Anda di halaman 1dari 69

UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER

Sinopsis

Modul ini dibina untuk memenuhi kehendak Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah
Rendah) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Modul ini merangkumi sukatan
pelajaran Pengurusan Sumber Pengajian Asas Peringkat 2.

Pengenalan

Salam sejahtera dan selamat datang ke kursus Pengurusan Sumber. Sepanjang kursus
pengurusan sumber anda akan didedahkan kepada pelbagai maklumat berkaitan dengan
Teknologi Maklumat, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semakin mempengaruhi pendidikan


masa kini. Pengurusan Sumber yang terhasil amat berguna dalam semua aspek kehidupan
manusia. Oleh itu guru-guru pelatih KDPM, KPLI perlu didedahkan kepada pelbagai sumber
pendidikan yang melibatkan teknologi baru yang canggih.

Sukatan pelajaran Pengurusan Sumber ini telah digubal sedemikian supaya guru-guru
pelatih didedahkan kepada asas-asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi
Pendidikan dan Sains Perpustakaan. Mereka didedahkan kepada kemahiran penggunaan
media dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini guru bukan saja dapat
meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka dalam pentadbiran sekolah tetapi juga dapat
mengintegrasikan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai agen perubahan di sekolah, guru pelatih yang mengikuti kursus ini akan menjadi
lebih peka dan bersikap dinamik dalam menerokai perkembangan terkini demi memajukan
diri sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, penggunaan modul ini
akan membantu pelajar dalam menyesuaikan diri dengan era maklumat yang akan
memenuhi Wawasan Pendidikan Negara.

Hasil Pembelajaran

Di akhir bab ini anda seharusnya dapat

1. Memberi definisi media pengajaran dan pembelajaran serta menghuraikan


kepentingannya dalam P&P.

2. Merancang dan menghasilkan bahan grafik pengajaran dan pembelajaran


berdasarkan prinsip-prinsip asas pembinaan grafik.

3. Mengetahui jenis-jenis media unjuran serta penggunannya yang betul dalam


pengajaran dan pembelajaran.

4. Mengetahui cara penggunaan serta kepentingan penggunaan papan pengajaran


dalam penyiaran maklumat.

1-1
5. Mengetahui jenis-jenis media bukan unjuran serta dapat membandingbeza antara
bahan 2D dan 3D.

6. Memahami konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan hubungannya


dengan pelbagai bidang.

7. Mengenalpasti perkakasan-perkakasan tambahan sistem komputer serta jelaskan


fungsi-fungsinya.

8. Memahami konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)


serta membandingbeza pelbagai jenis PPBK.

9. Memahami konsep Sains Perpustakaan dan Maklumat serta menghuraikan

a) jenis-jenis sumber maklumat.


b) jenis-jenis pencarian maklumat
c) sumber-sumber maklumat

10. Menjelaskan fungsi-fungsi Pusat Sumber dan Agensi-agensi Maklumat

1-2
KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1.1 Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Apakah Media?

Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem, video,
radio, gambar foto, risalah, poster dan sebagaimana. ( Heinich, Molenda, Russell, 1981)

Apakah Pengajaran?

Pengajaran adalah proses yang berorentasikan maklumat yang dirancang terlebih dahulu.
( Romiszowaski, 1988).
Pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan
pembelajaran. ( Heinich, Molenda, Russell, 1981)

1.1.1 Media Pengajaran

Membawa maksud sebagai peralatan atau perkakasan dan bahan ( perisian ) media yang
telah dikenalpasti ( dipilih ), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan
sendiri proses pengajaran dan pembelajaran ( Yusup,1992).

1.1.2 Pengkelasan Media

Terbahagi kepada DUA bahagian Media Cetak dan Media Bukan Cetak.

Media Pengajaran

Media Cetak Media Bukan Cetak

Modul Pengajaran
Media Tayang Media Bukan Tayang

Buku Teks Transparensi Lukisan

Slaid Carta
Surat Khabar

Graf

Model

1-3
Buku Rujukan Filem Jalur

Spesimen
Mikro Filem
Nota Edaran

Mikrofis Realia

Komik
Diorama
Bahan Legap

Risalah
Gambar Foto
Pelbagai Imej

Dokumen
Filem dan Audio Boneka

Majalah/Jurnal Papan Hitam


Video Interaktif

Papan Flanel

Papan Kenyataan

Papan Magnet

Papan Elektrik

Pita Audio

Cakera Padat

Poster

Kad Imbasan Kartun

1-4
1.1.3 Latihan

1. Cuba fikirkan. Penggunaan media pengajaran amat


penting pada masa kini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mencapai objektif pengajaran. Beri
pandangan anda daripada pengalaman selama anda
menjadi seorang guru di sekolah.

2. Di kelas anda mengajar, hampir semua murid tidak berminat


mengikuti pengajaran anda dan ia lebih suka membuat kerja
sendiri serta tidak memberi tindakbalas. Senaraikan media
pengajaran yang sesuai untuk kumpulan murid ini dan
berikan rasionalnya.

1-5
KOMPONEN : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

1.2 Pengenalan kepada Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


dalam Pendidikan

1.2.1 TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan


pembelajaran merangkumi penggunaan perisian-perisian kursus,
penggunaan internet untuk perkongsian maklumat, penggunaan perkakasan
TMK untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2.2 TMK dalam pengujian dan penilaian

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengujian dan


penilaian merangkumi penggunaan perkakasan dan perisian untuk membina
soalan-soalan, pentadbiran ujian, pemprosesan markah serta membuat
interpretasi pencapaian atau prestasi pelajar.

1.2.3 TMK dalam pengurusan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan


merangkumi pentadbiran dan pengurusan maklumat pelajar dan guru serta
organisasi sekolah.

1.2.4 TMK dalam penyelidikan dan pembangunan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyelidikan dan


pembangunan merangkumi penganalisaan data penyelidikan.

1.2.5 Latihan

Senaraikan sekurang-kurangnya lima definisi TMK yang dinyatakan oleh


pakar-pakar bidang TMK.
Kenalpasti perisian-perisian TMK yang boleh digunakan untuk tujuan:
a) pengajaran dan pembelajaran
b) pengujian dan penilaian
c) pengurusan
d) penyelidikan dan pembangunan

1-6
KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN

1.3 Definisi dan Konsep Sains Perpustakaan dan Maklumat

Tahukah anda maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber iaitu dalam
perpustakaan atau di luar perpustakaan, contohnya buku, jurnal, agensi kerajaan,
konferens, media, laporan penyelidikan, pangkalan data elektronik dan seterusnya.
Dengan itu anda hendaklah menggunakan perpustakaan dengan efektif dan efisien
agar semua sumber ini dapat diterokai dan dimanfaatkan dengan maksimum.

a) Definisi Sains Perpustakaan.

Sains perpustakaan satu bidang kajian yang saintifik untuk mengelola,


mengurus dan mengatur semua bahan buku dan bukan buku di pusat sumber dan
perpustakaan secara bersistematik. Dengan ini dapat memudahkan pengguna untuk
mengenal bahan-bahan yang berbagai jenis, membuat kajian dan mempelajari
berbagai bidang ilmu di perpustakaan.

b) Definisi Maklumat

“Maklumat ialah data yang diproses atau data yang memberi makna yang
difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus peperiksaan yang dijalankan
mengikut gred yang telah ditetapkan. Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan
mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi
meningkatkan prestasi.”
(Raymond McLeod JR)

“Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam
proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari
sumber yang akhir (siap) dan sedia digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia
membantu dalam proses membuat keputusan dan mengurangkan ketidakyakinan
dengan meningkatkan tahap pengetahuan seseorang.”

(Raymond McLeod JR)

1.3.1 Jenis-jenis Sumber Maklumat

1.3.1.1 Sumber Primer

Sumber primer adalah hasil kerja asal, sama ada diterbitkan atau tidak, yang
memberikan pengetahuan baru atau kemajuan kepada pengetahuan yang sedia ada
mengenai sesuatu perkara. Ia menjadi asas kepada sumber sekunder atau tertiar.

