Anda di halaman 1dari 1

Disediakan oleh Encik Seravanan (Brickfields, Kuala Lumpur) SM Sri KDU, Kota Damansara.

Kepada Pelajar-pelajar SMC yang Dikasihi Sepenuh Jiwa.


Wahai anak-anak SMC, berjuanglah ke arah kecemerlangan dari semua aspek demi kejayaan bangsa, agama, dan
negara.

Teknik Penulisan Karangan


Perenggan Pendahuluan
Pelajar-pelajar digalakkan untuk menulis dua ayat sahaja dalam perenggan ini dan setiap ayat itu terdiri
daripada lima belas patah perkataan. Ayat yang perlu ditulis ialah:
A1 = Pernyataan tentang tema karangan
A2 = Isu semasa tentang tema karangan
Contoh:
(A1) Kemalangan jalan raya di negara ini bukan sahaja menyebabkan kematian dan kecederaan, tetapi
menyebabkan kerugian harta banda. (A2) Walaupun pelbagai kempen dan operasi dijalankan, tetapi kadar
kemalangan jalan raya semakin meningkat, terutamanya pada musim perayaan.
(32 patah perkataan)

Perenggan Isi
Untuk memudahkan pelajar-pelajar menulis perenggan isi, maka dicadangkan supaya perenggan tersebut
ditulis dengan menggunakan tiga ayat sahaja, iaitu:

A1 = Isi utama: menjawab soalan apa? (ialah / adalah / merupakan)


A2 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan mengapa? (kerana / sebab)
A3 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan bagaimana? (dengan itu / dengan cara)
Contoh:
(A1) Salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku di negara ini ialah sikap pengguna jalan raya yang
memandu kenderaan atau menunggang motosikal melebihi had laju yang ditetapkan. (A2) Biasanya,
mereka berbuat demikian kerana hendak mengejar masa dan mahu tiba ke destinasi mereka dalam masa
yang singkat dan mereka menganggap “Masa Itu Emas”. (A3) Dengan itu, mereka memecut sesuka hati
dan memotong kenderaan lain walaupun di tempat yang tidak selamat sehingga menyebabkan kemalangan
berlaku.
(65 patah perkataan)

Perenggan Kesimpulan
Pelajar-pelajar dikehendaki menulis perenggan ini dengan dua ayat sahaja.

A1 = Kesimpulan atau rumusan tentang isi karangan.


A2 = Saranan atau Cadangan dan harapan penulis tentang isu yang dibincangkan.
Contoh:
(A1) Memang “malang tidak berbau”, tetapi kemalangan jalan raya dapat dikurangkan jika semua orang
berhati-hati ketika di jalan raya. (A2) Semua pihak perlu mengambil langkah (saranan @ cadangan)
untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam kemalangan jalan raya (harapan).

(28 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai