika
menghadapi situasi tersebut.

1. Tempat duduk kamu di dalam dewan telah diambil oleh orang lain ketika kamu ke
tandas, sedangkan kamu telah meletakkan beg kamu di kerusi tersebut.

2. Kamu sedang berbual di telefon. Kakak dan adik kamu berbual dengan kuat. Mereka
juga ketawa. Hal ini mengganggu perbualan kamu.

3. Kamu luka sebab terjatuh dari basikal. Tayar basikal kamu juga pancit. Rakan kamu
membantu kamu membawakan beg sekolah dan menuntun basikal kamu.
JAWAPAN

1. Maafkan saya. sebenarnya ini tempat duduk saya. boleh kamu duduk di tempat
lain?

2. Kakak, adik, boleh tolong perlahankan sedikit suara?

3. Saya minta maaf kerana telah menyusahkan kamu. Terima kasih banyak-banyak
kerana sudi membantu saya.
PENDIDIKAN MORAL

Jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Sikap berdikari amat penting untuk menjamin kejayaan seseorang individu pada masa
hadapan.

a) Berikan dua ciri individu yang mengamalkan nilai berdikari.

i.
ii.

b) Berikan dua contoh perlakuan pelajar yang mengamalkan nilai berdikari.

i.

ii.

2. Ibu bapa memainkan peranan untuk mendidik anak-anak supaya mengamalkan nilai
berdikari.

a). Bagaimanakah ibu-bapa boleh mendidik anak-anak supaya berdikari?

b). Berikan contoh bagaimana untuk mengamalkan nilai berdikari ketika...

i. di rumah:
ii. di sekolah:

c). Jelaskan dua kesan negative sekiranya seseorang pelajar itu mengamalkan nilai
berdikari.
i.
ii.
JAWAPAN
1.
a) i. Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri
ii. Sanggup mengurus diri tanpa bergantung kepada ibu-bapa atau orang lain

b). i. Menyiapkan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru tanpa dipaksa oleh ibu
ii. Mencari sendiri maklumat untuk membuat karangan yang diberikan oleh guru.

2.
a). Melatih dan menggalakkan anak-anak membuat kerja sendiri yang mampu mereka
lakukan sejak kecil.

b). i. Membersihkan sendiri bilik tidur atau mengurus diri sendiri

ii. Membaca buku dan membuat kerja sekolah apabila guru tiada di dalam kelas.

c). i. Sentiasa bergantung kepada orang lain dan tidak ada keyakinan diri untuk
bertindak.
ii. susah untuk mencapai kejayaan tanpa bantuan dan pertolongan orang lain kerana
tidak tahu berusaha sendiri.
PENDIDIKAN MORAL

Jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Berikut ialah rutin harian Ah Moy, Ganesan dan Rahim di rumah.

Ah Moy - Mengemaskan tempat tidurnya setiap pagi.

Ganesan - Rajin membaca buku-buku cerita untuk menguasai

bahasa Melayu.

Rahim - Selalu bersolat lima waktu di rumah.

(a) Nyatakan nilai yang diamalkan oleh Ah Moy,Ganesan dan Rahim

....................................................................................................................................

(b) Selain daripada nilai di atas nyatakan satu nilai yang ada pada ketiga-tiga murid di
atas.
....................................................................................................................................
....................................................................................................................................
....................................................................................................................................
....................................................................................................................................

(c) Nyatakan empat amalan baik yang boleh dilakukan oleh murid dalam kehidupan
harian terhadap keluarga, rakan dan tempat tinggal.
....................................................................................................................................
....................................................................................................................................
....................................................................................................................................
....................................................................................................................................
JAWAPAN

1( a ) Ah Moy - Nilai Berdikari

Ganesan - Nilai Kerajinan

Rahim - Nilai Kepercayaan Kepada Tuhan

(b) Nilai Bertanggungjawab

(c) i. Menurut kata dan nasihat ibu bapa

ii Menghantar kad ucapan Hari Lahir kepada rakan

iii Menjaga kerusi meja dan perkakas di bilik darjah dengan baik

iv Tidak mendera haiwan peliharaan

PENDIDIKAN MORAL

Jawab soalan-soalan yang berikut.

Abang : Adik, jangan tangkap burung itu dengan jerat. Kita perlu menyayangi burung.
Adik : Kenapa bang... ? Burung bukannya manusia.
Abang : Bukan begitu. Burung juga makhluk ciptaan Tuhan. Kita perlu memeliharanya
dengan baik.
Adik : Tapi bang...kalau tak mahu dijerat boleh ke saya melastik burung?
Abang : Itu tindakan yang agak keterlaluan.Bayangkan adik ditangkap dan dijerat. Adik suka
tak?
Adik : Tak suka.
Abang : Semua benda hidup adalah ciptaan Tuhan dan kita tidak boleh menganiaya makhluk
Tuhan.
Adik : Oh begitu. Saya minta maaf bang...Saya tidak akan menganiaya makhluk lain.

(a) Nyatakan dua nilai yang perlu ada pada watak Adik.
i) ............................................................................................................................
..........................................................................................................................
ii) ............................................................................................................................
........................................................................................................................

(b) Setelah mendengar penjelasan daripada Abang, Adik meminta maaf atas kesalahannya.
Nyatakan satu nilai yang ditunjukkan oleh Adik.
................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................

(c) Huraikan tiga faedah memelihara spesies burung dan tumbuhan ciptaan Tuhan.
i) ............................................................................................................................
..........................................................................................................................
ii) ............................................................................................................................
..........................................................................................................................
iii) ............................................................................................................................
..........................................................................................................................