1.3.1.2 Ciri-ciri sumber primer:

i. Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru.

ii. Melaporkan penyelidikan yang asli.

iii. Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang
baru.

1-7
iv. Biasanya sumber primer ini sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai
dengan sempurna atau berada di merata tempat.

v. Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang tidak diterbitkan.

Contoh sumber primer yang diterbitkan ialah:

i. Terbitan berkala / terbitan bersiri, Jurnal.


ii. Lapuran penyelidikan.
iii. Penerbitan kerajaan / penerbitan rasmi.
iv. Paten.
v. Piawaian.
vi. Disertasi / tesis (jika diterbitkan sebagai artikel atau buku).
vii. Prosiding, konferens.

Sumber-sumber yang tidak diterbitkan termasuklah:-

i. Kertas kerja (dari seminar, konvensyen, persidangan, simposium, bengkel, kolokium,


perbincangan, kongres dll).
ii. Fail syarikat.
iii. Fail peribadi.
iv. Surat menyurat
v. Diari, memo
vi. Buku nota / makmal.
vii. Temuramah.
viii. Rakaman audio.
ix. Lukisan.
x. Pemerhatian.
xi. Lapuran penyelidikan / teknikal yang terhad edarannya.
xii. Latihan ilmiah / tesis / disertasi.

Nota:

i. Oleh sebab sumber primer ini merupakan maklumat asal (first hand information)
yang dihasilkan penulis atau penyelidik, ia merupakan maklumat yang sangat baik
dan berwibawa.

ii. Gunakan kebijaksanaan sendiri sama ada ingin memasukkannya ke dalam senarai
bacaan atau rujukan, terutamanya jika ia merupakan suatu rujukan yang perlu serta
penting berikan sebagai petikan (citation).

iii. Sumber primer biasanya sukar diperolehi kerana ianya sukar dikesan atau faktor
kesuntukan masa bagi pihak pencari maklumat atau pembaca.

1.3.1.3 Sumber Sekunder.

Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan
abstrak atau indeks. Rujukan kepada artikel asal adalah dalam format bibliografi atau
abstrak yang diterbitkan.

1.3.1.4 Ciri-ciri Sumber Sekunder.

1-8
i. Ia bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru.

ii. Ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses.

iii. Ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan atau pemeriksaan ke atas karya
atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya.

1. Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain, perlulah
berhati-hati dalam menilai sumber ini sama ada ianya berwibawa atau berat sebelah
atau condong ke arah tertentu (bias).

1.3.1.5 Contoh sumber-sumber sekunder ialah:

i. Terbitan berkala / terbitan bersiri /jurnal (yang memberi laporan tentang


perkembangan sumber primer).
ii. Perkhidmatan indeks dan abstraks.
iii. Ulasan (reviews)
iv. Buku teks / monograf.
v. Bahan-bahan rujukan atas.
vi. Ensiklopedia
vii. Kamus / glosari / istilah.
viii. Buku panduan (handbook).
ix. Jadual.
x. Formula.
xi. Pangkalan data.

• Sumber sekunder boleh wujud dalam format bercetak atau tidak bercetak.

1.3.1.6 Sumber Tertiar.

Ia juga dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum
dari sumber-sumber primer. Sumber tertiar boleh didapati dalam bentuk buku teks,
pangkalan data, ulasan artikel, kompendia dan panduan praktis. Laman web juga
menyediakan banyak sumber dari kategori ini.

a) Ciri-ciri Sumber Tertiar.

Sumber tertiary dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder.

Contoh-contoh sumber tertiari ialah:

i. Buku tahunan.
ii. Bibliografi kepada bibliografi.
iii. Panduan kepada penerbitan (Guides to the literatures).
iv. Panduan kepada perpustakaan.
v. Panduan kepada sumber maklumat.
vi. Panduan kepada organisasi.

1-9
Latihan
Anda dikehendaki membaca satu kajian ilmiah. Daripada pembacaan
anda kategorikan sumber-sumber yang anda dapati daripada kajian
tersebut kepada 3 jenis sumber di dalam jadual di bawah.

1.3.2 Jenis-jenis Pencarian

a. Pencarian Boolean Logic

Using Boolean terms to refine your search

George Boole, an English Mathematician has produce algebra of logic


Booleans are simple terms that can be added to your search words to make the results more flexible or specific.
Using boolean terms in your search will also greatly increase the accuracy of your queries, providing you with
the best job matches. Familiarizing yourself with the logic of these boolean searches will help you get better
results.

i. Boolean Term: AND


The boolean expression AND narrows your
search. This is the default when you search
for more than one word. A search for
technical writer is the same as a search for
technical AND writer. When you search for
technical writer or technical AND writer you
are saying find the word technical in the same
document as the word writer. The search
engine discards all results except those that
have both terms. If just one word appears, it
will not be displayed.

ii. Boolean Term: OR


Booleans are a bit easier to understand when
you know about both OR and AND. The
boolean expression OR broadens your search.
A search for manager OR supervisor requires
that a document have either of these terms.
This is useful where two different words have
similar meanings and are used
interchangeably. If just one word appears in a
document, it will be displayed.

iii. Boolean Term: NOT


The expression NOT works very much as you
would expect it to. The word following NOT
must not appear in a document for the search
engine to return it. If you were to search for

1 - 10
research NOT sales, you would receive
results that mention research without the
word sales in them.

iv. Boolean Term: ( ) (parentheses)


Terms can be grouped together with
parentheses. This is useful when you become
proficient in boolean searches and would like
to ensure the results of multiple boolean terms
are correct. A search for project AND
(manager OR supervisor) will return any
document mentioning project manager or
project supervisor. Searching for (project
AND manager) OR supervisor will bring
results with project manager or the term
supervisor alone.

v. Quotation Marks: " "


Enclose specific phrases in quotation marks. This will direct the search engine to search the database
for documents containing that exact phrase. A search for analytical chemist (without quotes) will return
any document containing analytical and chemist with anything in between. If you place quotes around
the phrase, searching for "analytical chemist", Medzilla will only return documents with the terms right
next to each other.

vi. Boolean Term: * (the asterisk wildcard)


As the name implies, * can be substituted for any amount of letters. This is particularly useful to
include all words with a certain term and any suffix after it. Simply apply the asterisk to the end of a
term and it will return all documents containing that term, followed by anything. For example:
biostatistic* will find biostatistician or biostatistics or biostatistical

Anda boleh melayari laman web: http://www.psz.utm.my/kwjudul.htm

1 - 11
Pencarian Truncation (Truncation Search)

Truncation search enables to retrieve in one search all terms beginning with the
same character string. For example, truncating a search term allows you to
retrieve singular or plural forms of a word and different spellings of a word or
name. There is no truncation symbol in the system.

I. To perform truncation search,

i. Click on “Search Type” to select the field to conduct a truncation search


among title, author, publisher, subject and all.
ii. In “Search Term” type any keyword.

Example: Search

i. In the proceding example, you retrieve all records that contains words beginning with
the character string s-e-a-r-c-h. For example, you retrieve records containg the
words search, searches, searching, searcher, and searchers.

1) Set Search Limits

i. You may limit your search result by several qualifiers. Searches can be narrowed,
for example, to an individual library by selecting a library from the available selections
under options.
ii. In order to restrict a search, specify “Search Limits” before you search by type of
material or medium and date (publication year).

2) Set Display Format

Before conduct a search, display format may be defined.

i. Click the “Max. No. Items/Page” to select the number of records to display per page.
ii. Click the “Max. No. of Result Items” to select the number of records to retrieve.
iii. Click the “Search” button to begin.

I. Start Over

i. Click the “Reset” button to clear the search and start over.