(d) Terangkan dua cara terbaik untuk melindungi spesies burung dan tumbuh-tumbuhan
hutan.
i) ............................................................................................................................
..........................................................................................................................
ii) ............................................................................................................................
..........................................................................................................................
JAWAPAN

1 (a ) Nilai Kasih Sayang

Nilai Kesederhanaan

(b) Nilai Hemah Tinggi

(c) i. Agar spesies burung dan tumbuhan tidak pupus

ii. Agar spesies burung dan tumbuhan dapat dilihat oleh generasi akan
datang

iii. Agar spesies dan tumbuhan ini menjadi kebanggaan negara sebagai
kahazanah

(d) i. Kempen kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan spesies terncam

ii. Penguatkuasaan undang-undang- denda dan dipenjara.

PENDIDIKAN MORAL

Jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Jauhi Gejala ‘ Lumba Haram’

(a) Selain nilai mematuhi peraturan dan undang-undang, senaraikan empat nilai lain
yang sepatutnya diamalkan oleh remaja untuk menjauhi gejala di atas.
i) ..................................................................................................................
..................................................................................................................
ii) ..................................................................................................................
..................................................................................................................
iii) ..................................................................................................................
..................................................................................................................
iv) ..................................................................................................................
..................................................................................................................

(b) Terangkan satu kesan penglibatan remaja dalam gejala di atas kepada:
i) Diri Sendiri
...........................................................................................................................

ii) Keluarga ...........................................................................................................

...........................................................................................................................
...........................................................................................................................
................

(c) Nyatakan dua pertubuhan sukarela di luar sekolah yang boleh disertai oleh remaja
untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah.
i) ................................................................................................................
ii) ................................................................................................................
JAWAPAN

1. ( a ) i. Nilai Harga Diri

ii. Nilai Bertanggungjawab

iii. Nilai Kasih Sayang

iv. Nilai Rasional

(b) i. Diri sendiri - Ditahan polis, mengalami kecederaan, cacat anggota

badan, meragut nyawa.

ii. Keluarga- Gangguan emosi, tekanan perasaan, menanggung aib,

maruah terjejas kerana perbuatan anak, didakwa polis, kehilangan
anak jika terbunuh semasa lumba haram.

(c) i. Pertubuhan Rakan Muda

ii. Yayasan Salam

PENDIDIKAN MORAL

Jawab soalan-soalan yang berikut

1. Berikut ialah sikap yang ada pada Asiah yang telah menjadikan beliau sebagai pelajar
contoh di sekolahnya.

 Sentiasa berpakaian kemas sebagai cara

menjaga maruah diri

 Sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa

sewaktu bergaul dengan guru, kaki tangan
sekolah dan rakan-rakan

 Melaksanakan semua tugas yang diberikan oleh

guru mata pelajaran dengan baik.

(a) Huraikan tiga nilai yang ada pada Asiah.

i) ...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
ii) ...............................................................................................................

iii) ...............................................................................................................

(b) Nyatakan empat kesan jika tiada nilai Hemah Tinggi dalam kalangan pelajar di
sekolah.
i) ...............................................................................................................
...............................................................................................................
ii) ...............................................................................................................
...............................................................................................................
iii) ...............................................................................................................
...............................................................................................................
iv) ...............................................................................................................
...............................................................................................................
JAWAPAN

1(a ). Nilai- Harga Diri

Penerangan- Asiah sentiasa memakai pakaian seragam yang lengkap ke

sekolah sebagai salah satu cara untuk menjaga maruah diri.

Nilai- Hemah Tinggi

Asiah sentiasa beradab sopan dan berbudi pekerti mulia sewaktu bergaul
dengan rakan-rakan di sekolah.

Nilai- Bertanggungjawab

Asiah melaksanakan tugas yang diberikan oleh guru mata pelajaran

dengai baik sepanjang masa.

(b) i. Pelajar tidak menghormati antara satu sama lain.

ii Pelajar bersifat angkuh.

iii Pelajar sering bertelingkah sesama sendiri

iv Pelajar tidak bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu

aktiviti di sekolah.
PENDIDIKAN MORAL

Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi.

· cemburu · melanggar
· ketidaktenteraman · penganiayaan
· memaafkan · menghargai
· bangga · bersopan-santun
· berdikari · simpati

1. Kita hendaklah _____________ kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak
kerajaan.
2. Individu yang tidak yakin pada diri sendiri akan berasa _____________ akan kejayaan
orang lain.
3. Kita bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak ________________ undang-undang dan
peraturan.
4. Orang yang sedia _____________ kesalahan orang lain dengan ikhlas adalah orang yang
berhati mulia.
5. Perasaan _________________ perlu ditunjukkan kepada golongan dalam kesusahan jika
kita tidak dapat menghulurkan bantuan kebendaan kepadanya.
6. Kita wajar mengamalkan sikap berupaya _____________ sendiri terutama dalam
menguruskan hal-hal diri kita sendiri.
7. Amalkan ________________ dalam pertuturn dan perlakuan menjamin keharmonian dan
kemesraan dalam perhubungan dengan orang lain.
8. Orang yang cinta kepada negara akan berasa ___________ menjadi warganegara di
negara ini.
9. Melakukan __________ terhadap binatang merupakan amalan orang yang tidak sayang
kepada nyawa.
10. Sesebuah negara yang ditadbir dengan tidak mengutamakan keadilan akan menyebabkan
huru-hara dan _________________ yang berpanjangan.
JAWAPAN

1. Menghargai

2. Cemburu

3. Melanggar

4. Memaafkan

5. Simpati

6. Berdikari

7. Bersopan-santun

8. Bangga

9. Penganiayaan

10. Ketidaktenteraman

Anda mungkin juga menyukai