Anda boleh melayari laman web: http://ikubib.unesco

b. Pencarian dalam Pencarian (Search within search )

Want to add value to your current search? Allow your users to search from within
search results. As databases grow the necessity for the user to continually narrow a
search to the item that they truly want will grow also.

The following example utilizes our db on Perlis State capitals.. Upon the first search
two radio buttons will appear indicating a search (default) or a search within the
current results.

1 - 12
Searching within the current results will take the first search and add it to the new
search and so on. Note the db only has 50 observations in it. For best results
search on a letter and search for another letter within those results.

Anda boleh melayari laman web:


http://www.codeave.com

1.3.3 Sumber-sumber Maklumat

a. Katalog

i. Katalog ialah rekod kemaskini mengenai koleksi sesebuah pusat


sumber dan juga merupakan wakil buku dan bukan buku dalam
pusat sumber.
ii. Katalog digunakan bertujuan untuk memudahkan pembaca mencari
bahan/maklumat.
iii. Terdapat beberapa jenis katalog seperti berbentuk kad, buku, visible
indeks, mikrofis dan data buku dalam komputer (OPAC).
iv. Terdapat tiga jenis kad katalog iaitu kad pengarang, kad judul dan
kad perkara.
v. Kad-kad tersebut disimpan atau disusun dalam laci-laci kabinet
katalog yang biasanya diletakkan pada sudut atau ruang yang
mudah dilihat.
vi. Tiap-tiap laci dilabelkan dengan huruf dan perkataan yang
menunjukkan susunan kad-kad dan jenis indeks untuk memudahkan
para pengguna membuat rujukan.

b. Kamus

Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengan


keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalam bahasa yang sama atau dalam
bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang perkataan-perkataan,
sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut dalam ayat,
imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan.

Contoh-contoh Kamus
Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab
dan sebagainya.

c. Ensiklopedia

Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu


pengetahuan.
Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas
mengenai definasi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik
dan bibliografi.

1 - 13
Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikeel
penyelidikan, bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama
orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa.
Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat
rujukan lanjut.

Contoh-contoh Ensiklopedia
Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of
Psychology.

d. Kamus Biografi

Merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan


nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adalah keterangan ringkas
mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan,
latarbelakang, kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan.
Jenis-jenis kamus Biografi:
Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion)
Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion)
Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada
universal atau kebangsaan)

e. Almanak/Buku Tahunan

Almanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara,
tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun
sekali. Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan
perkara-perkara tertentu sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan
aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-bidang tertentu untuk menunjukkan
aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan
kerana memberikan punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang
mencatitkan nama tokoh-tokoh utama dalam sesuatu bidang dengan alamat dan
sejarah hidup ringkas.

Contoh-contoh almanak/ Buku Tahunan


Reader’s Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts,
Malaysia Yearbook.

f. Direktori

Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik,
mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi
(afiliations) untuk individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain
data mengenai organisasi.

Contoh-contoh Direktori

The Foundation Directory, American Universities and Collages, Direktori Telefon,


Directory of Special Libraries and Information Centres.

1 - 14
g. Gazetir

Sejenis kamus mengenai tempat-tempat. Memberikan maklumat-maklumat


tentang sejarah, statistik, kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai
tempat-tempat. Ia juga memberikan sebutan nama-nama. Edisi baru memberikan
maklumat semasa dan edisi lama memberikan maklumat sejarah mengenai
tempat-tempat itu. Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat
berasingan. Merupakan indeks tidak langsung untuk mengesan maklumat
mengenai tempat-tempat.

Contoh Gazetir

Columbia-Lippincott Gazzetter of the World.

h. Bibliografi

Nama yang diberikan untuk suatu senarai buku-buku, manuskrip dan lain-lain
penerbitan, diterang dan disusun secara sistematik. Bibliografi terdiri daripada beberapa
jenis. Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang, perkara, negara atau
jangka masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karya-karya yang dihasilkan oleh
seseorang pengarang. Bibliografi perkara pula terhad kepada suatu perkara sahaja.
Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan
sesebuah negara atau wilayah. Dan Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada
perniagaan buku dan membekalkan maklumat untuk membeli dan menjual buku.

i. Indeks

Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukkan di manakah maklumat itu boleh


didapati. Contoh Indeks buku menunjukkan muka surat yang mengandungi maklumat
yang dicari.

Indeks untuk bahan berkala

i. Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau


khusus)
ii. Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan
berkala tetapi juga buku, risalah, laporan dan lain-lain dokumen.
iii. Indeks surat khabar
iv. Indeks Serials
v. Indeks bahan dalam koleksi sajak, drama, fiksyen, lagu-lagu dan
lain-lain.
vi. Indeks online: CD ROM

j. Buku Laporan Tahunan

Buku Laporan tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang negara
dan industri. Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran, pengurusan, peristiwa,
aktiviti-aktiviti yang sebagainya tentang sesebuah negara, pertubuhan dan industri yang
dijalankan sepanjang tahun itu. Segala maklumat mutakhir dibuatkan secara jelas dan
tepat untuk memudahkan pembaca memanfaatkannya. Buku ini biasanya diterbitkan
oleh dewan perniagaan, jabatan kerajaan atau syarikat perniagaan.

1 - 15
Maklumat yang terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan termasuklah:

Information Malaysia Year Book dan Buku Rasmi tahunan Malaysia


Buku Tahuanan Perangkaan Malaysia

k. Buku Panduan/Direktori

Buku Panduan atau Direktori lebih terkenal sebagai buku alamat. Buku ini memuatkan
maklumat tentang orang ramai, tempat, organisasai individu, keahliannya, data
organisasi, alamat dan nombor telefonnya sekali. Maklumat disusun secara sistematik
berdasarkan urutan abjad atau kelas.

l. Peta/Atlas

Peta ialah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk yang
mudah dikaji melaui penggunaan grafik. Atlas pula ialah kumpulan peta yang telah
dijilid dalam bentuk buku. Peta merupakan sumber maklumat terperinci yang
menggunakan simbol-simbol dan gambaran grafik untuk menerangkan sesuatu idea,
kedudukan bandar, sungai, jenis tumbuh-tumbuhan, taburan penduduk dan sebaginya.
Ada berbagai-bagai jenis peta yang boleh didapati dari perbagai sumber. Peta boleh
didapati dalam ensaiklopedia, laporan, buku panduan dan sebaginya.

1.4 Prinsip Asas Grafik

Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti
dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui
perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis
teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta,
graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

1.4.1 Definisi grafik

Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih
keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos”
bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,


perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari
pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

1 - 16
1.4.2 Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting
untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.

1.4.3 Prinsip Penghasilan Grafik

• Perancangan
• Penyediaan ilustrasi
• Warna
• Huruf
• Persembahan

1.4.3.1 Perancangan

Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu
diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak
dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk.

Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan :

Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis

• Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menentukan


kesesuaian dan mengelakkan pembaziran

• Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid,
filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran.(poster,
lukisan)

1.4.4 Prinsip rekabentuk

• Prinsip mudah

Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20


patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Konsep yang
hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar.

Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline) hendaklah


dibuat dengan garisan tebal. Garisan yang tidak perlu harus
ditinggalkan supaya tidak mengelirukan.

Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca.

1 - 17
Rajah 1.4.1
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

• Prinsip penyatuan

Penyatuan hendaklah perhubungan yang lahir di antara elemen visual


apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu
keseluruhan.

Elemen-elemen tersebut hendaklah saling lengkap melengkapi di


antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang
hendak disampaikan.

Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak,


garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

Rajah 1.4.2
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

1 - 18
• Prinsip Penegasan

Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat
minat dan pusat perhatian.

Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea


tersebut.

Rajah 1.4.3
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

• Prinsip seimbang

Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan


tidak berat sebelah. Perimbangan merupakan susunatur elemen-
elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang.
Perimbangan terdiri daripada perimbangan formal dan perimbangan
tidak formal.

Rajah 1.4.4
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

1 - 19
Latihan

Dengan ringkas nyatakan prinsip rekabentuk grafik


yang perlu. Beri perhatian dalam membina carta dan
poster

1.4.5 Keperluan visual untuk memenuhi prinsip rekabentuk

• Garisan

Fungsi garisan dalam rekabentuk adalah untuk menghubungkan


elemen visual dan untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat
visual dengan urutan/sikuen tertentu.

• Bentuk

Tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan


sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan
menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen
kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada
bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I

Rajah 1.4.5
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

1 - 20
• Ruang

Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau


selesa di antara elemem-elemen visual yang dipaparkan, serta
membuat grafik kelihatan kemas dan terancang. Ruang kosong yang
ditinggal disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk
mengelakkan perasaan sesak di kalangan pemerhati.

• Warna

Memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong


menambah kesan penyatuan di antara

• Penggunaan Warna

Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu bahan visual


akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu.
Walaupun begitu penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-
prinsip dan batasannya.

Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau


meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara
latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

1.4.6 Panduan am mewarna

• Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elelmen


tumpuan.
• Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokoromik, warna
berhampiran atau warna penggenap.
• Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami.
• Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu.
• Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai
warna latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning.

1 - 21
1.4.7 Skema warna

Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna.

Kuning kuning-oren oren

Kuning-hijau merah-oren

Hijau merah

Biru-hijau merah-ungu

Biru biru-ungu ungu

i. Skim warna monokromik

Warna monokromik berharmaoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari


satu warna yang muda membawa kepada warna tua. Contohnya:
warna ungu muda hingga warna ungu-tua.

ii. Skim warna berhampiran

Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada warna-warna yang


berhampiran dalam carta warna. Contohnya warna hijau, hijau-biru
dan biru; warna kuning, kuning oren dan oren.

iii. Skim warna penggenap

Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang


bertentangan dalam carta warna. Contoh; warna kuning-oren
digunakan bersama warna biru-ungu.

1.4.8 Alat mewarna

• Pena bermata felt


• Pensel warna, kapur warna, pastel dan krayon
• Cat air
• Cat sembur
• Kertas berwarna dan plastik berwarna

1 - 22
1.4.9 Penghurufan

Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan


mesej dengan lebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiiz huruf
yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan
dan baris dengan baris; kontras diantara huruf dengan warna latar; jenis atau
bentuk huruf yang digunakan.

1.4.10 Saiz huruf

Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat
dibaca dengan baik.

Jarak dari visual Saiz minima huruf kecil


2,5 cm o.6 cm
5.0 cm 1.3 cm
10.0 cm 2.6 cm
20.0 cm 5.2 cm

1.4.12 Jarak huruf

Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan


mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat
dikenali serta boleh dibaca dengan mudah.

• Dekatkan huruf-huruf bulat (O,G,S,C)


• Jauhkan huruf-huruf lurus (E,H,L,M,N)
• Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf
• bercampur
• Tinggalkan jarak bersaiz M (besar) di antara
• perkataandengan perkataan
• Jarak di antara baris dengan baris mestilah
• kurang satu huruf O kecil.

1.4.13 Jenis huruf

1 - 23
Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca
dengan mudah atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang
ringkas dan mudah seperti huruf san serif
( huruf blok), serif ( time roman), dokoratif ( huruf berbunga seperti
dalam kad raya)

1.4.14 Cara menulis huruf / angka

i. Tulisan bebas

Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan cepatnya,
dengan menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. Carta ini sentiasa
digunakan untuk grafik yang besar seperti carta dan poster.

ii. Huruf yang dipotong

Huruf dan perkataan serta gambar boleh dibuat dengan cara potongan dari
bahan-bahan akhbar, kertas berwarna atau kain dan kemudian dilekatkan
pada bahan grafik.

iii. Huruf pindah kering (Dry transfer lettering)

Bahan pemindahan kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol, angka
dalam berjenis-jenis saiz, bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam
tiap-tiap kepingan mengikut pointnya. Saiz yang biasa dalam kepingan huruf
pindah kering ialah 6 pt. hingga 192 pt.

Rajah 1.4.6
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

iv. Huruf stensil

1 - 24
Untuk tulisan huruf yang kurang dari satu inci, stensil tulisan ( huruf blok)
boleh digunakan. Stensil ini ada dua bahagian- satu berbentuk huruf ( stensil
guide) dan pen khasnya.

Rajah 1.4.7
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

1.4.15 Cara membuat gambar

i. Menekap (tracing) (guna karbon pensil, kapur atau pastel, kedah tebuk.
ii. Petak grid
iii. Pantograf
iv. Episkop
v. Penyalinan gambar (fotostat)
vi. Kaedah pengunjuran ( OHP, Slaid

Rajah 1.4.1: Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

1 - 25
PERSEMBAHAN

Grafik yang telah siap dihasilkan perlulah disediakan untuk digunakan dalam bilik darjah.
Kadang-kadang bahan visual yang dihasilkan itu adalah besar atau nipis. Ini akan
merumitkan kerja guru semasa mempamerkan bahan-bahan itu kepada murid. Bahan-
bahan visual itu juga disimpan untuk kegunaan pada masa-masa yang lain ataupun oleh
guru-guru yang lain.

Kebanyakkan bahan-bahan bantuan jenis ini memang cepat menjadi kotor,mudah terkoyak
atau rosak dan visual-visual yang ditampal mudah tanggal. Untuk mengatasi kelemahan-
kelemahan ini tiga langkah boleh digunakan untuk menentukan bahan visual yang rtelah
dihasilkan itu dapat digunakan atau disimpan dengan lebih mudah dan sempurna. Langkah-
langkah itu ialah:

a. Melapik
b. Alas tepi
c. Laminasi

Dengan membuat rujukan di perpustakaan anda dikehendaki


mencari cara-cara melapik,membuat alas tepi dan laminasi bagi
bahan bantuan mengajar.

Anda perlu membuat bacaan tambahan untuk mendapat


Maklumat yang terperinci untuk tajuk cara membuat gambar

Latihan

Hasilkan bahan berbentuk carta dengan menggunakan prinsip


rekabentuk grafik dan pilih warna yang sesuai untuk menegaskan
sesuatu imej

Latihan
1. Cuba anda analisiskan prinsip Grafik untuk menghasilkan
bahan P&P daripada mana topik yang anda ajar.

1 - 26
1 - 27
KOMPONEN : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

1.5 Pengenalan Kepada Penggunaan Perkakasan Tambahan Komputer

Pelbagai jenis perkakasan tambahan dapat disambung atau dipasang pada


sistem komputer asas untuk melaksanakan pelbagai tugas. Antara contoh-
contoh perkakasan ialah;

Kad Output TV (TV Output Card)

Digunakan untuk mengeluarkan


paparan komputer pada skrin
Televisyen. Terdapat pelbagai jenis
dan jenama Kad Output TV dalam
pasaran.

Kad Perangkap Video (Video Capture Card)

Digunakan untuk mengekstrak gambar video ke sistem


komputer

Kad Grafik Video (Video Graphic Card/ Graphic Accelarator Card)

Digunakan untuk mempertingkatkan


warna dan resolusi paparan pada
monitor. Kad ini juga mempunyai
memerori ingatan yang berbeza-
beza.

1 - 28
Kad Suara

Kad ini digunakan untuk output


Audio dalam sistem komputer.
MIC dan Speaker digunakan
untuk merakam dan
K mengeluarkan suara digital.
a
Kad Rangkaian (Network Interface Card)

Digunakan untuk tujuan


merangkaikan komputer melalui
kabel. Terdapat pelbagai jenis
kad NIC dan kabel untuk tujuan
rangkaian komputer

MODEM

Digunakan untuk menukar isyarat Analog kepada Digital dan


sebaliknya.

Pengimbas

Digunakan untuk mengimbas teks


atau imej dan menukarkannya ke
bentuk digital.

1 - 29
Pencetak

Digunakan untuk mencetak bahan. Terdapat tiga jenis pencetak


yang popular dikalangan pengguna komputer. Tiga jenis pencetak
yang popular ialah Dotmatrix, Inkjet dan Laser.

Kamera Digital

Digunakan untuk menghasilkan


gambar digital yang boleh dimuat
turun dalam komputer.

Kamera Video Digital

Digunakan untuk menghasilkan


gambar video digital yang boleh
dimuat turun dalam komputer

1 - 30
CD- R / CD- RW

Digunakan untuk menyalin data digital


ke dalam Cakera Padat sekali atau
lebih dari sekali

Pemacu zip

Digunakan untuk mampatkan data


atau maklumat saiz besar ke dalam
peranti storan ini.

Pemacu Mudah Alih ( Removable Drive/Pen Drive/Handy Drive)

Unit pemacu storan mudah alih.


Terdapat berbagai saiz storan
dan jenama.

Daripada senarai perkakasan-perkakasan di atas, pilih mana-mana 7


perkakasan dan huraikan fungsi-fungsinya
.

1 - 31
KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1.6 Jenis Dan Penggunaan Media Unjuran

Definisi bahan tayangan

Media tayang atau media unjuran adalah peralatan elektrik yang dapat
menayangkan atau mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin tayangan besar
atau yang bersesuaian dengan peralatan tayang tersebut. Peralatan-peralatan
elektrik yang lazim terdapat untu tujuan pendidikan termasuklah :

• Projektor Lutsinar
• Projektor Slaid
• Projektor legap
• Projektor LCD

1.6.1 Jenis-jenis projektor

i. Projektor lutsinar

Projektor lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh
digunakan dalam keadaan bilik darjah biasa. Projektor ini merupakan satu alat
bantuan mengajar dalam mencapai pengajaran yang lebih berkesan, di mana pelajar-
pelajar akan menerima pembelajaran dengan cara melihat dan mendengar.

ii. Projektor LCD

1 - 32
Panduan menggunakan ATL (alat tayang lutsianar)

• Pastiakan anda betul-betul memahami buatan/jenama dan fungsi


bahagian-bahagian projektor yang anda gunakan. Ini mungkin berbeza
antara satu alat dengan alat yang lain.
• Anda hendaklah belajar mengesan kerosakan pada mentol supaya boleh
membaikinya sendiri. Berhati-hati apabila menggantikan mentol. Jangan
sentuh dengan tangan yang tidak berlapi kerana mentol mudah rosak
sebab kelembapan pada tangan.
• Bersihkan ATL sekali-sekala di bahagian dalam piring cermin dan les
Fresnel.
• Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin.
• Suatu unit ATL yang bergerak hendaklah menggunakan troli supaya
senang dipindah dari satu tempat ke tempat lain. Matikan suiz sebelum
mengubah ATL.
• Untuk tayangan yang baik, perkara berikut hendaklah diperhatikan:

o Skrin 1.5 m lebar bagi bilik untuk 40 orang


o Skrin tidak berkilat
o Mendapat sedikit cahaya
o Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai
o Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan (keystone)
o Tegangkan skrin
o Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh
semua pelajar.
o Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai.
o Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada
sesuatu di atas transperansi dan bukannya pada imej di skrin.

1.6.2 Projektor slaid

Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis
transperansi positif berukuran kecil. Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor
slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid menngandungi slaid (
pandang/visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan
menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang
slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem
positif

Rajah 1.6.4 Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff


1.6.3 Projektor legap

1 - 33
Projektor legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej
bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar, gambarfoto atau
bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap
adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya.

Rajah 1.6.4
Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff

1.6.4 Projektor LCD

Singkatan bagi Liquid Crystal Display untuk memancar imej lebih besar daripada
monitor untuk kegunaan audian secara berkumpulan.

Panel LCD disambung terus daripada komputer dan apa sahaja yang muncul pada
skrin monitor akan dipancarkan ke skrin besar.

Ia juga boleh disambung terus dengan menggunakan peralatan lain seperti perakam
video, perakam kamera dan pemainan VCD atau DVD.

Ciri ciri Projektor LCD

1 - 34
Fungsi
Nama
Connector Ports Tempat sambungan punca punca AV yang ingin dipaparkan
Projector Control Panel kawalan fungsi/menu operasi projektor
Panel
Remote Control Penerima isyarat daripada alat kawalan jauh projektor
Receiver
Lens Focus Ring Cincin pemutar penyelaras lensa fokus
Lens Zoom Ring Cincin pemutar penyelaras lensa zoom
Elevator Foot Butang penyelars ketinggian kaki projektor
Button
Lamp Monitor Penunjuk samada lampu dalam projektor samada sedang
warming up , menyala atau cooling down
Operating Monitor Penunjuk samada dalam keadaan terpasang standby atau
sedang menerima isyarat daripada alat kawalan jauh.
Power Cord Tempat menyambung wayar kuasa ke sumber elektrik
Connector
Power Switch Menghidup atau mematikan LCD

Pengoperasian Projektor LCD

• Tempatkan di atas permukaan yang rata dan kedudukan pada sudut yang tepat pada
skin paparan
• Sambungkan kabel VGA LCD yang dibekalkan daripada soket LCD ke komputer.
• On kan LCD dan komputer
• Jika perlu install driver pada komputer yang digunakan untuk mendapat ketepatan
imej yang dipancarkan.
• Laraskan ketinggian LCD dengan memusingkan butang kaki elevator yang terletak di
bahagian depan.
• Untuk mendapatkan imej yang lebih jelas , laraskan Lens Focus Ring.

Model LCD Dan


Bahagian Utama

Penyambungan Projektor LCD


ke komputer

1 - 35
Penyambungan Projektor LCD ke VCD atau DVD , Kamera Video Dan Pembesar Suara
Luaran

1 - 36
1 - 37
Panduan Penjagaan

• Selepaskan menekan butang Standby untuk memadamkan lampu projector , biarkan


sekurang kurangnya 15 saat sebelum menekan butang Standby sekali lagi.
• Elakkan membuka dan menutup suis berulang kali semasa pengoperasian.
• Pastikan tiada objek mudar terbakar berdekatan dengan projector kerana setelah
lama dibuka, ia akan menjadi panas.
• Biarkan projektor seketika untuk disejukkan sebelum mengangkatnya.
• Jangan didedahkan pada kelembapan dan habuk.
• Tangani dengan cermat dan jangan dijatuhkan kerana ia mengandungi komponen
yang mudah pecah.

Latihan

1. Cuba fikirkan , Anda mempunyai komputer dan LCD yang akan


digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Senaraikan kelebihan dengan menggunakan media ini
2. Anda dikehendaki menggunakan LCD dan Komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran di mana kelas.
Senaraikan apakah masalah yang dihadapi dan bagaimana
anda mengatasi masalah ini.

1 - 38
KOMPONEN : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

1.7 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Definisi PPBK

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara


komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk
membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan
untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program
yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program
komputer atau perisian melalui terminal (Nik Azis,1989).

Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap


sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik
darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner)
dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh
komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan
komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping
aktiviti latih tubi dan penyelesain masalah( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).

Latihtubi

Perisian kursus berciri latihtubi menawarkan latihan kemahiran yang telah


pun dipelajari. Perisian kursus ini boleh digunakan oleh pelajar untuk aktiviti
menambah kemahiran.

Pelajar diberi soalan satu lepas satu untuk melatih kemahirannya dalam
sesuatu konsep. Konsep ini mungkin berkaitan dengan fakta-fakta dalam
sesuatu subjek dan sangat sesuai untuk ulangkaji bagi pelajar yang lemah.
Pelajar diberi soalan dan memberi jawapan dan komputer kemudian akan
memberi maklum balas kepada setiap jawapan pelajar. PPBK latih tubi
sesuai digunakan selepas guru mengajar sesuatu konsep.

Tutorial

Tutorial mengajar sesuatu konsep. Ini kemudiannya diikuti dengan soalan-


soalan yang interaktif tentang konsep yang dipelajari. Tutorial mengajar
konsep sama seperti pengajaran tradisional. Hanya pelajar berinteraksi
dengan komputer dan bukannya guru.

Simulasi

Program simulasi memberi suasana yang menyerupai keadaan dan


fenomena sebenar dalam dunia luar. Komputer akan memberikan satu visual
atau penjelasan . Ia boleh menukar beberapa factor dalam situasi tersebut
dan melihat kesannya. Pelajar diminta menganalisis, membuat keputusan
dan bertindak untuk mendapatkan sebuah situasi baru. Program simulasi ini
sangat memotivasikan pelajar kerana mereka sentiasa berinteraksi secara
spontan dengan komputer.

1 - 39
Permainan

Permainan merupakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan mengikut satu


peraturan dan biasanya membawa kepada kemenangan. Permainan
melibatkan pelajar menggunakan kemahiran fizikal, mental dan sosial.
Permaian perlu diintegrasikan dengan kurikulum sekolah.

Berbagai-bagai situasi pembelajaran boleh diwujudkan dalam bentuk


permainan asalkan ia tidak terlalu mengasyik dan melalaikan pelajar
sehingga mendatangkan kesan negatif

Penyelesaian masalah

Program ini melibatkan pelajar untuk mencarikan jalan penyelesaian untuk


sesuatu masalah yang diberikan. Ia adalah seperti simulasi dengan proses
kognitif yang tinggi seperti pemikiran logik dan kritikal serta penaakulan
diperlukan. Pelajar diberi masalah untuk diselesaikan.

1 - 40
KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN

1.8 Pusat Sumber dan Agensi-Agensi Maklumat

Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu

• Sumber manusia
• Sumber bukan manusia

Sumber Pengajaran

Sumber bukan manusia Sumber Manusia

Bahan Cetak
Guru-guru

Bahan Audio
Rakan Sebaya

Bahan Tayang
Pelajar

Bahan Bukan Tayang


Pakar-pakar dalam bidang
tertentu

Sistem Video

Diletakkan di dalam satu tempat untuk memudahkan


pengurusan dan penggunaan

PUSAT SUMBER

1 - 41
Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar
bagi menjamin perjalanan sesuatu sektor itu lancar dan
mengikut garis panduan yang telah dirangka
berdasarkan kehendak negara. Dasar negara bagi
perpustakaan dan perkhidmatan maklumat (DNPPM)
telah diluluskan oleh kerajaan pada bulan Jun 1989.
Bagi pelaksanaan dasar tersebut pihak Perpustakaan
Negara Malaysia telah dilantik sebagai penyelaras.

Terdapat pelbagai jenis pusat sumber seperti


pusat sumber sekolah, pusat kegiatan guru, pusat
sumber pendidikan negeri dan lain-lain. Namun begitu
fungsinya tetap sama, hanya penggunanya yang berbeza, contohnya perpustakaan
akademik memberi perkhidmatan kepada komuniti akademik seperti tenaga pengajar, para
siswa dan penyelidik di institut pengajian tinggi. Manakala Perpustakaan Negara pula
memberi perkhidmatan kepada parlimen, kementerian dan jabatan kerajaan sementara
perpustakaan awam menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai yang terdiri daripada
semua lapisan masyarakat khasnya pelajar-pelajar sekolah, institusi pengajian awam.

a. Pusat sumber sekolah

Pusat Sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.

Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan


pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat
pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan
berkemahiran belajar sepanjang hayat.

Objektif Pusat Sumber Sekolah

1. Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta


sahsiah.
2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan
pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks
dan kaedah tradisional sahaja.
3. Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui
pencarian dan penggunaaan maklumat secara sistematis.
4. Membantu pelajar dan guru menghasilkan, menilai dan menggunakan
pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran
5. Mengadakan perkhidmatan untuk memenehi keperluan pembelajaran
yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar
6. Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses
pembelajaran.

1 - 42
b. Pusat Kegiatan Guru (PKG)

Pusat Kegiatan Guru adalah pemangkin untuk merangsang pembangunan


professional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan
teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan
pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan
Falsfah Pendidikan Negara. Pusat Kegiatan Guru juga dijadikan pusat perkembangan
professional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

Objektif Pusat Kegiatan Guru.

1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.


2. Mengumpulkan dan menyebar maklumat profesional pendidikan khususnya
dalam kenopen ke sekolah-sekolah.
3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber
Sekolah (PSS).
4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
untuk sekolah-sekolah.
5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti professional pendidikan untuk
guru-guru dan masyarakat setempat.

c. Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN)

Pusat Sumber Pendidikan Negeri mempunyai konsep yang bertujuan untuk


mengendalikan dua fungsi, iaitu sebagai pusat sumber dan juga sebagai pusat kegiatan
guru. Oleh itu dari segi konsepnya PSPN boleh dianggap sebagai satu tempat di mana
guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding pakar-pakar atau kakitangan sumber
kesemuanya sama-sama mengeluarkan bahan-bahan kurikulum (dalam bentuk kebendaan
dan bukan kebendaan) mengguna dapatan-dapatan penyelidikan, dan menyedia atau
menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambahkan lagi
kecekapan ikhtisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan yang semakin
bertambah (BPPP, 1980).

Satu lagi konsep yang berkaitan dengan konsep di atas ialah PSPN merupakan
sebuah organisasi guru, untuk guru dan oleh guru, di mana daya usaha diberikan kepada
guru. Di mana dan bila masa yang boleh, munasabah dan berpatutan, guru-guru akan
diberi kesempatan mencadang, membina dan mengepalai aktivit-aktiviti ikhtisas seperti
menjalankan kursus dalam perkhidmatan dan seumpamanya (BPPP, 1980).

Guru-guru dengan daya usaha dan inisiatif sendiri serta secara sukarela merancang
aktivit-aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran dengan bantuan pakar-
pakar kurikulum dan reka bentuk dan pengembangan pengajaran dari PSPN. Dalam
mempertahankan konsep sebuah organisasi guru, amalan birokrasi yang ketat hendaklah
dikurangkan ke tahap yang paling minimum. PSPN tidak seharusnya dijadikan satu lagi
cabang birokrasi kerana konsep penubuhannya berasaskan kepada prinsip, “ Saya datang
ke PSPN adalah di atas pilihan saya sendiri” (Wan Zahid, 1979). Sebagai pusat sumber,
PSPN dapat menyediakan bahan, peralatan dan perkhidmatan media untuk menyokong
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1 - 43
Objektif Pusat Sumber Pendidikan Negeri
i. Menyediakan perancangan bagi aktiviti membina dan menyebarkan bahan
pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media kepada sekolah-sekolah.

ii. Merancangkan, melaksanakan, dan mengawal selia projek inovasi, projek perintis,
dan projek khas yang berkaitan dengan teknologi pendidikan dan teknologi
maklumat di sekolah.

iii. Merancangkan, melaksanakan, dan menilai keberkesanan program kemajuan staf di


Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.

iv. Merancangkan dan menjalankan penyelidikan dan penilaian terhadap produk,


pelaksanaan program dan projek, dan keberkesanan penggunaan media dan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

v. Memberikan sokongan, bimbingan, dan galakan kepada sekolah dalam hal-hal yang
berkaitan dengan pembinaan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk proses
pengajaran dan pembelajaran; dan pengurusan serta penggunaan pusat sumber.ber.

d. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

Bahagian Teknologi Pendidikan diwujudkan dalam tahun 1972 dengan nama


Bahagian Perkhidmatan Sebarang Pendidikan untuk memberi perkhidmatan siaran radio
pendidikan, perkhidmatan alat pandang dengar, dan perkhidmatan siaran TV Pendidikan ke
sekolah-sekolah. Dalam tahun 1988, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan bertukar
nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi
perkhidmatan pusat sumber.

Dalam tahun 1996, struktur Bahagian Teknologi Pendidikan diperluaskan lagi apabila
Pusat Sumber Pendidikan Negeri di Semenanjung, Bahagian Teknologi Pendidikan di
Sabah dan Sarawak, dan Pusat Kegiatan Guru diletakkan di bawah pentadbiran BTP. Ini
diikuti dengan Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari dalam tahun 2000.

Perkembangan BTP, sejak awal pewujudannya sehingga ke hari ini, adalah sejajar
dengan keperluan dan perkembangan dalam bidang pendidikan negara dan juga
perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pada hari ini, BTP
diberi tanggungjawab mempertingkatkan dan memperluas aplikasi teknologi pendidikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Objektif Bahagian Teknologi Pendidikan

i. Mewujudkan kesedaran dan memupuk sikap pentingnya peranan teknologi


pendidikan di dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini.
ii. Memberi khidmat bantuan yang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan
pembelajaran, khususnya untuk faedah sekolah-sekolah di luar Bandar.
iii. Menggalakkan guru-guru menyampaikan pelajaran dengan cara kreatif dan inovatif
melalui penggunaan pelbagai jenis media pendidikan.
iv. Menggayakan program pendidikan dan melaksanakan sebarang pembaharuan
dalam sistem pendidikan yang berkaitan dengan penggunaan media teknologi.

1 - 44
v. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal ke arah penggunaan media teknologi
pendidikan secara berkesan.
vi. Menyebarkan maklumat mengenai pembaharuan dan perkembangan dalam bidang
pendidikan kepada pelajar, guru dan ibu bapa.

e. Jenis-jenis Perpustakaan

i. Perpustakaan Akademik

Dasar kerajaan yang memberi perhatian utama kepada sektor pendidikan di Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT) dengan memberi peruntukan kewangan yang besar
membolehkan perpustakaan akademik dianggap sebagai perpustakaan yang termaju
di negara ini jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain seperti
perpustakaan awam, perpustakaan sekolah atau perpustakaan khusus.

Perpustakaan akademik terdapat di semua institusi pengajian tinggi, maktab-maktab


perguruan, politeknik-politeknik, kolej-kolej matrikulasi, kolej-kolej awam dan kolej-
kolej swasta

Perpustakaan akademik telah wujud lebih daripada 10 tahun di mana perolehan


bahannya melebihi 200, 000 koleksi termasuk buku, jurnal, bahan elektronik dan
bukan elektronik.

Objektif Perpustakaan Akademik


• Memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam kegiatan
pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan

• Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat

• Memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat

ii. Perpustakaan Khas

Perpustakkan Khas merupakan sebuah organisasi atau badan Kerajaan yang


menyediakan perkhidmatan khusus kepada pengguna organisasi atau mempunyai
koleksi khusus dalam bidang berkaitan dengan atau bagi kepentingan organisasi
induk. Perpustakaan Khas juga dikenali sebagai Pusat Sumber,Pusat maklumat dan
Pusat rujukan

Objektif Perpustakaan Khas

• Bekerjasama di kalangan ahli dengan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah


meningkatkan serta mengukuhkan perkembangan perkhidmatan Perpustakaan
Khusus Perkhidmatan Guna sama.
• Bekerjasama di kalangan ahli dan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah
pembangunan sumber manusia di Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna
sama.

1 - 45
• Sebagai saluran untuk mengemukakan masalah perkhidmatan dan yang
berkaitan dengan Perpustakaan Negara Malaysia dan mengatasinya bersama.
• Menghubungkan siraturrahim pegawai perpustakaan khusus perkhidmatan guna
sama melalui perjumpaan dan program-program yang berbentuk professional
dan separa professional
• Mewujudkan satu panduan pengurusan perkhidmatan khidmat nasihat dan
khidmat perundingan.
• Memastikan khidmat nasihat dan perundingan yang cemerlang dan berkesan
serta memenuhi keperluan pengguna mengikut perkembangan semasa.

iii. Perpustakaan Awam

Perpustakaan awam terdapat di seluruh negeri dengan tujuan untuk memastikan


semua masyarakat tanpa mengira kaum dan peringkat umur mendapat kemudahan
membaca dan menggunakaan peralatan moden yang lain seperti perkakasan dan
perisian komputer, televisyen, radio, pemain kaset video dan sebagainya bagi
menambahkan ilmu pengetahuan maklumat mutakhir dalam menjalani kerja seharian
mereka. Bahan rujukan di perpustakaan awam tidak kira buku atau media elektronik
moden sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna
mendapat perkhidmatan terbaik.

Objektif Perpustakaan Awam.

Antara objektif penubuhan perpustakaan ialah:

• Menanam dan mengukuh tabiat membawa di kalangan masyarakat awam supaya


menjadi masyarakat yang berilmu dan celik IT.
• Mengaplikasikan teknologi tinggi sebagai penjana maklumat dengan efektif dan
efisyen.
• Memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya.

iv. Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia berperanan penting sebagai teras khazanah ilmu


dalam memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat terutamanya menjelang
alaf baru. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia
untuk menyelaras pembangunan prasarana perkhidmatan perpustakaan dan
maklumat di seluruh negara bagi memastikan agar seluruh masyarakat dapat
menikmati kemudahan perkhidmatan maklumat yang berkesan.

Tanggungjawab ini termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987


Bahagian II Seksyen 4(2)(h) iaitu: “menggalakkan dan memudahkan penubuhan
sistem perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai-piawai kebangsaan
bagi mengadakannya.” Dan peruntukan Bahagian II Seksyen 4(2)(I) iaitu:
“menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan
piawai-piawai kebangsaan bagi mengadakannya.

1 - 46
Objektif Perpustakaan Negara Malaysia
• Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan satu koleksi
sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan;

• Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber perpustakaan yang


terdapat di dalam dan di luar negeri; dan

• Mengadakan kepimpinan dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan


perpustakaan.

Latihan

Sekarang anda layari internet dan dapatkan maklumat-maklumat


tentang perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan yang
dinyatakan dalam modul ini.

1 - 47
KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1.9 jenis-jenis dan penggunaan papan pengajaran

Pengenalan

Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru
untukmenyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam
setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.

Terdapat beberapa jenis papan unjuran:

1. Papan Tulis
2. Papan putih
3. Papan Magnetik
4. Papan Flip
5. Papan Pameran / Papan Kenyataan
6. Papan Flanel
7. Papan Gulung
8. Papan Slip
9. papan Elektronik

Papan Tulis

Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik
darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta
digunakan sejak lama dahulu.

• Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah


• Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.
• Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.
• Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.

Rajah 1.9.1
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff

1 - 48
Papan Putih

Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping
papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis
dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.

• Tidak ada habuk


• Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.
• Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.
• Boleh dihasilkan sendiri.

Rajah 1.9.2
Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff

Papan Magnetik

Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di
atas permukaantersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.

Kelebihan :

• Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah
• Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan
hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan,
tempat dan masa.
• Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan
dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ke tempat baru atau dapat tindan
tindihkan visual-visual itu.

1 - 49
Rajah 1.9.3
Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff

Papan Flip

Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu
dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh
dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.

Kelebihan.

• Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.


• Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.
• Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Rajah 1.9.4
Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff

1 - 50
Papan Pameran Papan Kenyataan

Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis
atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil
kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara
melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.

Kelebihan

• Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat


• Senang ditampal maklumat
• Tidak memakan ruang
• Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.

PAPAN KENYATAAN

Rajah 1.9.5
Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff

Papan Flanel

Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan
guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan
kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan
berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum
apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual
disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu
kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah
dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah.

Kelebihan :

• Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.


• Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.
• Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan
• Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta
melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual
tersebut.

1 - 51
• Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan
seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan
sebagainya.
• Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Rajah 1.9.6
Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff

Papan Gulung

Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan
papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung
boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan
ini boleh digulung.

Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh
disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya
mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada
guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau
bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.
Kelebihan;

• Mudah dibuat
• Mudah dibawa, digunakan atau disimpan
• Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik
dan sempurna.

1 - 52
• Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik
darjah.

Rajah 1.6.4
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff

Papan Slip

Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf
boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau
bahan-bahan lain.
Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.

Kelebihan :

• Boleh dibuat sendiri


• Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah
• Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.
• Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.

Rajah 1.6.4 Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff

1 - 53
1.10 Jenis dan Penggunaan Media bukan Unjuran

Bahan-bahan Dua Demensi

Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau
digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.
Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah:

a. Gambar
b. Grafik
c. Carta
d. Peta
e. Graf
f. Poster
g. Kad Imbasan
h. Kad Gambar

Gambar atau gambarfoto

Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar
rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas
kertas foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh
guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk
dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-
aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.

Kelebihan Gambarfoto

a. Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada


ide-ide yang maujud dan formal.
b. Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan.
c. Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya
terlalu kecil.
d. Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat
pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup
e. Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang
baru kepada murid dengan jelas dan tepat.

Kelemahan Gambarfoto

a. Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam
sesuatu bilik darjah yang besar.
b. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana
gambar berbentuk dua demensi.
c. Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang
ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya.
d. Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan
kesahan tidak dapat dibuktikan
e. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu
mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.

Panduan Penggunaan Gambarfoto.

1 - 54
a. Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat
dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.
b. Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau
diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap.
c. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa.
d. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak
terganggu kerana terlalu banyak visual.
e. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan
dengan gambarfoto yang dipamerkan.

Grafik

Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna warni.
Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya
perbezaan intepretasi mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap
individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu
garfik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna
‘Rorschach Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personaliti seseorang.

Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut
boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid,
semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang
betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.

Carta

Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang
kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta
selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun
alran perubahan sesuatu.

Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah
pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta
patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan
mesejnya melalui visual.

1 - 55
Jenis-jenis Carta

• Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun


pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

• Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-


bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut
sifat, kumpulan dan sebagainya.

• Carta Masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk


meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

• Carta Jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi


penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku

1 - 56
• Carta Urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau
tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat
mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu
persatu.

Graf

Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan
boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data
itu. Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di
dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting;

• Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan


• Tahap fahaman atau penerima murid.

Agar pengunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan
keperluan faktor-faktor di atas.

Jenis-jenis graf

• Graf Bar atau Batang


• Graf Gambar atau Pictograf
• Graf Bulat atau Pie
• Graf Garisan

1 - 57
Graf Bar

Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya
graf ini dilukis menegak, di mana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti

Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar
blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah
mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

Graf Gambar atau Piktograf

Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-
nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat

Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat
menulis unit niali setiap gambar atau simbol yang digunkan itu dengan jelas dan nyata.

Graf Bulat atau Pie

Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen.
Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set
data.

Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh
difahami oleh murid-murid.

1 - 58
Graf Garisan

Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis ditulis
berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-
masing. Titik-titik ditandakan mengikut koordinat pada satu set nilai data-data.
Kemudian titik-titik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung.

Graf garis dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2
dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa
tertentu

Poster

Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan,
huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu
atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik
kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan

Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai
bentuk yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan

1 - 59
mesejnya dengan spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir
selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus
menerus.

Kelebihan poster

a. Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu
kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.
b. Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah,
perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Gerakan Membaca dan
lain-lain.
c. Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-
situasi tertentu.
d. Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang
baik atau sikap yang murni.

Bahan Tiga Dimensi

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta
menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.

Kelebihan Bahan 3D

a. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar
daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar
c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu
dengan lebih baik
d. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau
hasilan.
f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama
lain.
g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep
pembelajaran melalui penyelidikan.

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain
termasuklah :

• Realia
• Model
• Diorama
• Akuarium dan terrarium
• Boneka
• ‘Mobile

1 - 60
• Topeng

Realia

Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa
jenis seperti berikut:

(a) Realia Asli


Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti
cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang
kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.

(b) Realia Awet


Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir
kimia. Contoh, ikan dan serangga.

(c) Spesimen
Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili
kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri
yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya
spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun
dan udang.

Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai


spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

1 - 61
Model

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada
bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.

Beberapa pecahan jenis model:

(a) Model Berskala


Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang
sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil
dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan
tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.
Contohnya keretapi dan kapal terbang.

Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa


bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau
perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini
dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala
pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal
yang sebenarnya.

Contoh: model enjin keretapi dan neraca.

1 - 62
(b) Model Keratan Rentas
Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian
tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk
bahagian dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan
dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan
rentas daun atau kulit manusia

Diorama

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat
menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan
diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan
atau keadaan semasa zaman silam.

Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti
matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.

Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan
menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-
bahan buangan lain

1 - 63
Akuarium dan Terrarium

Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah
tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.

Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-


balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut

Terrarium

Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung,


kura-kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil
bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.

Boneka atau Patung

Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk
pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk
kegunaan guru termasuklah
(a) Boneka sarung Tangan
(b) Boneka Lidi
(c) BonekaKulit
(d) Wayang Kulit
(e) Boneka Bertali

1 - 64
Boneka Sarung Tangan

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan
boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk
menghidupkan anggota boneka.

Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang
diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal
digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang
lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

Wayang Kulit

Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong
keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.
Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.
Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi
digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.

Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber
cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

1 - 65
Boneka Bertali

Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier
mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian
boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat
anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Topeng

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng
amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau
Pendidikan Moral.

1 - 66
Latihan

Nyatakan jenis graf yang manakah anda akan gunakan bagi setiap situasi berikut:

Mengaitkan jualan keluaran kepada ketiga-tiga bahagian sesuatu syarikat bagi tempoh
tahun.
Menunjukkan penggunaan tenaga berkadar dengan purata rumah bagi pemanasan dan
untuk menjalankan mesin.
Memberi ilustrasi penggunaan minyak petrol dalam sesuatu negeri bagi suatu siri bulan
yang panjang.
Membandingkan jumlah kalori yang ditemui dalam 10 makanan yang berlainan.
Menunjukkan perubahan melampau dalam populasi spisies yang hampir pupus bagi
sepuluh tahun yang akhir.

1 - 67
LATIHAN TUTORIAL

1. Dengan menggunakan peta minda jelaskan konsep Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (TMK) dan apakah kesannya terhadap sistem pendidikan di negara kita?

2. Kenalpasti sekurang-kurangnya 6 perkakasan tambahan komputer (selain daripada


yang dipilih di atas) dan jelaskan fungsinya.

3. Dengan menggunakan kemudahan internet dapatkan maklumat tentang fungsi


sebuah Pusat Sumber Sekolah,Pusat Kegiatan Guru dan Bahagian Teknologi
Pendidikan dari segi peranan dan objektifnya.

4. Senaraikan media-media pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di sekolah.


Mengapa pada pendangan anda media-media tersebut penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

5. Bincangkan bagaimana anda boleh gunakan sumber primer sekunder dan sumber
tertiari dalam pencarian maklumat satu kajian atau penyelidikan.

6. Dengan menggunakan prinsip asas grafik sediakan sebuah carta atau poster yang
boleh digunakan dalam satu tajuk mata pelajaran pengkhususan.

7. Terangkan perbezaan di antara projektor OHP, slaid, legap dan LCD serta
bagaimana setiap projektor itu harus digunakan dengan cara yang betul.

8. Dengan meninjau perisian PPBK yang terdapat di sekolah,cuba buat bandingbeza


bagi setiap jenis perisian PPBK.

9. Huraikan perbezaan bahan 2 dimensi dengan 3 dimensi dengan merujuk kepada


contoh-contoh media yang tertentu.

1 - 68
1 - 69

Anda mungkin juga menyukai